Kisah ini memaparkan adegan
yang agak eksplisit dan mengerikan.
Dilarang baca sekiranya anda
tidak suka paparan sebegitu.
Penulis tidak
bertanggungjawab atas sebarang kesan negatif selepas membaca cerpen ini.
Kepada adik-adik, jangan
lakukan aksi seperti ini di rumah.
I nspektor Zaki melangkah
keluar dari kereta polis yang membawanya ke kawasan perumahan dengan tragedi
pembunuhan yang menggemparkan. Seluruh penghuni di sebuah rumah teres dua
tingkat ditemui bergelimpangan dalam keadaan yang mengerikan.
Inspektor Zaki melintas di
bawah tali plastik kuning yang merentangi kawasan di pekarangan rumah bernombor
13 itu. Kelihatan darah terpercik di lantai bersimen menuju ke ruang tamu.
Matanya menangkap seorang
lelaki yang memegang bahagian lengannya yang berbalut kain. Darah merah sudah
membasahi kain itu. Bahagian baju, seluar dan lantai juga sudah dibasahi cairan
yang likat dan melekit itu. Berdasarkan darah yang tumpah, luka itu tentunya
agak parah. Pasukan paramedik yang dipanggil masih lagi belum sampai kerana kesesakan
lalulintas.
Lelaki itu berada dalam
trauma yang begitu teruk sekali. Dia menggigil dengan ekspresi wajah yang menggambarkan
perasaan takut yang luar biasa.
'Apa yang terjadi pada lelaki
itu?' Inspektor Zaki menyimpan perihal lelaki itu untuk diketahui kemudian. Dia
perlu melihat tubuh-tubuh yang dikatakan bergelimpangan di ruang tamu.
Apabila Inspektor Zaki
memandang ke ruang tamu, nafasnya bagaikan terhenti buat seketika.
Darah.
Umpama pusat penyembelihan,
darah memenuhi hampir keseluruhan lantai. Cuma kali ini bukan darah ayam,
kambing, lembu mahupun khinzir. Darah ini adalah darah manusia.
Lamunannya tersentak dek
suara yang didengar.
"Selamat pagi tuan."
Suara lelaki bertubuh pendek tetapi sasa berisi dengan uniform polis di
sebelahnya. Misainya tebal dengan uban yang mencelah.
"Pagi." Jawab
Inspektor Zaki. Ringkas.
"Kejadian berlaku lebih
kurang jam lima pagi. Dipercayai semasa mangsa sedang bersiap-siap untuk keluar
rumah. Semua mangsa berjumlah enam orang. Lima terbunuh dan satu terselamat."
Polis itu memberikan maklumat.
'Tentunya lelaki yang aku
lihat tadi adalah yang terselamat.' Refleksi Inspektor Zaki sambil kedua tangan
dipautkan ke belakang.
"Mangsa yang terbunuh
adalah satu keluarga, pasangan dan tiga orang anak mereka."
Inspektor Zaki memerhatikan
lima tubuh yang bergelimpangan dalam keadaan yang mengerikan dan menyayat hati
pada masa yang sama.
"Si Ayah, Dasuki bin
Derus dipenggal kepala dan ... tuan boleh lihat sendiri."
Polis itu tidak sanggup menghabiskan
ayatnya, sambil memerhatikan keadaan lelaki dalam lingkungan empat puluhan itu
terkapar bersama dua bahagian tubuhnya diceraikan dan diletakkan di sebelah
mayatnya.
"Isteri Dasuki, Mazidah
binti Sidek dipercayai telah dicabul setelah dibunuh dalam keadaan tanpa seurat
benang."
Ayat yang digunakan oleh
polis itu menggeletek hati Inspektor Zaki.
'Mamat ni salah pilih kerjaya
agaknya. Sepatutnya dia ni jadi penulis.' Inspektor Zaki melayan apa yang
terlintas di fikiran. Dia segera mengalihkan pandangan daripada tubuh kaum hawa
yang terlentang di depan matanya, walaupun naluri jantannya ingin menatap dengan
lebih lama.
"Anak sulung pasangan, Ammar
dilapah hingga isi perut terburai. Anak kedua, Dali dikelar-kelar dengan luka
yang amat dalam. Anak bongsu, Nur Nilam dikerat-kerat sehingga tercerai menjadi
lapan bahagian."
