PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 20 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 4)

BAB 4



Pagi ini Mona tersenyum di hadapan cermin. Senyuman yang jauh lebih manis dan ceria daripada biasa.

Bukan kerana blaus yang baru dihadiahkan oleh Shawna, walaupun pilihan Shawna memang hebat dan sesuai dengan citarasa Mona. Bukan juga kerana minyak wangi Mawar Lestari, walaupun haruman itu memberikan nuansa kepada Mona dan karismanya sudah ditambah beberapa plus point. Botol sampel yang diberikan oleh Mawar Cosmetics untuk dijadikan inspirasi kempen bersama dua lagi jenis wangian yang ada.

Perasaan Mona begitu luarbiasa hari ini. Keyakinannya juga jauh berbeza daripada biasa. Mood Mona begitu baik sehingga dia bernyanyi-nyanyi dalam lirih. Munira dan Monique hanya memerhatikan Mona sedang memperelokkan wajah dengan mekap di cermin.

"Ceria nampaknya hari ni?" Usik Monique dengan jelingan seorang penggoda.

Munira hanya diam memerhati.

"Macam biasa. Cuma hari ni rasanya seperti permulaan baru." Mona memperelokkan warna di pelupuk mata.

"Permulaan baru?" Munira pula menyampuk.

"Ha'ah. Aku sekarang ada kau berdua. Dan yang paling seronok, hanya aku saja yang nampak. Life is so... fabulous right now." Mona cuba menjelaskan warna kehidupan yang dialaminya ketika itu.

"Itu saja?" Monique berpeluk tubuh.

"Dan lagi, aku seolah-olah dapat suntikan semangat baru sekarang. Aku dah siapkan proposal D'Ferns semalam. Sekarang tengah study program untuk buat storyboard sendiri. Tak payah aku gunakan khidmat Amirul yang menyusahkan tu."

"Tahniah!" Puji Munira.

"Kenapa kau tak buang aje dia? Kenapa kau susahkan diri kau simpan pekerja macam tu?" Lancang betul mulut Monique.

"Sebab Mona masih bertimbang rasa dan masih menaruh harapan Amirul akan berubah. Masalahnya adalah Azli yang menggunakan Amirul." Munira menjawab bagi pihak Mona.

Semakin lama berbual dengan kedua-dua watak ini, semakin Mona sedar mereka adalah projeksi mindanya sendiri. Kewujudan yang ditentukan untuk maksud tertentu. Maksud yang masih belum mampu Mona pastikan apa.

Dengan tiba-tiba Mona tersedar bahawa dia sedang bercakap dengan sesuatu yang tidak wujud. Hanya terzahir oleh pandangannya sendiri.

'Bagaimana agaknya kalau ada orang ternampak aku bercakap seorang diri dengan cermin? Kalau aku dituduh gila macam mana?'

"Sebab tu kau kena kurangkan bercakap, terutamanya bila ada orang lain. Kenapa perlu bercakap kalau kami tahu isi hati kau." Monique menjawab suara hati Mona.

"Entahlah. Kadang-kadang aku rasa macam berbual dengan manusia betul. Mungkin aku perlukan masa untuk sesuaikan diri. Nampak kau orang berdua dah cukup sebab untuk orang kata aku gila. Apatah lagi kalau aku terus melayan berbual macam ni." Keluh Mona.

"Fokus Mona. Kau akan temui jawapannya bila sampai masanya nanti." Munira memberi semangat.


***

Sharon berjumpa dengan Mona di meja. Ketika itu Mona sedang mencuba program untuk menyiapkan storyboard kempen Mawar Cosmetics.

"Mona, Dato' nak jumpa."

Setelah logout dari Windows, Mona terus bangun. Bukan kerana dia curiga dengan sesiapa di pejabat. Tetapi dia perlu menjaga kepentingan diri sendiri. Banyak maklumat tentang kempen klien yang ada di dalamnya. Tersilap langkah mungkin akan mengundang padah.

