PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Memaparkan catatan dengan label sedih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedih. Papar semua catatan

Khamis, 16 Julai 2015

MENGINTAI DARI JENDELA SYAWAL (BAH.1)


MENGINTAI DARI JENDELA SYAWAL


Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Lailahaillahu Allahu akbar
Allahu akbar walillahilhamd

Syahdu gema takbir di malam itu menandakan berakhirnya Ramadan dan bermulalah lembaran Aidil Fitri.

Alqaff Jufrie membelek isi sebuah tin biskut Danish Cookies yang sudah kosong. Biskut di dalamnya kini berisi memorabilia yang menyentuh hati. Sebuah gelang manik dengan nama Qarmiela adalah di antara isinya. Begitu juga sehelai kertas bertulis resepi kek pelangi yang dia minati. Kek pelangi tradisional itu bukan seperti kek pelangi berlapis yang menjadi kegilaan pada masa ini.

Gelang itu sengaja tidak diserahkan kepada anak tunggalnya. Melihat Qarmiela memakai gelang itu sama seperti menikam belati ke jantungnya. Merasa perit kehilangan wanita yang pernah hadir dalam hidupnya dan menyerikan setiap malam dan siang.


Dia begitu rindu dengan kek pelangi yang pernah dibuat oleh isterinya. Dia berharap Qarmiela akan mewarisi kebolehan itu. Malangnya jiwanya terasa terbelenggu dek malapetaka yang melanda hidupnya.

Terngiang di telinga Alqaff Jufrie perbualan dengan ibunya sebentar tadi.

Rabu, 14 Januari 2015

MENANTI BISIKAN TAKDIR (BAH.1)

MENANTI BISIKAN TAKDIR

BAHAGIAN 1









Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu
Pilihlah aku jika itu yang kau mahu
Ke manapun ku kan bersamamu
Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu

Aku rasa begitu kerdil
Aku tak mengerti
Hanya itu yang ku tahu

Berkali aku tersungkur
Aku masih merangkak
Belajar untuk mencintaimu

Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu
Maaf kerana aku tak memahamimu
Ke manapun ku kan bersamamu
Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu

Aku kan ketepikan egoku
Kaulah yang ku cinta
Dan aku ucapkan selamat tinggal

Katakan sesuatu
Aku kan meninggalkanmu

Katakan sesuatu...

~ Say Something (Pentatonix)



BERITA di media massa meramalkan banjir kilat di pelbagai lokasi menjelang musim tengkujuh yang bakal menjelma. Perubahan angin monsoon secara mendadak menimbulkan tanda tanya dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

***

RIZMAN menunggu di ruang tamu dalam keadaan resah gelisah. Matanya melingas melihat jam tangan, jam di dinding, pintu dan pagar menerusi tingkap yang tersingkap langsirnya bergilir-gilir.

Sukar untuk dia menumpukan perhatian kepada perkara lain. Keresahan ini tidak kunjung surut selagi dia tidak melihat insan yang ditunggu itu tiba.


Sabtu, 4 Oktober 2014

Cerpen Majalah Mingguan Wanita : Sesalan Di Gerbang Perpisahan

MINGGUAN WANITA  
3 - 9 OKTOBER 2014 
8 - 14 ZULHIJJAH 1435H
(BIL: 1611)




Alhamdulillah, yang ditunggu tiba juga akhirnya di dalam majalah Mingguan Wanita edisi 1611 (3-9 Okt 2014). 

Sebuah cerpen menyayat hati tentang adik-beradik bernama Rafi dan Arif dalam kisah SESALAN DI GERBANG PERPISAHAN. 

Terima kasih kepada Majalah Mingguan Wanita kerana sudi siarkan.

Selasa, 15 April 2014

Cerpen Majalah Mingguan Wanita : JANGAN PANGGIL AKU AYAH

MINGGUAN WANITA  
18 - 24 APR 2014 
(BIL: 1587)



Alhamdulillah, cerpen saya dengan judul asal JANGAN PANGGIL AKU AYAH!  (dengan tanda seruan) disiarkan lagi dalam majalah Mingguan Wanita. Cerpen ini disiarkan agak lewat daripada biasa hingga saya rasa ia sudahpun ditolak. 

Terima kasih kepada team Majalah Mingguan Wanita yang sudi siarkan cerpen in dan yang lain. Terima kasih juga kepada pelukis Kartekana kerana lukisan yang 'super awesome'. Terasa seperti melihat cover Ombak Rindu II. ^_^

Mari menghayati perasaan Emilia, seorang anak yang baru lepas kehilangan ibu dan kini terpaksa menyesuaikan diri dengan ayah yang belum pernah dia lihat semenjak lahir ke dunia.

Kepada yang telah dapatkan naskhah anda, terima kasih.



