PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 4 Disember 2013

Fantasia Izara Bab 6

BAB 6



Izara memerhatikan gelagat Arjuna dan Andika yang sedang berkejaran di laman rumah. Adakala keriuhan mereka menguji kesabaran Izara. Dia sering terasa lelah selepas melayan kerenah mereka berdua.

Sebenarnya bukan itu yang mengganggu fikirannya.

'Semakin lama aku tinggal di sini, semakin terasa kebosanannya. Tak ada internet. Tak ada Youtube. Tak ada Facebook, Twitter.' Izara melayan apa yang terlintas di fikiran.

Izara mula terasa cabaran tinggal di tempat yang berlainan dari tempat asalnya.

'Apa agaknya yang ada di balik kabus?' Izara teringat apa yang dilihat berhampiran pokok kayu yang telah kering.

'Kalau aku melintas ke dalamnya, apa yang akan terjadi? Adakah aku akan kembali ke tempat asal? Apa yang Kelana maksudkan dengan keadaan mungkin tak akan sama seperti yang sebelumnya?' Izara tertanya-tanya.

Ketika itu dia disentak oleh tangisan Andika yang diusik oleh Arjuna.

'Arjuna, kenapa usik Andika?' Izara menghampiri untuk meleraikan pasangan kembar itu.

Perkara yang mengganggu fikirannya terus lenyap buat sementara.


***

"Abang, hari tu masa Izara ke belakang rumah, Izara ternampak kabus dekat kawasan pokok kayu yang dah kering." Izara memulakan bicara malam itu selepas Andika dan Arjuna seudah lena tidur.

Kelana terdiam, seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Izara masih ingat janji Izara dulu?" Kelana bersuara.

"Ingat. Bukan apa, Izara saja nak beritahu." Izara perasan perubahan dalam intonasi suaminya.

Kelana mengeluh panjang. Kemudian dia mula berbicara.

"Semasa ayah Kelana hilang dulu, Kelana masih kecil. Tapi Kelana boleh ingat keadaan mak masa tu. Mak selalu menangis sambil melihat keluar tingkap. Kadang-kadang dia termenung di muka pintu. Kelana dapat rasa apa yang bergelodak dalam hati mak. Resah, rindu, kecewa, marah, semua bercampur. Tapi yang zahir hanyalah air mata sampai dia dah tak mampu menangis lagi. Semenjak itu dia resah bila ada orang asing tiba ke sini. Dia asyik teringatkan ayah." Kata-kata Kelana penuh makna yang tersurat.

Izara tidak bersuara. Dia hanya tunduk melayan rasa bersalah kerana menyebabkan Kelana mula memikirkan perkara itu.

"Kelana harap Izara jangan pergi ke kawasan itu lagi. Kelana tak mahu kehilangan Izara. Kelana tak mahu Andika dan Arjuna alami apa yang Kelana rasa." Kelana menggenggam tangan Izara.

Izara tergamam. Jiwanya sedang berperang. Dia ingin berpegang dengan janjinya terhadap Kelana. Pada masa yang sama naluri ingin tahunya meruntun untuk mengetahui apa yang ada di sebalik kabus.

***

Izara sukar melelapkan mata malam itu. Semakin dia cuba menguatkan diri supaya berpegang teguh kepada janji dengan Kelana, semakin kuat naluri ingin tahunya menujah hingga dia jadi resah gelisah.

'Ini adalah permainan yang bahaya. Kalau aku melintas kabus mungkin aku akan dapat kembali ke alam asal aku. Tapi belum tentu aku akan kembali ke sini lagi.' Izara mula berfikir.

'Kata Mak Kasturi, dia tak dapat melintas melalui kabus sepertimana yang berjaya di lalui oleh orang asing. Seolah-olah laluan itu hanya untuk mereka yang masuk ke sini dan keluar. Tapi keluar ke mana? Pulang ke tempat asal mereka atau ke alam lain pula.' Izara dilanda rasa curiga.