Dato' Harriz sedang meneliti dokumen ketika Mona tiba di pejabatnya.

"Dato' nak jumpa saya?" Suara Mona menyebabkan lelaki itu berpaling.

"Mona, duduk. Saya nak bincang tentang proposal D'Ferns." Dato' Harriz meletak ke tepi dokumen yang sedang dipegang. Kemudian dia mencapai dokumen lain di atas meja.

"Secara keseluruhannya saya suka dengan idea ni. Wakil D'Ferns akan datang pagi esok untuk teliti cadangan kita. Saya nak awak siapkan presentation untuk dia."

"Esok?" Mona agak terkejut.

"Kenapa? Awak ada urusan lain?"

"Tak. Tak ada masalah Dato'. Cuma saya terpaksa reschedule jadual saya. Itu saja." Mona tangkas menjawab, sebelum Dato' Harriz mula mencurigai kewibawaannya.

"Saya nak awak present dengan Powerpoint untuk klien kita. Something short and sweet . Yang sesuai dengan pitching proposal kempen ni."

"Boleh Dato'."

Mona sedar dia terpaksa menyiapkan persembahan Powerpoint itu dalam masa beberapa jam berdasarkan storyboard Amirul. Tetapi itu bukan masalah besar. Masalah utama adalah jika dia gagal memenuhi permintaan Dato' Harriz. Sama seperti menghantar ajal dengan menjerut leher sendiri di tali gantung.

Entah mengapa Mona masih mampu mengekalkan perasaan tenang. Sebagaimana cerianya dia memulakan hari ini.

***

Mona sempat menyudahkan storyboard kempen Mawar Cosmetics dengan caranya sendiri. Mungkin tidah secanggih atau sehebat hasil tangan seorang profesional seperti Amirul. Tetapi ia cukup jelas dan mampu menangkap perhatian dengan mesej yang ingin disampaikan.

Mona melepaskan nafas lega sebelum mula merangka persembahan yang telah dirancang dalam mindanya.

'Short and sweet.' Mona mengulang semula kata-kata Dato' Harriz sambil jemarinya mula menaip.

"Hai Mona!" Suara dari belakangnya hampir-hampir membuatkan Mona terus berdiri dari kerusi.

"Sam, kalau ya pun berilah salam. Ops, sorry. Aku lupa kau bukan Muslim." Mona seperti melatah.

"Aku pun pandai beri salam tau. Assalamualaikum." Samantha berseloroh.

"Macam-macamlah kau ni." Mona menggeleng.

"Eh, aku nak ajak kau keluar lunch. Aku nak catch up cerita semalam. Semalam kau tak nak cerita sebab kau emergency leave kan?"

"Aku busy lah Sam. Esok ada meeting dengan klien. Lain kali ajelah. Itulah kau, pagi tadi tak nak datang macam selalu."

"Aku tak dapat Mona. Bos aku suruh siapkan forecast. Dia nak sebelum lunch. Sekarang baru aku free. Jomlah keluar lunch Mona. Please..."

Mona serba-salah.

'Nampaknya terpaksalah aku siapkan malam ni.'

"Okey, jom. Tapi jangan pergi jauh-jauh." Mona bingkas bangun.

"Kita pergi warung depan tu aje."

Hari ini mereka tidak memesan nasi goreng, mi goreng atau yang sewaktu dengannya. Sebaliknya mereka hanya makan nasi campur. Sambil menghadap hidangan di sebuah meja hujung yang terpinggir, Samantha memulakan perbualan. "Apa sebab yang besar sangat kau cuti semalam?"

Mona serba-salah hendak menjawab. Akhirnya dia buat keputusan untuk mengelak. "Aku penat sangat. Aku OT dengan Kak Rose sampai sebelas malam. Lepas tu aku kena hantar dia balik."

"Sebelas malam? Kau berdua buat apa? Bergosip heh?"

