PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 25 April 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 26


BAB 26


Qiarra tidak keluar bilik semenjak pagi tadi. Fikirannya kusut memikirkan maklumat terbaru yang diterima. Rahsia itu masih disimpan tanpa berkongsi dengan sesiapa termasuk Sara atau Mimi. Dia mahu membuat keputusan berpandukan nalurinya sendiri, bukan dipengaruhi oleh orang lain.

Dua sisi dalam dirinya sedang hebat bertarung untuk mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat. Sisi yang baru telah muncul semenjak kes dia diculik tempoh hari.

'Adakah ini satu lagi konspirasi untuk memerangkap aku? Dalang penculikan aku dulu masih bebas dan dia mampu melakukan semua ini.' Sisi pesimistik Qiarra cuba berhujah.

'Tapi bagaimana kalau mesej ini dihantar oleh orang yang jujur? Kalau aku lepaskan peluang ini, belum tentu aku akan dapat peluang kedua. Apa yang dikatakan skandal hospital itu sampai bila-bila aku tak akan tahu. Mungkin ada jawapan bagi kes yang melanda keluarga aku sekarang ini. Mungkin juga jawapan yang papa cari selama ini. Tapi perlukah aku kongsi maklumat ini dengan papa dan mama? Bagaimana kalau mereka takut ini satu lagi helah dan aku tak dibenarkan keluar dengan bebas, takut-takut aku akan jadi mangsa lagi?' Pelbagai persoalan bermain di fikiran Qiarra bertubi-tubi.

'Kalau Eddie ada boleh juga aku berkongsi maklumat ini dengan dia? Tapi dia tak jawab telefon langsung. Aduh... pening kepala dibuatnya!' Keluh Qiarra.

'Apa yang aku nampak satu-satunya jalan penyelesaian adalah dengan aku pergi ke sana. Kalau ini konspirasi lagi macam mana? Kali ni walau apa pun yang berlaku aku tak akan keluar. Tapi kalau mereka nampak aku macam mana?' Sisi pesimistik Qiarra cuba memujuk Qiarra lagi supaya melupakan rancangannya malam nanti.

'Aku rasa satu kebodohan besar kalau aku sia-siakan rancangan ini kerana takut menjadi mangsa lagi. Aku perlu lebih berhati-hati kali ini. Sampai bila aku nak biar diri aku dihantui trauma. Aku mesti kuat. Aku mesti tabah, macam yang papa katakan.'

Dalam diam Qiarra sudah dapat kekuatan yang dicari-cari. Mahu tak mahu, sisi pesimistiknya terpaksa menyerah kalah.


***

"Cik Qiarra janganlah keluar malam ni. Saya takutlah... Kalau jadi apa-apa pada Cik Qiarra lagi macam mana." Bebel Bibik Rusila selepas Qiarra memberitahu rancangannya malam itu. Bibik Rusila adalah satu-satunya harapan untuk dia keluar tanpa pengetahuan orang tuanya.

"Jangan risaulah bibik. Kali ni saya akan betul-betul berhati-hati. Saya tak ada pilihan lain. Saya tak boleh lepaskan peluang ni." Qiarra cuba menenangkan pembantu rumah yang sudah tampak keresahan pada wajahnya.

Wanita itu sudah tidak mampu bersuara lagi. Dia tidak mampu mengubah pendirian anak majikannya.

"Hati-hati Cik Qiarra," suara Bibik Rusila ketika Qiarra meninggalkan rumah untuk ke garaj. Kerisauan masih jelas kelihatan di wajahnya.

***

Jam menunjukkan pukul 10.57 malam. Sudah lebih sejam Qiarra menunggu. Dia hendak memastikan tiada yang tahu dia sedang menunggu di dalam kereta. Pelbagai langkah berjaga-jaga sudah dirancang sekiranya jejaknya dikesan.Tidak pernah dia terfikir akan melakukan perkara merbahaya seperti ini. Tetapi ini risiko yang terpaksa dia ambil.

