PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 28 Mei 2014

CERPEN: KELIPOP-KELIPOP CINTA

Sebuah cerpen komedi romantik

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM! Apa dah jadi dengan pokok lidah buaya aku ni? Habis semuanya kompot. Jin mana yang dah ranapkan pokok aku ni? Alahai..." Mak Ripah membebel seorang diri di laman.

"Nadira! Nadira!" Pekiknya pula.

"Ada apa mak?" Suara gadis dari ruang tamu yang sedang asyik membelek majalah.

"Kau ada nampak tak orang rosakkan pokok lidah buaya aku ni?"

"Nampak." Jawab Nadira selamba.

"Kau tahu siapa dia?"

"Tahu."

"Siapa?"

"Sayalah."

"Apa kejadah kau jahanamkan pokok aku ni?"

"Saya nak buat sapu muka."

"Ya Allah... Ya Tuhan... Ya Karim..." Mak Ripah mengeluh seorang diri. "Sudahlah bawang putih dengan bawang merah aku habis kau kerjakan. Sampai nak menumis pun tak ada yang tinggal lagi. Sekarang ni pokok lidah buaya aku pulak kau kerjakan."

"Alah mak ni. Itu pun nak bising. Nanti tumbuhlah balik pokok tu." Jawab Nadira.

"Senang kau cakap. Kau ingat kau potong malam ni, esok tumbuh merecup-recup? Dah berapa lama aku tanam baru tumbuh elok macam ni. Sekarang kau senang-senang ranapkan. Sampai rupa dah tak senonoh arah." Mak Ripah belum habis dengan mood berleter dia.


"Mak, Nadira baca dalam majalah lama-lama ni hah. Macam-macam petua ada. Tak payah berhabis duit buat rawatan kat spa atau pusat kecantikan." Dia sibuk menyelak majalah ibunya yang ada di depan mata. Mingguan Wanita, Wanita, Anis, Aniqah, Nona, Jelita, Keluarga, Midi dan macam-macam lagi.

"Hii... kau ni memang betul-betul menaikkan darah aku! Nasib baik tak ada dalam majalah tu petua menggunakan pokok orkid dengan pokok kaktus. Kalau tak habis jahanam sekali  semuanya. Muka kau pun habis kau tenyeh dengan duri pokok kaktus ni agaknya. Lain kali kalau nak guna untuk tenyeh muka kau, tanam yang lain. Bawang tu pun kau beli seguni. Khas untuk menenyeh muka kau tu."

"Mak ni. Nadira mana ada kerja lagi. Duit pun tak ada"

"Dah tahu macam tu, pergilah cari kerja kat mana-mana."

"Mak, Nadira ni graduan jurusan Matematik universiti. Kenalah cari yang berkaitan."

"Orang lain tu mak tengok senang aje dapat kerja."

"Nak buat macam mana mak. Bukan senang nak agak ijazah mana yang senang dapat kerja masa belajar dulu." Keluh Nadira. "Tapi kan mak, saya ingat nak buat kuih rayalah. Tinggal berapa bulan lagi puasa kan? Boleh juga kita jual."

"Pandai ke kau buat? Sedap ke? Takut orang tak nak makan nanti."

"Eh, mak ni. Tahun lepas mak tak ingat ke? Kuih yang Nadira buat tu berapa ramai orang puji masa datang beraya. Sampai semuanya licin tak sampai raya kedua. Mak lupa?"

"Alah, setakat satu kuih tu, apalah sangat." Mak Ripah memuncungkan bibir.

"Eh, mak jangan cabar saya. Nanti saya buat macam-macam jenis kuih. Berwarna-warni. Ada coklat. Ada letak ceri. Letak manik macam-macam warna. Nanti mak tolong promosi kat kawan-kawan mak. Nizam boleh tolong promosi kat sekolah. Biar berkelipop-kelipop mata semua bila tengok kuih raya Nadira nanti."

"Eleh, berangan bukan main." Sindir Mak Ripah.

"Sebab tu Nadira nak jaga kecantikan muka. Biar naik seri. Bila jadi usahawati nanti, barulah ada aura tersendiri. Biar sampai… terlajak laris!" Bersungguh-sungguh Nadira menerangkan. Siap dengan mengajuk iklan di TV lagi.

"Amboi... kalau pasal bercakap bukan main lagi. Mak nak tengok nanti, sejauh mana angan-angan kau tu jadi kenyataan."

"Mak tengok ajelah nanti." Nadira buat muka yakin.

***

Loceng sekolah berdering nyaring.

"Nizam, tunggu dulu." Suara guru kelas yang berdiri di depan kelas. Orangnya tinggi dengan tubuh tegap. Dia nampak segak memakai kemeja belang-belang oren dan putih bersama tali leher berwarna merah metalik. Namanya Fahrim.

