PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Selasa, 5 November 2013

Fantasia Izara Bab 4

BAB 4






Malam di perkampungan yang berada di tengah-tengah hutan benar-benar mendamaikan, dengan suasana yang tidak terlalu hangat atau terlalu dingin. Langit begitu indah dengan taburan bintang yang gemerlapan.

Kelana sedang berlengging di pangkin. Dia berbaring sambil mendepakan tangan dan mengalas kepala dengan tangan yang dijadikan seperti bantal. Susuk tubuhnya hanya samar-samar kelihatan dalam limpahan cahaya bulan. Ingin rasanya dia bersantai di sana bersama Kelana, tetapi dia sedar batas-batas bersama lelaki yang tiada sebarang pertalian dengan dirinya.

Mak Kasturi sedang menganyam tali yang dibuat daripada dedaun kering menjadi tikar. Tangannya pantas menari dalam liang-liuk api pelita yang menyala terang di sebelahnya. Izara duduk di sisi sambil asyik memerhatikan aksi Mak Kasturi.

"Sudah lama mak dan Kelana tinggal di sini?" Izara memecahkan kesunyian antara mereka.

"Kami memang berasal dari tempat ini. Keturunan kami memang sudah lama bermastautin di sini. Hanya ayah Kelana..." Kata-kata Mak Kasturi terhenti.

"Kenapa dengan ayah Kelana?"

Jemari Mak Kasturi berhenti menari. Garis-garis di wajahnya semakin jelas dalam sinaran lampu pelita. Matanya merenung kosong ke arah tingkap yang terlopong. Pemandangan langit dan bintang menerobos masuk melaluinya.


"Ayah Kelana sama seperti kamu. Dia orang asing yang singgah ke hutan ini."

Suasana hening apabila Mak Kasturi hanyut dalam lamunan silam dengan kenangan yang datang mengusik tentang bapa Kelana.

"Mak hanya dapat berada di sisi dia buat seketika. Tapi dalam masa yang singkat itu mak dah jatuh cinta dengan dia. Ibu dan ayah mak pada mulanya tak restui hubungan kami. Tapi selepas mereka lihat mak dah betul-betul sukakan lelaki asing itu, mereka terpaksa akur dengan keputusan mak. Tapi mereka sempat berpesan pada mak dengan akibat buruk hubungan ini. Dan memang betul kata mereka. Satu hari suami mak hilang dengan tiba-tiba. Dalam mimpi ada orang tua yang datang dan beritahu suami mak dah balik ke tempat asalnya melalui kabus."

'Orang tua? Mungkin orang tua yang sama seperti yang aku jumpa. Mungkin juga orang yang sama dalam mimpi Kelana?' Izara berfikir sendirian.

Izara hanya mendengar dengan tekun cerita yang menyayatkan hati itu.

"Mak nekad untuk mencari dia dan cuba lalu menerusi kabus. Tapi tiada apa yang berlaku. Mak masih berada di sini setelah lalu di tengah kabus. Mungkin jalan itu terbuka untuk mereka yang tiba di sini dari tempat lain." Ada nada sayu dalam suara Mak Kasturi.

Izara mula faham. Mungkin itu sebabnya dia bersikap dingin dengan orang asing yang tiba di situ. Mungkin kenangan silam menggamit duka dalam hidupnya. Mungkin juga dia tidak mahu Kelana mengalami nasib yang sama sepertinya.

"Siapa lagi yang tinggal di kawasan ini?" Izara mengubak topik setelah dia lihat Mak Kasturi dirundung duka. Duka itu sedikit sebanyak bertempias kepada dirinya.

"Yang mak tahu hanya penduduk yang ada di perkampungan ini." Jawab Mak Kasturi. Dia menyambung menganyam untaian temali untuk dijadikan tikar.

"Saya teringin belajar buat tikar macam ni." Suara Izara sambil memerhatikan tarian jemari Mak Kasturi.

"Boleh. Kalau anak tinggal lama di sini. Terus tinggal di sini pun tak apa. Mak lagi suka." Kata-kata Mak Kasturi. Penuh makna.

