PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 12 April 2012

Dalam Sup Ekor Ada Cinta



Kata orang cinta itu letaknya di hati. Tapi bagaimana untuk kita mencari cinta. Tidak ada siapa yang tahu. Sebenarnya cinta ada di mana-mana, Cuma kita tidak tahu tempat yang tepat untuk dituju supaya dapat berjumpa dengannya. Kalau kita nampak di mana cinta, tentu ramai pasangan yang telah dan akan berbahagia hingga ke akhir hayat, agaknya.

Bagaimana untuk berjumpa dengan cinta?
Pada pendapat saya ada dua cara. Pertama, usaha. Kedua, takdir.
Seperti yang berlaku di dalam cerita ini.

***

“Ini sup ekornya, Encik.” Suara gadis cantik molek berusia awal dua puluhan dengan tahi lalat di tepi bibir kanan. Matanya bundar seperti mata Liyana Jasmay. Senyumnya manis seperti Lisa Surihani. Raut wajah seperti Nur Fathia. Cuma gayanya sahaja agak seperti gadis kampung, dengan baju kurung dan kulit agak hitam manis. Tapi masih comel dan sedap mata memandang. Sup ekor di dalam mangkuk plastik berwarna oren beralas piring biru diletakkan di atas meja.

“Eh, apa encik-encik, panggil abang je.” Suara lelaki yang sudah agak berumur di meja yang diletakkan sup ekor tadi. Orangnya sudah berumur lebih empat puluhan, tetapi dari caranya berpakaian kemas dengan kemeja lengan panjang biru berbelang putih dan seluar khaki coklat muda bersama kasut kulit hitam yang berkilat, dia kelihatan seperti dalam tiga puluhan. Kulitnya sawo matang dengan misai yang dirapikan dengan elok.

Selesai menghidangkan sup ekor di atas meja lelaki tadi dan memberikan senyuman tawar kepada lelaki itu sebagai jawapan kepada kata-katanya, gadis pun berlalu.

“Siapa tu Mak Munah? Gatal semacam je” suara gadis kepada seorang tua yang sedang mengupas udang di belakang warong separuh batu separuh kayu di tepi jalan besar itu.


“Hish apalah kau ni Aida, tak baik cakap macam tu. Itu Dahlan, pensyarah di kolej swasta seberang jalan tu.” Jawab Mak Munah selepas mengerling ke arah lelaki yang sedang menghirup sup ekor di waktu petang itu. “Dia memang pelanggan tetap warong ni”. Jawab Mak Munah lagi.

Aida sempat melihat kepada Dahlan. Apabila melihat Aida memerhatikannya dia senyum. Cepat-cepat Aida mengalihkan pandangan dan duduk di kerusi sebelah kaunter di warong. Dia mencapai novel yang sedang dibacanya. Kisah seorang gadis kampung sepertinya yang bertemu seorang lelaki bangsawan yang kacak. Aida menggambarkan jejaka itu seperti Remy Ishak, berkulit sawo matang dan bertubuh segak tinggi. Dia sering membayangkan betapa bahagianya jika mendapat kekasih seperti itu, sambil memeluk erat bantal di kamar rumah sewanya sebelum tidur. Rumah sewa yang telah hampir seminggu didiaminya semenjak datang dari kampung, dan bekerja sebagai pelayan di warung Mak Munah.

Sesekali terdengar ngiauan kucing liar di luar warong. Mak Munah rajin memberi saki-baki ikan atau makanan pelanggan yang tidak habis. “Daripada terbiar, sekurang-kurangnya dapat juga pahala.” Kata-kata yang biasa Mak Munah keluarkan semasa memberi kucing itu makan. Aida malas melayan kucing itu sebab dia selalu masuk ke kedai dan ada pelanggan yang kurang senang melihat kucing itu berlegar di bawah meja, mengganggu mereka untuk menikmati hidangan dengan berselera.

Mak Munah yang duduk di meja belakang kaunter tekun mengupas udang sambil menyambung cerita tentang Dahlan. “Dia duduk selang tiga rumah dari rumah Mak Munah dan Wak Seman. Akhir-akhir ni dia jarang ke warong. Sibuk menjaga isterinya di hospital. ”

“Hospital? Sakit apa Mak Munah?” Aida pantas bertanya sebelum sempat Mak Munah menyambung ceritanya. Tak padan isteri sakit, nak mengorat orang. Hati Aida membebel perihal lelaki yang mengusiknya tadi.

“Kanser payudara. Dah dekat setahun dah.” Sambung Mak Munah. Aku belum habis cerita kau dah potong. Dengarlah dulu sampai habis, hati Mak Munah merungut.

“Dulu ada Mak Munah ziarah tengok dia. Kesian, habis gugur rambut dia. Lepas buat kemoterapi.” Sambung Mak Munah.

“Macam mana dia kena kanser payudara?” Aida tidak sabar menunggu cerita Mak Munah terus mencelah lagi.

“Itu yang kadang-kadang Mak Munah risau. Yalah sakit ni bukan ada tanda-tanda awal. Tahu tahu dah merebak. Itu yang orang perempuan macam kita ni kena buat pemeriksaan selalu nak pastikan tak ada sakit macam tu. Bila dah melarat susah nak dirawat. Terpaksa lalui macam macam rawatan macam Salmah isteri si Dahlan tu.” Cerita Mak Munah yang bersulam nasihat.

Aida pun tidak pernah dengar tentang kanser payu dara. Dia pun tidak tahu sakit ini boleh dihidapi tanpa tanda-tanda awal. Sesekali matanya melilau di warong. Bila terpandang Dahlan sedang menghirup sup ekor, hatinya berceloteh lagi. Dahlan ni taklah teruk sangat orangnya. Penampilan boleh tahan. Rambut dah beruban, tapi badan masih kelihatan tegap. Ada gaya seperti orang muda. Mungkin kerana tugas sebagai pensyarah perlu tunjuk penampilan baik kepada pelajar.

Sebenarnya bukan itu yang menjengkelkan Aida, tetapi sifat gatal lelaki itu. Meluat aku dengan orang tua tak sedar diri. Bini tengah sakit pun ada hati nak ngorat orang lain. Gerutu hati Aida sambil menyambung bacaan novel cinta kisah gadis kampung yang berkahwin dengan seorang Tengku, anak raja kacak yang dibayangkan seperti Remy Ishak. Kalau aku, sorrylah nak cari lelaki macam Dahlan. Tak kuasa aku. Hatinya berbisik lagi. Fikirannya terbang menerawang dalam novel yang dibaca sambil matanya meniti baris-baris kata yang berlapis di atas mukasurat novel di dalam tangannya.

***

“Ini sup ekornya, Encik Dahlan.” Suara Aida penuh sopan-santun sambil meletakkan mangkuk yang ditatang di dalam dulang ke atas meja.

“Terima kasih.” Jawab Dahlan pendek. Reaksinya sungguh berlainan hari ini, tidak seperti hari-hari sebelumnya bila Aida menghidangkan sup ekor di hadapan matanya. Aida kehairanan melihat Dahlan yang kelihatan sugul dan diam membisu sambil menikmati sup ekor yang dipesannya.

“Mak Munah, apasal Encik Dahlan tu senyap aje?” Aida cuba mencungkil rahsia dari Mak Munah yang duduk berjiran dengan Dahlan.

“Salmah, orang rumah dia baru meninggal tiga hari lepas.” Mak Munah menjawab. “Mak Munah ada masa dia tengah nazak. Dia asyik pesan pada Mak Munah suruh carikan pengganti untuk si Dahlan. Dia kata kesian tak ada orang nak tengokkan suami dia nanti.” Sedikit-sebanyak jawaban Mak munah menyentuh hati Aida.

“Dah macam tu masih lagi ingatkan suami dia. Dia sempat curah perasaan kepada Mak Munah. Dahlan dah banyak berkorban untuk dia. Dulu masa mula-mula kawin dia tak dapat berikan anak kepada Dahlan sebab dia ada masalah rahim. Lepas tu si Dahlan kena jaga dia sebab sakit pulak. Dia mahu Dahlan gembira lepas dia dah pergi. Sayu hati Mak Munah masa tu.” Terang Mak Munah lagi. Terusik hati Aida mendengan cerita tentang Dahlan yang baru kehilangan isterinya itu.

Suasana lengang seketika. Mak Munah dan Aida seperti melayan perasaan masing-masing. Aida sempat mengerling kepada Dahlan yang menghirup sup ekor yang terhidang di atas mejanya. Hati Aida sempat berdetik. Aku minta maaflah. Kalau boleh aku nak cari suami yang muda. Biar sepadan dengan aku.

Kucing liar di luar kedai terus mengiau menagih simpati Mak Munah untuk sedikit sisa makanan.

***

“Ini sup ekornya.. OH, MAK KAU!” suara Aida yang mula-mula penuh sopan-santun bertukar menjadi kalut dan terpekik. Tanpa sengaja dia terpijak ekor kucing yang berada di bawah meja dengan ekor terkeluar. Kucing mengiau nyaring, agaknya marah kesakitan menyebabkan sup ekor yang dipegang Aida tersimbah ke baju Dahlan. Dahlan cuma diam dan bingkas bangun. Aida bergegas mendapatkan kain untuk diberi kepada Dahlan mengelap sup yang masih panas pada bajunya.

“Saya minta maaf Encik Dahlan. Saya tak sengaja.” Aida bersuara dengan rasa bersalah.

“Tak apa. Tak apa...Benda dah nak jadi, nak buat macam mana” jawaban Dahlan sambil mengelap bajunya. Dengan segera dia meninggalkan warong. Mungkin untuk ke klinik kerana simbahan sup panas yang terkena bajunya itu.

Aida berasa teramat bersalah hari itu. Apa yang dibuat serba tidak kena setelah kejadian yang menimpa Dahlan.



Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA



Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI

12 ulasan:

  1. cinta itu rabun.. tapi nasib baik tak payah pakai cermin mata kan utk tgok lbih dekat.. bahasa yg indah.. kak yus suka!!

    BalasPadam
  2. kehkehkeh sweet laaa... next carpen plz hehehehe tq tuan tanah

    BalasPadam
  3. Terima kasih inikupunyahati... insya'Allah, very soon... :)

    BalasPadam
  4. wahhh.. sweetnya.. itulah.. kata lg xmau.. kan dh dapat..jodoh xkemana jugak.. kih3..
    keep it up.. thumbs up <3

    BalasPadam
  5. ERRR.....
    terkedu tiba-tiba ehehehe..
    tua sangat jodohnye,, belum sempat anak membesar mungkin akan jadi balu,, tak nakkkkkkkk
    tapi jodohkan terletak pada Allah.
    huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Domi Nisa, taklah tua sangat berbanding yang umur 90an. hihihi

      Padam
  6. Hahaha,..kalau sudah jodoh,..akak sy umur 19 kawen dgn abg ipar umur 71,..ank sedozen jugak,..hihi,..sbb akak sy pun rabun:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orangnya tak rabun, hati yang rabun dek penangan cinta.. :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?