PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 17 Jun 2019

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.3

BAHAGIAN 3

Seman menunggu di bawah pokok mangga di depan rumah Mak Besah sementara Manap berbual dengan orang tua itu. Sesekali terdengar suara orang menjerit dan melolong di dalam bilik. Mak Besah mengeluh.
“Siapa tu?” tanya Manap.
“Itu anak Mak Cik. Murni namanya.”
“Kenapa dia jadi macam tu?”


Mak Besah mengeluh lagi. “Semenjak tak jadi kahwin dulu, itulah keadaan dia setiap hari. Dah puas kami berubat, tapi masih tak baik lagi.”
“Apa yang terjadi?” tanya Manap. Dia sedar yang dia ke sini untuk membuat kajian tentang fail sulit yang ditemui. Namun kini dia dapat kisah baru yang menarik untuk skup artikel yang akan ditulis. Dia bersiap sedia dengan buku nota dan pen.
“Malam itu adalah malam berinai. Murni dan kawan-kawan dia berkumpul untuk majlis itu sebelum dia dinikahkan.” Mak Besah memulakan cerita.
“Pada mulanya semua berjalan lancar. Tiba-tiba menjelang tengah malam keadaan jadi kelam-kabut. Suara perempuan bertempik semakin menjadi-jadi dan bersahut-sahutan. Mak cik syak ada sesuatu yang tak kena malam tu.” Mak Besah mula beremosi dengan suara terketar-ketar dan mata bergenang.
“Mereka yang ada dalam majlis tu mula berlari ke sana dan ke sini dengan berteriak. Macam dalam keadaan kesakitan. Bila diperiksa, badan mereka calar-balar. Macam ada benda ghaib yang mencakar mereka yang ada dalam majlis tu. Darah mengalir dari bahagian tubuh yang kena cakar.” Air mata Mak Besah mula melimpah dari kelopak.
“Murni jadi panik melihat apa yang menimpa kawan-kawan dia. Rupa-rupanya ada yang lebih teruk menanti dia.” Wanita itu menyeka air mata.
“Dia tiba-tiba muntah. Tapi bukan sisa makanan yang keluar.” Mah Besah berhenti kerana melayan tangisan hingga teresak-esak.
“Apa yang keluar mak cik?” Manap hilang sabar menunggu kerana terlalu teruja dengan cerita itu.
“Darah. Berketul-ketul. Lepas tu dia pengsan. Lama dia koma. Lepas tu bila sedar dia mula meracau-racau macam sekarang ni.” Mak Besah mengakhiri ceritanya.
“Apa punca berlaku kejadian tu?” tanya Manap.
“Ini semua ada kaitan dengan sumpahan pengantin yang kena pada pengantin lelaki. Pergilah ke rumah Pak Ajis. Biar dia yang ceritakan sendiri.” Jawab Mak Besah.
Setelah meninggalkan rumah itu, Manap bertanya kepada Seman. “Tahu rumah Pak Ajis?”
Seman angguk.
“Boleh bawa saya ke sana?” tanya Manap lagi.
Seman angguk lagi dan menghidupkan enjin motosikal.

Teruskan ke BAHAGIAN 4


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?