PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 23 Mei 2013

Fantasia Izara Bab 2

BAB 2




Hari Ahad adalah hari yang ditunggu-tunggu Izara. Namun hakikatnya dia masih belum boleh merehatkan diri sepenuhnya. Pelbagai kerja rumah menanti. Mengemas ruang tamu, menyapu laman dan macam-macam lagi.

"Yati, Milah. Cuba tolong Izara buat kerja rumah. Dahlah kat kedai dia yang uruskan jahitan. Takkan kat rumah pun Izara yang kena buat semuanya." Tegur Sameon.

Hayati segera mengangkat kaki meninggalkan rumah, seolah-olah tidak menendahkan kata-kata bapa tirinya. Karmilah masih bergayut di telefon. Dia asyik dengan perbualan dan tidak sepatah pun kata-kata Sameon dia dengar.

Sameon hanya menggeleng.

"Alah, biarkanlah Izara yang buat. Dia ni teliti sikit orangnya, tak macam Si Yati dengan Milah. Tak sama kalau budak-budak tu buat. Abang nak kopi, biar saya pergi buatkan, ya?" Rubiah memegang lembut bahu suaminya.

Izara hanya tersenyum sinis. 'Itu nak ambil hati bapak aku lah tu. Mak dengan anak sama aje.' Izara melayan perasaan.

Sebenarnya Izara tidak kisah jika dia yang mengemas setiap minggu. Walaupun tidak disuruh dia akan menjalankan tugas itu.

'Dapat juga buang peluh dengan buat kerja rumah. Seminggu duduk memerap depan mesin jahit.' Izara menyedapkan hati.

Cuma satu perkara yang membuatkan Izara tidak selesa dengan kerja mengemas ruang tamu. Bahagian itu dipenuhi dengan pebagai koleksi tembikar Rubiah. Pernah Izara tersinggung sebuah ukiran tembikar hingga pecah. Berhari-hari Izara dilayan dengan buruk.

'Mak Cik Rubiah sayang sangat dengan koleksi tembikar dia. Harganya tidak seberapa.' Rungut Izara.

Sameon cuba membela Izara selepas barang tembikarnya dipecahkan Izara. "Apa yang awak nak kisahkan sangat kalau pecah pun. Boleh beli lagi."

"Amboi, sedapnya mulut awak. Kalau asyik nak kena beli lagi, taukeh balak pun boleh bankrap. Abang nak saya tolak gaji Izara kerja i kedai." Terjengkit-jengkit bibir Rubiah menjawab.

Sambil menyapu, Izara melayan perasaan. 'Kalau aku bukan main berkira. Yang anak-anak dia makan gaji buta tu, apahal? Lagipun ini asalnya kedai mak aku. Dia yang pandai-pandai tukar nama dia. Helo... cuba sedar diri tu sikit.'

Dalam Izara begitu berhati-hati hari itu, penyapu yang digunakan untuk membersihkan bahagian bawah sofa terlanggar pasu tinggi yang terletak di situ. Batang penyapu tersauk pasu itu yang sememangnya tidak stabil dan terus tumbang.

Praang!...


Izara tergamam. Dia terus membongkok dan mengutip serpihan kaca pasu yang bersepah. Rasa gelabah mula menguasai dirinya. Sejurus itu telinganya terasa panas dan pedih.

"Engkau ni kalau satu hari tak menyakitkan hati aku memang tak sah." Suara berbisik di belakangnya sambil telinganya masih lagi dipiat. "Kalau kaki aku terpijak kaca, nahas kau aku kerjakan."

Izara menahan keperitan itu seperti hari-hari sebelumnya semenjak bapanya berkahwin dengan wanita itu. Dia dan anak-anaknya tidak pernah mengendahkan perasaan Izara. Izara dilayan seperti budak hingusan walaupun dia sekarang seorang gadis.

'Sampai bila agaknya aku dapat bertahan dengan semua dugaan ini?  Dahlah kerja di kedai dan rumah semuanya aku yang kena buat. Itu masa ayah ada. Kalau ayah tak ada macam mana agaknya nasib aku?' Bisik hati Izara ketika air mata sudah berjuraian seperti selalu.