***

Awal-awal pagi lagi Kelana sudah bersiap sedia untuk keluar. Bersama bekal ubi kayu rebus dan ikan panggang. Parang tersemat di pinggang. Joran tersandang di bahu.

"Kelana nak ke mana?" Tanya Izara yang sedang berada di muka pintu.

"Memancing sambil mencari-cari kalau ada orang asing yang tersesat di sini lagi." Jawab lelaki itu.

"Boleh Izara ikut?"

Agak lama Kelana berfikir sebelum dia mengangguk. "Marilah."

***

"Lelah juga dibuatnya berjalan dalam hutan ni." Kata Izara sambil menyeka peluh yang sudah merintik di dahi.

"Izara belum biasa. Kelana dah buat setiap hari."

Dalam kelesuan Izara sudah tidak memerhatikan apa yang ada dijalan. Dia mengheret langkah dengan malas. "Jauh lagi jeram tempat Kelana memancing?"

"Tak jauh. Nun di depan sana tu." Kelana menunding jari ke arah beberapa batang pokok gelam.

Izara memanjangkan lehernya untuk melihat. Dalam kelalaian itu, dia tersepak batu yang besar merintangi denai.

"Aduh!... Sakitnya!..." Dodoi Izara. Terasa ibu jarinya sengal dengan kesakitan yang berdenyut-denyut.

Kelana membongkok melihat. Jemarinya yang kasar terasa hangat membelek kaki Izara. "Teruk bengkak ni. Izara jangan berjalan lagi."

"Habis macam mana?" Izara masih menahan kesakitan.

"Biar Kelana dukung." Kata-kata jejaka itu membuatkan mata Izara hampir terbeliak. Tetapi dia terpaksa akur dengan kesakitan yang teruk berdenyut pada ibu jari kakinya.

Izara masih malu-malu apabila Kelana mendukungnya. Wajahnya begitu hampir dengan wajah Kelana. Sudah lama dia menunggu peluang seperti itu dan ternyata penantiannya tidak sia-sia.

Debaran jantungnya semakin kencang ketika berada dalam dukungan Kelana. Sesekali apabila Kelana tidak melihat dia merenung wajah lelaki itu, mengkaji setiap kontor wajahnya yang begitu tampan pada pandangan matanya. Keringat yang mengalir
di leher lelaki itu dirasakan begitu mengujakan.

Jika diikutkan hati, mahu rasanya dia merebahkan kepala di dada bidang lelaki itu. Tetapi Izara masih menjaga batas-batas selagi dia mampu. Dan dia tidak pasti berapa lama lagi dia mampu bertahan. Jejaka itu begitu memikat jiwanya.

Izara tersenyum sendirian dengan angan-angan nakal di benaknya.

***

"Kenapa dengan kaki Izara?" Tanya Mak Kasturi.

"Izara terkehel. Kelana dah sapu dengan akar dan hutan. Biarlah dia berehat dulu." Jawab Kelana sambil meletakkan Izara di pangkin.

"Dah, Izara duduk situ diam-diam. Biar mak yang buat kerja rumah. Nanti lambat baik, terus kembang urat tu. Mak nak cari daun ubi hutan untuk dibuat lauk."

Izara mengangguk akur.

Tidak lama kemudian Mak Kasturi kembali bersama pucuk ubi yang dipepah kasar bersama hujung dahannya sekali.

"Mari Izara tolong pilihkan pucuk ubi tu, mak."

Tanpa berlengah Mak Kasturi duduk di pangkin bersama Izara dan mereka duduk memilik pucuk ubi yang masih muda untuk dimasak.

Kelana sudah beredar untuk menyambung tugas di tepi sungai.

"Mak belum dengar cerita Izara lagi. Dari mana asalnya? Bagaimana keadaan tempat kamu tinggal? Tinggal dengan siapa?" Mak Kasturi mengatur soalan untuk Izara.

"Tempat Izara dah bukan macam ni. Hutan dah diterangkan menjadi kawasan perkampungan. Dengan jalan berbatu. Rumah pun ada yang kayu, ada yang batu. Nama tempat asal Izara Kampung Embun Seri. Kami dah ada kenderaan daripada besi dan roda. Ada yang boleh naik berdua. Ada yang boleh naik sampai lima orang. Sepuluh orang pun ada."

