PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 4 Jun 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 22)

BAB 22



Mona meneliti proposal yang dibuat oleh Amanda untuk iklan Chameleon Ultra Vue. Sambil memeriksa frame demi frame storyboard yang disediakan oleh Aizat, dia membayangkan hasil akhir di kaca TV dengan Aaron sebagai model iklan.

Berdasarkan konsep iklan yang dicadangkan, Aaron akan bermula dari babak bangun tidur dan mengenakan cernim mata Chameleon. Dengan menggunakan teknik CGI, dia akan menanggalkan pakaian dan mendedahkan pakaian untuk latar seterusnya. Ini untuk menggambarkan suasana dan pakaian yang berubah, tetapi Aaron tetap akan mengenakan cermin mata Chameleon sebagai simbolik unsur versatil cermin mata itu.

Tagline yang digunakan adalah "Chameleon. Serasi dengan dunia anda."

'Hmm.. menarik idea ni. Kreatif juga Amanda.'

Tidak lama kemudian Amanda tercongok di pintu, seperti mengetahui Mona sedang melihat proposal yang dibuat. "Macam mana dengan proposal tu? Okey tak?" Tanya Amanda.

"Very good. I like." Jawab Mona.

Kemudian dia menulis komen ringkas bersama tandatangan dan menyerahkan dokumen kepada Amanda. "Boleh proceed."

Amanda ke bilik Norman untuk berbincang setelah mendapat pengesahan dari Mona.

Setelah itu, Marsha pula tercongok di pintu Mona. "Cik Mona, boleh kita bincang kejap."

Mona rasa malas hendak melayan Marsha, tetapi dia terpaksa melawan perasaan itu. "Ada apa?"

"Tentang shooting iklan Ultra Vue. Boleh tak kalau saya hadir ke tapak shooting nanti?"

"Kenapa awak nak pergi?"

"Dalam kertas kerja saya nanti, saya kena tulis tentang persiapan untuk sesebuah iklan. Jadi saya nak dapatkan pengalaman untuk tulisan saya."

'Nak pengalaman atau nak menggatal dengan Aaron?' Selar Mona dalam diam.


"Tentang itu awak jangan risau. Ada banyak lagi shooting lepas iklan ni. Awak akan dapat peluang tu. Buat masa sekarang saya nak awak tumpukan pada kerja-kerja grafik dengan Aizad."

"Okeylah. Kalau macam tu, tak apalah." Marsha masih mampu tersenyum.

Mona cuba sedaya upaya, tetapi dia gagal membuang rasa meluat kepada pelatih bernama Marsha. Apa yang dilihat semua serba tak kena.

'Susahlah macam ni. Aku terpaksa kawal perasaan. Kalau tidak mungkin aku nampak tak profesional. Emosi tak boleh menguasai dalam kerja.' Keluh Mona sendirian.

"Marsha, tunggu dulu!" Suara Mona setelah melihat Marsha ingin beredar meninggalkan pejabatnya.

"Ada apa Cik Mona?" Gadis berambut lurus panjang itu berpatah balik.

"Duduklah dulu. Kita berbual." Mona cuba mengawal perasaan apabila melihat Marsha dengan gaya persis sedang dalam sesi photo shoot modelling. Tergedik-gedik.

"Apa yang Cik Mona nak tahu."

"Awak berasal dari mana?"

"Saya berasal dari Tamparuli. Tapi saya sekolah di Sandakan. Kemudian saya ikut mak saya ke KL. Lepas SPM saya bekerja di Singapura sebelum sambung belajar."

Wah, merata awak pergi. Tentu seronok kan?"

"Seronok? Entahlah. Saya tak bernasib baik macam ramai orang. Saya tak ada ramai kawan sejak zaman sekolah, sebab asyik berpindah randah. Masa di kolej baru saya mula bergaul dan ada ramai kawan."

"Awak memang minat bidang pengiklanan?"

"Ya. Kenapa Cik Mona tanya macam tu?"

"Sebab saya tengok awak ni ada gaya model. Rupa pun ada. Tak berminat cuba bidang modelling?"

Marsha tersipu-sipu sambil mengelus rambutnya. "Ramai yang cakap macam tu. Tapi saya tak minat. Kerja model ni kena tahan tekanan. Bahagian pengiklanan pun ada tekanan, tapi saya bebas berkreativiti. Tak macam model, kena pandai terima dan gunakan arahan untuk menghasilkan apa yang jurufoto arahkan."