Entah mengapa, polis yang
ditugaskan memberi update tentang kes
ini agak menjengkelkan Inspektor Zaki, tetapi dia hanya mendengar.
"Apa motif pembunuhan?"
Tanya Inspektor Zaki sambil memerhatikan corak tompokan darah dilantai. Dia
cuba melihat bukti-bukti tersembunyi yang mungkin kelihatan.
"Buat masa ini belum
dapat dipastikan. Mungkin bukan rompakan atau sekadar rompakan. Sebab cara
mangsa dibunuh menunjukkan ada motif dendam kesumat."
"Siapa lelaki yang
cedera di luar?"
"Saksi, juga jiran
kepada mangsa. Namanya Nordin bin Sariman. Dia mengalami kecederaan teruk di lengan
akibat ditoreh pembunuh."
"Bagaimana rupa
pembunuh? Dapat dia cam?"
"Tak dapat tuan. Dia
memakai serkup kepala hitam yang menampakkan mata saja. Tak ada kesan cap jari,
sebab pembunuh memakai sarung tangan. Pada mangsa pun tak ada kesan ketara yang
ditinggalkan. Kata Nordin, pembunuh sempat melarikan diri tanpa membawa apa-apa.
Kalau adapun mungkin disimpan dalam poket bajunya, tuan."
Inspektor Zaki keluar untuk
bertemu dengan Nordin. Lelaki itu duduk bersandar di lantai . Lengannya sedang
dibalut oleh pasukan paramedik yang baru tiba. Tubuhnya menggeletar dengan
keadaan teruk sekali. Nafasnya tercungap-cungap menunjukkan trauma yang
melanda, walaupun lukanya tidak seteruk seperti yang digambarkan oleh reaksi
lelaki itu.
"Bagaimana awak boleh
berada di sini?" Tanya Inspektor Zaki.
Lelaki itu tergagap-gagap untuk
mula bercakap. Setelah Inspektor Zaki tersiksa menunggu perkataan yang ingin
dilafazkan, akhirnya lelaki itu bersuara.
"Saya ... tengah tidur. Saya
terdengar bunyi bising di sebelah. Saya ingatkan mereka bergaduh. Tapi ... takkan
pagi-pagi buta macam ni. Saya tengok jam, pukul 5.13 pagi. Saya cuba tidur
balik. Tapi lepas tutup kepala dengan bantal, masih terdengar ... jeritan suara
perempuan dan budak-budak. Tak lama lepas tu senyap. Saya ingatkan dah settle. Saya intai dari tingkap, saya nampak
pagar terbukak dan kereta masih ada. Saya cuak. Saya keluar ... tengok pintu
rumah terbukak dengan lampu menyala. Bila ternampak darah, saya ... syak."
Nordin terhenti seperti tidak
mampu untuk meneruskan cerita.
Tidak lama kemudian dia
menyambung, "Saya rasa bodoh sebab saya datang sini nak tolong. Saya ... bawak
parang dalam tangan. Bila saya masuk, saya tengok lelaki tu tengah..."
Lelaki itu terhenti lagi.
Inspektor Zaki agak mungkin dia terlihat adegan yang menjijikkan di depan
matanya antara mayat mangsa bernama Mazidah dan pembunuh.
Saya cuba lari, tapi ... kaki
saya jadi lemah. Saya nak menyerang pun tak bermaya lepas tengok semua
mayat-mayat yang bergelimpangan. Saya cuba lari, tapi bila ... saya sampai kat
pagar, dia tangkap saya."
Nordin menggigil teruk. Dia
bertarung antara emosi yang menguasai dan rasa tanggungjawab untuk memberitahu
apa yang berlaku.
"Dia tolak saya sampai
saya terperesuk kat penjuru sana tu. Saya ingat dia nak bunuh saya. Rupa-rupanya...."
Air muka Nordin menunjukkkan
tanda-tanda dia sudah mula hendak menangis, tetapi cuba ditahan.
"Dia ambil parang dan
toreh tangan saya. Lepas tu dia lari macam tu aje."
Nordin sudah tidak mampu berkata
apa-apa lagi. Dia memeluk lutut dalam keadaan menggigil seolah-olah sedang
berada di Artik atau Antartika.
Mahu tak mahu Inspektor Zaki
terpaksa menamatkan sesi bersama Nordin. Lelaki itu dibaringkan ke atas
pengusung dan dibawa ke dalam van ambulan.
