PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 18 April 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 25


Bab 25



"Kenapa dengan kau ni?" Kata Sara sambil memerhatikan Qiarra mencolek-colek sherbet strawberi di dalam gelas kristal berkaki tinggi dengan sudu.

Qiarra diam seribu bahasa.

"Sepatutnya kau happy sekarang. Eddie dah jadi milik kau. Parents kau pun dah boleh terima dia. Apa lagi yang kau nak?"

Qiarra masih berdiam diri.

"Cakaplah Qiarra. Kau tak sihat ke?" Mimi pula mencelah.

"Aku nak tanya. Apa perasaan korang berdua kalau orang yang kau cinta, yang korang sayang rupa-rupanya adalah darah daging sendiri?" Suara Qiarra sambil terus mencolek sherbet di dalam gelas.

"Apa kena dengan kau ni? Pelik sangat soalan kau tu." Sara mengerutkan dahi.

"Aku tanya ni, jawablah..." Qiarra tidak sabar.

"Okey, kalau aku... mestilah aku frust, keliru, risau. Sebab tak sepatutnya aku ada perasaan macam tu." Jawab Mimi.

"Itu kalau kau memang dah tahu dia tu darah daging kau sendiri. Tapi kalau kau baru tahu dia ada pertalian darah dengan kau?" Tambah Qiarra.

"Pelik betul soalan kau ni! Kenapa kau tanya macam tu?" Reaksi Sara dengan pertanyaan Qiarra.

"Tak ada apa-apa." Qiarra masih belum bersedia untuk berkongsi perkara yang masih samar-samar itu. Segalanya akan terjawab setelah ujian DNA itu diketahui keputusannya.


***

"Kenapa dengan kamu Dayana?" Kata-kata Mak Tom semasa dia dan Dayana makan malam.

Dayana menguis-nguis nasi di pinggan tanpa menjamahnya semenjak dia mula duduk di meja makan.

"Janganlah buat macam ni. Risau Mak Long dibuatnya. Kalau ada apa-apa masalah ceritalah." Pujuk Mak Tom.

Dayana masih mendiamkan diri.

Mak Tom tidak mahu mendesak Dayana. Dia risau sekiranya Dayana semakin tertekan dengan masalah yang dihadapinya. Masalah yang masih belum diketahui pucuk pangkalnya.

"Eddie datang ke rumah tanya pasal kamu. Kesian Mak Tom tengok dia. Muka dia pun nampak risau dengan perubahan sikap kamu. Dia kata dia nak datang lagi nanti. Mak Long harap nanti kamu jumpalah dia, walaupun sekejap." Kata-kata Mak Tom masih tidak diendahkan oleh Dayana. Dayana sebenarnya memasang telinga dengan setiap patah kata-kata Mak Longnya.

Dengan tidak semena-mena Dayana bingkas bangun tanpa berkata-kata walau sepatah.

"Eh, Dayana. Makanlah sikit. Nanti kalau sakit susah nanti. Dayana!"

Dayana menonong masuk ke bilik membiarkan Mak Tom yang masih terpinga-pinga di meja makan.

***

"Papa nak ke mana?" Tanya Dayana ketika dia berselisih dengan bapanya di anjung rumah. Ibunya menunggu di pintu.

"Papa nak ke hospital ambil keputusan ujian DNA." Jawab Datuk Hafizudin. Wajahnya tampak berseri-seri.

Qiarra terpaku tidak berkata-kata. Sesuatu bermain di fikirannya.

"Kenapa dengan anak papa ni? Tercegat semacam." Usik Datuk Hafizudin.

"Qiarra sebenarnya risaulah papa."

"Risau? Kenapa?"

"Tak tahulah papa. Rasa saspens pulak."

"Saspens?"

"Yalah. Kalau keputusan ujian tu positif, Qiarra sepatutnya gembira sebab dah jumpa dengan abang Qiarra, tapi..." Kata-kata Qiarra terhenti bersama perkara yang mengganggu fikirannya.

"Papa faham. Qiarra akan jumpa abang Qiarra, tapi Qiarra akan kehilangan Eddie, walaupun dia ada di depan mata Qiarra kan?" Tebak bapanya.

Datuk Hafizudin merangkul Qiarra. Qiarra merebahkan kepalanya di bahu bapanya.