'Hmm... boleh tahan juga dia ni. Gaya macam bimbo, tapi ada otak.' Puji Mona dalam diam. Hanya senyuman yang terukir.

"Saya kagum dengan Cik Mona." Pujian Marsha tanpa disangka Mona.

'Dia ni puji ikhlas atau ada agenda tersembunyi?' Sindiran sinis Mona dalam diam.

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Cik Mona orang perempuan, tapi boleh tahan tekanan dalam bidang macam ni. Saya kagum bila dengar cerita Cik Mona siapkan iklan TV dalam masa tiga hari. Dengan tekanan dari bos lelaki di syarikat lama."

"Macam mana awak tahu semua tu?"

"Adalah. I did my research."

'Hmm... resourceful dia ni. Bagi aku dia ni banyak plus points. Cuma bagi aku, gedik dia tu yang merupakan a big big minus point.'

"Saya jadikan Cik Mona sebagai idola saya. Saya ingin berjaya sebagai Cik Mona ... Oh, saya kena pergi dulu. Aizad suruh saya siapkan satu kerja urgent tadi. Saya minta diri Cik Mona."

Mona mengangguk. Dia hanya tersenyum melihat Marsha beredar.

'Lepas berbual dengan Marsha, aku rasa dia ni not bad. Cuma aku kena cari jalan untuk sesuaikan diri dengan gaya dia tu.'

Ketika itu dia teringat peristiwa Aizad dan Iskandar. 'Aku menasihatkan Is bukan main, tapi bila terkena batang hidung sendiri baru aku tahu. Hai...'

Mona menggeleng dengan senyuman sinis. Kemudian dia menyambung tugas.

***

Hari in adalah permulaan sesi pergambaran untuk iklan Chameleon. Mona turut ke lokasi untuk melihat kerja-kerja yang dijalankan. Pergambaran tidak dibuat menurut susunan babak dalam iklan. Sebaliknya ia menurut lokasi yang sesuai dengan keadaan cuaca dan persekitaran.

Sesi bermula di Danga Bay, di mana Aaron akan memakai baju Hawaii di atas kapal layar. Babak bangun tidur di rumah dan bekerja di pejabat akan dibuat kemudian kerana itu tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak. Hanya cahaya lampu yang perlu diubah suai.

Mona tidak dapat menafikan Aaron memang seorang lelaki yang menarik. Wajah kacukan Melayu dan Latin sememangnya eksotik. Ditambah ketrampilan segak seorang model dengan tubuh segak dan tegap.

'Apa yang ingin aku harapkan sangat pada rupa? Itu bukan jaminan kebahagiaan.' Mona memujuk diri, setelah pengalaman bersama Rahimi dan Zamarul.

Namun perhatian yang diberikan oleh Aaron membuatkan Mona rasa tercabar.

"Apa khabar Cik Mona?" Tegur Aaron dengan pakaian Hawai berwarna putih bersama lukisan pemandangan pantai berwarna biru di bahagian bawah. Bahagian dada yang sengaja didedahkan untuk kempen Chameleon menambahkan ketampanan lelaki itu.

"Baik." Mona sengaja membiarkan Rayban meliputi matanya. Peluang nakal untuk meneliti perincian Aaron dalam terang sinar mentari.

"Besar hati saya sebab Cik Mona sudi datang tengok sesi shooting saya."

Mona tersenyum sinis. "Baik awak simpan rasa besar hati awak tu. Saya ke sini atas maksud kerja. Untuk memantau sesi pergambaran."

Aaron tergelak kecil. "Okey, saya faham. Tapi saya yakin, mesti ada terselit sedikit niat untuk melihat saya juga kan?"

Mona menggeleng sambil melihat Aaron berlalu. 'Kuat perasan juga mamat ni.'

***

Mona mengeluh panjang sambil melihat beberapa jambak bunga di atas meja. Dia telah menerima sejambak bunga setiap hari sejak beberapa hari yang lalu.

"Wah! Banyaknya bunga. Dari siapa?" Suara Amanda yang baru muncul di muka pintu pejabat Mona.

"Siapa lagi kalau bukan model angau tu!"

"Aaron?"

"Yalah. Siapa lagi?"

"Nampaknya kau dah ada secret admirer." Usik Amanda.

"Tak ada maknanya kalau lelaki playboy macam tu."