Usai memastikan tiada lagi serpihan kaca yang masih bersisa di lantai, Izara ke laman untuk menanam serpihan kaca yang dikutip.

Dia terus melayan perasaan dengan menyapu dedaun kering untuk dibakar. Ketika itulah banyak peluh bertoksin yang keluar. Selepas membakar sampah dia akan terasa lebih segar.

Biasanya Izara akan menyejukkan badan di bawah pohon mangga di atas bangku yang ada di situ. Masa santainya terganggu hari ini dengan teriakan dari bahagian dapur.

"Abang!... Abang!... Yati! Milah! Izara! Cepat tengok apa dah jadi pada ayah kamu ni!... Abang! Bangun bang! Abang!..." Suara Rubiah meraung dari dalam.

Izara segera masuk dan terus menuju ke meja makan. Dia melihat ayahnya menggelupur bersama mulut yang mengeluarkan buih putih seperti sedang menggelegak.

"Ayah! Apa dah jadi ayah?!..." Pertanyaan Izara tidak berjawab hinggalah lelaki itu menghembuskan nafas yang terakhir.

***

Hari in ada tetamu di rumah Izara. Lelaki itu belum pernah Izara lihat. Mungkin lelaki dari kampung seberang. Izara hanya memasang telinga mendengar perbualan yang sedang rancak di ruang tamu.

"Saya bukan apa Pak Jabar. Semenjak pemergian arwah Meon, saya kesian tengok Izara tu. Sekurang-kurangnya bila dah kahwin dengan Pak Jabar nanti, taklah dia asyik teringatkan arwah sebab sibuk dengan tanggung jawab sebagai isteri. Itupun kalau Pak Jabar sanggup bayar macam yang kita bincang dulu." Rubiah mengatur rancangan bersama lelaki yang sudah berumur dalam tujuh puluhan itu. "Kalau Pak Jabar setuju, nanti kita tetapkan tarikh perkahwinannya. Tak payah bertunanglah, lagi cepat selesai lagi bagus."

Izara tergamam mendengar.

Pak Jabar pernah datang merisik anak-anak dara di rumah ini. Setelah melihat mereka bertiga, hatinya terpaut dengan Izara. Rubiah beria-ia mempromosi anak-anaknya.

Pak Jabar bukanlah lelaki yang muda dan tampan, sebaliknya seorang duda yang berharta. Kerana itulah Rubiah bersungguh ingin bermenantukan lelaki yang lebih tua daripada dirinya. Akhirnya segala usaha yang dibuat menemui jalan buntu.

Mujurlah Sameon menolak permintaan Pak Jabar. Kalau tidak, sudah tentu Izara bersuamikan lelaki yang jauh lebih tua daripada dirinya. Namun selepas pemergian Sameon, Rubiah meneruskan rancangannya menggunakan Izara.

Malam itu Izara sukar melelapkan matanya. Tidak lama lagi dia terpaksa mengakhiri zaman bujangnya dengan menjadi isteri kepada lelaki yang selayaknya dipanggil ayah.


'Tergamak Mak Cik Rubiah rancang perkahwinan aku tanpa minta buah fikiran aku dulu. Adakah ini semua helah dia untuk menyingkirkan aku dari rumah ni?' Izara sudah mula sebak. 'Kalaulah ayah masih ada. ada juga tempat aku mengadu. Sekarang aku dah tak ada sesiapa lagi.'

Air mata Izara sudah mula menitik. Lekas-lekas dia mengelapnya dengan hujung lengan baju. Dia memeluk bantal dengan erat. Dadanya terasa terhimpit dengan keadaan yang dia alami.

'Apa ikhtiar aku untuk menyelamatkan diri. Aku tak sanggup lagi menjadi alat Mak Cik Rubiah dengan rancangannya yang memetingkan diri sendiri. Sudah cukup apa yang dia buat selama ini. Aku tak sanggup menjadi keldai tunggangannya.' Satu semangat baru muncul dalam diri Izara.

Setelah air matanya kering dalam kelesuan, matanya dapat juga lena.

***

Izara tersedar awal pagi itu. Dia sempat mengerjakan solat tahajud dua rakaat menjelang waktu subuh.

