PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 6 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (PROLOG)

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT

PROLOG






Hidup ini seperti cermin yang akan membalikkan pemikiran seseorang tentangnya
~ Ernest Holmes

~***~


"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Mona. Happy birthday to you."

Ruang makan apartment mewah di Setia Condominium itu bergema dengan suara wanita. Gamat dan ceria. Dindingnya didominasi oleh warna putih. Begitu juga dengan lantai yang diserikan dengan jubin White Horse dan permaidani tebal seperti bulu biri-biri. Sofa fabrik putih dari Cavenzi bertekstur lembut dan halus dengan bentuk bulat yang unik rekaan Italy  seolah-olah lenyap di dalam ruang itu.

Yang ketara hanyalah aksesori pasu berwarna merah, kuning dan biru yang menghiasi satu bahagian dinding. Begitu juga pokok palma jenis hibrid berdaun hijau tua yang sesuai dengan ruang bersama cahaya matahari yang minima. Perkakasan audio video berupa televisyen skrin mendatar 70 inci, set Astro, set hi-fi dan pemain DVD tidak mengganggu pandangan walaupun berwarna hitam dan perak. Semuanya memberikan kesatuan tema berlatarkan warna putih umpama indera kayangan.

Apartment dengan hiasan dalaman berkonsep minimalis itu mempunyai satu keunikan.

Cermin.


Hampir ke semua bahagian dinding diserikan dengan aksesori berupa cermin. Ada yang berbingkai antik vintage. Ada juga dengan rekaan moden. Namun balikan cahaya kepada bahagian dinding di dalam cermin apartment itu memberikan kesatuan kepada elemen deko itu. Walaupun berlainan bentuk, warna, dan kesesuaian tema dengan rupa bingkai yang berbeza-beza.

Selain daripada hiasan dalaman bertema minimalis, hari ini ruang itu diserikan dengan belon dan reben di bahagian siling. Bersama kotak hadiah yang tersusun di satu sudut dengan berbagai saiz dan warna. Meja makan diserikan dengan sebiji kek dua tingkat berwarna merah jambu dan putih. Tiga kuntum bunga ros merah sejambak yang diperbuat daripada fondant menghiasi kek yang juga diliputi dengan lapisan yang sama.

Wanita berkulit putih mulus meniup lilin hingga padam, diikuti riuh sorak-sorai dan tepukan tangan yang bergema. Wanita berambut ikal paras bahu itu sempat menjeling semua rakan-rakan yang ada di meja makan aparment yang disewa semenjak beberapa bulan lepas.

Namanya Mona Rissa binti Effendi. Sebenarnya dia tiada kaitan dengan Mona Fendi dalam apa jua cara sekalipun. Seperti kata-kata yang sering digunakan oleh ramai penulis, sebarang persamaan hanyalah sekadar kebetulan. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Yalah, untuk menyelamatkan diri daripada kena saman dan apa jua yang 'sewaktu' dengannya.

Mona memiliki satu tabiat yang pelik, dan apartmentnya adalah testimoni kepada sifat itu.

Cermin.

Obsesi Mona adalah cermin. Kenapa cermin? Dan apa kaitan kisah ini dengan cermin? Segalanya akan didedahkan sekiranya anda cukup sabar untuk membaca kisah ini.

"Make a wish. Make a wish." Desak seorang wanita berwajah kacukan dengan pakaian elegan. Jeket & blaus yang dipakai sesuai untuk menghadiri urusan formal di pejabat. Rantai kristal hitam memenuhi ruang antara leher dan dadanya dengan rekaan unik memenuhi ruang dada yang terdedah. Matanya yang bundar mengaburi raut wajah keturunan cina yang dimiliki. Rambutnya dipotong pendek dan elegan ala Mia Farrow dalam filem Rosemary's Baby.

Namanya Shawna. Dia adalah CEO atau ketua pegawai eksekutif di syarikat yang dia rintiskan beberapa tahun lalu. Ah, cukuplah dengan memberi penerangan cara ini. Nanti orang kata lebih banyak show daripada tell. Kenapa beritahu kalau boleh tunjuk, betul tak? Kita berbalik semula kepada cerita ini.