"Mana kau tahu dia playboy? Entah-entah dia betul-betul jatuh cinta dengan kau."

Mona bersandar malas. "Aku dah seriklah dengan permainan cinta ni. Especially  kalau lelaki yang handsome dan berjaya. Everything is too good to be true."

"Apa-apalah Mona. Jangan sampai kau menyesal nanti."

"Huh, tak ada makna aku nak menyesal dengan lelaki macam tu."

Amanda beredar meninggalkan Mona dengan keletihan melihat jambangan bunga yang berlambak.

Sebentar kemudian Marsha muncul di pintu. "Cik Mona. Wakil Ultra Vue dah sampai."

Mona rasa pelik. "Kenapa awak yang beritahu? Zarina mana?"

"Saya tengah berbual dengan Zarina kat lobi tadi. Bila saya nampak wakil tu sampai, saya beritahu Zarina saya akan beritahu Cik Mona."

'Hai, macam-macamlah minah ni.' Getus Mona.

"Banyaknya bunga. Cantik." Marsha teruja.

"Kenapa? Awak nak?"

"Eh, tak payahlah. Ini kan Cik Mona punya."

"Saya serius ni. Kalau awak nak ambillah. Saya dah tak perlukan bunga-bunga ni."

"Ya ke Cik Mona? Terima kasih." Marsha mencium bunga dalam jambangan itu persis model iklan minyak wangi di TV.

Mona hanya menggeleng melihat telatah Marsha ketika beredar meninggalkan bilik pejabatnya.

Zamarul sudah menunggu di bilik mesyuarat bersama Amanda. Eksekutif itu sedang membuat persiapan akhir sebelum persembahan dimulakan.

"Hai Encik Zamarul." Moa menegur bersama wajah yang berseri.

"Hai. Mana Norman?"

"Dia ada appointment dengan klien di luar. Petang baru balik."

Sejurus itu, Amanda memulakan dengan sepatah dua kata sebelum menayangkan klip video iklan yang sudah siap.

Aaron menjadi hero dalam video klip itu. Seorang eksekutif berjaya yang memulakan pagi di rumah kemudian menghabiskan masa di pejabat pada waktu pagi. Pada waktu petang dia menaiki bot di samping melakukan aktiviti lasak sampingan. Pada waktu malam dia menghadiri majlis makan malam dan berpesta. Semuanya dilakukan dengan memakai cermin mata Chameleon yang sama. Setiap babak berubah dengan Aaron menanggalkan pakaian dan mendedahkan pakaian untuk babak seterusnya. Klip berakhir dengan tagline, "Chameleon. Serasi dengan dunia anda."

Setelah selesai persembahan, Amanda dan Mona menunggu respons dari Zamarul dengan penuh kesabaran. Kali ini lelaki itu berfikir agak lama, seolah-olah sedang menyerap setiap babak dan mengaitkan dengan mesej yang ingin disampaikan.

Akhirnya dia bersuara, "I like it."

Rasa lega memenuhi dada Mona.

Sebelum mereka beredar meninggalkan bilik mesyuarat, Zamarul menghampiri Mona. "Awak free malam ni?"

"Ada apa Encik Zamarul?" Mona cuba mengekalkan gaya profesional.

"Saya nak ajak awak untuk candle-lit dinner dengan saya atas yacht. Just the two of us." Zamarul memerhati rambut Mona seperti yang biasa dia lakukan. Rambut Mona dielus-elus dengan matanya.

Mona sudah nekad dengan keputusannya, walaupun rasa cuak dengan akibat perbuatannya masih menghantui.

"Saya minta maaf Encik Zamarul. Saya tak dapat pergi. Ada urusan yang perlu diselesaikan."

"Esok?"

"Esok pun ada."

"Weekend?"

"Pun tak boleh. Saya dah janji dengan kawan."

Dahi Zamarul berkerut, seperti memahami mesej yang ingin disampaikan Mona. "Awak pasti?"

"Memang Encik Zamarul. Saya minta maaf banyak-banyak." Mona buat muka bersalah.

Zamarul mengeluh panjang. "Okeylah. Nak buat macam mana kan? Cuma saya harap, awak tak menyesal nanti ya?"

Tanpa berkata apa-apa lagi, Zamarul terus berlalu meninggalkan Mona. Mona tergamam dengan tanda tanya yang menjengah benak. 'Menyesal? Apa maksud dia?'



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?