"Ya Allah, hambamu ini memohon agar Kau ubah perjalanan hidupku ke arah yang lebih baik. Aku bimbang jika aku tak mampu menanggung beban yang sedang aku galas ini. Dengarlah permintaan hamba ini wahai Tuhan yang Maha Mendengar keluhan hamba-Mu." Ratapan sayu Izara di waktu pagi yang masih gelap bersama dingin yang berembun di luar.

Usai mengerjakan solat subuh, hati Izara digerakkan untuk melakukan satu tindakan drastik. Dia ingin lari dari rumah. Barang-barang dikemas ke dalam beg yang akan dibawa. Segala dokumen, sijil dan barang peribadi dibawa bersama. Dia sudah nekad untuk ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan ibu dan adik-beradik tirinya. Mungkin dia akan pergi tanpa menjejakkan kaki ke rumah ini lagi.

Dengan perlahan-lahan dia meninggalkan rumah agar tidak mengejutkan ahli rumah yang lain.

'Dah tak apa lagi yang tinggal untuk aku di sini. Hanya memori duka yang menghancurkan hati.' Izara menguatkan semangat.

Dia menarik nafas lega apabila sudah meninggalkan pekarangan rumah tanpa disedari oleh sesiapa.

'Kalau berjalan kaki ke jalan besar, sekurang-kurang dah ada bas yang lalu bila aku sampai nanti.' Bisik hati Izara.

Suasana gelap sudah mula berbalam setelah dia mula menapak sepanjang jalan tanah merah bersama hutan di kiri kanan jalan. Rasa takut sudah hilang apabila dia memikirkan perbualan yang didengarnya semalam.

'Sampai hati Mak Cik Rubiah nak jodohkan aku dengan lelaki tua bangka macam tu. Dahlah aku disiksa macam hamba abdi di rumah, sekarang dia nak seksa hidup aku lepas aku kahwin pula.'

Jalan dari rumah Izara ke jalan besar lurus dan tiada berbelok-belok. Walaupun tiada lampu yang menerangi jalan, dia tetap akan sampai ke jalan besar jika dia berjalan terus.
Tetapi Izara mula cuak apabila tiba di kawasan yang berkabus. Dia melewati kabus yang menutup pandangan daripada apa yang ada di hadapan.

Pemandangan selepas dia melewati kabus itu terlalu asing. Seolah-olah dia sudah tersesat dan tiba di tempat yang lain, sedangkan dia masih lalu di jalan yang sama untuk ke jalan besar.

Dia mengambil keputusan untuk berpatah balik, tetapi pemandangan di belakangnya juga sudah berubah. Seolah-olah jalan untuk pulang ke rumah sudah hilang dengan tiba-tiba. Rasa cemas bersama bulu roma yang mula merinding menambah debar di hati Izara.

Matahari sudah mula berbalam dengan cahaya kekuningan mengintai di celah-celah dahan pokok yang sayup meninggi. Izara mula sedar tiada talian elektrik atau telefon di kawasan itu.

Izara tiba di kawasan jeram yang jernih airnya. Kehausan berjalan menyebabkan Izara meneguk air jeram itu dengan tangannya. Airnya terasa manis dan segar.

'Di mana aku? Suasana di sini nampaknya terlalu asing dan jauh dari pembangunan. Seperti hutan yang masih belum ditemui oleh sesiapa.' Izara berfikir sambil dia terus menapak mencari jalan keluar.

"Enak air itu bukan?" Suara lelaki yang parau dan tenang di belakang Izara menyebabkan dia tersentak. Izara dapat rasa degupan jantungnya bagai terhenti seketika. Darahnya juga bagaikan berhenti mengalir sejenak dengan suara lelaki yang muncul secara tiba-tiba itu.

Lelaki itu agak berumur dan kurus. Rambut dan janggutnya sudah putih dengan kulit yang mula cekung dan berkedut. Namun air mukanya tetap berseri dan tenang, seperti ada pancaran dengan aura yang mendamaikan jiwa.

Izara tergamam. Dia masih membongkok di tepi jeram sambil matanya tertancap pada lelaki itu. Dia tidak mampu bersuara. Malah dia tidak tahu apa yang ingin dia bicarakan.
"Air jeram ini telah lama mengalir, dan ia akan terus mengalir dan mengalir selagi wujudnya Hutan Kabus Melintang ini."