"Walau apapun keputusannya, kita kena kuat hadapi segala kemungkinan. Kalau keputusan ujian ni positif, papa akan rasa lega sebab tak perlu lagi memikirkan tentang abang kamu yang entah masih hidup atau telah mati. Tapi kalau keputusannya negatif, papa terpaksa teruskan merungkai misteri ini." Datuk Hafizudin melahirkan apa yang tersirat di hatinya.

"Kita kena tabah Qiarra. Kita kena tabah." Katanya lagi.

Datin Maznah hanya memerhatikan gelagat anak-beranak berdua itu.

***

"Assalamualaikum. Mak Tom...," Suara Eddie dari pekarangan rumah.

Sejurus kemudian kedengaran suara di muka pintu.

"Waalaikumsalam." Mak Tom bergegas menuju ke arah Eddie. Dia memegang sesuatu di tangan. Sekeping kertas, mungkin sampul surat.

"Dayana ada?" Tanya Eddie.

"Dayana dah balik ke UIA."

"Eh, bukan ke cuti lama lagi?" Eddie kehairanan.

"Memang. Tapi dia kata dia nak balik cepat."

"Tak sempat saya nak jumpa dia." Keluh Eddie.

"Itulah. Dah puas Mak Tom pujuk dia, tapi dia berdegil tak nak beritahu. Ish.. risaulah Mak Tom dengan Dayana ni. Harap-harap janganlah ada benda yang tak elok terjadi pada dia."

"Itu apa Mak Tom?" Kata Eddie sambil memandang benda yang dipegang oleh wanita itu.

"Hah, surat ni Dayana suruh bagi pada kamu. Nanti kamu beritahu pada Mak Tom kalau ada apa-apa yang penting." Katanya sambil menyerahkan sampul itu kepada Eddie. "Dah tak tahu apa Mak Tom nak buat dengan Dayana ni. Dia tu dahlah tak ada sesiapa lagi kecuali Mak Tom. Kadang-kadang kesian bila fikirkan hal Dayana ni."

Eddie turut bersimpati mendengar kata-kata Mak Tom.

"Okeylah Mak Tom. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

"Baiklah. Jangan lupa beritahu Mak Tom kalau ada apa-apa yang penting dalam surat tu. Jalan baik-baik." Kata Mak Tom sebelum Eddie memecut meninggalkan pekarangan rumah itu.

***

Qiarra bergegas turun ke ruang tamu. Ibu dan bapanya sudah berada di situ bersama sekeping sampul yang berada di meja kopi. Wajah mereka berdua jelas menunjukkan rasa tidak sabar untuk mengetahui maklumat yang terkandung di dalam sampul.

"Papa belum tahu lagi?" Tanya Qiarra.

"Belum. Papa nak buka sampul bersama mama dan Qiarra."

"Cepatlah bang. Saya dah tak tentu arah dibuatnya ni." Datin Maznah
menggoncang bahu suaminya.

Qiarra duduk menghadap mereka berdua. Datuk Hafizudin mengeluarkan kertas putih di dalam sampul itu. Qiarra hanya memandang dua pasang mata yang meniti baris-baris tulisan di kertas itu. Kemudian mereka saling berpandangan sebelum memandang ke arah Qiarra. Sukar untuk Qiarra menebak keputusan ujian itu melalui ekspresi wajah mereka.

Qiarra tidak mampu melahirkan suara untuk bertanya. Rasa gementar menyebabkan kata-katanya tersangkut di kerongkong.

"Sabar ya Qiarra...," suara Datuk Hafizudin dengan hati-hati.

"Keputusan ujian... positif. Eddie adalah abang kamu." Kata-kata ayahnya dengan wajah yang cuba menyembunyikan rasa gembira. Qiarra tahu memang itu keputusan yang dinanti-natikan oleh bapanya. Kini dia tidak perlu lagi mencari-cari maklumat tentang anaknya yang telah hilang itu. Dia masih hidup dan sudah mereka kenali. Insan itu adalah Eddie.

Qiarra tidak dapat mengawal perasaan. Pelbagai emosi menguasai dirinya. Dalam keadaan itu ada kemarahan yang muncul.

