PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 1 Mei 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 27


BAB 27



Menu sarapan yang disediakan Bibik Rusila pagi ini adalah penkek dengan jem strawberi. Biasanya Qiarra akan menjamahnya walaupun sedikit disebabkan jem strawberi. Tetapi hari ini Qiarra tidak berselera makan. Jus oren segar pun masih belum diteguk.

Datuk Hafizudin dan Datn Maznah saling berpandangan melihat keadaan anak tunggal mereka.

"Kenapa tak sarapan Qiarra? Qiarra tak sihat ke?" Tanya Datin Maznah.

Qiarra masih berdiam diri.

"Tak elok di meja makan termenung macam ni," tegur Datuk Hafizudin dengan suara yang rendah.

"Qiarra fikir pasal Eddie?" Tebak Datin Maznah. Qiarra mengangguk.

"Kenapa tak call saja dia?" Dia bertanya lagi.

"Dah nak masuk beratus kali. Tapi dia tak jawab, mama."

"Takkanlah tak jawab langsung. Dah nak masuk sebulan dia bercuti ni." Datin Maznah musykil.

"Memang dia tak beritahu berapa lama dia nak cuti. Ibunya tak sihat katanya." Datuk Hafizudin mencelah.

"Tapi takkanlah tak telefon langsung. Sekurang-kurangnya jawablah telefon." Qiara mengeluh.

"Eh, jangan-jangan dia ada masalah agaknya?" Datin Maznah membuat telahan.

"Apa kata kita pergi ke kampung Eddie, papa? Boleh juga kita ziarah mak dia." Qiarra memberi cadangan.

"Papa tak boleh ke mana-mana sekarang. Ada business deal penting papa nak close dengan sebuah syarikat dari Sweden. Ini antara projek terbesar syarikat. Qiarra pergi dengan mama sajalah."

"Seelok-eloknya biar kita pergi sebagai satu keluarga. Kita tunggu urusan papa selesai dululah." Cadang Datin Maznah.

"Habis macam mana ni? Takkanlah Qiarra nak pergi sorang-sorang?" Rungut Qiarra.

"Sabarlah Qiarra. Dah settle nanti kita pergilah...," pujuk Datuk Hafizudin.

Qiarra tidak menjawab.


***

Eddie menjinjing bakul berisi bebotok menuju ke warung Wak Leman. Semenjak dia ada di kampung, tugas itu diambil alih olehnya. Tiada lagi Si Salam, pekerja warung yang singgah ke rumah untuk mengambil bebotok dari rumahnya.

"Eh macam aku kenal mamat tu," suara lelaki yang duduk di hujung warung.

"Bukan ke dia dah pergi KL dulu? Kenapa balik semula ke kampung?" Tambah seorang lagi.

"Alah... biasalah. Kalau nak bercita-cita tinggi, cermin diri dulu. Ingat senang ke nak duduk KL. Kalau dah nama orang kampung, macam mana pun mesti balik kampung punya. Dah nama pun anak pungut."

Kata-kata itu membuatkan Eddie berpaling untuk melihat siapa yang melafazkan kata-kata sesedap rasa itu. Dia nampak pemuda-pemuda kampung yang mengganggu anak dara di kampung itu tidak lama dulu. Arshad tega menghembuskan asap rokok berkepul-kepul seperti cuba memprovokasi Eddie.

"Sibuk-sibuk nak cari awek kat KL, sampai awek kat kampung dah kena sambar orang lain. Bukan setakat sambar aje, ..." Kata-kata lelaki itu terbantut apabila lengannya disigung Arshad yang duduk di sebelah.

Mendengar kata-kata itu, Eddie terus menuju ke arah tempat mereka duduk.

"Eh Arshad. Yang ku merepek pagi-pagi ni apa hal? Kalau betul anak jantan, cakap depan-depanlah. Bukan main sindir-sindir kat belakang."

"Yang kau perasan apa hal. Aku ada sebut nama kau? Geng, aku ada sebut nama dia ke?" Kata-kata Arshad menyebabkan darah Eddie menyirap.
Ketika itu Eddie rasa tangannya ditarik.

"Dahlah Eddie, jangan cari pasal dengan dia orang tu. Nanti kecoh pulak warong ni. Tolonglah Eddie." Kata Salam yang menarik tangan Eddie.