'Bagaimana kalau lelaki itu kenal Beetle kuning aku?' Minda Qiarra cuba mempengaruhinya di saat-saat akhir.

'Aaah! Dah terlambat sekarang. Sudah tak ada masa untuk aku tukar rancangan. Kalau aku pinjam kereta Sara sekalipun, aku terpaksa beritahu sebab aku pinjam. Akhirnya aku terpaksa beritahu hal yang sebenar juga.' Dia cuba menyedapkan hati.

Dalam situasi pertarungan yang berlaku di dalam mindanya, dia terlihat kelibat seorang lelaki berpakaian segak bertali leher menuju ke kawasan sampah. Beetle Qiarra diparkir bersebelahan dengan dua buah kereta di kiri dan kanan. Dia masih berharap dalam suram cahaya lampu jalan tiada siapa yang akan mengenali kereta dan nombor plat keretanya.

Qiarra sudah bersedia dengan kamera Olympus di tangan. Fungsi zoom digunakan untuk mengambil gambar lelaki itu pada jarak dekat.

'Dah macam penyiasat persendirian pulak aku ni! Dah ada pengalaman ni boleh buat agensi penyiasatan.' Gurauan Qiarra ketika hatinya berdebar-debar dengan tugas yang amat berbahaya malam itu.

Tidak lama kemudian satu kelibat manusia lagi muncul. Melihat tubuh itu, mata Qiarra terbeliak luas. Dia tergamam seketika sebelum mula mengambil gambar jarak dekat, klik demi klik.

"Bukankah itu lelaki yang ada bersama geng Azad masa aku diculik dulu? Aku ada dengar Azad panggil nama dia dulu. Apa nama dia? Nama dia pelik sikit. Macam nama orang dulu-dulu. Macam nama mat saleh pun ada. Apa nama dia ya?... Hah! Guntor! Baru aku ingat. Aku dengar Azad panggil dia dengan nama tu. Aku cukup cam dengan jeket labuh berkelubung kepala tu." Qiarra berbicara seorang diri.

Qiarra dapat lihat lelaki bertali leher menyerahkan sekeping sampul kepada lelaki berkelubung. Sambil itu matanya melingas memandang sekeliling bagi memastikan tiada yang memerhatikan gerak-geri mereka.

Setelah selesai pertemuan kedua lelaki itu. Qiarra berdiam diri di dalam kereta buat seketika. Setelah dia pasti tiada yang syak kehadirannya di situ, Qiarra terus beredar meninggalkan kawasan parkir.

'Tak sabar rasanya untuk aku tunjuk gambar-gambar ni pada papa. Tentu ada cerita di sebalik semua ni.' Bisik hati Qiarra sambil Beetle kuning dipecut laju meninggalkan kawasan hospital.

***

Pagi itu Qiarra mengambil peluang keemasan ketika melihat kedua orang tuanya sedang bersantai di ruang tamu.

"Papa, Qiarra ada sesuatu nak tunjuk pada papa." Suara Qiarra bersama kamera yang dibawa semalam ada di tangannya.

"Gambar apa ni?" Tanya Datuk Hafizudin sambil meletakkan akhbar di atas meja kopi. Kamera itu lantas dicapai.

"Gambar Qiarra ambil di belakang hospital malam tadi. Qiarra terpaksa keluar tanpa beritahu papa dan mama. Qiarra minta maaf. Qiarra terpaksa." Qiarra membuat keputusan berterus-terang tanpa berselindung.

"Tapi macam mana Qiarra tahu?" Datuk Hafizudin merenung tajam wajah anaknya.

"Qiarra dapat SMS. Dari siapa Qiarra tak tahu."

"Qiarra memang tak serik kan? Baru lepas kena culik hari tu, sekarang buat hal lagi. Nasib baik tak jadi apa-apa. Qiarra ni memang degil!" Leter Datin Maznah.

Datuk Hafizudin tidak bersuara sambil dia meneliti satu demi satu gambar pada skrin di kamera Olympus di tangan. Dahinya juga berkerut.