Jumaat, 28 Mac 2014

CERPEN: JANGAN PANGGIL AKU AYAH!


Mirza berdiri sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap ruang tamu. Seekor tebuan sedang melilau di celah rimbun dedaunan. Ia tercari-cari sesuatu sebagaimana minda Mirza yang sedang menerawang mencari erti segala yang sedang melanda hidupnya ketika ini. Satu penemuan dan bunga-bunga jawapan kepada persoalan yang  telah bertahun-tahun menyesakkan fikirannya. Hinggalah hatinya gersang dengan kehampaan dan kontang dalam kesengsaraan.

"Ini kehendak arwah Suraya. Dia berhajat supaya Encik Mirza jaga Emilia." Suara wanita bernama Rosnah yang berkunjung ke rumah Mirza bersama seorang remaja perempuan. Gadis bernama Emilia itu didakwa adalah anak kandung Mirza.

Mirza merenung wajah Emilia tanpa berkelip. Sememangnya gadis itu memiliki iras wajah ibunya. Persamaan yang menguatkan perasaan untuk menolak permintaan yang datang tanpa dijangka.

Gadis itu hanya tunduk membisu. Mungkin kerana dia cuba memahamkan perubahan mendadak yang berlaku dalam hidupnya. Dia ditinggalkan oleh seorang ibu. Kemudian bertemu pula dengan ayah yang belum pernah dia lihat semenjak lahir ke dunia.

'Tapi benarkah dia anak aku?' Soalan panas menujah benak Mirza.


Peristiwa hampir dua puluh tahun lalu mula singgah di fikirannya.

Khamis, 19 Disember 2013

Sambungan KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI - Bab 19


Setelah agak lama merehatkan kisah ini, akhirnya dapat juga update bab baru di ILHAM KARANGKRAF.
Jemput singgah untuk tahu apa yang terjadi pada Anisah setelah pemergian Ustaz Hairi dan terbongkarnya rahsia gelap Farizah.


Khamis, 26 September 2013

Khamis, 9 Ogos 2012

Trilogi Di Ambang Raya


Pagi-pagi lagi Ringo sudah bersiap. Beg pakaiannya sudah dikemas. Baju selepas latihan ragbi pagi tadi telah dibasuh. Sebaik sahaja selesai menyejukkan badannya, dia terus membasuh pakaiannya sebelum mandi membersihkan badannya yang melekit setelah dibasahi peluh dengan comot tanah dan daun rumput.

Hari ini hari terakhirnya di kolej sebelum pulang bercuti sempena Aidilfitri. Walaupun berpuasa, dia masih sempat menjalani latihan pasukan menjelang kejohanan ragbi antara kolej selepas cuti nanti.

Dia sudah siap mandi dan menyapu pewangi pada tubuhnya. Pipi dan dagunya yang baru dicukur disapu kolon dengan haruman Calvin Klein CK. Dia menyarung baju T putih ke tubuhnya yang berkulit cerah bersama seluar jeans Levi’s berwarna putih juga. Dia melihat wajahnya yang mirip seorang pemuda cina di cermin buat kali terakhir untuk memastikan rambutnya dan misainya tersisir kemas dan rapi. Dia telah sedia untuk meninggalkan bilik asrama kolejnya.

Ringo menutup pintu biliknya. Selamat tinggal bilik, dua minggu lagi aku akan kembali, bisik hatinya.

***

Bidin melompat turun dari trak yang dicoreng dengan corak yang sama seperti celoreng yang dipakainya. Dua bulan telah dihabiskan bersama anggota pasukannya di hutan,  meredah lumpur dan belukar dalam operasi yang ditugaskan kepada skuad mereka. Menjaga keamanan negara adalah tugas yang tidak boleh diambil mudah, walaupun negara dalam keadaan aman ketika ini.

Bidin telah bersiap untuk pulang bertemu isterinya, Zuraidah. Terasa seperti sudah bertahun tidak pulang bertemu dengan isterinya yang amat dirindui. Sudah beberapa minggu dia tidak mandi sehingga aroma tubuh dan peluhnya telah sebati dengan celoreng askar berwarna hijau dengan corak-corak seperti dedaun hutan itu. But hitam paras betisnya hanya dibuka sekali sekala untuk kakinya bernafas. Sehari suntuk dia meredah hutan belantara menjalankan tugas.

Dia membayangkan kerehatan, keselesaan dan keseronokan. Dia tidak sabar untuk menanggalkan uniform tebalnya yang sesak dan melekit dan membiarkan air dingin membasahi tubuh bersama daki dan peluh yang sudah lama bermastautin. Hatinya bagai dijentik-jentik untuk duduk bersantai bersama isteri dan anak-anak yang amat dirindui.
  
