PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 8 Ogos 2019

MISTIQ: SANG PERINDU LAUT BAH.5


BAHAGIAN 5

“Tapi tak salah kalau saya cuba kan?” Manap mula bersemangat.
“Suka hatilah Encik Manaplah. Tapi kalau penat berjaga je, jangan salahkan saya.” Kata Mak Teh.
“Fuh! Bersemangat betul wartawan macam Encik Manap ni!” puji Pak Maun.
Malam itu Manap berjaga di tepi pantai. Cuaca agak baik pada malam itu dengan bulan mengambang begitu terang tanpa dilitupi awan.

MISTIQ: SANG PERINDU LAUT BAH.4

BAHAGIAN 4

“Kalau macam tu, tak payahlah saya buang masa menunggu. Lagipun banyak lagi kisah yang saya nak buat liputan.” Kata Manap.
“Baguslah kalau macam tu. Jangan mudah percaya cerita karut-marut macam tu.” Kata Mak Teh.
“Dah cukup ke maklumat untuk tulis tentang kisah ni?” tanya Pak Maun.
“Nanti saya tokok tambah apa yang patut.”
“Kalau ada apa-apa, telefon saya. Kalau kisah tu dah disiarkan pun telefon saya. Biar saya beritahu orang kampung ni nanti.” Kata Pak Maun sebelum memberikan nombor telefonnya kepada Manap.

MISTIQ: SANG PERINDU LAUT BAH.3

BAHAGIAN 3

Manap senyum. “Tak apalah. Bagilah saya peluang untuk jumpa dia. Pandai-pandailah saya nak tanya soalan nanti.”
Pak Maun membawa Manap berjumpa dengan saudara perempuan kepada wanita dalam legenda yang digelar Sang Perindu Laut oleh orang kampung. Dia tidaklah seperti sangkaan Manap dengan keadaan tidak terurus dan pakaian tidak tentu arah. Sebaliknya dia kelihatan tenang duduk di kerusi rotan dengan memakai baju kurung dan rambut tersisir kemas. Mungkin disapu minyak kelapa hingga kelihatan licin dan berkilat. Dia tidak memandang Manap atau Pak Maun. Sebaliknya pandangannya dilempar ke tengah laut yang sedang surut.

MISTIQ: SANG PERINDU LAUT BAH.2

BAHAGIAN 2

 “Kalau macam tu, tak apalah. Saya tulis berdasarkan apa yang Pak Maun ceritakan. Apa lagi yang Pak Maun tahu tentang mereka.”
Manap membuat catatan berdasarkan apa yang diceritakan oleh Pak Maun.
Setelah pulang dia menulis artikel tentang kisah Sang Perindu Laut.

MISTIQ: SANG PERINDU LAUT BAH.1

MiSTiQ
SANG PERINDU LAUT

BAHAGIAN 1



MANAP masih dihujani pelbagai persoalan tentang sebab Encik Hadi melarang dia menyiasat perkara berkaitan fail sulit yang ditemui di stor. Cara penemuan fail itu juga cukup aneh kerana ia terjatuh dengan sendiri dari rak.

Khamis, 11 Julai 2019

MISTIQ: PENGHUNI SAINT MATILDA BAH.6


BAHAGIAN 6

“Cukuplah setakat ni. Hari pun dah nak malam.” Kata Manap.
Mereka keluar dari bangunan gereja yang menyimpan pelbagai peristiwa silam yang begitu sadis itu.
“Banyak perkara yang orang tak tahu tentang gereja ni. Nampaknya terkubur begitu saja.” Kata Manap.

MISTIQ: PENGHUNI SAINT MATILDA BAH.5


BAHAGIAN 5

“Kita ke tapak bilik biarawati.”
Mereka menuju ke deretan bilik di gereja itu. Aqil menuju ke bilik khas yang kelihatan seperti bilik-bilik lain. Aura di bilik itu terasa di bulu roma lengan Manap.
“Apa yang berlaku dalam bilik ni?” tanya Manap sambil melihat sekeliling.

