PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sunday, 16 June 2019

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.1

MiSTiQ
SUMPAHAN PENGANTIN

BAHAGIAN 1




MANAP berjalan di atas tanah yang diliputi kabus putih. Setiap kali dia mengorak langkah, kabus berkepul-kepul terpecah dan naik ke paras lututnya. Suasana senja kelihatan begitu dramatik dengan langit jingga menatai hari yang semakin suram.
Dia tiba di pekarangan sebuah rumah kayu lama yang masih kukuh buatannya dengan binaan kayu dengan rupa yang begitu antik. Ukiran kayu menyerlahkan lagi binaan rumah itu. Kawasan itu dikelilingi pepohon kayu yang ditanam mengelilingi pekarangan rumah itu seperti tembok. Pokok beringin dan beberapa jenis pokok lagi seperti memiliki mata halimunan yang memerhatikan Manap hingga dia terasa seram sejuk hingga ke tulang.


Perasaan itu semakin kuat. Dia terasa seperti sedang diperhatikan berpasang-pasang mata tanpa suara. Dia melihat sekeliling dengan rasa cemas dan curiga. Dia berharap akan melihat susuk tubuh yang dirasakan lebih menyenangkan daripada perasaan dipandang tanpa mengetahui siapa yang sedang memerhatikannya.
Dia melangkah dengan rasa tidak selesa sambil memerhatikan rumah lama itu. Tiada sesiapa yang keluar untuk menyambutnya. Malah dia tidak pasti sama ada ada yang mendiami rumah itu. Dia meneguk liur berkali-kali, cuba melegakan tekak supaya suaranya jelas untuk memanggil sesiapa saja yang ada di situ.
Baru saja dia ingin membuka mulut, kedengaran bunyi ranting dipijak di bahagian sisi pekarangan rumah itu. Manap mengalih pandangan, cuba melihat kalau-kalau ada kelibat sesiapa di situ. Namun hampa. Tiada sesiapa, hanya pokok-pokok yang sudah begitu lama tumbuh di kawasan itu.
Manap menghampiri rumah itu. Dia berfikir ingin mengetuk pintu bagi memastikan jika ada yang mendiami rumah itu. Langkahya semakin hampir ke tangga di depan rumah itu. Dia menangkap sesuatu dengan ekor matanya. Seperti kelibat seseorang berdiri sambil memerhatikannya.
Dia berpaling ke arah itu. Tiada sesiapa di situ. Bulu romanya mula tegak di bahagian lengan dan tengkuk. Malah mukanya terasa kembang dengan sensasi yang luar biasa.
Manap buat keputusan untuk berpatah balik. Setelah beberapa langkah diorak, dia memandang ke belakang. Dia ternampak kelibat seseorang sedang berjalan di celah pokok bersebelahan rumah itu. Susuk tubuh itu hilang di balik pokok.
Manap mula rasa ingin tahu. Dia ingin mengekori kelibat itu untuk memastikan siapa dia. Dia buat keputusan untuk tidak memanggilnya. Hanya berjalan hingga dia ketemu sesiapa saja yang ada di situ.
Kabus yang memenuhi bahagian tanah tadi semakin menghilang. Dia berjalan di celah pokok beringin yang tumbuh merimbun di kawasan itu.
Dia tidak dapat melihat sesiapa di situ. Dia mula terasa cemas dengan jantung yang berdegup semakin kencang. Berkali-kali dia meneguk liur. Namun tiada sesiapa yang ada di situ.
Manap berpaling untuk berpatah balik. Dia dikejutkan dengan wajah yang berada hanya beberapa inci daripada mukanya. Wajah perempuan tua itu berkedut seribu dengan rambut putih dan kelabu yang menggerbang seperti dawai. Matanya memandang Manap dengan keadaan terbeliak seperti kemarahan.
Peluh membasahi bahagian belakang baju T yang dipakai oleh Manap ketika dia terkejut daripada tidur. Nafasnya tercungap-cungap. Mimpi yang baru dialami tadi seperti baru saja dialami dalam realiti.
Dia mencapai fail sulit dari dalam beg dokumen. GAMBAR di dalam fail itu diamati oleh Manap. Apa yang terlintas di fikirannya amat begitu mengganggu emosinya.
“Aneh betul. Aku bermimpi pasal rumah tu lepas tengok gambar rumah dalam fail ni. Tapi… yang aku nampak dalam mimpi tu memang macam betul. Seolah-olah aku berada kat sana.” Kata Manap ketika melihat gambar itu.
“Takkan minda aku terpengaruh dengan gambar ni dan terbawa sampai dalam mimpi.” Fikirnya sambil bersandar di katil.
“Hanya ada satu cara untuk memastikan apa yang aku nampak dalam mimpi tu.” Kata Manap sambil mindanya mengatur rancangan.

Teruskan ke BAHAGIAN 2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?