***

Dari subuh awal pagi tadi Hafiz telah keluar ke pasar borong untuk meraih ikan dan makanan laut untuk dijaja dengan motosikalnya. Sayur-sayuran juga telah diambil dari pekebun di kampung untuk dijaja bersama hasil tangkapan yang diborong.

Sudah beberapa rumah dia singgah dan jualan ikan nampaknya sungguh baik hari ini. Dia memakai baju lengan panjang biru muda dan berseluar kanvas lusuh. Dengan tenang dia menunggang motor  dari rumah ke rumah, lorong ke lorong. Selesai memborong ikan di pasar pagi tadi, dia terus menjaja ikan dan sayur. Kebanyakannya adalah suri rumah yang tiada masa untuk ke pasar. Harga yang ditawarkan lebih mahal beberapa sen, tetapi jauh lebih murah berbanding dengan kos minyak dan masa yang terbuang untuk ke pasar.

Hafiz memang sudah biasa berniaga. Setelah tamat persekolahan, dia sudah bekerja dengan pakciknya di sebuah kedai runcit. Kemudian dia bekerja sebagai penghantar bermotosikal sebelum mula berniaga sendiri menjual ikan dan sayur. Pemuda jati kampung itu memang tidak percaya dengan lulusan ijazah dari universiti. Baginya itu bukan penentu rezeki. Dia berpendapat ijazah bukan penentu rezeki kerana memang telah terbukti ramai siswa dan siswazah yang menganggur. Baginya pokok pangkal adalah usaha dan kerajinan. Dia berpegang dengan tamsilan bahawa ulat dalam batu pun boleh hidup. Jika ada sesiapa mahu berhujah dengannya, dia akan menghuraikan pendapatnya sambil diselit dengan tamsilan tersebut.

"Kau ni memang pandai bercakaplah Hafiz. Baik kau masuk bertanding jadi wakil rakyat." Perli Pak Long, ketua kampung di situ semasa dia datang berhari raya ke rumah orang tua itu suatu masa dahulu. Hafiz bertubuh sawo matang dan segak tinggi dengan wajah yang berkarisma dan menarik. Mendengar sindiran ketua kampung itu, dia hanya tersipu dengan baju batik dan songkok hitam, memang persis seorang wakil rakyat.

Tetapi Hafiz lebih selesa bekerja dengan baju dan seluar lusuh menjual ikan dan sayur. Yang penting rezeki halal dan tak payah pening kepala, cukup untuk menyambut hari raya bersama keluarga tahun ini. Bisik hati Hafiz setiap kali dia mendengar kata-kata cemuhan dengan usaha yang dibuat.

Hafiz tenang menyusuri jalan tanah merah menuju ke rumah Pak Andak Dolah sambil membunyikan hon motosikal di hadapan rumah orang tua itu.

***

Khamis, 17 Mei 2012

Coretan Terakhir Buat Mama



Ke hadapan Mama yang amat dirindui dan disayangi,

Ketika warkah ini ditulis Sara berharap Mama sedang berbahagia dan tenang bersama mereka yang berada di sisi Mama. Sara seperti biasa menjalani kehidupan walaupun Mama tiada di sisi Sara. Cuaca hari ini agak mendung, seperti memahami jiwa Sara sewaktu mencoretkan warkah ini buat Mama. Warkah ini Sara tulis sebagai luahan hati kerana tidak dapat menyatakannya sewaktu wajah kita bertentangan. Dan sememangnya kita tidak pernah bersua muka untuk melihat wajah masing-masing mengzahirkan isi hati dengan riak air muka kita, kan Mama?

Mama,
Sara masih ingat ketika sudah mula memahami sedikit sebanyak erti kehidupan ini dan Sara bertanya kepada Makcik Maimon yang menjaga Sara.

“Makcik, macam mana Taufiq boleh duduk sini?” tanya Sara tulus.

“Ibu dan ayah Taufiq meninggal semasa kemalangan jalan raya.” Jawab Makcik Maimon.

“Zana?” Sara bertanya lagi.

“Ibu dia meninggal. Ayah dia masuk penjara.” Jawab Makcik Maimon lagi.

“Sara?” Sara bertanya tapi Makcik Maimon tidak menjawab.

“Sara?” Dia masih berdiam diri.

Rabu, 18 April 2012

Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud



Rumah Orang-orang Tua Bukit Rashidah telah lama dibina bersama hampir lima puluh orang penghuninya. Setiap seorang dengan kisah yang berbeza. Ada yang rajin bercerita tentang kisah hidup mereka dan ada juga yang menyepi menyimpan kisah masing-masing jauh di lubuk sepi hati mereka.

Zaharah adalah penyelia rumah-rumah orang tua itu, bersama beberapa orang kakitangan yang penuh cekal dan kesabaran melayani setiap insan yang telah lanjut usianya dengan pelbagai karenah yang tersendiri.

