PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sunday, 16 June 2019

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.4


BAHAGIAN 4:

Rumah Pak Ajis berada di seberang parit besar yang membahagikan kampung itu. Kelihatan pokok pisang di tanam sepanjang tepi parit besar itu.
Rumah Pak Ajis tersergam dengan binaan kayu. Di satu bahagian rumah itu disambung dengan binaan daripada batu. Mungkin kerana ingin memelihara binaan asal rumah itu.


Manap memberi salam sebelum dijemput masuk oleh lelaki bertubuh kecil dan berkulit agak gelap. Namun tubuhnya masih kelihatan tegap kerana masih aktif dengan kerja-kerja di kampung.
“Ada apa hajat anak ke mari?” tanya lelaki itu.
“Saya Manap, wartawan dari majalah Mistiq. Pak cik ni Pak Ajis kan?”
“Ya,” jawab lelaki itu.
“Saya nak buat liputan tentang kejadian yang pernah berlaku dulu. Pada Murni, anak Mak Besah.”
Pak Ajis tunduk mendengar kata-kata Manap. Dia seperti sedang mengimbau memori silam yang amat perit.
“Itupun kalau Pak Ajis sudi ceritakan.” Manap beralas.
“Tak mengapa. Pak cik faham.” Pak Ajis cuma mengukir senyum hambar.
Setelah berdiam diri agak lama, dia mula bercerita.
“Kejadian ni lebih dua puluh tahun lalu. Masa tu adik pak cik nak dilamar oleh keluarga Tok Rawa, orang berada dan berpengaruh di kampung ni. Tapi lamaran tu ditolak sebab orang kampung ni memang dah tahu perangai cucunya Si Ramlan yang kaki perempuan dan kaki botol tu.”
Manap mendengar dengan teliti sambil menulis di dalam buku notanya.
“Dia datang ke rumah kami dan bersumpah akan membalas dendam atas perbuatan kami. Dia kata kami akan menyesal satu hari nanti. Tapi kami tak sangka yang dia bukan mengenakan sumpahan ke atas kami, tapi pada si Murni, bakal isteri Usop, anak pak cik.” Wajah Pak Ajis kelihatan muram.
Manap giat menulis. Namun dia sedar yang nama-nama itu terpaksa disamarkan agar tidak mendedahkan nama-nama sebenar mereka yang terlibat.
“Usop lari dari kampung kerana tak sanggup menjadi bahan cemuhan atas apa yang berlaku pada Murni. Memang bukan salah dia pun. Dia mangsa keadaan. Cuma… pak cik tak faham kenapa selepas berpuluh tahun baru sumpahan itu dikenakan ke atas Usop. Usop tu memang kesayangan atuk dia. Itu yang pak cik perasan selama ini.”
“Pak Ajis agak kenapa Usop jadi mangsa, bukan ahli keluarga atau saudara-mara yang lain?” Manap cuba mendapatkan penjelasan.
“Entahlah. Mungkin mereka menunggu peluang itu tiba selama ini. Sekarang mereka dah berpindah dari kampung ini. Hanya tinggal rumah keturunan mereka yang masih ada yang menjaganya.”
“Siapa yang menjaganya?” tanya Manap.
“Bukan orang, tapi sesuatu.”
“Maksudnya rumah tu… berpenunggu?”
Pak Ajis angguk.
Manap berkerut dahi. Dia masih tidak dapat cerita yang jelas tentang kisah sumpahan ke atas pengantin bernama Murni dan Usop. Malah tiada liputan tentang kes yang dibaca dari fail sulit yang ditemui di stor pejabat Mistiq.
“Pak cik tahu niat kamu. Kamu nak ke rumah tu kan?” tebak Pak Ajis.
“Kenapa? Tak boleh ke?”
Pak Ajis mengeluh. “Lebih baik kamu jauhkan diri dari rumah tu. Rumah tu berpuaka. Itu yang orang bercerita. Dah banyak kes budak kampung yang cuba pecah masuk ke rumah tu. Tapi bila siang, macam-macam cara mereka dijumpai. Ada yang berenang macam orang gila atas bumbung. Ada yang menggeliat atas tanah macam orang tenggelam timbul sebab lemas dalam air. Ada yang hilang akal sampai sekarang. Baik kamu batalkan niat kamu tu.” Pesannya.
Manap kemudiannya meminta diri dan berjumpa dengan Seman.
“Boleh bawa saya ke rumah keturunan Tok Rawa?” tanya Manap.
Mata Seman membulat, seperti menzahirkan apa yang dia rasa.

Teruskan ke BAHAGIAN 5

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?