Izara masih belum mampu bersuara kerana terlalu terkejut.

"Hutan ini adalah anugerah daripada Yang Satu. Ia adalah sebuah jambatan yang menghubungkan dunia ini dan pelbagai alam kejadian Tuhan. Semuanya bergabung menjadi satu dengan laluan-laluan yang berbeza. Ramai yang datang ke sini mencari jawapan kepada soalan yang bersarang dalam diri mereka. Ada yang berjaya dan menemui penyelesaian yang hakiki. Ada yang gagal dan datang ke sini semula. Segalanya berkemungkinan selagi pintu gerbang ke sini masih lagi dibuka. Selagi mereka masih boleh menemui jalan masuk dan keluar... melalui kabus.

"Adakah semua orang boleh lihat laluan berkabus ini?" Tanya Izara setelah semangatnya sudah mula pulih.

"Hanya untuk yang mencari jawapan kepada soalan yang tertentu. Selagi dia masih belum berjumpa jawapan yang pasti, laluan ini masih akan terus terbuka. Sehinggalah dia sedar apakah jawapan sebenar. Jawapan yang hakiki. Jawapan yang tidak dapat disangkal lagi kesahihannya."

'Semakin lama orang tua ni menerangkan, semakin aku tak faham apa yang ingin dia sampaikan!' Hati Izara membentak dalam diam.

"Jangan risau. Sampai masanya kamu akan faham juga." Jawapan orang tua itu seperti boleh membaca fikiran Izara, atau ia sekadar kebetulan.

"Pak cik siapa?" Tanya Izara.

"Aku adalah musafir yang mengembara dalam alam yang tidak zahir kewujudannya. Menjadi tempat rujuk kepada yang bertanya. Membawa cahaya kepada yang dilanda kegelapan. Menjadi penunjuk jalan kepada yang tersesat. Tetapi tidak pernah akan memberikan jawapan yang sebenar. Kerana jawapan itu jauh tersembunyi di dalam diri yang bertanya. Hanya akan ketemu bila tiba masanya."

Izara cuba bangun setelah terlalu lama membongkok di tepi jeram.

"Maksud saya nama pak...," Izara bersuara setelah matanya beralih dari orang tua itu buat seketika.
Tetapi orang tua itu sudah tiada lagi di situ. Dia sudah ghaib. Dia hilang dalam sekilas pandangan, tanpa kesan.

Darah Izara berderau buat seketika. Mustahil lelaki itu boleh berjalan meninggalkan tempat itu dalam sekelip mata.

Izara sudah nekad dengan keputusan yang dibuat. Sekarang sudah tidak ada masa untuk berpatah balik lagi. Dia perlu dapatkan jawapan yang dicari.

***

Sudah hampir empat jam Izara berjalan tanpa henti.

Jalan yang ditempuh Izara semakin sukar. Dia terpaksa mendaki bukit yang curam di kawasan berbatu. Tiada jalan lain kecuali denai yang menuju ke atas itu.

Kelaparan dan kehausan sudah mula menguasai hingga Izara terasa lemah. Rasa menyesal timbul kerana masuk ke dalam kawasan berkabus.

Izara dapat rasakan kakinya seperti diikat dnegan batu yang berat. Setiap langkah begitu menyiksakan dan terasa begitu lambat. Sudah begitu lama dia menapak tetapi masih lagi berada di kaki bukit.


Izara sudah tidak berdaya lagi. Dia bersandar di tepi batu besar yang ada di tepi denai. Rasa loya kerana terlalu penat sudah bergayut di tekak. Pandangannya mula kabur dan berbalam. Hanya beberapa saat selepas dia mula bersandar, Izara sudah tidak boleh memikirkan apa-apa lagi. Dalam kelesuan bersama silau matahari yang sudah mula terik, pandangan Izara mula kabur. Akhirnya pandangannya mula gelap dan dia sudah tidak sedar lagi.


2 ulasan:

  1. best...ada sambungan lagi kan?..nak tahu juga siapa org tua tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Nur. ^_^
      Ya, ada beberapa bahagian. Cuma update 2 minggu sekali, sebab ada 2 mini e-novel jalan sekaligus. Huhu..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?