Alhamdulillah, Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat juga saya hidangkan buah tangan solo saya terbitan Buku Prima untuk pembaca yang dihargai sekalian. Novel ini akan terbit hujung bulan Januari 2016.
Sumpahan Ling Chi bermula sebagai cabaran cerpen grup FB Geng Urban bertema seram dengan judul Misteri Banglo Ophelia. Kemudian ia menjadi novelet dalam kompilasi 3 novelet berjudul Trilogi Manusia, Masa & Makhluk. Manuskrip itu walau bagaimanapun telah ditolak dan disarankan oleh editor supaya dikembangkan menjadi novel. Setelah memerah otak dan bersengkang mata (penerangan terlebih dramatik ^_^ ), kisah ini akhirnya telah menjadi novel terbitan Buku Prima dengan judul baru.
Cover novel ini memang ohsem. Tengok gambar saja sudah terasa ambien seram… sama ada hendak masuk atau tidak melalui pintu itu?
Untuk maklumat lanjut tentang kisah yang saya paparkan dalam novel ini berupa skup, teaser dan banyak lagi, boleh kunjungi dan LIKE laman Facebook saya
SUMPAHAN LING CHI <<< Klik link.
Saya rancang ingin sediakan cenderahati dan sticker TT kepada pembeli novel saya. Bermakna jika anda beli terus dari penerbit pun, anda masih berpeluang untuk mendapatkan ole-ole daripada saya, selagi stok masih ada. Hanya perlu PM saya untuk dapatkannya. Kalau ada selfie dengan novel Sumpahan Ling Chi lagi bagus! Asalkan jangan beli satu novel tapi kongsi selfie ramai-ramai sebab nak hadian lebih. No no no! ^__^
Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong saya hingga kini.
Maklumat tentang novel seram thriller Sumpahan Ling Chi:
Sumpahan Ling Chi
S. Kausari
RM 21.00
ISBN: 978-967-446-235-2
~480 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 31 Jan 2016
Sinopsis
Inspektor Sabirin menyiasat kejadian orang hilang di sebuah banglo peninggalan Inggeris, House Of Ophelia. Di banglo itu, dia menemui penjaga rumah yang misteri bernama Damien Tan. Damien tinggal di banglo itu bersama waris bernama Wendy Lim dan pembantu rumah, Mei Lan.
Penyiasatan membawa kepada penemuan jurnal peninggalan mendiang Profesor Derrick Lim, pemilik asal rumah itu. Juga tentang hukuman kejam pada Zaman Dinasti Ming iaitu Ling Chi yang mana pesalah dihukum dengan dilapah secara hidup-hidup.
Takdir menemukan Inspektor Sabirin dengan penulis novel, Elyas Khusairi, remaja celaru, Fiona dan banduan terlepas, Din Elvis. Berjayakah mereka membongkar misteri di sebalik kejadian seram dan ngeri di House Of Ophelia?
“Aku sepatutnya mati masa letupan tu, Sham. Aku tak sepatutnya hidup untuk lalui semua ini. Setiap hari, aku rasa sangat bersalah seolah-olah ia hukuman mati untuk aku. Cuma aku belum tergamak cabut nyawa aku sendiri.” ~ INSPEKTOR SABIRIN
“Aku jelek melihat wajah aku sendiri. Aku bukan Fiona yang dulu. Aku perempuan jijik dan kotor. Lebih kotor daripada air longkang yang bernajis.” ~ FIONA
“Ada bahagian kat rumah ni yang terlalu rahsia atas sebab-sebab yang tak dapat saya terangkan. Jangan ke mana-mana selain daripada tempat yang saya benarkan.” ~ DAMIEN
Cara untuk mendapatkan novel ini: