PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:

A. PUISI
1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)
Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR

2. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)
Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.

B. CERPEN
1. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)
Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):
Stanza Cinta, Ros Merah dan Tofi Epal | Bingkisan Sakura Dari Tokyo (versi video) | Cincin Di Jari | Dalam Sup Ekor Ada Cinta | Selamat Hari Jadi Papa | Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud (versi video) | Dulu Benci, Sekarang...? | Ku Bisik Rindu Di Angin Lalu | Saat Aku Lafazkan Akad Nikah | Si Tudung K-pop vs Mamat Kopiah | Listrik Cinta Andromeda | Sangkar Cinta: I Hate You, But I Love You! | Kelipop-kelipop Cinta | Manifestasi Cinta Minah Pom-pom dan Mat Berus | Kisah Norman dan Maisara| Sumpahan Cinta Kohinoor | Elle | Raja Shah Jehan, Bunga Dafodil | Kisah Shania dan Amirul | Apabila Kompang Dipalu | Biar Bulan Jadi Pengganti | Sehelai Sapu Tangan, Sebuah Puisi | Mimpi Cinderella Gebu | Black Widow: Awas Racun Cinta! | Bawang Merah, Cili Api | Menjejak Cinta Hakiki | Abang Bouncer vs Party Girl | Penjara Cinta Di Menara Berduri

2. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Antologi 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller
Ramlee Awang Murshid - RAUDHAH | Annur Shanana-PELESIT, MISTERI HISTERIA RAMALAN | Maria Kajiwa -NO! PAPA, NO! | Dhieya Adlynna - JAM 3.00 PAGI | Isha Idiaz - HATI DHIA | Zakri Rahman - MAHAKARYA |Indah Hairani - AKU BUKAN SERIGALA |Amer Mukhlis- ASAD | Naim Tamdjis - SAYAP-SAYAP KE SYURGA, CATATAN UNTUK SANG PUTERI | A. Darwisy -GAMELAN, BURAI | Ayim Rifqi - DALANG |Domi Nisa -DENDAM SEORANG LELAKI | Sauriani - BEBASKAN AKU SAYANG | Jia Ariza - GAUN BERDARAH, RINTIHAN AZRINAH | Syafeza Sauli - SOULMATE, KAU MILIKKU, KAKI | Syasya Bellyna - HUJAN RINTIK-RINTIK |Imanisa Riana - AKU TAK TAHU | Salleh Kausari -ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan) |Reeani Annur - LIANA | Nash Azly - TIGA BALA

3. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)

4. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)
Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.

5. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)
Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)

6. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)
Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


C. NOVEL

1. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)













2. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)


Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative. Alhamdulillah.




Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.
[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11-1] [11-2] [12] [13] [14-1] [14-2] [15-1] [15-2] [16] [17] [18] [19][20] [21-1] [21-2] [21-3] [22-1] [22-2] [22-3] [23] [24][25][26]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT
Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...
[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]



4. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI
Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]



5. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI
Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]

6. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.
Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


D. NOVELET

1. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

2. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X
Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]



E. LAMAN FACEBOOK
1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR
Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

2. Lain-lain:
    Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.
    Selamat membaca ^_^
    Cheerio!
    ~ Salleh Kausari
    25 September 2015

    Saturday, 14 July 2012

    Dulu Benci, Sekarang ...?




     “Sandwich yang ayah buat tadi dah masukkan dalam beg Lisa?” tanya Taufiq kepada anak tunggalnya yang berbaju uniform merah jambu kotak-kotak

    “Dah” jawapan ringkas budak perempuan yang masuk ke dalam kereta Nissan Sentra berwarna perak.

    “Barang-barang semua dah bawak? Jangan ada yang tinggal.” Tanya Taufiq lagi.

    “Alah ayah... Lisa kan dah besar. Lisa tahulah ayah. Ayah janganlah risau sangat pasal Lisa, ya ayah” jawapan budak berumur enam tahun dengan pipi tembam itu.

    Taufiq hanya tersenyum mendengar jawapan Lisa. Amboi-amboi, menjawab macam orang dewasa. Hatinya berbisik dengan celoteh anak tunggalnya. Hasil perkongsiannya bersama Laila, isteri tersayang.

    Tuhan lebih sayangkan dia lebih daripada aku. Hatinya selalu memujuk bila dirinya terasa kosong kerana kehilangan wanita yang pernah menyerikan hidupnya. Kini kenangan yang ditinggalkan Laila hanya pada anak tunggalnya yang memiliki mata arwah ibunya.

    “Tengah hari nanti ayah balik lewat sikit ya sayang. Ayah nak tengok projek ayah di Seri Austin” lelaki berbaju kemeja biru itu bersuara lagi.