So, what did you wish for?” Shawna meneleku dengan mata bersinar merenung tajam Mona.

“Adalah… rahsia.” Mona tersenyum simpul.

“Eleh, dengan kami pun nak berahsia-rahsia. We are your besties okay. Sejak dari kolej, sampailah sekarang. Sampai kita semua dah ada kerjaya dan haluan hidup masing-masing. Please…” Celah seorang wanita berkulit gelap tetapi masih kelihatan manis dengan mata bundar. Solekannya tampak lebih berani berbanding yang lain. Penampilannya pun lebih seksi dan pastinya bisa membuat mata lelaki terpesona memandangnya. Namanya Shankara Dewi, tetapi lebih dikenali sebagai Zetty semenjak kolej dulu. Nama itu melekat selepas drama pentas yang dilakonkan olehnya.

“Tak apalah kalau Mona tak nak share. Jangan paksa dia. Kalau dia tak nak cerita, biar aku yang cerita. Aku tak kisah kalau nak share birthday wish aku." Wanita Cina yang duduk bersama mereka pula mencelah. Penampilannya masih bergaya walaupun tidak seelegan Shawna atau seseksi Zetty.

“Apa dia?” Mona rasa terselamat.

“Kalau aku…,” Lilian mula berteleku sambil memandang satu demi satu wajah-wajah mereka yang duduk di meja. “Aku nak family yang bahagia. Faithful husband. Successful kids. Many of them.”

Many husbands or kids?” usik Shawna.

Kids lah. Husband can be only one. The trustworthy and reliable one.” Lilian tersenyum dengan usikan Shawna.

"Aku mahu perkahwinan aku dengan Edward sekarang ni kekal sampai bila-bila. Sampai usia tua kami berdua.” Lilian meneruskan bicara. Matanya bersinar-sinar dengan wajah berseri-seri ketika bersuara. Seolah-olah apa yang dilafazkan itu benar-benar lahir dari dasar hatinya dan menghidupkan semangat. "Aku ingin bersama dia sampailah anak-anak kami besar. Aku nak ada bersama dia masa anak-anak kami grad, berkahwin dan melahirkan cucu kami berdua."

"Oh, that's so sweet." Mona menyentuh tangan Lilian yang sedang hanyut dalam angan-angannya. Lantas Lilian terus disedarkan dari lamunan.

“Hmm… kalau itulah impian kau, belum tentu boleh jadi kenyataan lagi.” Zetty bersuara.

“Kenapa?” Dahi Lilian berkerut sedikit. Kesan Botox yang digunakan untuk mengekalkan keremajaan wajahnya semakin pudar.

I know many men, and in my personal opinion, all of them are useless!  They just want you for fun and pleasure. When the time comes, they will leave you. Just like that." Zetty memetik jari. " Macam kata orang Melayu, habis madu, bersepah dibuang.”

You got it wrong girl… it’s supposed to be habis madu sepah dibuang.” Seorang gadis berkulit hitam manis bertudung memperbetulkan kata-kata Zetty. Namanya Kamariah atau lebih mesra dengan panggilan Kay.

Whatever.” Zetty melirik mata. Bosan diperbetulkan sebegitu.

I don’t’ think all men are like that. I beg to differ.” Lilian memprotes. Kata-kata Zetty seolah-olah cuba mencabar impian yang cuba dijadikan realiti.

Trust me girl. I know.” Zetty menjawab selamba.

Belum sempat Lilian mengemukakan hujah, Mona sudah bersuara. Majlis hari jadi sudah jadi medan perbahasan dua rakannya. "Bib, kena diam saja ni?"

"Tak ada apa-apa." Wanita berambut bob ala chinese doll yang duduk di hujung meja menjawab. Perbualan mereka berlima tidak menarik perhatiannya. Dan kini dia telah menjadi perhatian rakan-rakan yang lain. Namanya Habibah.

