PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 17 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 16)

BAB 16

 


Semenjak pulang dari seminar, Mona membuat banyak rujukan tentang beberapa klien baru. Norman membincangkan beberapa idea baru untuk diketengahkan kepada klien semasa dalam perjalanan pulang tempoh hari, Tentang strategi kempen. Tentang teknik. Juga tentang menghadapi perang kempen saingan.

Fokus Mona sesekali terganggu dengan apa yang berlaku sepanjang seminar dua hari itu.

'Kenapa Norman nampak risau bila berdepan dengan Sheila Al-Bokhari? Benarkah Sheila merasakan Norman betul-betul saingan yang hebat? Apa yang dia mampu buat kalau betul sangkaan Norman?' Mona merenung jauh.

Kemudian kenangan di Merlion Park singgah. Mona terasa seperti benar-benar berada di tempat itu. Nuansa berada di kawasan takungan air seperti tasik yang luas. Suasana suram malam yang tenang dan damai dengan taburan halus bintang di bumbung langit. Cahaya-cahaya pelbagai warna memagari tempat itu umpama tabir malam. Duyung singa gergasi yang memancurkan air tanpa henti seperti meraikan kedatangannya ke negara yang pernah digelar Temasek suatu masa dahulu.

Keindahan itu begitu terasa kerana ditemani Norman. Entah mengapa Mona dapat rasakan sesuatu yang misteri tentang lelaki ini.


'Dia nampaknya begitu romantik orangnya. Kalau tak, takkan dia boleh bawa aku ke tempat macam Merlion Park malam tu. Tapi dia nampaknya susah nak lahirkan perasaan. Mungkin sebab cara dia dibesarkan macam yang dia beritahu aku. Atau mungkin juga seperti yang Amanda katakan. Dia ni workaholik, terlalu mementingkan kerja semata agaknya. Hmm... entahlah.' Mona jadi buntu memikirkan tentang Norman.

Ketika itu Mona terpandang dokumen yang bersampul di atas meja. Lekas-lekas dia menghubungi Zarina. "Zarina, panggil Is ke bilik saya."

Beberapa minit kemudian Iskandar masuk. Mona tidak dapat menyangkal Iskandar memang seorang pemuda yang menarik, dengan susuk tubuh yang athletik dan menawan.

'Dia ni suka sangat pakai t-shirt fit. Buat aku tergoda tengok body dia yang sasa pejal tu. Hish.' Keluh Mona dalam diam.

"Ada apa Cik Mona?" Tanya Iskandar dari muka pintu.

"Awak sibuk tak pagi ni?" Tanya Mona sambil menulis sesuatu di atas sampul.

"Tak berapa? Ada benda urgent ke?" Tanya mamat itu lagi.

"Saya nak minta awak tolong hantar brochure ni untuk klien. Encik Norman suruh."

"Itu no hal Cik Mona. Bisa diatur." Selamba jawapan Iskandar.

Mona ambil peluang yang telah lama dinanti-nanti.

"Macam mana isu awak dengan Encik Norman? Dah settle?"

"Pasal hari tu eh? Nak buat macam mana. Saya ni tetap seorang pekerja. Apa-apapun bos mesti betul punya." Ada nada kesal dalam kata-kata Iskandar.

"Saya mungkin baru lagi dalam syarikat ni berbanding awak. Mungkin awak lebih tahu tentang dia. Cuma saya nak pesan. Niat dia tu baik, walaupun nampak macam terlalu mengongkong pekerja. Jangan awak ingat awak saja yang kena. Saya pun kena track dengan GPS tau?"

Iskandar menggaru kepala. "Betul ke ni Cik Mona? Saya ingat mat despatch macam saya aje yang kena."

"Yang penting awak teruskan kerja awak macam biasa. Saya dengar banyak feedback yang baik tentang awak dari klien dan supplier. Awak teruskanlah prestasi tu." Mona tersenyum.

Iskandar nampak tak tentu arah dipuji, macam kera kena belacan. Setelah dokumen dimasukkan ke dalam beg selempang di bahu, dia bersuara. "Saya pergi dulu Cik Mona. Nanti terlewat pulak. Kena marah lagi nanti." Iskandar kelam kabut hingga hampir-hampir terlanggar pintu.

Mona menahan tawa. Setelah Iskandar beredar dia menggeleng. 'Kelakar jugak mamat ni. Nampak macho, tapi gelabah bila kena puji.'

***

Usai makan tengah hari, Mona ingin membancuh secawan kopi. Di pantry dia lihat Amanda sedang rancak berbual dengan Iskandar. Aizad dan Rozana masih belum pulang ke pejabat lagi.

"Betul ke macam tu? Dia suruh keluar macam tu aje?" Amanda begitu fokus hingga tidak sempat menegur Mona.

"Itu yang buat saya risau sekarang ni. Dia sanggup pulangkan deposit penuh asalkan kami keluar dari rumah tu. Member lain pun nampak bengang betul dengan dia. Tapi dia orang dah ada tempat lain nak pergi. Saya sorang yang masih terkial-kial mencari." Rungut Iskandar.