Seorang budak lelaki berwajah sugul terus duduk di kerusinya. Semua pelajar Kelas 4 Lestari sudah keluar meninggalkan dia seorang diri.

Cikgu Fahrim menghampiri Nizam. "Saya nak bercakap dengan kamu sebentar boleh?"

"Ada apa cikgu?"

"Kenapa cikgu tengok pelajaran kamu makin merosot akhir-akhir ni?"

Nizam tunduk membisu.

"Cakaplah. Jangan malu-malu."

"Sebenarnya... saya memang tak faham. Bila saya dah mula tak faham, benda-benda baru pun susah nak masuk. Saya pun tak tahu kenapa."

"Oh, macam tu. Kalau cikgu buat tuisyen lepas sekolah, kamu sanggup?"

"Kalau kena bayar, takut mak saya tak mampu cikgu." Nizam merendah diri.

"Tentang itu kamu jangan risau. Nanti cikgu bincang dengan mak kamu. Itupun kalau kamu setuju."

"Kalau macam tu, bolehlah cikgu." Nizam tersengih menampakkan giginya.

***

"Mak," Fahrim menegur ibunya yang sedang memasak di dapur.

"Oh mak kau! Mak kau aku! Aku mak kau! Mak aku mana? Eh mana mak aku?" Suara wanita yang sudah nampak berumur dengan rambut yang mula beruban putih. Namun cara berpakaiannya masih mengikut peredaran semasa. Nampak bergaya. Namanya Mak Odah.

Fahrim menahan tawa.

"Hish kau ni Fahrim! Dah tahu mak ni suka melatah, kenapa kau sergah macam tu?"

"Mana ada orang sergah. Fahrim panggil elok-elok pun mak nak melatah. Ini mesti mak tengah terkenang sesiapa ni?" Usik Fahrim.

"Mengarutlah kau ni. Lepas arwah ayah kau meninggal mana mak ada sesiapa lagi. Kaulah sorang yang tinggal." Suara Mak Odah berubah nada menjadi sayu.

Suasana hening seketika. Masing-masing melayan perasaan.

"Kau dah makan? Nak makan mak boleh hidangkan. Mak kemas meja tadi sebab ada semut. Akhir-akhir ni semut banyak. Rezeki nak masuk agaknya. Kalau tak rezeki, mungkin menantu mak agaknya." Mak Odah sempat mengenakan Fahrim.

"Nak dapat menantu macam mana. Yang Fahrim pilih semua mak tolak. Kawan-kawan kat sekolah tu lepas sorang-sorang naik pelamin. Takut nanti tinggal Fahrim sorang aje. Jadi bujang terlajak."

"Salah kau jugak. Dah tahu mak nak bermenantukan cikgu, kenapa kau cari yang bukan cikgu?"

"Mak ingat senang-senang Fahrim nak jatuh cinta dengan cikgu yang ada tu. Fahrim pun ada cita rasa Fahrim sendiri. Asyik nak ikut kehendak mak aje." Fahrim mula memuncungkan mulut.

"Hah, nak salahkan mak lah tu. Sudahlah. Mak nak masuklah. Kalau nak makan kau senduk sendiri. Mak nak berehat." Mak Odah merajuk.

"Mak... alahai merajuk pulak dah. Orang baru nak bincang pasal nak buat tuisyen kat rumah. Hmm..." Fahrim menggeleng.

***

Fahrim meneliti laman setiap rumah yang dia lalu. Dia tercari-cari rumah seperti yang diterangkan oleh Nizam.

"Mana pulak rumah ni? Kalau aku balik dengan Nizam tadi kan senang. Tak payah terhendap-hendap macam ni. Tapi nak buat macam mana. Guru besar nak jumpa." Rungutnya sendirian.

Akhirnya dia tiba di sebuah rumah. "Agaknya inilah rumahnya. Ada banyak pokok betik dengan pokok pisang kat bahagian depan. Kawasan belakang bersemak macam hutan. Rumah separuh kayu separuh batu warna kuning. Aku pasti inilah rumahnya."

Cikgu Fahrim memberhentikan kereta di pekarangan rumah dengan pelbagai jenis pokok bunga dan hiasan.

'Apa teruk sangat pokok aloe vera ni? Dah kontot semacam. Orang rumah ni makan buat ulam ke apa?' Dia mengomel sesedap rasa dalam diam sambil memerhati pasu-pasu yang tersusun.

"Assalamualaikum," suara Fahrim di depan rumah. Tiada jawapan.

"Assalamualaikum." Masih tiada jawapan.

"Agaknya semua orang dah keluar. Cuba aku ke belakang pulak." Fahrim melangkah menuju ke belakang rumah.



Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA


Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI






2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?