Sesekali dia membawa tetamu untuk melihat keadaan penghuni-penghuni di sekeliling. Setiap tetamu adalah penyumbang yang berpotensi untuk memastikan perjalanan rumah orang-orang tua ini akan berterusan, kerana tidak semua orang-orang tua ini mempunyai bekalan yang cukup untuk meniti hari-hari terakhir usia mereka.

Hari itu datang seorang pengunjung dari Singapura untuk melihat ehwal penduduk di Bukit Rashidah itu. Seorang insan berkedudukan dan berada yang prihatin akan manusia-manusia yang tersisih dari kehidupan penuh glamor dan hebat di mata masyarakat. Dia terbaca kisah tempat itu di laman web dan hatinya bagai dijentik-jentik untuk menjenguk tempat itu. Namanya Shamsiah.

“Siapa tu?” tanya Shamsiah sambil melihat ke arah seorang tua yang sudah bongkok dan tiada gigi dengan rambut disisir ke belakang tidak rapi, putih hampir keseluruhannya. Dia duduk tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Pandangannya jauh dilemparkan entah ke mana di luar tingkap Naco dengan pemandangan hanya beberapa pokok renek dan rumput yang sudah tinggi. Sudah hampir beberapa minggu tukang kebun belum datang. Seorang sukarelawan yang tidak meminta upah, memotong rumput di situ dengan ikhlas, sebagai sumbangan dengan kudrat empat kerat kepada penghuni di situ.

Jumaat, 16 Mac 2012

Cincin Di Jari




Aku membuka mata. Pandanganku berbalam, silau dengan cahaya matahari dari jendela di ruang kamar itu. Perlahan-lahan pandangan samarku menjadi jelas dan aku dapat melihat ruang litup di sekelilingku. Sebuah wad di hospital dengan katil dan sofa panjang. Aku lihat isteriku sedang tidur dengan anakku di sebelahnya. Sudah lama juga aku tertidur. Perlahan-lahan mindaku mula memutarkan semula kejadian yang telah berlaku. Hatiku kecut dan ngilu mengenangkan peristiwa itu. Peristiwa yang tidak aku duga sama sekali. Mataku terpaku melihat jari yang sedang berbalut.

Aku tersentak apabila pintu dibuka dan seorang misi hospital berbaju merah jambu masuk. Isteri dan anakku masih nyenyak tidur. Misi itu tersenyum kepadaku. Setelah menulis sesuatu pada papan klip di hujung katil, dia pun berlalu keluar meninggalkan aku dengan satu simpulan senyum. Sedikit demi sedikit peristiwa yang lepas mula bermain di ingatan. Jika bukan kerana ayahku yang membiayai kos perubatan, tentu kami tidak akan berada di dalam wad seperti ini.

Aku melihat isteriku dengan sayu. Pandangan yang tidak pernah aku lemparkan selama ini. Sebelum ini aku melihat dia sebagai masalah dalam hidupku. Satu penyatuan melalui perkahwinan yang tidak menepati citarasaku.

Selasa, 6 Mac 2012

Bingkisan Sakura dari Tokyo




Irama dentingan piano dan gesekan biola lagu Yiruma “Only You” bergema di ruang kamar yang sunyi dan suram. Alunannya bagai menghiris jantungku yang sedang melayan kepiluan hatiku nan sayu, setelah aku kehilangan orang yang amat aku sayang. 

Kehilangan itu adalah akibat kegopohanku membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Jika tidak, insan yang bernama suami masih lagi berada di sisiku. Pada waktu yang amat aku perlukan seperti sekarang. 

Aku duduk bersendirian di sofa berteman air mata dalam samar lampu chandelier. Cahayanya mengerlip bersama balikan di dinding, umpama bintang bertaburan di dinding berkilau gemerlapan.


Ahad, 26 Februari 2012

Kepulangan

Aku duduk di tepi parit di hadapan rumahku memerhati anak-anak ikan puyu berenang-renang. Ingin rasanya aku ambil batu untuk dilempar ke air melihat mereka bertempiaran lari bila air berkocak. Di rumahku hari ini ada keramaian. Ramai orang yang datang, termasuk saudara mara yang jarang pulang ke kampung. Aku masih ragu-ragu untuk masuk. Kata-kata ayah tiriku satu masa dahulu masih terngiang-ngiang hingga kini.

“Syafiq, kau dengar sini baik-baik. Jangan kau jejak kaki kau lagi balik rumah ni semasa kau masih hidup. Aku menyampah tengok muka kau” kata-kata ayah tiriku dengan mata yang merah tersembul, macam hendak terkeluar dari soket tengkoraknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?