"Banyaklah kau punya gosip. Azli kuku besi tu suruh aku hantar proposal Mawar Cosmetics Isnin depan. Itu yang aku penat sangat. Pagi semalam aku tak tahan pening. Sebab tu aku cuti. Pagi tadi aku hantar proposal D'Ferns pada Dato'. Jadi dia pun tak cakap banyak."

"Oh, itu sajalah sebabnya. Aku ingatkan ada orang datang merisik kau." Usik Samantha.

"Hei! Tak ada makna semua tu." Mona tergelak.

Mereka terus menjamu selera sebelum Mona teringat sesuatu.

"Sam kau tahu apa-apa tentang projek Astaka Aksara?"

"Astaka Aksara? Kenapa?"

Mona melihat sekeliling sebelum menjawab. "Aku dapat maklumat baru. Tapi ni antara kita berdua. Kak Rose kata Azli pegang semua fail tu. Masa auditor datang hari tu, dia orang deal terus dengan Azli."

"Ya? Hmm... ini menarik. Kau nak suruh aku siasat?" Gaya Samantha persis seorang penyiasat persendirian.

"Jangan sampai kau kantoi cukuplah. Pandai-pandailah kau nak hidup." Pesan Mona.

"Mona, aku nak tanya sikit."

"Apa dia?" Mona menjawab selamba.

"Aku tengok macam ada perubahan pada diri kau. Bukan macam Mona yang dulu. Kau bercakap pun macam... lain. Apa rahsia anda?" Samantha bertanya dengan gaya berseloroh.

"Entah. Sebab aku pakai perfume baru agaknya. Sampel untuk kempen iklan Mawar Cosmetics. Mawar Lestari, serlahkan personaliti anda." Mona membuat gaya seperti kempen iklan yang dirancang.

"Oh... mentang-mentang dapat free sample, kau kebas sorang-sorang. Untuk aku tak ada ke?"

"Kau ni memang pantang kalau dengar benda free kan? Kalau dah selesai kempen Mawar Cosmetics aku bagilah kau sebotol. Nanti masa presentation dah tak ada produk untuk pitching pada klien."

"Okey, janji tau! Aku tuntut nanti." Samantha menuding jari.

"Huh, dasar!" Jawab Mona sambil tertawa.

***

Mona agak kelam kabut pagi itu. Dengan bantuan kakitangan bawahannya, dia menyiapkan bilik mesyuarat untuk perjumpaan bersama wakil syarikat D'Ferns. Produk kesihatan yang menjadi fokus kempen itu juga disusun di hadapan.

Pengiklanan adalah sesuatu yang persuasif, bukan setakat mencadangkan rangka iklan yang sesuai. Ia seperti satu seni memujuk pelanggan membeli produk yang ingin dipasarkan. Sebagaimana Mona ingin memujuk klien supaya menerima idea kempen pemasaran produk mereka.  Banyak faktor yang perlu diambil kira, termasuk mood dan penyampaian agar klien faham apa mereka dapat melalui kempen itu.

Mona berjaya menyiapkan fail Powerpoint seperti yang dirancang. Mujurlah ada template kempen yang pernah dibuat sebelum ini. Hanya perlu diubahsuai mengikut keperluan D'Ferns.

Amirul? Mona mengambil keputusan untuk tidak melibatkan dia dalam kempen ini. Mungkin juga dalam kempen-kempen yang akan datang. Dia ingin lihat permainan Azli dan Amirul. Sejauh mana mereka akan meneruskan percaturan taktik mereka. Atau mungkin mereka akan terperangkap dalam permainan mereka sendiri.

"Sudah siap semuanya?" Dato' Harriz tiba di bilik mesyuarat.

"Sudah Dato'." Mona bersuara yakin.

Sememangnya Mona menganggap Dato' Harriz sebagai mentor dalam bidang ini. Dia hormat dengan etika kerja lelaki itu, walaupun kehidupan peribadi majikannya itu tidak sehebat karismanya di pejabat.