MISTIQ: PENGHUNI SAINT MATILDA BAH.4


BAHAGIAN 4

“Kita ke tapak perpustakaan yang terbakar.”
Mereka menuju ke ruang bilik yang kelihatan agak baru berbanding dengan tempat lain di gereja itu.
“Dulu tempat ni pernah kena bom. Dindingnya pecah tapi dah dibaiki semula sebagai tempat bersejarah.” Kata Aqil.
Manap mendengar dengan rasa cuak. Dia dapat rasa Aqil akan mendapat bayangan yang terlintas di fikirannya pada bila-bila masa saja.
Sangkaannya benar apabila Aqil mula menggeleng dengan rasa tak selesa.

MISTIQ: PENGHUNI SAINT MATILDA BAH.3


BAHAGIAN 3

“Kita ke tapak menara loceng gereja ni.” Kata Manap.
Mereka menuju ke ke bahagian di mana kelihatan menara kecil dengan loceng besar di puncaknya. Kelihatan tali berjuntai dari loceng hingga hampir ke paras lantai.
Aqil tidak menunjukkan apa-apa reaksi aneh ketika dia mula bercerita. “Di sinilah tempat penjaga gereja ni dibunuh oleh askar Jepun.” Kemudian dia mendongak melihat loceng di atas.
Aqil tiba-tiba dikuasai oleh sesuatu yang luar biasa melintas di fikirannya.

MISTIQ: PENGHUNI SAINT MATILDA BAH.2


BAHAGIAN 2

Manap membuat temu janji dengan ahli-ahli kumpulan XTPH iaitu Aqil, Jade dan Rajen. Mereka kemudiannya ke Gereja Saint Matilda ketika hari sudah hampir senja.
“Bagus betul kumpulan ni. Muhibbah. Satu Malaysia.” Manap berseloroh.
“Sebenarnya ramai lagi sebelum ni, tapi…” Rajen seperti cuba menyembunyikan rasa sedih.
“Kenapa?” Manap terasa seperti ada maklumat yang dia terlepas semasa membaca tentang kumpulan itu di internet.
“Kumpulan kami dulu ada lima orang. Tapi dua dah… hilang masa satu ekspedisi.” Kata Rajen.
“Apa yang terjadi? Ekspedisi ke mana?” tanya Manap.

MISTIQ: PENGHUNI SAINT MATILDA BAH.1

MISTIQ
PENGHUNI SAINT MATILDA

BAHAGIAN 1




MANAP sedang melayari internet tentang sebuah kumpulan pemburu paranormal bernama Xtreme Parahunters yang lebih dikenai dengan singkatan XTPH.
Dia tertarik dengan liputan tentang sebuah gereja tinggal dari zaman British yang bernama Saint Matilda. Gereja yang menjadi tempat berlindung anak yatim itu menyimpan kisah sedih yang menyayat hati semasa penjajahan Jepun.
“Bagus juga kalau aku buat liputan tentang gereja ni untuk segmen Seramania lepas ni.” Kata Manap.

Isnin, 17 Jun 2019

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.9


BAHAGIAN 9

Manap berasa tidak sedap hati kerana berada di tempat yang jauh dari tempat tinggal manusia di situ. Apa yang berlaku kepada mereka yang cuba menceroboh kawasan itu dirasakan sebagai cukup bukti untuk beredar dari situ.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.8


BAHAGIAN 8

Manap melangkah dengan berhati-hati menuju ke pondok. Setibanya di muka pintu dia menjegah ke dalam rumah.
Kelihatan seorang perempuan tua dengan rambut putih menggerbang sedang bersimpuh di ruang tamu. Bersamanya ada bekas kemenyan dengan asap bersama bau yang mencucuk hidung. Wajah perempuan tua itu tidak jelas kelihatan kerana ditutupi sebahagiannya oleh rambut dan keadaan suram di dalam pondok itu.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.7