"Mana boleh. Kita dah lama berkawan. Tengok muka you pun I dah tahu ada yang tak kena." Mona bersuara dari hujung meja.

Bib terdiam sebentar.

"I clash lagi."

"Again? Ini yang ke berapa?" Mata Shawna bertambah besar dan bulat.

"29." Bib tunduk.

"Apa yang you dah buat sebenarnya ni? Cuba cakap." Kay yang duduk di sebelah Bib menyentuh lembut bahunya.

"Salah ke kalau masa first date I tanya bila dia nak jumpa mak I? Macam mana majlis perkahwinan yang I suka. Salah ke?"

Masing-masing bertukar pandangan.

Kay mengeluh. "My dear Bib, memanglah lelaki tak suka soalan macam tu masa baru kenal."

"Tapi I risau okey. Macam mana kalau I akan kekal membujang sampai dah tua nanti. Macam cerita the lady and 99 cats. I tak nak jadi macam tu."

"I rasa Kay patut cerita macam mana nak pikat hati lelaki." Mona memandang Kay.

"Me? Why me?" Raut wajah Kay berubah.

"Alah, you kan nak langsungkan perkahwinan dengan Darwish tak lama lagi." Mona cuba memujuk.

"Kami baru lepas bertunang okey. Memang I dah tak sabar nak bernikah dengan dia, tapi kami perlukan masa untuk rancang majlis tu nanti. I rasa Lilian lagi sesuai. Dia dah pun berbahagia kahwin dengan Ed. I think you should share some tips with Bib. In fact, with all of us." Kay begitu bersungguh-sungguh.

"Well..." Lilian mengatur bicara. "Men are complicated. Masa mula-mula jumpa nampak macam serasi. Dan bila kita mula cerita pasal kahwin, dia nampak macam excited. Tapi lepas first date semua jadi hambar. Bila call tak jawab. Dah lama baru kita dapat tahu, dia nak putus."

"Kenapa macam tu?" Bib mencelah. Seolah-olah terkena batang hidung sendiri.

"Sebab kita beri respons yang salah. Ada banyak do's and don'ts masa first date." Lilian menjawab dengan yakin.

"Wait, how come you know all this? You sound like an expert." Zetty terasa pelik.

"Edward bukan lelaki pertama dalam hidup I. I terpaksa bersemuka dengan beberapa orang lelaki yang salah sebelum I jumpa Edward, my Mister Right."

"Really? How come I didn't know?" Shawna tidak percaya.

"Takkan semua perkara nak share dengan you all. Especially those hurtful memories." Lilian membuat pengakuan.

"So apa nasihat yang you  boleh berikan pada Bib?" Kay pula menambah.

"Ada beberapa perkara yang you kena hati-hati masa mula-mula jumpa. Pertama, lelaki tak suka dipaksa dengan komitmen. Tak kiralah sama ada long-term relationship. Apa lagi kalau pasal kahwin. Mereka perlukan ruang dan masa untuk kenal kita." Lilian memberi nasihat persis seorang pakar motivasi.

"Bercerita tentang komitmen, tentang perkahwinan masa kali pertama jumpa memang a big no-no. Kedua, dia suka kalau kita ambil berat pasal dia. Tunjukkan kita berminat dengan apa yang dia share. Dia mahu rasa dihargai. Dan pendapat dia diambil kira." Perhatian tertumpu penuh kepada Lilian.

"Tapi ada satu peraturan yang paling penting. Kalau yang lagi dua tu you tak amalkan pun tak apa. Yang ini paling penting."

"Apa dia?" Bib tidak sabar.

"You kena jual mahal."

"Jual mahal?" Dahi Bib berkerut sambil cermin mata tebal berwarna hitam yang melorot di hidung ditolak ke atas.

"Girl, you tak boleh tunjuk you terlalu teruja dengan dia. Walaupun sebenarnya you dah memang syok dengan dia. Lelaki suka cabaran. Kalau dia rasa you ni mudah sangat kena tackle, dia mungkin hilang minat. Mungkin dia rasa you ni jenis murahan."

