PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 11 Julai 2012

Sebuah Ceritera Di Bulan Puasa



Joey tersentak. Langit masih gelap, tetapi dia dapat mengagak dia sudah terlewat. Habislah aku, bisik hatinya. Dia mempercepatkan langkah pergi ke Warong Maidin. Memang betul sangkaannya, Warong Maidin sudahpun tutup. Sebentar kemudian kedengaran suara laungan memanggil orang pergi sembahyang dari sebuah masjid berdekatan.

Ini semua gara-gara ahli kumpulannya yang lain. Kalau dia tidak ikut Black, Mike, Long dan Kuyu berpeleseran malam tadi, tentu dia tidak terlewat seperti itu. Semuanya kerana mengikut kehendak Black yang mahu mengurat awek-awek di perjiranan itu. Memang kerja gila menunggu di hadapan rumah orang. Kalau nasib tidak baik ada tuan rumah yang keluar dengan penyapu. Lebih malang lagi kalau ada yang keluar dengan parang panjang atau senapang gajah. Mahu lari lintang-pukang dibuatnya. Tidak mustahil juga kalau terkencing atau tercirit dibuatnya.

Penduduk di situ memang sudah kenal benar dengan kumpulan kutu rayau mereka. Bila malam mereka akan berkunjung ke kawasan sekitar itu menjengah awek-awek yang tinggal berdekatan. Bukan mereka buat kacau pun, jadi tidak ada sebab untuk penduduk kawasan itu marah mereka. Cuma Black suka mendendangkan lagu syahdu malam-malam buta masa orang tengah sedap berdengkur. Ada sekali dia dibaling kasut oleh seorang lelaki yang panas baran. Kelepuk! Bunyi kasut singgah di kepala dia. Habis semua anggota kumpulan mereka ketawa melihat Black yang terpinga-pinga dengan kepala berpinar-pinar.

Melepaslah aku hari ini, bisik hati Joey. Sekurang-kurangnya kalau dapat makan di Warong Maidin boleh juga menahan lapar sampai ke petang. Tambahan pula kedai makan banyak yang tutup bulan ini. Kalau lambat memang melepaslah alamatnya. Kenapalah aku layan sangat si Black semalam. Kalau tidak sudah tentu dia tidak akan terlepas peluang makan di warong. Hampa rasanya bila sampai makanan sudah tiada lagi. Hatinya tidak habis-habis membebel tentang rancangan Mike malam tadi. 


Black, Mike dan yang lain-lain pun Joey tidak tahu ke mana mereka. Mungkin tengah sedap berdengkur selepas merayau malam tadi. Bukan main suka Black melihat awek bernama Qi Qi di sebuah rumah orang cina melayan dia semalam. Senyum memanjang dia. Mike dan Long berebut awek bernama Kiki, tapi Kiki nampaknya jual mahal. Kuyu seperti biasa buat hal dia. Kerja dia hanya mengikut kumpulan mereka pergi ke sini sana.

Joey pun boleh tahan gembira kerana nampaknya Mimi sudah mula memberi respons kepadanya malam tadi. Biasanya Mimi akan buat tidak tahu apabila kumpulan mereka tiba. Tapi semalam Mimi asyik memandang dia. Masa itu ramai orang lalu lalang untuk pergi ke masjid. Joey dan kawan-kawan buat tidak tahu sahaja. 

Tapi semua itu tidak ada maknanya pada saat ini. Kalau Mimi syok dengan akupun bukan boleh kenyang perut aku. Akibat lambat bangun pagi tadi aku sudah terlepas makan di Warong Maidin. Hati Joey terus merungut mengenangkan nasibnya yang malang.
                                                                                                                                                                                          
***

Tengah hari itu Joey bermimpi. Dia bermimpi sedang keluar bersiar-siar dengan Mimi. Kemudian mereka menjamu selera dengan seekor ayam golek yang dipanggang dengan rempah ratus yang luarbiasa, dengan aroma yang membangkitkan selera.

Tetapi mimpinya terpadam umpama asap tebal yang dilibas-libas dengan tangan. Bila terkejut dia terpandang muka Black tercongok di hadapan matanya. Rakan-rakan yang lain juga ada di situ memerhatikannya.

“Kau ni tak ada kerja lain ke Joey? Siang-siang hari membuta!” sergah Black.

“Aku laparlah bro. Dahlah pagi tadi tak sempat makan.” Keluh Joey.

