PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Monday, 12 August 2013

SANGKAR CINTA : I HATE YOU, BUT I LOVE YOU!



 Fareed melemparkan pandangan ke luar tingkap kaca yang memenuhi ruang dinding tingkat atas rumahnya. Hamparan rumput hijau yang lapang tidak dapat meluaskan sesak fikirannya ketika itu.

Peristiwa yang berlaku sebentar tadi kembali menjengah di benak.

"Kenapa you buat semua ni pada I? Apa salah I?" Suara wanita bernama Sandra. Wajah ayu itu tetap jelita walaupun dalam ledakan perasaan yang dialami.

"Siapa kata ini semua salah kau? Kau hanya jambatan untuk aku laksanakan rancangan yang lama aku pendam." Fareed menjawab tanpa ekspresi pada wajahnya.

"Sanggup you kurung I dalam sangkar cinta ini semata-mata kerana kepentingan diri you sendiri!" Air sudah mula tiris dari wajah Sandra. Suara sebaknya menghambat rasa sayu di hati Fareed. "Jadi sekarang dah puaslah hati you?! Apa lagi yang you nak buat dengan I?"

Fareed hanya berdiam.

Pada mulanya perkahwinannya dengan Sandra begitu memberikan rasa puas di hatinya. Sekurang-kurangnya dia berjaya mengatasi saingannya sejak kecil. Sudah beberapa kali dia tewas, tetapi kali ini dia berjaya.

Sesungguhnya kejayaan ini terasa begitu manis. Namun hanya pada permulaannya.

Fareed tidak dapat menafikan kelainan dalam perasaannya terhadap Sandra. Dahulu dia anggap Sandra sebagai objek untuk dia laksanakan pembalasan dendam yang sudah berbuku di hati. Tetapi sejak kebelakangan ini dia seolah-olah dapat merasakan kepedihan yang dilalui oleh Sandra. Segala keperitan akibat perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan. Mengurung wanita itu jauh daripada cinta sejatinya. Seorang lelaki yang pernah menjadi kawan karibnya sejak kecil. Lelaki itu bernama Zaharin.

"You memang manusia yang kejam dan tak berhati perut! I hate you! I hate you!" Jerit Sandra sekuat-kuat hatinya sebelum menghempas pintu kamar peraduan mereka berdua.

Fareed tidak mengendahkan semua itu. Dia asyik melayan perasaan yang baru dialami.


***

Dua puluh tahun lalu
Sekolah Rendah Daun Kemunting

"Apa maksud perumpamaan bagai burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung?" Tanya Zaharin.

"Mana boleh aku beritahu. Kalau keluar nanti soalan tu mesti kau dapat jawab. Aku nak dapat markah tinggi kali ni." Jawab Fareed selamba.

"Tak baiklah macam tu Fareed. Aku kan kawan baik kau."

"Tapi kau dah selalu dapat markah tinggi Zaharin. Sekali sekala aku nak juga kalahkan kau."

"Itu nasib ajelah Fareed. Aku bukannya ulang kaji sangat. Kebetulan aje aku boleh jawab. Apa salahnya kau beritahu aku jawapannya."

"Tak boleh. Kali ni aku nak menang." Jawab Fareed sebelum terus membaca nota yang dibawa. Zaharin hanya menggeleng dengan sisi bersaing sahabatnya yang luarbiasa.

***

Beberapa bulan yang lalu
Old Town Cafe

"Zaharin?" Fareed menghampiri seorang lelaki di meja hujung.

"Fareed! Aku ingat kau tak datang. Jom duduk." Lelaki memakai suit itu menghulur salam dan memeluk sahabat lamanya.

"Kau... dah lain sekarang." Suara Fareed dengan nada terkejut. "Penampilan kau... macam selebriti." Ada nada cemburu dalam suaranya.

"Terpaksalah Fareed. Usahawan macam aku kena jaga semua tu. Baru bisnes boleh maju. Kau buat apa sekarang?"

"Aku kerja swasta. Eksekutif akaun." Jawab Fareed. Jika diikutkan hati mahu rasanya dia merahsiakan daripada Zaharin. "Ada apa hal sebenarnya kau nak jumpa aku?"

"Aku sebenarnya ada hal penting nak beritahu kau. Tapi sebelum tu, ini kad aku. Kalau kau nak kerja yang lebih daripada apa yang kau ada sekarang, kau call aku. Aku ada tawaran kerja dalam syarikat aku."

Fareed berdiam diri. Dia mengeraskan hati untuk menerima tawaran itu. Bekerja dengan Zaharin sama seperti mengangkat bendera putih. Mengaku kalah dan mengakui bahawa Zaharin lebih berjaya dalam hidup daripada dirinya.

"Macam mana? Boleh?" Tanya Zaharin.

"Nantilah aku fikir dulu. Tadi kau kata kau ada hal penting nak beritahu aku."

"Oh ya. Sebenarnya aku nak jempat kau ke majlis pertunangan aku bulan depan." Kata-kata Zaharin menambah rasa cemburu Fareed. Bukan sahaja Zaharin sudah berjaya dalam hidup, sekarang dia terlebih dahulu memiliki pasangan.

"Dengan siapa?" Tanya Fareed. Dengan sedaya upaya dia cuba menyembunyikan rasa tidak senang dengan berita itu.

"Sandra."

"Sandra yang sekolej dengan kita dulu?"

"Ya, memang dia. Dia sekarang dah buka spa di ibu kota. Sandra Health Spa." Zaharin meneguk kopi di cawan.