"Takkan sampai macam tu sekali." Bib kurang senang dengan perkataan 'murahan' yang digunakan.

"That's why I said men are complicated. But if you know the tricks, it's really easy. Semua hujung jari." Lilian nampak yakin.

Zetty bertepuk tangan. "Bravo! Bravo, Lilian! I couldn't say it better myself."

"Kenapa? You think you're the only expert here?" Usik Lilian.

"Hmm, tapi aku tak sangka  kau tahu banyak macam tu."

"Ada masa kau masuk personal blog aku. Macam-macam ada dalam tu. Termasuk resepi kek rainbow layer aku ni."

"Macam mana kau ada masa untuk semua tu Lilian?" Mona hairan.

"Bila dah kahwin, hidup tak sama macam masa single dulu. Tapi tak bermakna kita tak boleh teruskan impian kita. Kalau organize betul-betul, semua tak mustahil."

"Aku tak percaya. Cakap memanglah senang." Shawna mencelah dengan selamba.

"Sebab tu kau membujang sampai sekarang kan? Sebab kau takut bisnes kau terancam lepas kahwin." Kata-kata Kay berbau provokasi.

"Memang aku tak percaya. Kalau dah kahwin, susah nak capai apa yang kau impikan. Mana nak bagi masa untuk suami. Anak-anak lagi. Betul tak Zetty?" Shawna cuba berhujah.

Zetty mengangguk. "Bukan itu saja. Men cannot be trusted. They see woman as an object of desire. We are nothing more than an object to them."

Mona keliru. Majlis hari jadi ke-35 ini membuka banyak sisi rakan-rakannya yang belum pernah dilihat sebelum ini. Walaupun mereka rakan baik semenjak kolej. Besties.  Mungkin kerana telah agak lama mereka tidak bertemu seperti ini. "Cuba kau cerita sikit. Kenapa kau benci sangat dengan lelaki?"

"Aku dah jumpa ramai lelaki. Mereka hanya tertarik dengan susuk tubuh aku ni. Bila dah dapat apa yang dihajati, semua hilang. Batang hidup pun tak nampak. Sekarang aku dah masak dengan permainan mereka. Dan aku gunakan untuk kelebihan aku." Zetty melayan perasaan.

"Tapi sampai bila kau nak jadi macam ni? Jadi pisau cukur?" Kay menegur.

"Sampai hati aku puas. Sampai aku rasa sakit hati ni hilang sebab kena permainkan semua jantan-jantan tu." Wajah Zetty menyala dengan kemarahan yang menyirap.

"Kau silap Zetty. Tak semua lelaki macam tu. In fact, aku yakin setiap daripada kita ada lelaki yang sesuai untuk kita di luar sana. A match for life partner. Macam aku dengan Edward." Lilian cuba memberi nasihat.

"Kau ni tak habis-habis cerita pasal Edward. Mister Right kau tu. Hei Lilian, tak semua orang bernasib baik macam kau tahu tak?" Zetty enggan mengalah.

"Girls, ini majlis hari jadi Mona. Takkan kita nak bertekak pasal lelaki pulak." Kay cuba menjadi orang tengah.

"Kau macam mana Kay? Tak ada apa yang kau nak kongsikan tentang kau dengan Darwish?" Mona memintas.

"Aku? Dengan Darwish? Kenapa?"

"Yalah, kau kan nak melangsungkan perkahwinan dengan dia nanti. Takkan tak ada tips yang kau boleh beri." Mona memujuk.

"Bagi aku perkara ni simple aje. Kalau lihat dari perspektif agama Islam, jodoh di tangan Tuhan."

"Takkanlah senang macam tu. Cuma berserah menunggu. I don't think it is that simple." Bib mengutarakan pendapat.

"Memanglah. Kita kena usaha dan berdoa agar dipertemukan jodoh yang sesuai. Tapi janganlah kita yang terhegeh-hegeh. Macam perigi cari timba."

