PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 17 Jun 2019

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.2


BAHAGIAN 2

GAMBAR rumah di telefon pintar Manap diamati setelah dia keluar dari kereta. Gambar itu diambil dari fail sulit yang masih tersimpan.
Dia melihat sekeliling setelah masuk ke kampung yang diceritakan di dalam fail sulit itu.
“Siapa yang aku nak tanya ni?” Kata Manap sambil melihat sekeliling. Kawasan itu lengang dengan padang luas yang kelihatan seperti baru dibersihkan. Tiada lalang atau semak yang mengganggu pandangan. Mungkin akan menjadi tapak projek pertanian atau pembangunan yang akan dikerjakan tidak lama lagi.


Kedengaran bunyi motosikal dari kejauhan. Kelihatan seorang lelaki berumur sedang menuju ke arah Manap. Manap berdiri di tepi jalan untuk menegur lelaki itu.
“Assalamualaikum pak cik.” Kata Manap.
Lelaki itu menjawab salam dan berhenti di sebelah Manap.
Manap segera menunjukkan gambar itu kepada lelaki itu. “Pak cik tahu kat mana rumah ni?”
Lelaki itu berkerut dahi sambil cuba mengamati gambar yang hanya beberapa sentimeter persegi di telefon Manap. Dia melihat selama beberapa saat sebelum bersuara. “Kenapa anak berminat nak tahu pasal rumah ni?”
“Saya wartawan. Saya nak buat liputan pasal rumah ni.” Kata Manap.
Lelalki itu menggeleng. Kemudian dia berkata. “Berhati-hatilah nak. Dulu pun ada yang bertanya pasal rumah tu, tapi…”
“Tapi apa pak cik?”
“Tak ada apa-apa.” Jawab lelaki itu seperti cuba menyembunyikan sesuatu.
“Boleh pak cik tunjukkan saya kat mana rumah tu?” tanya Manap.
“Pak cik ada hal penting nak selesaikan sekarang ni. Cuba tanya rumah kat sana tu.” Kata lelaki itu sambil menghidupkan enjin motosikalnya. Dia seperti tergesa-gesa.
“Terima kasih pak cik.”
“Sama-sama.” Kata lelaki itu sebelum meninggalkan Manap dengan tanda tanya.
“Kenapa dia macam takut nak tunjukkan aku tempat rumah tu. Macam ada sesuatu yang tak kena ni” Kata Manap sambil memandu ka arah rumah yang dimaksudkan oleh lelaki itu.
“Assalamualaikum.” Manap berdiri di pekarangan rumah yang berwarna ranggi. Kelihatan selonggok daun kering ditimbunkan di satu sudut laman itu.
Muncul seorang perempuan yang sudah agak berumur dari muka pintu. “Wa’alaikumussalam.”
“Mak cik, boleh saya tanya sikit?” Suara Manap sambil mencapai telefon dari dalam kocek seluarnya.
“Ada apa?” tanya wanita itu dengan kerut dahi yang mengukirkan tanda tanya.
“Boleh saya tahu jalan untuk ke rumah ni?” tanya Manap sambil menunjukkan gambar di skrin telefon.
“Sekejap ya. Mak cik nak ambil cermin mata.”
Sejenak kemudian dia keluar sambil memakai kaca mata berbingkai hitam yang tebal. Dia mengamati gambar di skrin.
“Kenapa nak cari rumah ni?” Soalan wanita itu Manap rasakan sama seperti respons lelaki tua dengan motosikalnya tadi.
“Saya wartawan yang nak buat liputan tentang rumah tu.”
Wanita itu mengeluh panjang. Kemudian dia berkata. “Duduklah dulu. Nanti mak cik buatkan minuman. Nak air panas ke sejuk?”
“Tak payah susah-susah mak cik.”
“Tak susah pun. Lagipun ada benda yang mak cik nak ceritakan.”
“Kopi O pun boleh.” Jawab Manap setelah melihat wanita itu begitu bersungguh-sungguh. Lagipun dia teruja ingin mendengar cerita dari mulut wanita itu. Mungkin ada sesuatu yang boleh digunakan untuk artikel yang akan ditulis.
Setelah kembali bersama teko dengan cawan dan piring tembikar putih, dia menghidangkan kopi O bersama kuih karipap kepada Manap. Ketika Manap menyisip air kopi, dia mula bercerita.
“Nama mak cik Munah. Biasa orang panggil Mak Munah. Kamu siapa?” Wanita itu memperkenalkan diri.
“Saya Manap dari majalah Mistiq.”
“Ooo…. Rumah pusaka tu milik seorang kaya dan berpengaruh kat kampung ni. Tapi itu dulu. Semenjak satu peristiwa yang berlaku di kampung ni dulu, rumah tu dah terbiar kosong… sampai sekarang.”
“Peristiwa apa tu Mak Munah?”
Mak Munah mengeluh panjang sebelum menjawab. “Mak Munah boleh cerita. Tapi lebih baik kalau kamu dengar dari mulut yang terlibat.”
Kemudian Mak Munah memanggil. “Seman!”
Muncul seorang pemuda dalam lingkungan 30-an. “Ada apa mak?”
“Tolong bawa wartawan Encik Manap ni ke rumah Mak Besah.” Kata Mak Munah.
Seman kemudiannya menaiki motosikal dan Manap mengekorinya. Mereka menelusuri jalan kampung hingga tiba di sebuah rumah batu setingkat. Pokok bunga kertas menyerikan laman rumah itu.
Manap berpesan kepada Seman. “Boleh tunggu saya tak? Saya nak minta tolong lagi nanti.”
Seman mengangguk.


Teruskan ke BAHAGIAN 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?