"Apa masalahnya?" Mona menyampuk.

Amanda menjawab. "Is kena keluar dari rumah sewa dia. Tuan rumah nak bagi anak dia yang baru kawin duduk. Suka-suka dia aje."

"Dah dapat rumah sewa baru?" Mona meneguk kopi yang baru dibancuh.

"Itulah masalah sekarang ni. Tinggal beberapa hari lagi ni. Nampaknya tidur bawah jambatanlah saya. Huaaargh!" Iskandar beremosi dengan gaya dibuat-buat.

"Tapi kan...," Amanda sedang berfikir, seperti ada mentol sedang cerah menyala atas kepalanya. "Aizad dulu pernah tanya kalau-kalau ada orang nak duduk serumah dengan dia. Dia kata semua yang menyewa tak tahan lama. Entah sebab apa semua pindah."

"Aizad? Tak naklah!" Respons Iskandar spontan.

"Kenapa pulak?" Mona musykil.

Dengan nada berbisik Iskandar menjawab, "Cik Mona tak tengok ke gaya dia tu. Lembut. Takutlah saya."

Amanda ketawa nyaring. "Kenapa? You takut kena P.E.R.K.O.S.A. ya?"

"Hish! Ke situ pulak Cik Amanda ni."

"Kalau bukan, sebab apa?" Mona pula bertanya.

"Entahlah. Saya rasa geli gelemanlah kalau dengar dia panggil nama saya kat ofis. Inikan kena tinggal serumah dengan dia.Hii… seram!" Luahan jujur Iskandar.

"Tak baik awak pandang orang lain macam tu. Dia pun manusia juga kan? Saya yakin dia tak minta dilahirkan macam tu. Apa salahnya kita layan dia macam orang lain juga?"

Kata-kata Mona membuatkan Iskandar terdiam.

"Lagipun, you belum dapat tempat tinggal lagi kan? Mahu tak mahu terpaksalah juga." Amanda menambah.

"Betul juga kan?" Iskandar menggaru kepala. "Nantilah, saya fikir dulu."

"Jangan risaulah. I yakin dia takkan perkosa you." Usik Amanda lagi.

"Janganlah cakap macam tu Cik Amanda." Jawab Iskandar dengan muka cemas.

***

Norman memanggil Mona ke biliknya petang itu.

"Nanti kita pergi sama-sama ya petang ni?" Suara Norman sambil bersandar melihat Mona.

"Pergi mana?" Mona tertanya-tanya.

"You lupa pasal party Encik Zamarul? Lepas launching produk terbaru syarikat dia."

Mona kaget. "Malam ni?"

"Kenapa nampak macam menggelabah?"

"I tak prepare langsung. Tak sangka pulak hari ni."

Norman memerhatikan Moa dari hujung rambut hingga hujung kaki. "Okeylah ni. Sesuai."

Mona membetulkan rambut. Respons spontan dengan jawapan Norman.

"Kejap lagi kita pergi dengan kereta saya."

***

Mereka tiba di pekarangan hotel Jewel Crown yang menjadi lokasi majlis anjuran Ultra Vue.

"Ada dua majlis malam ni. Pelancaran produk baru Ultra Vue dan party." Norman bersuara tanpa ditanya Mona.

"Kenapa buat party lepas product launch?" Mona masih belum faham.

"Mungkin itu strategi pemasaran syarikat. Nanti you tanyalah Zamarul."

"Eh, tak ada makna I nak tanya dia. Silap haribulan kena tanya balik. Kerja bidang advertising takkan tak terfikir benda-benda macam ni."

Norman ketawa mendengar jawapan Mona, "Tahu tak apa."

Para tetamu merupakan wakil dari syarikat yang berpotensi menjadi pengedar produk terbaru Ultra Vue di samping wartawan dari media massa tempatan dan Singapura. Mona dan Norman adalah wakil dari syarikat pengiklanan yang menjalankan kempen untuk produk Ultra Vue.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh wakil syarikat Ultra Vue., diikuti dengan ucapan oleh Zamarul. Kemudian dia merasmikan pelancaran produk terbaru Ultra Vue yang digelar Chameleon, sejenis cermin mata serbaguna yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Sama ada casual atau formal, di pejabat atau di pantai, malam atau siang. Ciri-ciri istimewa produk itu begitu versatil.

Majlis diteruskan dengan persembahan ala fashion show. Model-model lelaki dan wanita memperagakan produk yang datang dengan pelbagai bentuk dan warna. Setiap model mewakili satu suasana yang sesuai dengan ciri-ciri cermin mata Chameleon. Ada yang memakai pakaian suit ke pejabat. Ada juga yang memakai baju ala Hawaii untuk ke pantai. Pancaran laser berwarna-warni melatari persembahan dengan muzik ala hip-hop dance.

Usai majlis, mereka menjamu selera dengan hidangan buffet yang disediakan. Zamarul beramah mesra dengan mereka yang hadir sebelum akhirnya tiba ke tempat Norman dan Mona.