'Persoalannya sekarang adalah, adakah aku sanggup kehilangan Kelana dan anak-anak semata-mata untuk memenuhi naluri ingin tahu aku?' Izara membuat konklusi.

Malam itu bulan begitu terang. Itu menggamit rasa ingin tahu Izara untuk ke tempat berkabus.

'Mungkin tiada apa-apa yang akan berlaku. Sekarang aku sudah menjadi sebahagian daripada tempat ini. Mungkin aku tidak dapat keluar dari sini. Tapi bagaimana dengan ayah Kelana dulu?' Izara seolah-olah cuba mencari alasan kuat untuk mencuba.

Perasaan gundah semakin mencengkam. Dia memerhatikan Kelana yang tidur berlengging. Dia mengamati wajah Kelana yang sedang hanyut dalam lena. Kemudian dia bangun dan memerhatikan Arjuna dan Andika sedang tidur tidak jauh dari tempat beradu Mak Kasturi.

'Adakah Kelana akan memaafkan aku sekiranya aku tidak kembali selepas keluar dari kawasan ini? Sekiranya aku bertemu dia semula, adakah dia akan menerima aku semula?'

Izara melangkah keluar dan duduk di pangkin. Perasaan ini menyebabkan dia rimas dan ingin mengambil angin luar.

'Apa yang menahan aku untuk terus kekal di sini adalah cintaku kepada Kelana dan anak-anak. Tapi semakin lama kau cuba bertahan, semakin tertekan aku dengan keadaan di sini. Ini bukan tempat aku dan aku rindukan kehidupan aku di sana. Adakah salah sekiranya aku melakukan sesuatu untuk diri aku sendiri?'

Izara keliru dengan perasaan yang menguasai diri.

"Terang bulan hari ni kan?" Suara garau mengejutkan Izara dari belakang.

Kelana sedang berdiri di muka pintu. Dia menghampiri Izara dan duduk di sebelahnya. Lengan tegapnya berpaut di bahu Izara. Izara segera merebahkan kepala di bahu suaminya yang tidak berbaju.

"Kelana rasa bersalah." Lelaki itu tiba-tiba bersuara.

"Kenapa?" Izara kehairanan.

"Kelana terlalu takut kehilangan Izara hingga mengurung Izara dalam sangkar cinta Kelana. Kelana takut apa yang melanda mak akan dialami oleh Kelana sendiri. Sehingga Kelana lupa tentang takdir." Lelaki itu bersuara dalam sunyi malam.

"Apa yang abang maksudkan?"

"Izara adalah orang asing. Ini bukan tempat Izara. Mungkin telah ditakdirkan untuk Kelana dan mak menunggu tempat ini. Mungkin itu juga adalah takdir Arjuna dan Andika. Kami hanya menunggu orang asing yang singgah untuk menyerikan dan meneruskan kehidupan kami di sini."

Izara semakin tidak faham. Tetapi dia hanya menunggu penerangan Kelana yang selanjutnya.

"Kalau Izara benar-benar ingin melihat apa yang ada di sebalik kabus, pergilah. Kelana izinkan."

"Tapi Kelana dan anak-anak? Bagaimana kalau kita lalu melalui kabus bersama." Izara memberi cadangan.

"Izara jangan lupa apa yang telah berlaku pada mak. Dia cuba lalu, tetapi tiada apa yang berlaku. Kelana dan budak-budak tu mungkin akan mengalami perkara yang sama."

"Tapi kita boleh cuba." Izara cuba mengubah pendirian Kelana.

Kelana terdiam. Dia hanyut dalam fikirannya sendiri.

"Esok pagi kita cuba." Izara memujuk lagi.

"Baiklah." Pautan lengan Kelana semakin erat. Sebagaimana kuatnya perasan risau yang dia mungkin akan kehilangan Izara.

***

Izara memeluk Mak Kasturi bersama tangisan yang bercucuran. Kemudian wanita itu memeluk dua orang cucunya. Akhir sekali dia memeluk anak tunggal kesayangannya.