BAHAGIAN 7

Manap terus meredah kawasan semak seperti hutan di sebelah rumah itu. Setelah agak lama berjalan, dia ternampak sebuah pondok buruk dengan pintu ternganga luas.
Manap tergamam. Dia dapat rasakan yang ini bukanlah satu kebetulan.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.6


BAHAGIAN 6

Kata hati Manap menyuruh dia beredar dari situ.
“Cukuplah apa yang aku dah dapat setakat ni untuk artikel segmen Seramania. Tapi masih tiada maklumat baru tentang kes dalam fail sulit tu. Apa nak buat… hmm.” Keluh Manap.
Manap berlalu meninggalkan kampung itu dengan rasa tidak puas hati.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.5


BAHAGIAN 5:

RUMAH yang tersergam itu sama seperti gambar di dalam fail sulit dan mimpi Manap. Cuma kawasan laman sudah agak bersemak dan tiada kabus di tanah seperti dalam mimpi Manap.
Seman lekas-lekas meminta diri selepas mereka tiba tidak jauh dari rumah itu. Malah Manap tidak sempat mengucapkan terima kasih atau bertanya jika Seman ingin menerima upah daripadanya.
Manap memandang rumah itu dalam keadaan buntu.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.4


BAHAGIAN 4:

Rumah Pak Ajis berada di seberang parit besar yang membahagikan kampung itu. Kelihatan pokok pisang di tanam sepanjang tepi parit besar itu.
Rumah Pak Ajis tersergam dengan binaan kayu. Di satu bahagian rumah itu disambung dengan binaan daripada batu. Mungkin kerana ingin memelihara binaan asal rumah itu.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.3

BAHAGIAN 3

Seman menunggu di bawah pokok mangga di depan rumah Mak Besah sementara Manap berbual dengan orang tua itu. Sesekali terdengar suara orang menjerit dan melolong di dalam bilik. Mak Besah mengeluh.
“Siapa tu?” tanya Manap.
“Itu anak Mak Cik. Murni namanya.”
“Kenapa dia jadi macam tu?”

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.2


BAHAGIAN 2

GAMBAR rumah di telefon pintar Manap diamati setelah dia keluar dari kereta. Gambar itu diambil dari fail sulit yang masih tersimpan.
Dia melihat sekeliling setelah masuk ke kampung yang diceritakan di dalam fail sulit itu.
“Siapa yang aku nak tanya ni?” Kata Manap sambil melihat sekeliling. Kawasan itu lengang dengan padang luas yang kelihatan seperti baru dibersihkan. Tiada lalang atau semak yang mengganggu pandangan. Mungkin akan menjadi tapak projek pertanian atau pembangunan yang akan dikerjakan tidak lama lagi.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.1

MiSTiQ
SUMPAHAN PENGANTIN

BAHAGIAN 1




MANAP berjalan di atas tanah yang diliputi kabus putih. Setiap kali dia mengorak langkah, kabus berkepul-kepul terpecah dan naik ke paras lututnya. Suasana senja kelihatan begitu dramatik dengan langit jingga menatai hari yang semakin suram.
Dia tiba di pekarangan sebuah rumah kayu lama yang masih kukuh buatannya dengan binaan kayu dengan rupa yang begitu antik. Ukiran kayu menyerlahkan lagi binaan rumah itu. Kawasan itu dikelilingi pepohon kayu yang ditanam mengelilingi pekarangan rumah itu seperti tembok. Pokok beringin dan beberapa jenis pokok lagi seperti memiliki mata halimunan yang memerhatikan Manap hingga dia terasa seram sejuk hingga ke tulang.

