PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 9 Oktober 2016

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.1


MiSTiQ
MISTERI GADIS KOMUTER.

BAHAGIAN 1
MANAP memerhati mejanya di tempat baru. Masih kosong dan bersih. Hanya ada monitor dan CPU Compaq berwarna putih yang berusia dalam anggaran setahun lebih. Pembahagi workstation berkain kasap kelabu juga kosong. Hanya ada kalendar bersama contengan oleh pengguna sebelumnya.

Tray dokumen juga kosong. Manap mengeluarkan laptop di ruang kosong bersebelahan dengan komputer. Dia mula memeriksa emel dan akaun media sosial yang lain.

“Assalamualaikum.” Seorang lelaki muncul di sebelahnya sambil menghulur salam.

“Waalaikumsalam,” jawab Manap, terkejut sedikit disergah begitu.

“Manap kan?” tanya lelaki itu lagi.

Manap angguk.

“Saya Zali. Kawan Rizal.”

“Ooo… ya, Rizal ada ceritakan.” Manap angguk lagi.

Zali melihat sekeliling sebelum mula berbicara.

“Rizal ada cerita pasal wartawan yang kerja sebelum ni?” Zali menurunkan sedikit suaranya.


“Ada. Dia hilang macam tu je kan?”

Zali angguk.

“Macam mana dia boleh hilang?” tanya Manap.

“Itu yang menghairankan. Dah jadi kes polis sekarang ni. Dah dapat assignment baru?”

“Belum.”

“Kalau dah dapat, hati-hati. Jangan jadi macam wartawan sebelum ni.”

“Angkara siapa sebenarnya ni?” Manap mula terasa risau.

“Ada yang syak mungkin seseorang yang pernah Mistiq temuramah. Dia tak puas hati dengan artikel yang disiarkan pasal dia.”

“Siapa?”

Zali mula terasa tidak selesa. “Eh! Nantilah kita cerita. Yang penting artikel tu nanti tulis elok-elok. Kasi meletop.” Zali menepuk bahu Manap.

Manap ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga dengan bermacam tanda tanya.

“Encik Manap, bos nak jumpa.” Manap disentak dari lamunan pagi tentang kerjaya di tempat baru, identiti orang yang tidak berpuas hati dengan Mistiq dan nasib yang bakal dia alami.


MANAP meneliti fail assignment yang baru dia terima bersama petikan berita berkenaan kes itu. Kes yang tidak sempat diselesaikan oleh wartawan sebelumnya sebelum dia hilang begitu saja.

GADIS MISTERI MUNCUL DALAM KOMUTER
Berita pengguna komuter ternampak perempuan misteri di dalam komuter semakin meluas akhir-akhir ini. Ramai yang ternampak kelibat perempuan itu di gerabak yang sama. Anehnya ada juga yang tidak ternampak apa-apa. Kelibat itu sering dilihat di stesen bersebelahan tasik berdekatan sebuah universiti.

Manap cuba membuat deduksi awal berdasarkan maklumat itu.

“Gadis… komuter… tasik… U. Aku rasa macam ada kaitan semua, tapi… macam mana?”

Dia mencari maklumat lain. Kelihatan nama bersama bersama nombor telefon.

“Hashim Pak Guard? Hmm… mesti dia tahu pasal kes ni.”

Manap terus mencapai handphone.


MANAP terus menuju ke pintu masuk universiti dan menuju ke pondok pengawal.

“Saya nak jumpa dengan Pak Hashim.”

“Encik Manap ya?”

Manap angguk.

“Sayalah Hashim.”

“Jadi, boleh saya temuramah di sini?” tanya Manap.

“Boleh, boleh. Tak ada masalah. Apa yang Encik Manap nak tahu?”

Manap mula memasang perakam pada handphone. Kemudian dia mengeluarkan buku nota kecil dari poket baju.

“Apa yang Pak Hashim tahu tentang kelibat perempuan yang selalu kelihatan dalam komuter tu?”

“Oh panjang ceritanya. Cerita ni dah dekat sepuluh tahun lamanya.” Pengawal sekuriti itu memulakan cerita.

“Eh, tapi kes kelibat perempuan dalam komuter ni baru lagi kan?”