Muka Eddie sudah merah padam. Giginya digetap kuat-kuat. Tangannya sudah digenggam hingga timbul urat-urat.

'Kalau ikut hati aku memang dah pecah mulut kau Arshad,' bisik hati Eddie.

Eddie berlalu bersama derai tawa yang kedengaran di belakangnya. Usai urusan dengan Wak Leman, Eddie berlalu ke arah motosikalnya. Dia meninggalkan warung dengan kemarahan yang masih bersisa.

Semasa dia menyusuri jalan kampung untuk pulang dia ternampak kelibat wanita yang amat dia kenal.

"Nak ke mana Mak Tom?" Tanya Eddie selepas memberhentikan motosikalnya di tepi jalan.

"Nak ke warung kejap. Eh, terlanjur dah jumpa kamu ni, Mak Tom nak beritahu. Dayana dah balik ke kampung."

"Dayana dah balik? Cuti kan baru habis." Eddie musykil.

"Itu yang Mak Tom hairan. Tapi dia macam ada masalah. Mak Tom tengok dia asyik menangis. Mata sampai merah-merah bengkak."

"Kalau macam tu saya nak pergi jumpa dia." Eddie sudah mahu beredar.

"Eh, tak payah. Dia tak ada kat rumah sekarang ni."

"Habis dia ke mana?"

"Mak Tom pun tak tahu. Pagi-pagi lagi dia dah keluar. Langsung tak beritahu Mak Tom dia nak ke mana."

Eddie berdiam diri sambil dia giat berfikir.

"Mak Tom harapkan pada kamu supaya cari dia. Risau pulak Mak Tom tengok dia. Takut nanti dia buat benda yang bukan-bukan kalau dah terlalu memendam perasaan. Mak Tom minta tolong sangat..." Rayu wanita itu.

"Yalah, nanti saya cuba cari dia. Lagipun saya rasa saya tahu di mana dia sekarang ni."

***

Qiarra asyik melayan lagi di radio. Lagu "Berdua Bersatu" nyanyian Foreteen sedang berkumandang.

"Radio ni macam tahu-tahu aku tengah melayan perasaan." Kata Qiarra.

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Lagu selepas itu membuat Qiarra seperti tenggelam dalam lamunan. Dia seperti sedang menonton video klip yang bermain di mindanya dengan segala kenangan pahit manis bersama Eddie. Alunan lagu "Saat Aku Mencintaimu" oleh Dadali membuai perasaan Qiarra.


Kenangan bersama Eddie silih berganti bagaikan video klip yang merakamkan segala peristiwa yang dilalui  olehnya  dan dan Eddie

Qiarra mengimbas kembali detik dia bertemu dengan Eddie buat pertama kali di Kafe Strawbery Fairyland. Pelayan lelaki yang gabra itu telah menumpahkan sherbet ke atas skirtnya. Dia tersenyum mengenangkan wajah Eddie ketika itu. Dia tega menyangkal hakikat Eddie memang seorang yang menawan semata-mata kerana pemuda itu hanya seorang pelayan.

Kenangan malam masquerade party di rumah Helena pula singgah. Dia jatuh hati dengan lelaki bertopeng putih yang kelihatan segak memakai tuxedo. Kebenaran terbongkar apabila dia menanggalkan topeng itu. Dia rasa tertipu oleh dirinya sendiri apabila lelaki yang menambat hatinya itu sebenarnya adalah Eddie.

Dia cuba menepis perasaan cinta dengan menghina Eddie di kafe, walhal dia sudah mula jatuh cinta dengan Eddie ketika itu. Surat Eddie yang dibawa oleh Helena mengembalikan perasaan itu. Senyumannya terukir apabila teringat titipan puisi pada kertas merah jambu bermotif dan beraroma strawberi itu. Puisi "Strawberi Cinta" itu cukup comel dan manis seperti strawberi segar dari Cameron Highland. 

"So sweet..." Suara lirih Qiarra apabila kenangan itu membelai jiwanya.

Kerana ingin menebus kesilapannya, Qiarra telah pergi ke rumah Eddie. Dia hampir-hampir menjadi mangsa Geng Azad. Rasa simpati muncul apabila mengingatkan bagaimana Eddie dibelasah oleh Geng Azad.

Qiarra cuba menyentuh luka Eddie di dahi, tetapi ditepis. Apabila Qiarra hendak beredar dalam kekecewaan, Eddie menyambar tangan Qiarra. Saat itu terlalu indah bagi Qiarra.