Jumaat, 17 Mei 2019

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 17


BAHAGIAN 17

Amran memilih jalan dengan huruf S. Suasana di sekeliling sama seperti semasa dia tiba mula-mula tadi.
“Syabas anak muda! Kamu telah berjaya menjawab semua soalan dengan tepat. Harap kamu terima ini semua sebagai satu pengajaran.” Orang tua tadi muncul. Kemudian dia menghilang semula.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 16


BAHAGIAN 16

Amran memilih jalan dengan huruf D. Kelihatan asap hitam berkepul-kepul sedang menunggunya. Asap itu mengelilingi Amran hingga tubuhnya sudah tidak kelihatan lagi.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 14

BAHAGIAN 14

Amran memilih jalan dengan huruf R. Kelihatan asap hitam berkepul-kepul sedang menunggunya. Asap itu mengelilingi Amran hingga tubuhnya sudah tidak kelihatan lagi.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 15


BAHAGIAN 15

Amran memilih jalan di sebelah kanan. Dia berharap dia telah tiba di penghujung jalan. Malangnya ada satu simpang lagi. Di kiri ada huruf S dan di kanan ada huruf D.
Amran meneguk liur.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 13


BAHAGIAN 13

“Aku ikut kanan, kau ikut kiri.” Kata Haziq.
Amran angguk.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 12


BAHAGIAN 12

“Aku ikut kanan, kau ikut kiri.” Kata Haziq.
Amran angguk.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 11


BAHAGIAN 11

Tiba-tiba Kamal bersuara. “Kalau ikut teori aku, jawapannya T.”
“Banyaklah teori kau. Jawapannya I.”

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 10


BAHAGIAN 10

Tiba-tiba Kamal bersuara. “Kalau ikut teori aku, jawapannya T.”
“Banyaklah teori kau. Jawapannya I.”

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 9


BAHAGIAN 9

“Aku tahu! Aku tahu!” jerit Jalil.
“Yang mana?” tanya Haziq.
“Jawapannya D.” Kata Jalil.
“Bukan, N.” Amran menjawab dengan tenang.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 8


BAHAGIAN 8

“Aku tahu! Aku tahu!” jerit Jalil.
“Yang mana?” tanya Haziq.
“Jawapannya D.” Kata Jalil.
“Bukan, N.” Amran menjawab dengan tenang.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 7


BAHAGIAN 7

“Aku dah masak asyik nak dengar cakap kau je. Kali ni ni aku yang pilih.” Kata Firdaus.
Amran berdiam diri, seperti memberi peluang kepada Firdaus. Aku piliih yang ini.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 6


BAHAGIAN 6

“Aku dah masak asyik nak dengar cakap kau je. Kali ni ni aku yang pilih.” Kata Firdaus.
Amran berdiam diri, seperti memberi peluang kepada Firdaus. Aku pilih yang ini.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 5


BAHAGIAN 5

“Aku rasa jalan ni,” kata Mael. Kerana terlalu kelam-kabut, dia tersalah masuk.
“Mael, nanti!” jerit Haziq.
Tetapi sudah terlambat.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 4


BAHAGIAN 4

“Aku rasa jalan ni,” kata Mael. Kerana terlalu kelam-kabut, dia tersalah masuk.
“Mael, nanti!” jerit Haziq.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 3


BAHAGIAN 3

Amran berfikir sejenak sebelum membuat keputusan. Dia menunjuk ke arah jalan dengan huruf I. “Kita ikut jalan ni.”
“Mana Daud?” tanya Mael.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 2


BAHAGIAN 2

Kerana tidak berdiri dengan stabil, Daud terpelecok dan tersungkur ke jalan dengan huruf P. Dalam sekelip mata dia sudah tidak nampak rakan-rakan yang lain. Apa yang dilihat adalah jalan mati dan Daud tersesat.

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 1


MISTERI RAMADAN
Sebuah cerpen interaktif


BAHAGIAN 1

CUACA begitu terik semenjak puasa bermula. Fenomena panas dengan suhu melampau masih tidak berubah walaupun dengan hujan rintik.
Sekumpulan pelajar sekolah pulang dengan keadaan letih dan tidak bermaya.
“Wei, jom kita mandi sungai.” Kata Jalil. Pelajar yang terkenal dengan nama jolokan Mat Confident.