“Apalah kau. Kami pun tidur lewat malam tadi, tapi sampai masa OK je bangun.” Celah Mike. Ada nada bangga di dalam kata-katanya.

“Aku lambat sikit je pagi tadi. Semua makanan dah habis. Nasib akulah agaknya hari ni.” Suara Joey kesal.

Black dan rakan-rakan lain berlalu membiarkan Joey dengan dilemanya sendiri.

Joey menapak di kaki lima dengan lemah. Langkahnya dihayun longlai dan tidak bermaya. Perutnya sudah berkeroncong semenjak dari tadi lagi. Mula-mula irama balada. Sekarang sudah berirama pop. Agaknya lebih lama nanti bertukar lagu rock kapak pula. Puas dia berlegar-legar mencari kedai makan yang buka di situ tapi hampa. Yang buka hanyalah Kedai Makan Ah Chong. Tapi dia kedekut. Memang tidak akan dilayan kalau dia nampak Joey ke kedai itu. Entah apa yang tuan kedai takutkan Joey pun tak tahu dan dia malas ambil pusing. Bau mi goreng dan nasi ayam hainan di kedai itu cukup membuat air liur Joey menjejeh. Cepat-cepat dia beredar jauh dari kedai itu. Tidak sanggup dia menyiksa perutnya yang hanya akan jadi semakin lapar dengan aroma yang menusuk hidung.

Joey lalu di hadapan Warong Ucop. Warongnya bertutup tetapi Joey boleh dengar suara ramai orang di dalamnya. Bau kari menerjah ke hidung Joey, tapi kedainya bertutup rapat. Apa yang dibuat mereka di dalam? Kedai lain pun tutup juga, tapi tak ada orang atau aroma makanan seperti ini. Hati Joey dilanda kemusykilan.

Joey hairan. Di samping kedai makan yang banyak ditutup di bulan itu, penghuni-penghuni kawasan itu yang selalu berkeliaran di jalan juga sudah berkurangan. Biasanya ada yang bertenggek di tembok atau melepak di tangga dan kaki lima. Tapi sekarang lengang. Joey tidak tahu kenapa.

Joey melangkah pergi dengan hampa. Irama di perutnya sudah bertukar menjadi irama hip-hop.

***

Joey bermimpi tentang Mimi lagi. Kali ini dia dan Mimi saling berkejaran di taman. Mereka berlari sambil memijakkan kaki-kaki mereka di atas hamparan rumput yang lembut bersama aroma dedaunan dan flora yang amat segar dan membangkitkan suasana romantik. Kemudian mereka berguling-guling di atas rumput tanpa menghiraukan orang yang ada di taman. Ada yang tertawa dan ada yang menggeleng kepala melihat telatah mereka berdua. Kemudian Mimi lari dan bersembunyi di balik pokok ru di situ. Joey lari mengejar mimi. Kemudian mata Joey dan Mimi saling bertentangan. Mata Mimi yang berkaca itu membuatkan Joey jatuh hati padanya. Hatinya berbisik, tiada apa lagi yang lebih berharga di dalam hidup ini selain Mimi. Sehinggalah dia terdengar bunyi penjaja Hot Dog dengan loceng yang nyaring di tepi jalan. Dia lantar berlari sekuat-kuat hati mengejar penjaja itu yang seakan memanggil-manggilnya dengan harum bau sosej yang masih panas dan baru dibakar. 

"Joey! Joey! Joeeeeyyyyy!!!...." Suara Mimi yang menjerit memanggil namanya berulang-ulang sudah tidak dihiraukan lagi.


Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 

10 ulasan:

  1. nice story... visit my blog if u dont mind.
    http://hikayatauliaiman.blogspot.com/
    lg pun kita da fren dkt fb kn ;)

    sya pun ada update cerita untuk ramadhan. untuk semua khilaf ku... ;)

    BalasPadam
  2. hehehe..nsbek tak sempt teruskan niat mahu buka puasa ,kalau tak ehehe

    BalasPadam
  3. Nice story :)
    Saya suka perjalanan cerita ni.
    Hehehe. Rupanya Joey tu seekor anjing.

    BalasPadam
  4. kisah cinta joey & mimi di bulan Ramadhan...memang menarik sebab cerpen ni ada kombinasi romantik, komedi, nilai moral dan cukup santai..selamat berpuasa bro! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bro atas komen anda. Selamat berpuasa juga. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?