Inspektor Zaki berdiri di
pekarangan rumah sambil melempar jauh pandangannya. Kosong. Sekosong petanda
tentang motif dan jejak pembunuh.
***
Inspektor Zaki duduk bersendirian
di ruang itu. Dia memerhatikan gambar-gambar mangsa dan segala maklumat tentang
pembunuhan yang dipaparkan di dinding.
Buntu.
Segala-gala maklumat yang
dikumpul seolah-olah mengeja perkataan dengan lima huruf itu.
'Motif pembunuhan masih belum
jelas. Pembunuh terlalu bijak menyembunyikan kesan DNA pada mangsa. Dua buah
rumah yang terletak di kawasan terceruk itu menyebabkan sukar mengumpul
maklumat dari penduduk setempat.'
Ketika itu Inspektor Zaki
teringat perbualan bersama mereka yang tinggal berdekatan.
"Kawasan rumah teres tu
sebenarnya... err... saya nak cakap pun serba salah encik. Saya dengar kawasan
rumah tu... berhantu. Dulu dua biji rumah di sebelah rumah keluarga yang kena
bunuh tu ada orang. Tapi semenjak ada orang tua mati, dua-dua keluarga tu dah
pindah. Dia orang kata dulu ada perempuan Cina tua. Dah beberapa hari baru
orang jumpa mayat dia. Sampai dah busuk. Berulat. Ada pakar feng shui kata
deretan rumah teres tu tak elok. Ada sia... Inspektor faham apa yang saya
maksudkan."
'Apakah benar apa yang dimaksud
oleh pakar feng shui itu? Bahawa keluarga itu terpaksa menerima badi akibat
kematian perempuan Cina tua itu. Atau mungkin kerana tipisnya semangat
kejiranan masa kini?'
Inspektor Zaki sedar dia sudah
jauh tersasar daripada penyiasatan dalam mencari bukti yang jelas dan konkrit.
'Petunjuk yang adalah
hanyalah Nordin. Lelaki yang tidak bercampur dengan masyarakat. Tetapi begitu
berani berkonfrontasi dengan pembunuh hingga dicederakan. Lelaki seperti itu
berada di tempat dan pada masa yang salah. Sepertimana keluarga yang menjadi
mangsa itu. Nampaknya kes ini mungkin terpaksa ditangguhkan sehingga ada
maklumat lanjut.'
Inspektor Zaki bersandar di
kerusi sambil matanya terus memerhatikan dinding dengan pelbagai foto dan nota
tentang kes ini.
***
Nordin memandang ke rumahnya
dan rumah jiran yang menjadi mangsa pembunuhan kejam itu. Sedikitpun dia tidak sangka
dia masih mampu berdiri di sini setelah apa yang berlaku.
Apa yang berlaku kembali
terlintas di minda. Peristiwa ngeri. Entah mengapa senyumannya terukir. Dia
rasa lega kerana berjaya lepas dari cengkaman maut. Langkah diatur menuju ke
rumah. Matanya dikerling ke rumah sebelah. Seolah-olah dia sedang memerhatikan
Dasuki sedang berlengging dengan bermuda sambil menyedut asap rokok yang menyesakkan
nafas dengan risiko second hand smoke.
Mazidah sedang berleter dengan suara yang lantang dan membingitkan. Ammar dan
Dali sedang bermain bola dengan bunyi lantunan bola ke dinding yang amat menyakitkan
hati. Nilam sedang menyanyi dengan suara sumbang yang bisa memecahkan gelas
kaca nipis dengan pitch yang
menjengkelkan.
Entah mengapa rasa takut tadi
telah berubah menjadi kelegaan yang amat sangat.
Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum...
dah agak dah mesti kerja nordin....ngeri nyer...org senyap ,sekali dia meletup bahaya tuuu..tak terjangka.
BalasPadamKan? Hehe... jangan main-main.
PadamTerima kasih Nur, sudi singgah dan menitip komen ^_^
cik kat mne link cte ni sy xjmpe cr
BalasPadamCerita ni dibekukan buat seketika atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
PadamSebabnya ada di sini : https://www.facebook.com/groups/penavr/
Dear Penulis, sambung pleaseeee =P
BalasPadamOkey, nanti saya post di grup facebook.com/groups/penavr/ ^_-
Padamtq...x sabar tunggu =)
Padamsaya sangat berminat dengan cerpen thriller awk.
Okey, sudah update di grup FB. Link ada di atas.
PadamSelamat membaca ^__^