    “OK” jawapan ringkas budak perempuan bernama Lisa. Dalam hatinya ada sedikit keluhan yang terpendam. Tunggu di tadika lagi hari ini. Kalaulah ada mama, tak payah tunggu ayah.

    Kereta Nissan itu tiba di pekarangan Tadika Nuri lebih kurang sepuluh minit kemudian. Kelihatan berderetan kereta pelbagai jenis diparkir di sepanjang jalan yang sempit.

    ***

    Haniza bergegas keluar dari Tadika setelah meninggalkan Hanif di situ. Anaknya hari ini pagi-pagi lagi sudah buat hal. Di rumah dia sudah meragam, dan di tadika dia tidak mahu melepaskan ibunya pergi.

    “Hanif janganlah buat mama macam ni. Mama dah lewat sayang.” Haniza cuba memujuk lembut anak tunggalnya.

    “Tak nak. Hanif nak mama tunggu Hanif jugak”

    “Kesianlah mama Hanif. Ada orang nak jumpa mama pagi ni”

    “Tak nak!” Hanif berkeras. Mujurlah penjaga tadika sama-sama memujuk Hanif. Akhirnya dia mengalah juga. Haniza akhirnya berjaya melepaskan dirinya untuk pergi bertugas.

    Dahulu semasa suaminya Elyas masih ada, tugas memujuk Hanif adalah tugas rasmi Elyas. Tapi semuanya berubah bila Elyas sudah tiada. Semuanya angkara perempuan pemburu suami orang bernama Syazana. Begitu ramai lelaki bujang yang lebih eligible dan vacant, laki aku juga yang kau cari. Dasar perempuan ... . Hati Haniza selalu merungut sebegitu. Tetapi bila marah mula menguasai, cepat-cepat dia menepis fikiran itu dan beristighfar. Dia tidak mahu dikuasai emosi. Biarlah yang berlalu itu terus menjadi sejarah yang tidak mahu digenggam hingga menjadi segumpal dendam yang memakan diri. Biarlah Elyas bahagia bersama Syazana si perampas suami orang.. Astaghfirullahalazim.. Hatinya berdetik lagi.

    Selesai urusan meninggalkan Hanif yang membuat ragam pagi itu, dia ditegur oleh penjaga tadika. Ada pemandu yang marah kerana kereta Haniza menghalang keretanya. Pemandu lelaki yang tidak sabar itu membunyikan hon bertalu-talu.

    “Awak tak pergi sekolah memandu ke? Parking sampai block jalan ikut suka hati. Lain kali buat signboard besar-besar. Jalan ni bapak awak yang punya.” Kata-kata lelaki itu tidak beralas. Memang benar salah Haniza. Pagi ini dia kelam-kabut dengan perangai Hanif sehingga dia tidak terfikir kereta yang diparkir di situ akan membawa masalah. Disangkanya dia akan turun sekejap sahaja ke tadika itu, tapi Hanif pula membuat hal.


    Haniza malas berkata apa-apa. Mula-mula dia mahu meminta maaf, tapi bila perkataan ‘siuman dan penuh berhemah’ lelaki itu keluar dia hanya berdiam diri. Dia terus masuk ke kereta dan beredar. Sebelum pintu kereta ditutup sempat dia mendengar komen terakhir lelaki itu. “Dahlah tak minta maaf. Belah macam tu je. Orang macam ini pun ada juga...”

    Habis kau tu macam mana? Cakap tak bertapis. Ikut suka hati kau saja lepas geram. Ingat aku ni apa? Tunggul?! Bentak hati Haniza.

    Hari ini benar-benar hari yang mencabar baginya. Mula-mula dengan Hanif, kemudian dengan kaum Adam yang ‘penuh sopan santun dan gentleman’

    ***

    “Ayah, Lisa sejuklah ayah” suara Lisa sambil mengokol. Segera Taufiq mengetatkan jeket yang disarungkan di badan Lisa sambil dipeluk anak tunggal kesayangannya.

    Semalam anaknya begitu ceria dan kuat berceloteh apabila pulang dari tadika. “Ayah tadi kan Lisa jumpa budak lelaki sama macam Lisa. Kesian dia ayah, dia tinggal dengan mak dia. Lisa suka kawan dengan dia sebab Lisa rasa nasib Lisa sama dengan dia. Dengan orang lain dia diam je, tapi dengan Lisa dia seronok main dengan Lisa. Nama dia ...” Belum sempat Lisa menghabiskan cerita tentang rakan barunya di tadika, Taufiq sudah mengangkat telefonnya yang sedang berdering.

    Pagi tadi Lisa bangun dengan badan yang hangat. Badannya lemah dan menggigil. Taufiq terpaksa membatalkan janji temu pagi itu untuk membawa Lisa ke klinik.