Mona masih ingat pesanan lelaki itu semasa dia mula menapak dalam bidang ini, "Pangkat bukan alasan untuk kita tidak tahu kerja-kerja orang bawahan kita. Saya suka pekerja yang tahu buat banyak perkara sama ada kerja orang bawahan atau orang atasan. Kita tak tahu bila kita terpaksa ambil alih sesuatu tugas pada masa tertentu. Jangan jadikan title kita sebagai batasan. Terutamanya dalam bidang pengiklanan seperti ini. Semuanya perlu cepat dan kita kena bertindak mengikut kehendak klien."

Dan sememangnya itulah yang sedang Mona alami. Dia rasa beruntung dapat berkhidmat dengan seseorang seperti Dato' Harriz.

"Kalau dah siap bolehlah sedia untuk mulakan." Dato' Harriz mengambil tempat.

"Eh, klien kita belum sampai lagi Dato'." Mona rasa pelik.

"Dia ke bilik air. Sekejap lagi sampailah tu."

Sejurus itu seorang lelaki masuk. "Maaf, saya terlambat sikit."

"Mona, saya perkenalkan ini Encik Rahimi, wakil dari D'Ferns."

"Apa khabar Cik Mona?" Lelaki bersuara dalam itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Mona.

"... baik," Mona jadi gabra dengan tiba-tiba. Mona menyambut tangan lelaki itu. Kasar dan hangat.

"Okey, kalau Encik Rahimi dah sedia, kita boleh mulakan. Mona."

Mona rasakan masa terhenti buat seketika. Mindanya bergerak pantas ketika dia cuba mengumpul data yang baru dikumpul tentang lelaki bernama Rahimi.

'Orangnya sederhana tinggi, dengan tubuh athletik. Mungkin dia selalu pergi gym. Perfume yang dia pakai macam aku pernah hidu. Mungkin Calvin Klein atau Polo. Ada hint sandalwood dan citrus. Tapi aromanya agak unik. Mungkin kerana dah bercampur dengan body odour dia.' Refleksi nakal Mona sambil jemarinya rancak menyiapkan bahan untuk persembahan.

'Muka dia... wow! Jarang aku jumpa lelaki ada lekuk di dagu. Cheekbone dia... ouch! Tajam! Kulit sawo matang... I like!' Mona terus dengan bebelan sepi tentang Rahimi.

Tanpa dia sedari, dia kelihatan terhegeh-hegeh pada pandangan mata Dato' Harriz. "Mona, tunggu apa lagi?"

Rahimi hanya tersenyum sambil memerhatikan Mona.

'Kenapa dengan aku ni? Dah berpuluh presentation aku buat. Tapi tak pernah berpeluh macam ni. Padahal aircond dah kira sejuk ni!' Rungut Mona. Pandangan Rahimi membuatkan Mona semakin resah.

'Macam mana ni? Aku present untuk dia. Takkan aku asyik nak elak eye contact dengan dia. Itu peraturan pertama untuk menarik tumpuan orang. Tengok mata dia. Tapi kalau tengok mata dia aku jadi gugup, macam mana?'

"Mona, awak okey?" Dato' Harriz perasan perubahan mendadak Mona.

'Saya minta maaf Dato', Encik Rahimi, saya nak keluar sekejap.' Mona tidak dapat menahan perubahan pada dirinya.

Dia terus meluru ke bilik air. "Kenapa dengan aku? Biasa tak macam ni?"

"Gosh! Kau syok dengan dia?" Suara Monique dari cermin sinki.

"Jangan tuduh melulu, okey. Aku rasa tak sedap badan. Itu aje." Mona cuba menyangkal.

"Apa lagi sebab lain kalau itu reaksi kau lepas jumpa dia. Terima kenyataan Mona." Monique melepaskan serangan provokasi ke arah Mona.

"No!"

Ketika itu pintu bilik air dibuka dan seorang kakitangan masuk.

"Kalau bukan, kenapa perubahan kau bermula selepas Rahimi masuk ke dalam bilik mesyuarat? Fikir secara logik Mona, dialah punca perubahan kau." Monique terus dengan serangannya lagi.