Mona tersenyum mendengar kata-kata Kay.

"Habis kalau tak dapat juga lepas kita buat macam-macam nanti, macam mana?" Bib belum puas hati.

"Mungkin dah memang ditakdirkan kita macam tu. Kita terimalah seadanya." Kay menjawab dengan tenang.

"Tapi rugilah kalau hidup ini kalau tak ditemani oleh lelaki yang caring, sharing, admiring. Aku nak cari juga Prince Charming aku walau apa terjadi sekalipun." Bib meluahkan perasaan yang berbuku.

"Good luck with that." Sindir Zetty.

"Kalau kau buat cara terdesak macam ni, sampai bila-bila pun tak ada lelaki yang nak dekat dengan kau. Jangan nampak desperate sangat Bib. Ikut macam yang aku nasihatkan tadi." Lilian mencelah.

"Oh my God! Aku tak nak jadi macam perempuan tua dengan 99 ekor kucing tu. Mati tua keseorangan dikelilingi kucing. Noooo!" Bib beremosi.

"Dah jadi drama queen pulak dah! Bib, snap out of it!" Sergah Zetty.

Mona segera mendapatkan Bib. Bahu rakannya diusap lembut.

"Girls, boleh tak kita jangan bincang pasal ni lagi? Kesian Mona. Ini kan birthday dia." Tegur Kay.

"Betul kata Kay. Tengok, sampai sekarang kek Lilian ni tak berpotong lagi. Lilin pun dah lama sejuk." Shawna menambah.

"Maksud you kek yang dapat nearly half a million hits dalam blog ni?" Lilian berseloroh dengan gaya berlagak.

"Apa yang special sangat dengan kek ni? Nampak macam biasa aje." Zetty tidak percaya.

"Bagi I pisau tu." Lilian menunjuk ke arah pisau yang diikat reben berwarna merah jambu. Kek itu kemudiannya dihiris bagi pihak Mona. Sepotong kek ditarik keluar dengan lapisan tujuh warna pelangi yang begitu menarik warnanya.

"Wah!" Kedengaran suara teruja mereka yang melihat.

"Sekarang ada pepatah baru. Don't judge a cake by its fondant icing." Lilian menjeling ke arah Zetty.

"I'm impressed." Puji Zetty.

Majlis begitu meriah selepas itu. Mereka tidak lagi bercerita tentang jodoh, cinta, lelaki, pasangan hidup atau Mister Right. Hanya tentang kerjaya dan hidup masing-masing.

Namun jauh di dasar hati Mona, apa yang mereka bincangkan tadi telah meninggalkan kesan yang mendalam.

'Tak ada siapapun yang tahu, birthday wish aku tadi adalah supaya aku dibukakan jalan kepada kebahagiaan hidup yang sebenar. Selama ini aku sangka segala-galanya tiada kaitan dengan lelaki. Macam Shawna dan Zetty. Aku ingin berjaya dalam kerjaya aku. Financially secured.

'Tapi Lilian dan Bib sudah membuka mata aku kepada kehidupan yang aku ambil ringan selama ini. Aku teringin rasakan kebahagiaan macam Lilian dengan Edward. Dan aku tak mahu jadi macam perempuan tua dengan 99 ekor kucing yang Bib ceritakan tadi. Hiii seram!

'Kay telah memberikan aku semangat baru, bahawa ini semua tidak mustahil selagi aku berusaha dan bersedia menerima apa jua yang ditentukan Tuhan. Apa yang berlaku lepas ni adalah ketentuan Dia. Asalkan aku dah berusaha.'

Sambil menikmati kek pelangi tujuh lapis Lilian yang diselaputi lapisan fondant merah jambu dan putih, Mona mengatur rancangan.

'Sekarang aku ada misi baru dalam hidup. Mulai malam ini, aku ada misi istimewa. Misi Mona - Mencari Mister Right.'


Bibir Mona tersimpul senyum dengan wajah berseri-seri, namun tiada siapa yang menyedari perubahan pada raut wajahnya.






2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?