Kemudian peristiwa dia diselamatkan setelah menjadi mangsa culik Geng Azad pula singgah. Kenangan dia mendakap Eddie buat seketika itu akan kekal sampai bila-bila.

Bagaimana dapat dia melupakan kenangan manis makan malam di pinggir jejantas bersama rakan-rakan yang lain. Begitu juga kenangan mereka makan bersama di Kafe Strawberry Fairyland selepas dia pulih dari pada trauma. Dan Eddie pula mula bekerja dengan bapanya ketika itu.

Hati Qiarra hancur apabila mengenangkan detik dia dapat tahu Eddie adalah abang kandungnya ketika keputusan ujian DNA palsu dibaca. Ternyata itu hanya dugaan sementara buatnya apabila keputusan sebenar adalah negatif. dan mereka disahkan tiada pertalian darah.

Bait-bait lagu di radio terus menerbangkan Qiarra ke alam yang jauh dalam khayalannya.

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


***

Eddie memberhentikan motosikal di tepi parit, tempat yang selalu dia menghabiskan masa semenjak dia kecil dahulu.

Tanggapannya betul. Dia melihat seorang gadis bertudung merah jambu sedang duduk di tepi parit. Desiran air parit jelas kedengaran. Gadis itu melemparkan pandangan ke arah padang yang luas dengan pokok kelapa di kejauhan.

Eddie tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia duduk beberapa kaki di sebelah gadis itu.

"Dayana cuti?" Eddie memecah keheningan.

Dayana tidak menjawab.

"Eddie minta maaf atas apa yang Eddie katakan pada Dayana masa duduk di sini dulu. Lepas tu Eddie tinggalkan Dayana macam tu aje, sebab ada hal di KL."

Dayana masih tidak berkata apa-apa.

"Tak apalah. Kalau Dayana tak suka Eddie ada di sini, biarlah Eddie balik dulu."

"Bukan salah Eddie. Dan semua ni pun tak ada kaitan dengan Eddie." Jawab Dayana apabila melihat Eddie sudah mengangkat punggung.

"Jadi apa masalah Dayana sebenarnya. Sampai dengan Mak Long pun Dayana tak nak ceritakan."

"Dayana ingat Eddie dah dapat agak dari surat yang Dayana bagi pada Eddie."

"Sebenarnya Eddie masih tertanya-tanya apa yang Dayana maksudkan. Terlalu samar isi surat tu."

"Itulah masalah orang lelaki. Terlalu sukar nak baca perasaan perempuan. Semuanya nak diterangkan dengan jelas." Sindir Dayana.

Eddie tidak menjawab. Kata-kata itu seperti tamparan yang singgah di mukanya.

"Tempat ini terlalu banyak menyimpan kenangan dalam hidup Dayana. Kenangan manis yang ada di sini sudah dipalit oleh sejarah hitam yang melitupi hidup Dayana seperti awan mendung yang gelap gelita. Dayana cuba cari kedamaian di tempat lain, tapi di sinilah satu-satunya sumber damai yang ada. Hinggakan kenangan hitam dan pahit yang ada di sini pun sudah tidak Dayana hiraukan lagi." Suara Dayana sebak.

"Sejarah hitam? Apa yang Dayana maksudkan?" Eddie bertanya naif.

"Dayana bukan seperti Dayana yang dulu. Dayana bukan lagi gadis yang suci. Kesucian itu telah diragut dengan paksa tanpa kerelaan Dayana." Kata-kata Dayana membuat darah Eddie berderau buat seketika. Eddie hanya membisu menunggu Dayana meneruskan ceritanya. Air mata gadis itu sudah mula tiris.

"Selepas Eddie meninggalkan Dayana di sini seorang diri hari tu, ada beberapa orang datang. Dayana cuba lari, tapi kena kepung. Rupa-rupanya mereka memang dah lama tunggu peluang ni. Dan nasib Dayana terlalu malang hari tu."

"Eddie minta maaf. Eddie tak tahu pun itu yang dah berlaku pada Dayana."

"Dayana tak tahu nak ceritakan pada siapa. Pada mulanya Dayana nak berdiam diri supaya peristiwa hitam tu boleh berlalu begitu saja. Dengan harapan Dayana dapat lupakan satu hari nanti. Tapi..." Air mata Dayana sudah berjuraian.