Pada mulanya dia ingin menyergah Qiarra kerana terlalu berani mengambil tindakan drastik itu, tetapi gambar-gambar itu sudah mengalihkan fokusnya.

"Papa kenal lelaki dalam gambar tu?" Tanya Qiarra. Dia sudah tidak sabar mendapatkan jawapan kepada pelbagai soalan yang galak menerjah benaknya.

"Yang pakai tali leher ni papa kenal. Nama dia Hashim. Dia orang penting dan berkuasa di hospital. Yang satu lagi ni papa tak kenal." Jawab lelaki itu sambil terus meneliti gambar di kamera.

"Kalau papa dan mama nak tahu, lelaki berkelubung tulah yang jadi dalang culik Qiarra hari tu. Tapi Qiarra tak pernah nampak muka dia. Memang itu sebabnya dia pakai macam tu agaknya, supaya tak ada sesiapa yang dapat cam muka dia."

Datin Maznah juga khusyuk memerhatikan gambar di kamera.

"Dalam SMS tu dia beritahu mereka berdua ni terlibat dalam skandal di hospital. Apa yang dia maksudkan dengan skandal tu papa?" Tanya Qiarra.

"Skandal? Papa tak pasti. Mungkin juga kes kehilangan Eddie, abang kamu dulu."

"Tapi kenapa sekarang baru terbongkar? Jangan-jangan ada kaitan dengan keputusan ujian DNA hari tu?" Qiarra melahirkan pendapatnya.

"Mungkin juga. Eh, ini tak boleh jadi. Kita kena simpan salinan gambar-gambar ni. Papa akan ke hospital dan bersemuka dengan Hashim. Dia dah tak ada pilihan lain lagi. Mahu tak mahu dia kena beritahu hal sebenar atau kita dedahkan gambar ni pada pihak hospital." Datuk Hafizudin mengatur rancangan.

"Qiarra nak ikut papa, boleh?" Pinta Qiarra.

Agak lama Datuk Hafizudin memandang wajah Qiarra sambil berfikir. Akhirnya dia mengangguk.

"Papa akan telefon dia dulu. Kita set masa untuk dedahkan gambar-gambar ni pada dia." Suara Datuk Hafizudin sambil melangkah bersama telefon bimbit di tangan.

***

Hashim tergamam melihat gambar-gambar foto yang sedang berselerak di mejanya.

"Macam mana datuk dapat gambar ni?... Apa maksud semua ni datuk?" Hashim cuba menutup pekong yang sudah pun terdedah. Rintik-rintik peluh sudah mula memercik di dahinya, walaupun pendingin hawa di hospital sudah dipasang pada tahap yang tinggi.

"Tak payahlah nak berselindung dengan saya lagi. Tentu awak boleh bayangkan kalau gambar-gambar ini saya dedahkan kepada pihak hospital. Atau lebih sensasi lagi kalau saya buka kes ini kepada pihak media. Kes kehilangan bayi lebih dua puluh tahun lepas tentu akan mendapat liputan muka depan semua akhbar. Arus perdana atau tabloid." Datuk Hafizudin mengugut dalam sinis.

"Eh, jangan datuk... Saya... sebenarnya...,"

"Tak payahlah awak nak mereka cerita lain lagi. Sekarang ni beritahu saya apa yang dah berlaku dan saya tak akan dedahkan rahsia ni." Pujuk Datuk Hafizudin.

Hashim bersandar sambil menghela nafas dengan dalam. Sehelai sapu tangan dikeluarkan dari kocek untuk menyeka peluh di dahi.

"Saya pernah buat kesilapan masa saya muda-muda dulu. Saya leka berpeleseran di kelab dengan kawan-kawan. Pada satu malam saya berjumpa seorang gadis yang terlalu cantik dan seksi pada pandangan mata saya. Saya tak mahu lepaskan peluang keemasan itu.  Tapi saya tersalah langkah sebab minuman saya dah dicampur dadah." Hashim terhenti untuk menyeka peluhnya. Atau mungkin dia teragak-agak untuk menceritakan sambungan kisah silamnya.

