PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 17 Jun 2019

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.8


BAHAGIAN 8

Manap melangkah dengan berhati-hati menuju ke pondok. Setibanya di muka pintu dia menjegah ke dalam rumah.
Kelihatan seorang perempuan tua dengan rambut putih menggerbang sedang bersimpuh di ruang tamu. Bersamanya ada bekas kemenyan dengan asap bersama bau yang mencucuk hidung. Wajah perempuan tua itu tidak jelas kelihatan kerana ditutupi sebahagiannya oleh rambut dan keadaan suram di dalam pondok itu.


Manap duduk di tepi pintu sambil menunggu reaksi seterusnya perempuan tua itu.
“Aku tahu apa tujuan kau ke sini.” Suara perempuan tua itu agak dalam.
“Kau ke sini untuk mencari rahsia atas apa yang berlaku kepada wartawan sebelum kau. Dan mungkin kau juga.”
Manap meneguk liur mendengar kata-kata perempuan tua itu.
“Kau ke sini kerana maksud lain, tapi kau ketemu perkara baru tentang sumpahan pengantin itu.”
Manap angguk dengan rasa seram sejuk. Asap kemenyan mengingatkan kabus di tanah dalam mimpinya malam tadi.
“Kau nak tahu kenapa sumpahan terkena ke atas pasangan pengantin?”
Manap angguk lagi. Dia terasa semakin tidak selesa.
“Ini adalah angkara dendam seorang datuk ke atas apa yang berlaku kepada cucunya. Sebab itu sumpahan itu terkena kepada seorang cucu yang disayangi datuknya. Dendam kini sudah terbalas.”
Manap mengingati kembali kata-kata Pak Ajis tentang Usop yang menjadi kesayangan datuknya. Segalanya telah jelas sekarang.
“Tentang apa yang berlaku kepada mereka sebelum kau dan mungkin juga kepada kau, apa yang kau tahu tidak semestinya betul. Mangsa sebenarnya pemangsa. Pemangsa adalah mangsa.” Kata perempuan tua itu.
“Apa yang patut saya lakukan sekarang?” tanya Manap.
“Cari bukti tentang apa yang berlaku sebenarnya. Jawapannya ada di tempat kau jumpa fail sulit.”
“Bukti tentang apa? Di mana boleh saya jumpa bukti tu?” Manap tidak puas hati.
“Cari di tempat itu. Pergi dari sini. Pergi!” jerkah perempuan tua itu menyebabkan jantung Manap terasa kecut.
Manap beredar dalam keadaan kelam kabut. Setelah beberapa langkah dia meninggalkan tempat itu, dia berpaling. Apa yang dilihat menyebabkan matanya terbeliak dan nafasnya terhenti seketika.
Pondok tadi sudah tiada lagi. Yang ada hanya sepohon pokok ara yang besar. Bulu roma Manap tegak setegak-tegaknya. Sambil mulutnya kumat-kamit membaca ayat suci, dia melangkah deras menuju ke kereta. Sebaik saja dia duduk di kerusi pemandu, dia menarik nafas lega.
Kereta Manap meluncur meninggalkan tempat itu.


Tahniah kerana anda berjaya dan Manap terselamat.

BERSAMBUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?