Sabtu, 13 April 2019

MISTIQ: KERIS PUAKA BAH.7


BAHAGIAN 7

MANAP memandu Alfa Romeo merah dengan rasa megah. Jam Rolex di tangan dijeling dengan bangga.
Hidupnya berubah secara mendadak setelah memiliki keris hikmat pemberian Tok Madi. Setelah menang hadiah pertama nombor ekor 4D, dia mencuba lagi dengan berbagai pertandingan. Semuanya dibolot dengan hadiah utama.
Perbualan dengan Zali sebelum dia berhenti bekerja sebagai wartawan di majalah Mistiq bermain di fikiran.
“Kau pasti betul keputusan kau ni?” tanya Zali.

MISTIQ: KERIS PUAKA BAH.6

BAHAGIAN 6

MANAP menarik nafas lega setelah berjaya menoktahkan kisah Keris 7 Puteri untuk segmen Seramania yang seterusnya.
Setelah menang nombor ekor tempoh hari, dia telah memulangkan keris itu kepada Tok Madi. Malah dia tidak menuntut hadiah yang telah dia menang. Wang itu dibiarkan lebur begitu saja.
“Betul kamu tak menyesal dengan keputusan ni?” tanya Tok Madi.

MISTIQ: KERIS PUAKA BAH.5


BAHAGIAN 5

MANAP berdiri di hadapan Kedai 4D sambil merenung lama papan tanda di kedai itu.
“Betul ke keputusan yang aku buat ni?” bisiknya.
Haram tetap haram, Manap. Walaupun hasrat kau untuk mencuba nasib dengan keris hikmat tu. Desis hatinya.

MISTIQ: KERIS PUAKA BAH.4


BAHAGIAN 4

MANAP menarik nafas lega setelah berjaya menoktahkan kisah Keris 7 Puteri untuk segmen Seramania yang seterusnya.
Setelah mimpi tempoh hari, dia telah memulangkan keris itu kepada Tok Madi.
“Betul kamu tak menyesal dengan keputusan ni?” tanya Tok Madi.

MISTIQ: KERIS PUAKA BAH.3


BAHAGIAN 3

MANAP diganggu mimpi yang aneh malam itu.
Dia bermimpi seorang penari tradisional sedang beraksi dengan lagu Ulek Mayang. Busana yang dikenakan sesuai dengan gambaran pakaian puteri dalam lagu Ulek Mayang.
Semasa menari, penari wanita itu sempat berpesan kepada Manap.
“Hati-hati dengan keris pusaka yang kau miliki. Tanpa pemilik asal, ia boleh jadi keris puaka… bukan keris hikmat!”
Penari itu terus menari mengikut rentak alunan lagu Ulek Mayang.

MISTIQ: KERIS PUAKA BAH.2


BAHAGIAN 2



MANAP tiba di pekarangan rumah yang dituju. Setelah menghubungi nombor di dalam fail, dia mendapat nombor pemilik rumah itu yang lebih dikenali sebagai Tok Madi. Lelaki itu mengamalkan rawatan secara batin dan berkemahiran dengan dunia mistik.
Manap disambut oleh anak lelaki itu yang bernama Yusof. Dia membawa Manap untuk bertemu Tok Madi.

MISTIQ: KERIS PUAKA BAH.1

MiSTiQ
KERIS PUAKA

BAHAGIAN 1





MANAP bersantai di kubikel sambil mendengar radio Klasik Nasional. Entah mengapa mood pada malam itu ingin mendengar lagu lama. Mungkin pengaruh mendengar alunan suara di pejabat sebelum menyudahkan artikel dari segmen Seramania untuk majalah Mistiq.

Lagu Ulek Mayang berkumandang di corong radio. Rentak dan irama etnik yang berasal dari Terengganu itu  tidak pernah lapuk ditelan zaman.
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?