"Saya jadi mangsa. Gambar-gambar saya bersama perempuan tu diambil semasa kami..." Hashim enggan meneruskan cerita dengan harapan Datuk Hafizudin faham apa yang dimaksudkan.

"Seorang lelaki misteri datang berjumpa saya dan mengugut akan mendedahkan rahsia saya kalau saya enggan buat seperti yang dia minta."

"Siapa lelaki tu?" Datuk Hafizudin mencantas cerita Hashim

"Saya tak kenal. Sampai sekarang saya tak tahu nama dia. Dia nak saya aturkan penculikan bayi datuk. Kuasa dan pengaruh di hospital terpaksa saya gunakan demi menyelamatkan rahsia gelap saya. Tapi bila dia dapat tahu bayi datuk dah meninggal, dia ubah rancangan."

"Jadi betullah anak saya dah meninggal? Atau ini satu lagi helah awak?" Pintas Datuk Hafizudin.

"Betul datuk! Anak datuk memang dah meninggal." Hashim cuba menegakkan kebenaran.

"Kalau macam tu di mana dia dikebumikan? Saya perlukan kepastian." Datuk Hafizudin masih ragu-ragu.

"Yang itu saya tak tahu. Lelaki misteri tu tak beritahu saya apa-apa. Dia terus hilang macam tu saja."

"Susah saya nak percaya sekarang ni selagi saya tak tahu di mana anak saya dikebumikan." Jawab Datuk Hafizudin.

"Tapi kenapa dia muncul semula selepas lebih dua puluh tahun? Apa yang dia nak?" Tanya Qiarra.

"Dia dapat tahu datuk minta buat ujian DNA untuk seorang pemuda. Dia datang jumpa saya dan ugut saya lagi. Dia suruh saya pastikan keputusan ujian tu positif. Bermakna DNA lelaki tu sama dengan datuk."

"Sekejap. Bermakna keputusan ujian tu palsu?" Celah Datuk Hafizudin.

Hashim mengangguk.

"Kami belum buat ujian tu lagi. Laporan itu saya palsukan."

Datuk Hafizudin menggeleng.

"Awak tahu apa yang saya takutkan berlaku di dunia ni? Salah satu daripadanya adalah apabila manusia berkuasa seperti awak ni menyalah gunakan kepercayaan yang diberikan kepada awak. Itu baru berkuasa di hospital. Bagaimana kalau awak berkuasa mentadbir negara atau dunia?" Selar Datuk Hafizudin.

"Saya memang dah lama menyesal dengan apa yang saya telah buat. Sebab itu saya buat keputusan untuk melepaskan jawatan saya tak lama lagi. Saya dah tak mahu merosakkan hidup orang lain semata-mata kerana menjaga nama baik saya. Cuma saya yang saya minta dari datuk."

"Apa dia?" Kata Datuk Hafizudin.

"Saya minta datuk rahsiakan perkara ini. Saya mahu turun dengan cara baik. Tolonglah datuk."

Datuk Hafizudin hanya mengangguk dengan permintaan lelaki itu.

"Terima kasih datuk. Selepas ni saya nak bawa diri jauh ke luar negara. Saya nak lupakan peristiwa hitam yang dah berlalu dalam hidup saya."

"Sebelum awak berhenti saya nak awak lakukan satu perkara lagi," kata Datuk Hafizudin.

"Sebagai menebus kesilapan saya pada datuk, saya sanggup buat apa saja."

"Saya nak awak jalankan ujian DNA yang sebenar. Saya nak pastikan keputusannya. Kalau saya dapat tahu awak cuba palsukan ujian kali ni, saya tak akan teragak-agak untuk dedahkan rahsia silam awak."

"Baik datuk. Saya akan pastikan keputusan ini adalah yang sebenar, bukan dipalsukan lagi."

***

Ketika matahari sudah mula menampakkan jalan dengan jelas, Eddie sudah keluar rumah. Dia menuju ke pusara arwah ayah angkatnya. Sudah agak lama ia tidak dibersihkan. Rumput yang sudah meninggi hingga ke paras betis dicabut dengan tenang.

'Apa khabar agaknya ayah di sana? Semoga ayah sentiasa dalam perlindungan Allah hendaknya.' Hati Eddie berbicara sendirian.

Usai membersihkan kawasan pusara, Eddie duduk bersila. Lembaran Yasin dibuka dan damai suasana di perkuburan diserikan dengan lirih alunan suara Eddie.

'Ya Allah, Kau lindungilah ayah sebagaimana dia mengizinkan aku berteduh di rumahnya. Kau permudahkanlah urusannya di sana dan aku mohon agar kau bersimpati dengannya. Sesungguhnya Kau Maha Mengampun dan Maha Mengasihani.' Titipan doa Eddie pada pagi yang hening itu. Dingin embun masih terasa menyegarkan dalam redup sinaran mentari pagi.

Suasana damai dan nyaman di pusara itu menyebabkan Eddie berterusan duduk di atas tikar mengkuang yang dibentang. Kicauan burung sudah mula kedengaran riuh. Beberapa ekor ciak seperti bergurau senda melompat dari dahan ke dahan pohon kemboja yang tumbuh di situ.

'Mungkin ada baiknya aku ikut nasihat mak supaya aku tinggal di kampung ini. Sekurang-kurangnya ada juga yang mengambil tahu keadaan dia. Kalau ditakdirkan aku dan Qiarra adalah adik-beradik bagaimana? Ah, aku tak mahu fikir semua tu. Terlalu banyak perubahan yang aku kena buat. Selama ni aku hidup dalam keadaan hina sebagai anak pungut. Bukan mudah aku nak ubah. Kalau aku jadi macam tanggang macam mana? Kerana kemewahan aku lupa pada ibu angkat aku yang dah bersusah-payah membesarkan aku selama ni. Aku tak sanggup jadi macam tu.' Eddie membiarkan fikirannya menerawang tanpa ada perkara khusus yang difikirkan.

'Lagipun aku tak puas hati selagi tak berjumpa dengan Dayana. Aku rasa aku tak akan balik ke KL selagi belum dengar berita pasal dia. Aku akan cuba dapatkan maklumat terkini tentang Dayana daripada Mak Tom. Selagi aku tak dapat kepastian yang dia tak apa-apa, aku aku terus tinggal di sini.' Eddie membuat rancangan.

Kicauan burung yang kuat di dahan tidak jauh dari tempat Eddie duduk menyebabkan dia tersentak. Dengan segera tikar mengkuang dilipat.

"Eddie balik dulu ayah," suara Eddie sambil memegang batu nisan yang berada di atas pusara ayahnya. Kemudian dia mengatur langkah menuju ke motosikal yang berada di tepi jalan.


***

Ketika Qiarra pulang petang itu, Datuk Hafizudin sedang minum petang bersama Datin Maznah. Sekeping sampul surat terletak di atas meja bersama teh beraroma strawberi dari Cameron Highland yang terhidang di dalam cawan. Puding kastad karamel menjadi juadah mereka petang itu.

Tanpa membuang masa atau dipelawa, Qiarra terus mengambil tempat duduk.

"Sampul apa ni papa?"

"Keputusan ujian DNA yang sebenar."

"Papa dan mama dah tahu?"

"Belum. Kami tunggu Qiarra." Jawab Datuk Hafizudin.

Datuk Hafizudin menghulurkan sampul itu kepada Qiarra. "Qiarra baca apa keputusannya."

Dengan hati yang berdebar-debar Qiarra membuka lipatan sampul dan mengeluarkan sekeping kertas putih A4. Matanya meniti baris-baris surat itu.

Kemudian pandangannya beralih kepada wajah ibu dan bapanya. Tanpa berkata apa-apa Qiarra tersenyum lebar dengan wajah yang berseri-seri seperti mentari pagi.


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?