Kenapa ditakdirkan Eddie abang aku? Kenapa sekarang baru aku tahu dia abang aku, selepas perasaan terhadap lelaki itu muncul? Kenapa? Semua ini tak akan berlaku kalau papa tak buat ujian DNA ni. Ini semua salah papa! Hati Qiarra membentak.

Qiarra tidak dapat membendung amarah yang berbuku di hatinya. Dia bingkas bangun dan meniti anak tangga menuju ke biliknya.

"Qiarra!" Suaranya ibunya dari bawah. Ketika itu air mata kecewa Qiarra sudahpun tumpah.

Kenapa aku terpaksa hadapi kenyataan yang pahit ini! Suara hati Qiarra seperti menolak takdir yang terpaksa diterima.

Dia menghentak pintu dengan kuat sebelum merebahkan diri di katil. Air matanya sudah melimpah membasahi pipinya.

***

Eddie berbaring di katil bujang di bilik. Tingkap yang dibuka luas membolehkan angin malam menghembus masuk sepoi-sepoi. Kedinginan yang menyamankan itu tidak dapat memadamkan rasa resah Eddie untuk mengetahui isi surat yang diterima daripada Dayana.

Sampul itu dibuka dengan cermat. Berhelai-kelai kertas kajang yang dilipat kemas terselit di dalam sampul itu.

Eddie mula membaca.

Eddie,

Assalamualaikum. Dayana harap Eddie tenang ketika membaca surat ini.

Dayana? Istilah tenang sudah hilang dari kamus hidup Dayana ketika ini. Dayana masih mampu menyembunyikannya walaupun perasaan bergejolak seperti api yang membakar dalam sekam. Kalau bukan kerana iman yang masih bertapa hening dalam hati, Dayana mungkin akan membuat satu tindakan drastik yang akan Dayana kesali satu masa nanti.

Apa yang dah terjadi pada Dayana ni? Beria-ia dia sembunyikan daripada aku. Malah dengan Mak Long dia sendiri pun dia sembunyikan. Hati Eddie berbicara penuh tanda tanya.

Dayana sudah kehilangan banyak benda yang berharga dalam hidup Dayana. Orang yang Dayana sayang dah tinggalkan Dayana masa kecil lagi. Masa tu Dayana jumpa Eddie dan hidup Dayana macam malam yang hilang bila mentari datang.

Eddie ada di sisi Dayana untuk menemankan Dayana dalam melalui keperitan hidup masa orang tua Dayana dah tak ada lagi. Memang Dayana masih ada atuk dan nenek masa tu, tapi hidup Eddie hampir serupa dengan Dayana. Kita sama-sama kehilangan ibu bapa kita, cuma Eddie belum pasti sama ada mereka masih hidup atau tidak.

Dengan Eddie Dayana dapat kekuatan baru. Puisi dan Eddie menguatkan semangat Dayana untuk menempuh ranjau hidup. Segala yang sukar jadi mudah sebab Dayana ada Eddie di sisi Dayana.

Eddie tergamam. Rasa bersalah mula menguasai diri kerana melepaskan kata-kata di parit tempoh hari.

Dia terus membaca surat itu.

Dayana segan nak beritahu Eddie, tapi Dayana akan ceritakan juga selepas apa yang telah berlaku. Dayana pernah berangan-angan untuk terus hidup bersama Eddie. Dayana ingin berkongsi susah senang, sakit pening dan suka duka dengan Eddie. Dayana pernah berangan mencari identiti ibu bapa Eddie bersama-sama. Memang Dayana ni kuat berangan-angan kan? Tapi itulah perasaan Dayana pada Eddie. Bukan dibuat-buat atau lakonan. Perasaan itu dah lama hadir walaupun Dayana rahsiakan dari Eddie.

Eddie dapat bayangkan tak perasaan Dayana bila dengar kata-kata Eddie masa kita di tempat kita selalu habiskan masa budak-budak kita dulu? Eddie dapat bayangkan tak betapa remuk hati ini bila Eddie kata Dayana akan lupakan Eddie bila Dayana dah berjaya nanti? Dayana tahu bukan mudah untuk seorang perempuan seperti Dayana untuk luahkan perasaan pada seorang lelaki yang dia sayang. Kata-kata boleh digarap indah, tapi perasaan akan kekal dalam hati dalam bentuk yang tulus dan hakiki. Kalaulah Eddie dapat menyelam perasaan Dayana ketika itu...