"Tapi kenapa?" Eddie terpaku mendengar penerangan Dayana.

"Dayana dah mengandung, Eddie! Dayana dah mengandung anak lelaki yang rogol Dayana!" Suara Dayana seperti meraung kesal.

Akhirnya Eddie faham. Itulah takbir mimpinya tempoh hari. Dia telah memilih untuk menyelamatkan Qiarra, sedangkan Dayana juga sedang berhadapan dengan kecelakaan. Disebabkan pilihannya, Dayana terpaksa menanggung akibat menjadi mangsa nafsu serakah manusia yang tidak berhati perut.

Apa yang dilalui oleh Dayana terlalu mencabar kemampuan jiwa gadis itu untuk bertahan. Mahu rasanya dia memeluk Dayana dan membiarkan gadis itu melampias tangisannya di bahu. Itulah sahaja yang mampu dia lakukan untuk meredakan gelodak perasaan Dayana ketika ini. Tetapi apa yang difikirkan itu berlalu sebagai angan-angan sahaja.

"Eddie rasa Eddie tahu siapa yang bertanggungjawab. Arshad dengan geng dia kan?" Eddie membuat telahan.

Dayana mengangguk.

Jahanam kau Arshad! Aku dah agak daripada kata-kata geng dia tadi. Hati Eddie bagai terbakar memikirkan perkara itu.

"Dayana jangan risau. Kali ni Eddie tak akan tinggalkan Dayana. Biar apa pun yang berlaku, Eddie akan bersama Dayana. Walaupun Eddie terpaksa jadi ayah kepada bayi yang Dayana kandung." Suara Eddie tegas.

"Eddie sedar tak apa yang Eddie cakap ni?! Hidup Dayana dah hancur sekarang. Takkan Eddie nak biarkan benda yang sama berlaku pada Eddie. Dayana tak akan biarkan itu berlaku." Dayana tidak setuju.

"Semasa Eddie jumpa Geng Arshad di warung tadi, ada kata-kata mereka yang menyedarkan Eddie. Buat pertama kali Eddie setuju dengan apa yang Eddie dengar dari mulut dia orang. Selama ini Eddie membiarkan diri Eddie dengan sangkaan yang bukan-bukan tentang Dayana. Eddie takut kehilangan Dayana kerana perbezaan tahap pendidikan kita. Tapi semasa di KL perkara yang sama berlaku pada Eddie. Eddie terpikat dengan gadis yang berbeza dengan Eddie dari segi kedudukan. Sekarang Eddie sedar. Eddie sia-siakan Dayana kerana takut dengan bayang-bayang sendiri Sedangkan Dayana sabar menunggu Eddie dan sanggup berkorban apa saja untuk Eddie. Dan sekarang giliran Eddie pula. Eddie akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Dayana."

"Tapi Eddie..." Dayana cuba membantah.

"Keputusan Eddie muktamad. Eddie akan melamar Dayana. Tapi sebelum tu Eddie ada perhitungan yang perlu diselesaikan dengan Arshad.'

"Eddie, jangan!" Suara Dayana sudah tidak dihiraukan lagi oleh Eddie. Dia telah menuju ke arah motosikalnya. Dayana hanya mampu memerhatikan Eddie berlalu dengan deruman enjin yang kuat, sebagaimana kemarahan yang sedang bersemarak di dalam diri pemuda itu.



BERSAMBUNG...




Terima kasih kerana sudi mengikuti kisah ini. Ini adalah bab terakhir yang bersiaran di blog PENA VR. Sambungannya akan dibuat dalam novel saya jika ia diterima untuk diterbitkan, insya-Allah... ^_^












4 ulasan:

  1. Bab ini adalah bab terakhir RBSS yang disiarkan di blog ini. Nantikan sambungannya dalam bentuk novel yang bercetak, jika ada rezeki saya untuk melihat novel ini diterbitkan. Harap maklum ^_^

    BalasPadam
  2. salam..
    nk tanya, novel ni keluaran mana ya? saya nk bace full story =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam..
      Belum ada lagi... belum pasti sama ada ingin terus cari penerbit atau hasilkan sendiri...
      apa-apapun akan dimaklumkan nanti... t.kasih ^_^

      Padam
    2. Bab 28-34 ada disiarkan di grup FB saya..
      Link: facebook.com/groups/penavr/

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?