Mona cuma menjegil ke arah Monique. Munira sedikitpun tidak bersuara.

Mona keluar tanpa berkata apa-apa. 'Aku terpaksa selesaikan tugas aku. Kalau perlu elak renungan matanya, aku terpaksa buat juga. Aku tak mahu Dato' pertikaikan kemampuan aku.'

Ketika itu Mona teringat pesanan seorang coach semasa satu kursus yang dia hadiri berkaitan dengan ucapan di khalayak ramai. "Kalau kita rasa susah untuk berkomunikasi dengan seseorang dengan melihat ke dalam matanya, cuba gunakan tips ini. Pandang di sebelah matanya. Dengan cara ini awak tidak melihat terus ke dalam mata dia. Tapi ini hanya sesuai kalau orang yang dimaksudkan berada jauh. Kalau jaraknya terlalu dekat, dia akan perasan."

'Inilah harapan terakhir aku. Kalau tak, aku takut mesej kempen ini tak akan sampai seperti yang Dato' nak. Aku tak boleh kecewakan dia.'

Ternyata tips itu benar-benar berkesan. Setelah Mona berjaya memulakan penerangan, rasa gugup terus hilang. Mona memberi penerangan slaid demi slaid dengan lancar dan yakin. Encik Rahimi pun nampaknya berpuas hati dengan proposal kempen oleh Master Creative Media.

Usai mesyuarat, Dato' Harriz merapati Mona, "Saya nak ajak awak keluar makan dengan saya dan Encik Rahimi."

'What? Dato' ni tak perasan ke macam mana aku gabra tahap gaban disebabkan lelaki tu. Dia nak ajak aku makan sekali? Memang cari nahas! Silap haribulan kalau makan steak boleh terpelanting daging kat muka dia disebabkan tangan aku yang tak stabil. Kalau nak jumpa dia lagi cukuplah dalam mimpi aje. Tak sanggup aku nak berhadapan dengan dia lagi.'

"Mona. Mona?" Suara Dato' mengejutkan Mona daripada lamunan.

"Err... saya minta maaf Dato', saya ada tugas yang nak disiapkan. Saya minta maaf banyak-banyak Dato'."

'Janganlah Dato' anggap aku tak jaga PR dengan klien. Ini kes kronik. Memang kronik!'

"Okeylah. Kalau awak tak nak join saya dan Encik Rahimi, nak buat macam mana. Mungkin lain kali." Dato' hanya tersenyum sebelum beredar.

"Cik Mona, nice meeting you. Saya harap proposal kempen ini akan berjaya meningkatkan jualan produk D'Ferns nanti." Rahimi menghulurkan tangan. Segera disambut oleh Mona. Tangan lelakinya kasar dan hangat seperti masa mula-mula mereka bersalam tadi.

"Kami akan cuba yang terbaik. Terima kasih atas kepercayaan Encik Rahimi." Mona menatap wajah lelaki itu buat kali terakhir sebelum dia beredar.

Mona sempat memerhatikan belakang tubuh Rahimi sebelum wakil D'Ferns itu keluar meninggalkan bilik mesyuarat. Entah mengapa, sukar untuk dia melepaskan pandangan.

'Mona, what are you doing?' Dia menyelar dirinya sendiri dengan angan-angan nakal yang singgah.

Sebelum Mona meninggalkan bilik mesyuarat, dia terpandang sebatang pen yang tertinggal di meja tempat Rahimi duduk sebentar tadi.

'Encik Rahimi tertinggal pen! ... Ah, mungkin dia tak perasan benda ni tertinggal di sini. Biar aku simpankan. Bukan ada orang nampak pun. Hmm... tak dapat simpan tuan dia, dapat simpan pen ini pun jadilah.' Mona tersenyum simpul.

Pen itu kemudiannya dicium sebelum keluar dengan keadaan tersipu-sipu.





1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?