Tapi itu semua dah tak bermakna lagi. Eddie tak akan pilih perempuan seperti Dayana. Biarlah diri ini menelan racun yang pahit dan perit dalam hidup seorang diri. Mungkin Dayana memang ditakdirkan untuk melalui ranjau duri yang menyiat daging ini hidup-hidup. Siapalah diri ini untuk mengubah pendirian Eddie setelah kebenaran terbongkar kelak? Dayana terpaksa terima walaupun ia menyiksa batin.

Hanya satu yang Dayana pinta dari Eddie. Tolong doakan agar Dayana tabah menghadapi segala kemungkinan yang bakal mendatang walau bagaimana membebankan diri ini sekalipun.

Dayana minta maaf atas segala kesalahan Dayana pada Eddie.
Terima kasih kerana mewarnai hidup ini dengan rona segar dan ceria walaupun kini ia hanya dipalit hitam dan suram.

Insan yang terpaksa melupakanmu walaupun ia bisa seperti ditusuk sembilu,
Dayana

Siapalah aku untuk memiliki bulan
Sedangkan ia milik langit yang luas bertatah bintang

Siapalah aku untuk meneguk secangkir madu
Sedangkan seumur hidup aku hanya mampu meneguk tuba di sungai

Siapalah aku untuk bermandi sinar mentari
Sedangkan aku pingitan di dasar gua yang gelita


Eddie menjadi tidak keruan sebaik sahaja selesai membaca surat itu. Eddie dapat lihat sisi Dayana yang belum pernah dia lihat sebelum ini melalui surat tersebut. Seolah-olah gadis sedang melalui satu cabaran baru dalam hidup yang enggan dikongsi bersama orang lain.

Eddie tenggelam dalam gundah memikirkan apa yang sedang melanda hidup Dayana, walaupun ia masih lagi samar-samar.

***

Qiarra bersandar di buaian yang berhayun sambil melemparkan pandangan ke langit yang ditaburi bintang yang gemerlapan. Angin malam membelai pipi bersama desiran air terjun yang menghidupkan suasana dengan nuansa di laman.

Telefon masih berada di tangan. Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi Eddie, tapi tidak berjawab. Qiarra pasti Eddie sengaja mematikan telefon, bukan kerana kehabisan bateri.

Perbualan kedua orang tuanya terngiang-ngiang di telinga.

"Apa kata kita buat kenduri nanti bila Eddie dah balik ke sini?" Kata ibunya.

"Bagus juga. Sebagai tanda syukur kita." Jawab ayahnya ringkas.

"Tak sangka kan bang?. Dah lebih dua puluh tahu baru kita jumpa semula anak kita."

"Alhamdulillah, tak sia-sia kita menunggu selama ni." Jawab ayahnya dengan senyuman lebar.

Qiarra hanya mendengar dari jauh. Dia masih bergelut dengan perasaannya sendiri. Dia tahu Eddie juga mengalami situasi yang sama. Kalau tidak tentu dia tidak akan mematikan telefon.

Qiarra tidak sangka hidupnya akan berubah selepas ujian DNA itu. Segala-gala yang indah bersama Eddie seperti mimpi di tengah hari, hadir hanya buat sementara waktu.

Qiarra tersentak dengan nada yang bergema di telefon bimbit. Ada SMS
masuk.

Dahinya berkerut. Tiada nama di skrin. Hanya nombor telefon yang asing dan belum pernah dilihat sebelum ini.

Dia membaca berulang kali dalam keliru.

Kalau kau nak tahu skandal yang berlaku di Hospital Seri Pantai, tunggu di tempat sampah belakang hospital jam 11 malam esok.
Jangan lupa bawa kamera.


Segala trauma yang pernah melanda hidupnya kembali menghantui diri. Dengan serta-merta dia teringat kejadian di kilang terbiar tempoh hari. Semuanya berlaku kerana dia terlalu percayakan nota yang diletak di cermin kereta dahulu.

SMS itu dibaca buat kali yang entah ke berapa. Buaian sudah tidak berhayun lagi.

1 ulasan:

  1. Great delivery. Solid justifications. Maintain the
    great work.

    Feel free to visit my weblog - faface.ir

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?