    “Sabar ya sayang. Kejap lagi doktor panggil nama Lisa.” Suara Taufiq sambil menggosok-gosok bahu Lisa dengan tangannya untuk memanaskan tubuh kecil itu.

    “Nurkhalisa binti Mohamad Taufiq” panggil pekerja klinik yang manis berbaju kurung.

    Apabila Taufiq masuk ke bilik doktor bersama Lisa, mahu rasanya dia beredar masa itu juga. Tebal mukanya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kalau tidak kerana Lisa yang sedang demam, tentu dia akan membuat alasan untuk meninggalkan klinik swasta itu. Klinik swasta yang diberi nama Klinik Haniza, sama seperti nama yang terukir pada plet aluminium di atas meja.

    Setelah melihat Taufiq, terus senyuman ceria terpadam dari wajah doktor perempuan bertudung kuning itu. Tetapi ketika dia melihat Lisa dia masih mampu memberi senyuman berseri. Senyuman yang diberi hanya untuk pesakitnya, bukan untuk manusia yang melepaskan kata-kata sesuka hati tanpa mengendahkan perasaan orang lain.

    Sepanjang soal-jawab tentang Lisa, Taufiq menjawab dengan tenang. Tetapi punggungnya terasa resah dan tidak senang duduk di kerusi. Seolah-olah ada bara api yang meragut keselesaannya. Doktor Haniza masih profesional dengan tugasnya, seolah-olah tiada apa yang berlaku, walaupun wajahnya boleh menjelaskan apa yang bergelodak di dalam hatinya.

    Selesai konsultasi, Taufiq menyuruh Lisa duduk di luar sebentar.

    “Doktor Haniza, saya minta maaf atas kejadian tempoh hari. Saya ...” Taufiq bersuara dengan nada bersalah.

    “Tak apa. Saya faham. Sebab saya ni pemandu perempuan, tidak secekap pemandu lelaki.”

    “Bukan itu maksud saya, doktor. Saya ...”

    “Saya dah biasa kena buli di jalan raya, Encik Taufiq. Sebab kami ni perempuan, orang lelaki anggap kami ni menyusahkan di jalan raya. Walaupun sebenarnya kami pun bayar cukai jalan juga. Kami pun kena ke JPJ untuk ambil ujian memandu dan perbaharui lesen kami. Tapi bila di jalan raya kerana kesilapan kecil kami selalu kena marah dan dikeluarkan kata-kata sesat.”

    “Tapi doktor ...”

    “Saya minta maaf Encik Taufiq, saya ada ramai pesakit yang sedang menunggu di luar. Saya harap Encik Taufiq boleh keluar sekarang ya? Terima kasih.” Ada rasa kepuasaan di hati Haniza dapat memulangkan paku buah keras kepada lelaki seperti Taufiq. Lelaki yang suka memandang rendah pemandu wanita di jalanraya. Kesilapan kecil pun tidak mahu bertolak ansur.

    Taufiq beredar dengan perasaan hampa dan kecewa kerana tidak dapat membetulkan keadaan bersama Doktor Haniza. Semuanya angkara dia yang terlalu menurut perasaan.
    Kenapalah aku lepaskan geram aku kepada doktor tu tempoh hari? Ini semua pasal projek di Seri Austin tu. Tak pasal pasal aku kena ayat baik dengan doktor perempuan tu. Hati Taufiq melahirkn kekesalan. Jika dia bersabar menunggu di kereta tanpa marah-marah, perkara itu pasti tidak terjadi. Dia berasa tidak sedap hati. Walau apa cara sekalipun dia kena membetulkan keadaan dengan Doktor Haniza. Dia boleh memilih untuk membiarkan perkara itu berlalu, tetapi hatinya bagai dipujuk-pujuk untuk berjumpa lagi dengan Doktor Haniza.


    Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
    KEMBARA MENCARI CINTA


    Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
    untuk perkembangan terbaru tentang
    antologi cerpen solo ini.
    KLIK DI SINI

    7 comments:

    1. jodoh... queen...

      ReplyDelete
      Replies
      1. TQ Miss Anonymous. Ya, semua boleh... :)

        Delete
    2. wahhh.. dimanakah anak2 kesayangn Haniza dan Taufiq msa kenduri?
      jadi penabur bungakah? :D

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hahaha.. Terpulang kepada imaginasi pembaca. Penabur bunga boleh, bersama Syazana ibu tiri Hanif pun boleh... ;)

        Delete
      2. waa.. terserah ek.. oke2.. penabur bunga b'sma hanif.. hehehe..

        Delete
    3. Ada unsur suspen jugakk tu,..supporting betul ilyas,..:)

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

    Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?