PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Saturday, 8 October 2016

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.3

BAHAGIAN 3

MANAP melihat jam dengan malas. Dia terasa seperti orang bodoh. Sudah beberapa kali dia naik dan turun tren komuter berulang kali. Bermula di stesen tepi tasik, dia naik tren dari arah bertentangan. Kemudian dia bertukar arah untuk menuju ke stesen tasik.

Setelah berbual dengan beberapa kakitangan stesen komuter itu, Manap dapat tahu komuter yang dimaksudkan adalah yang menuju ke kawasan tasik. Di stesen untuk ke tasik, kelibat itu akan hilang. Malah ada yang mengaku ternampak kelibat itu berlegar di kawasan rel. Gerabak yang dimaksudkan adalah gerabak yang paling hadapan.

“Sia-sia je kerja aku naik turun keretapi macam orang gila. Duit pun habis macam tu aje.” Bebelnya dalam lirih.

Tren komuter yang dinaiki adalah yang terakhir untuk malam itu. Sebentar lagi dia akan tiba di stesen sebelah tasik.

“Nampaknya terpaksalah aku tulis berdasarkan apa yang aku dengar je.” Keluhnya ketika tren mula menghampiri destinasi.

Gerabak yang dinaiki memang kurang popular. Semenjak kes kelibat perempuan berkurung dan berselendang putih muncul, ramai yang memilih gerabak lain. Kalau ada pun mungkin yang tidak mengetahui cerita di sebalik gerabak itu, atau yang memang sengaja inginkan thrill jika ternampak kelibat itu.

Malam itu ada tiga orang saja yang ada di situ selain Manap.

Manap turun dari gerabak dengan rasa hampa. Dia melihat buat kali terakhir kawasan itu sebelum beredar.

“Haaai… nasib betul! Sia-sia rancangan aku.” Gerutunya.

Dia melihat seorang demi seorang penumpang meninggalkan stesen. Hinggalah dia terpandang seseorang yang menangkap perhatiannya. Seorang gadis memakai baju kurung dan selendang putih tercegat memandangnya di hujung platform. Tiada sesiapa yang ada di situ selain gadis itu.


Sebahagian diri Manap ingin menghampiri gadis itu. Mungkin itu bukan gadis yang dimaksudkan, tapi tidak salah untuk dia mencuba.

Manap mula mengatur langkah tanpa ada sesiapa yang perasan perbuatannya. Malah gadis itu juga tidak berganjak, seolah-olah sedang menunggu Manap.

Sebahagian dirinya pula seolah-olah sedang mendesak supaya dia meninggalkan tempat itu. Dia tidak tahu bahaya yang bakal dia hadapi sekiranya gadis yang dilihat itu sebenarnya entiti yang dimaksudkan.

Manap terus berjalan bersama hati yang berbelah bagi. Semakin lama gadis itu semakin hampir dan wajahnya juga semakin jelas.

Manap kini berdepan dengan gadis berkurung dan selendang putih.

“Cik buat apa kat sini? Ini tren terakhir. Kejap lagi stesen tutup.” Manap menegur. Bau wangi menusuk hidung, seperti ia datang dari pewangi yang begitu aneh baunya.

Tiada jawapan. Gadis itu merenung Manap tanpa berkelip. Pandangannya redup seperti sedang sarat dengan kesedihan.

Manap berpaling melihat ke pintu keluar. Tiada lagi penumpang yang meninggalkan stesen itu.

“Saya rasa cik…” Manap terkedu. Gadis yang berdiri di situ tadi telah lenyap. Dia melihat sekeliling, tiada kelibat gadis itu.

“Aku dah agak dia. Dia tu bukan manusia.” Manap terasa kesal.

Sebelum berlalu dia terdengar bunyi tren dengan pancaran lampu dari satu arah. Tergamam Manap melihat gadis itu tercegat di tengah rel yang sama.


JIKA MANAP TURUN UNTUK MENOLONG, BACA BAHAGIAN 4

JIKA MANAP MENJERIT UNTUK MENYELAMATKAN GADIS ITU, BACA BAHAGIAN 5




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?