"I'm glad you guys can make it." Ujar Zamarul.

"Bagus produk baru tu. Ada potensi besar dalam market." Puji Norman.

"Sebab tu I ajak you berdua ke sini. Supaya dapat plan kempen untuk Chameleon. Di Malaysia dan Singapura."

"Hmm... interesting." Norman meneguk jus oren yang disediakan.

Ketika itu seorang wanita datang mendapatkan mereka. Berdasarkan tag nama di dada, dia adalah  wakil dari sebuah akhbar Inggeris tempatan. "Norman?" Suara wanita itu.

"Hei, Sasha! How are you? Fancy meeting you here. Excuse me, Zamarul."

"That's alright." Jawab Zamarul.

Norman dan wanita itu kemudiannya bergerak agak jauh dari Mona dan Zamarul. Perbualan mereka begitu rancak hingga Norman seperti tidak mengendahkan Zamarul dan Mona lagi.

Ditinggalkan bersama Zamarul membuatkan Mona begitu kekok, walaupun sebelum ini dia memang begitu ghairah untuk mengetahui lebih lanjut tentang lelaki itu.

"Mona sebelum ni bekerja di Johor?" Tanya Zamarul dengan nada bersahaja. Bukan lagi perbincangan antara klien dan wakil syarikat pengiklanan.

"Tak. Sebelum ni KL." Jawab Mona.

"Oh, jadi masih baru di sini?" Tanya Zamarul. Lekuk di pipinya membuatkan Mona rasa geram tahap 500 juta. Ia nampak comel dan tampan pada masa yang sama.

Mona mengangguk.

"Dah pernah pergi Pantai Lido? Danga Bay? Legoland?" Tanya Zamarul lagi.

"Belum sempat. Rumah pun tak kemas habis lagi." Mona menguak rambut ke belakang telinga. Berada bersama Zamarul membuatkan dia rasa resah.

"Apa kata kalau weekend ni I ajak you jalan-jalan? Kenal Johor Bahru dengan lebih dekat." Pelawa Zamarul.

Zamarul semakin hampir dengan Mona. Mona dapat rasa kelainan dengan cara Zamarul memandangnya. Lelaki itu memandang rambut Mona dengan penuh minat. Sehinggakan Mona terasa seperti lelaki itu sedang mengelus-elus rambut Mona dengan jemari jantan yang kasar.

Debaran Mona semakin kencang. Desiran darahnya sederas air menghilir.

"Boleh juga."

"Okay, good. I'll call you later." Suara gemersik Zamarul sebelum meninggalkan Mona seorang diri.

'Wow... he's really something.' Mona cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. Detik bersama Zamarul membuatkan nafasnya tersekat-sekat dengan debaran yang sukar digambarkan.

'Tapi kenapa cepat sangat aku kata ya? Belum sempat aku tahu latar dia lagi. Dah kahwin ke belum?' Mona menyelar dirinya sendiri.

'Jangan-jangan dia ni macam Remy agaknya? Kaki perempuan.' Rasa curiga mula meresap.

'Ops... I did it again!' Mona rasa bersalah.

'Tapi sekurang-kurangnya untuk tujuan bisnes juga. Mungkin lepas ni mudah berurusan dengan Ultra Vue. Tak macam yang Amanda dan Norman katakan dulu.' Dia seperti mencari alasan walaupun nampak kurang kukuh.

"Eh, mana Zamarul?" Suara Norman memadam lamunan Mona.

"Dia dah pergi." Jawab Mona.

"Apa you bincang dengan dia?" Norman ingin tahu.

"Tak ada apa-apa?"

"Pasal kempen baru pun tak ada?"

"Tak." Jawab Mona. "Siapa perempuan tadi tu?"

"Oh, itu ex-colleague lepas belajar dulu."

"Ex-colleague atau ex-girl friend?" Mona berseloroh.

"Ai! Macam jealous bunyinya tu." Jawab Norman dengan senyum lebar.

"Hmm... tak ada maknanya nak jealous dengan you." Sangkal Mona.

Mona tertawa dengan usikan Norman. Namun jauh di sudut hatinya memang ada terselit rasa cemburu melihat Norman bersama wanita lain.

'Apa kena dengan aku ni? Adakah ini tandanya... Ah! Tak mungkin, aku baru kenal Norman. Takkanlah terlalu cepat cinta berputik. Lagipun dia bos. Keadaan akan jadi complicated  kalau ada bercinta dengan dia.' Mona seakan cuba berasional dengan dirinya sendiri.

'Terlampau awal untuk aku buat komitmen sekarang ni. Kerjaya aku baru saja bermula di Johor. Banyak yang perlu aku lakukan. Lagipun kenangan pahit dengan Remy dan Rushdi masih menebal. Biarlah luka in betul-betul sembuh dulu.'

Mona cuba menepis perasaan yang datang menyinggah. Namun sedikit pun dia tidak dapat mengagak bahawa perasaan itu bukan dapat dikawal semudah yang disangka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?