“Memang baru, tapi kes in bersangkut-paut. Bermula dengan kes budak perempuan universiti ni yang hilang. Ada yang kata dia bunuh diri kat lombong tu, tapi mayat dia tak pernah ditemui. Mungkin terkambus lepas usaha mengubah lombong tu jadi tasik rekreasi.”

“Tapi… apa kaitan pelajar U yang hilang tu dengan kelibat dalam komuter?” Manap cuba mencari penyambung rantaian kisah yang masih samar.

“Ini orang cerita. Saya pun tak pasti juga. Ada yang kata, budak yang hilang dengan kelibat perempuan tu orang yang sama. Walaupun tak ada orang yang pernah nampak muka perempuan tu.”
“Macam mana tu?”

“Ada yang kata, kali pertama mereka nampak budak perempuan tu, dia pakai baju kurung dengan selendang putih. Sebab ada majlis ceramah di U. Itu orang cerita. Sebab pada malam dia hilang, saya tak bertugas. Orang lain.”

“Err… macam mana gangguan dalam tren boleh bermula?”

“Haa… cerita ni pelik sikit. Lepas pelajar dengan pensyarah dari universiti buat aktiviti tepi tasik, gangguan tu bermula.”

“Hah?” Manap terasa aneh.

“Memang susah nak kaitkan lombong dengan komuter ni kan? Tapi lepas dia orang gunakan tren malam tu, gangguan bermula.”

“Ooo…” Manap mula nampak perkaitannya, walaupun masih samar.

“Kelibat perempuan tu muncul… lepas pelajar dan pensyarah gunakan tren… baik dari aktiviti di tepi tasik.” Manap cuba buat deduksi.

“Ha’ah… begitulah ceritanya.”

“Pak Hashim kenal dengan pensyarah atau pelajar yang ada malam tu?”

“Yang saya tahu, pensyarah tu namanya Encik Bakri.”

“Pak Hashim ada nombor telefon dia?”

“Handphone dia saya tak tahu. Tapi kalau yang U punya, ada. Nanti saya bagi.”

“Terima kasih. Pak Hashim rasa kalau saya naik komuter tu, boleh nampak tak kelibat perempuan tu?”

“Eh… saya pun belum pernah cuba, Encik Manap. Kalau disuruh pun, tak kuasa saya. Entah apa yang benda tu nak buat nanti pun saya tak tahu.” Pak Hashim ketawa untuk menyembunyikan rasa cemas.

“Ada ke kes tak elok lepas nampak benda tu?”

“Tak adalah pulak. Tapi… biasanya orang mintak jauh benda-benda macam ni. Lain pulak dengan Encik Manap ni.” Kata Pak Hashim sebelum masuk ke pondok pengawal.

Manap menyengih. Entah kenapa ada rasa teruja untuk melihat kelibat itu terasa meluap-luap.

Mungkin boleh menambahkan realistik cerita aku dalam artikel nanti lepas aku nampak betul-betul kelibat tu, fikir Manap.

“Nah, ini nombor telefonnya.”

“Terima kasih Pak Hashim. Saya minta diri dulu.”

“Sama-sama. Hati-hati.” Kata Pak Hashim semasa mereka bersalam.

Dahi Manap berkerut setelah beredar. Perkataan ‘hati-hati’ itu mengingatkan kepada pesanan orang tua yang muncul dengan tiba-tiba di pejabat lama tempoh hari.

Kemudian dia cuba menghubungi pensyarah yang dimaksudkan tetapi tidak telefon tidak berangkat. Puas dia cuba beberapa kali, tetapi masih tidak berhasil.

“Hmm… payah juga nak contact pensyarah ni. Sementara itu, baik aku tinjau kawasan tasik dan komuter yang dimaksudkan… terlanjur masih siang ni. Boleh juga aku tanya petugas kat sana tentang gangguan tu Tapi… lagi bagus kalau aku nampak sendiri.”

Manap mencongak tentang langkah seterusnya. Tugasan pertama ini perlu dilakukan dengan terbaik untuk menjaga reputasinya. Cuma pesanan orang tua dan Pak Hashim menyebabkan dia terasa perlu berhati-hati.

“Nak naik komuter atau tak?” Dia kebuntuan.



JIKA MANAP MEMBATALKAN HASRAT INGIN CUBA MELIHAT KELIBAT ITU, BACA BAHAGIAN 2

JIKA MANAP INGIN CUBA MENJEJAK KELIBAT ITU, BACA BAHAGIAN 3

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?