"Tahniah." Kata Fareed bersama sesuatu yang gelap bermain di fikirannya.

***

Fareed menghampiri pintu kamar peraduannya dan Sandra. Pada mulanya dia ingin mengetuk pintu, tetapi hasratnya dibatalkan. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan menjengah. Sandra sedang terbaring sambil menangis teresak-esak. Dia tidak sedar kehadiran Fareed kerana memandang jauh ke luar tingkap.

Fareed duduk di birai katil berhampiran Sandra.

"Fareed minta maaf atas segala yang telah berlaku pada Sandra." Kata-kata Fareed tidak dibalas dengan sebarang reaksi oleh Sandra. Sebaliknya dia terus dengan esakan tangis.

"Fareed banyak menyimpan rahsia tentang hidup Fareed. Banyak yang Sandra tak tahu. Untuk pengetahuan Sandra, perkahwinan kita adalah sandiwara yang Fareed rancang." Esakan Sandra terhenti. Dia sudah bersedia mendengar cerita Fareed yang selanjutnya.

"Sandra ingat bagaimana Fareed selamatkan Sandra daripada penyamun dulu? Lelaki tu adalah orang upahan Fareed supaya Sandra suka pada Fareed. Dan supaya orang tua Sandra terima Fareed sebagai menantu mereka."

"Tergamak you buat macam tu?" kata-kata Sandra yang membuatkan Fareed ketawa sinis.

"Apa yang Sandra akan dengar adalah lebih mengejutkan. Fareed buat semua ini kerana seorang lelaki bernama Zaharin."

"Tapi Zaharin kan kawan baik Fareed. Semenjak kolej dulu. Malah dari kecil you berdua dah berkawan." Sandra sudah duduk bersimpuh di katil. Air matanya diseka.

"Memang kami kawan baik. Tapi kami juga saingan yang sengit. Dari kecil Fareed cuba kalahkan dia dalam banyak perkara. Tapi ternyata Zaharin memang hebat serba-serbi. Bila dia beritahu dia akan bertunang dengan Sandra, Fareed nampak peluang untuk tewaskan dia."

"Jadi itulah maksud you yang I ni sebagai jambatan. Untuk mengatasi Zaharin. But that's wrong Fareed. That's a heartless and selfish act." Sandra menyelar Fareed.

"Fareed tahu. Tapi rasa cemburu ni dah meluap-luap sampai bertukar menjadi dendam. Fareed dah hilang pertimbangan. Sampai Fareed tergamak sakiti Sandra. Maafkan Fareed, Sandra." Suara Fareed hiba dan sayu.

"Tapi... tapi kenapa sekarang you beritahu I semua ni? Why Fareed?"

Soalan Sandra dibiarkan oleh Fareed tidak berjawab. Dia sedang bertarung dengan emosinya ketika itu. Hanya bisikan hatinya yang bersuara ketika itu.

'Kau nak tahu kenapa? Sebab aku dah mula cintakan kau. Dan cinta ini menyebabkan aku akan tewas kepada Zaharin!'

"Sebenarnya Fareed nak lepaskan Sandra. Awak bebas sekarang. Awak boleh pilih lelaki yang memegang cinta sejati di hati awak."

"Maksud Fareed, Fareed dah ceraikan Sandra?"

Perang emosi Fareed tercetus lagi.

"Belum. Sandra sekarang boleh buat apa yang Sandra nak. Bila dah buat keputusan nanti, Fareed akan lepaskan Sandra dengan cara baik. Selama ni pun Fareed tak pernah sentuh Sandra. Hubungan kita hanya pada nama saja."

"Betul ke ni? I... Terima kasih Fareed." Sandra kehilangan kata-kata mendengar berita yang amat mengejutkan itu.

'Sebenarnya aku tak mampu lafazkan talak untuk kau Sandra. Rasa cinta ini menyebabkan aku sukar melepaskan kau. Tapi kerana cinta ini juga aku melepaskan kau. Biarlah aku berkorban demi kebahagian kau, Sandra. Semoga kau temui cinta sejati kau dengan Zaharin. Pergilah. Aku rela.'

Entah mengapa setitis air matanya tiris dan dengan segera ia diseka.



Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA


Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI






14 comments:

  1. walaupun pendek dan ada flash back tapi masih jelas jalan ceritanya. Nice...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Naufal sudi komen.
      Menunggu 'buah tangan' anda untuk ahli GU pula.. ^_-

      Delete
  2. simple..nice.. nasib x jadi cerai.. ngeee best of luck

    ReplyDelete
  3. ok le citer buang angin hehehee

    ReplyDelete
  4. Menarik. Cerita biasa, tapi diolah dgn bidalan dgn baik. Tapi kalau diperhalusi, sure tangkap nangis. Geram aku dgn Fareed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih banyak yang perlu saya pelajari tentang 'memperhalusi' ni.. Terima kasih sudi singgah dan komen .. ^_-

      Delete
  5. simple but nice..bagaikan disihir untuk bace smpai abes..hehehe .....gud job writer..peace yaw

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ cikda atas komennya. Bagaikan disihir?... wah, dah macam Harry Potter pulak ya?.. (^_^)Y

      Delete
    2. approve la sy nk bace smbungan cite ni

      Delete
    3. hantar request di sini:
      https://www.facebook.com/groups/penavr/

      Delete
  6. Wah, best sangat. ^_^ . Walaupun jalan citenye pendek tapi kalau feeling betul2 boleh nangis ni <_> . Good writer. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan komen.. ^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?