Izara cuba menerangkan dengan cara yang mudah difahami wanita itu.

"Izara pandai jahit baju. Macam-macam baju Izara boleh buat. Tapi kebanyakannya gunakan mesin supaya cepat siap. Bahagian leher baru jahit guna tangan."

"Ia?" Mak Kasturi nampaknya begitu berminat.

"Kedai tu asalnya kedai mak Izara. Tapi lepas dia meninggal, ayah kahwin lain. Sekarang ni kedai tu milik ibu tiri Izara."

"Ayah Izara tak ambil kisah?"

"Lepas kahwin dia terus setuju. Mungkin sebab dia sayang sangat dengan perempuan tu. Sekarang dia dah tak ada lagi. Apa yang Izara boleh buat." Keluh Izara.

"Dia pergi ke mana?"

"Dia dah meninggal. Mati kena racun."

"Ia? Angkara siapa?"

"Entahlah." Izara cuba menyembunyikan perasaan yang berbuku. Dia selalu cuba menangkis prasangka yang hadir, walaupun sebenarnya dia dapat agak siapa yang melakukan perbuatan itu.

"Jadi kamu sudah tiada siapa lagi selain mak tiri kamu?"

"Izara sekarang tinggal dengan dia dan dua adik tiri. Tapi rasanya dah serik untuk balik ke rumah tu. Lagipun tak lama lagi Izara akan dijodohkan dengan lelaki tua. Itu semua rancangan mak tiri Izara."

"Kasihan mak mendengar kisah kamu. Kalau kamu nak tinggal di sini sampai bila-bila pun tak apa." Kata-kata Mak Kasturi penuh maksud yang tersirat.

"Kelana ... masih belum ... berteman?" Izara malu-malu untuk bertanya, tetapi digagahkan jua.

"Dulu ada. Tapi semenjak Kenanga tinggalkan dia, dia selalu mengelak kalau ada perempuan yang suka dengan dia. Macam merajuk."

"Merajuk?"

"Dia takut ditinggalkan lagi. Kenanga terpaksa mengikut kehendak orang tua dia. Kena berkahwin dengan orang dari kampung seberang. Kenanga pun sebenarnya sedih kerana terpaksa berpisah dengan Kelana. Tapi nak buat macam mana. Dah jodoh. Orang tuanya kata lelaki tu lebih kaya dan berharta. Hidup Kenanga akan lebih senang. Maklumlah, keluarga kami ni bukannya macam itu." Keluh Mak Kasturi.

Perasaan Izara bercampur baur. Ada rasa sayu mendengar kisah Kelana ditinggalkan kekasih kerana pilihan orang tua. Pada masa yang sama dia gembira kerana Kelana masih belum dimiliki sesiapa. Namun dia risau memikirkan kehadirannya di Hutan Kabus Melintang ini.

'Apa agaknya yang dimaksudkan oleh orang tua berjanggut putih tu? Mungkin ada kaitan dengan semua ini?' Persoalan singgah di benak Izara.

"Cuma ada satu perkara. Mak lihat wajah Kelana nampak lain bila kamu ada di sini. Layanannya tak sama macam perempuan-perempuan lain yang cuba dekat dengannya selepas Kenanga." Usik Mak Kasturi bersama senyuman tersimpul.

Izara dapat rasakan pipi dan telinganya hangat. Dia dapat rasakan Mak Kasturi perasan kulitnya yang putih melepak mula memerah dengan emosi itu.

Namun dia tidak dapat menghilangkan senyuman yang terukir setelah mendengar kata-kata Mak Kasturi itu.

6 ulasan:

  1. best...dah lama tunggu n3 baru...:)...sbb nak tahu rahsia disebalik kelana , mak kasturi dan orang tua..siapa mereka? hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab Nur sudi ikuti kisah ni walaupun dah lama tertunggak.. Kisah sepenuhnya akan didedahkan dalam trilogi novelet nanti. Itu pun kalau sudi diterima penerbit.. ^_^

      Padam
    2. insya allah...cerita yang bagus moga dipermudahkan penerbit menerimanya :) usaha, doa dan tawakal :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?