"Jagalah diri kamu semua baik-baik." Pesan Mak Kasturi. "Jangan risau tentang keadaan mak. Tahulah mak jaga diri." Dia mengesat air mata dengan hujung lengan baju.

"Walaupun apa yang terjadi, Kelana minta maaf kerana terpaksa tinggalkan mak. Kelana akan cari peluang untuk balik semula untuk bersama dengan mak." Kelana memujuk ibunya.

"Baiklah. Kamu jagalah anak dan isteri kamu baik-baik."


Kemudian Kelana menggenggam erat tangan Izara. "Kalau kita tidak ditakdirkan bersama selepas ini, Kelana harap Izara janganlah lupakan kami. Semoga kita akan bertemu lagi selepas ini."

Izara tidak dapat menahan perasaan. Dia segera memeluk Kelana. Erat.

Kemudian dia memeluk kedua-dua puteranya yang sudah hilang kelincahan mereka buat seketika. Usai mencium pipi kedua-duanya, Izara bersedia untuk melangkah ke dalam kabus. Kelana dan kedua budak itu juga sudah sedia untuk berbuat demikian.

Mereka mengatur langkah penuh hati-hati melintas ke dalam kabus. Buat seketika Izara tidak dapat melihat Kelana dan anak-anaknya. Dia melangkah bersendirian. Dia terus berjalan dan berjalan sehinggalah kabus sudah semakin menghilang dan dia dapat melihat keadaan sekeliling semula.

Suasana hutan telah berubah. Izara sudah kembali ke dunia asalnya. Dia tersenyum girang. Tangannya mencapai ke dalam beg. Telefon bimbit segera dikeluarkan. Ada signal talian dengan beberapa bar seperti biasa.

Matanya hampir terbeliak. Dia memerhatikan tarikh dan masa di telefon. Ada beberapa minit sebelum detik kematian ayahnya yang termakan racun.

'Apa maksud semua ini? Adakah aku mengembara merentas masa? Atau ini sekadar mimpi yang aku tak tahu bila masa aku terlelap dan tersedar?' Pelbagai persoalan menujah benaknya.

Izara cuba menumpukan fikiran sehingga dia terlupa tentang Kelana dan kedua anaknya yang masih belum muncul.

'Eh, mana Kelana, Andika dan Arjuna? Agaknya hanya aku yang berjaya melintas pulang. Yang penting sekarang aku ada misi baru.' Ada rasa kehilangan apabila melihat Kelana dan anak-anaknya tiada di situ. Tetapi hidup perlu diteruskan.

Izara mengatur langkah pulang ke rumah. Dia menapak berhati-hati masuk ke rumah.

'Aku nak pastikan apa yang sebenarnya berlaku pada ayah. Bagaimana agaknya dia boleh termakan racun?'

Izara berjalan terjingkit-jingkit ke dapur.

Praang!...

Izara tergamam. Segala-galanya seperti deja vu. Peristiwa itu seperti ulangan apa yag telah berlaku. Rasa gelabah mula menguasai dirinya. Sejurus itu telinganya terasa panas dan pedih.

"Engkau ni kalau satu hari tak menyakitkan hati aku memang tak sah." Suara berbisik di belakangnya sambil telinganya masih lagi dipiat. "Kalau kaki aku terpijak kaca, nahas kau aku kerjakan."

Izara membongkok untuk mengutip serpihan kaca. Tetapi dia teringat yang dia hanya ada beberapa minit sebelum ayahnya menemui ajal sepertimana yang pernah berlaku.

Izara membuat keputusan untuk mengintip di dapur.

"Nak lari ke mana tu? Kutiplah dulu kaca ni. Nanti ada yang terluka kaki dibuatnya." Suara Hayati dari belakang Izara.

Mahu tak mahu dia terpaksa mencapai pengaut sampah dan mula mengutip kaca. Kalau aku siapkan cepat-cepat, mungkin sempat aku selamatkan ayah.

Dalam keadaan tergesa-gesa, tangan Izara terluka dek kaca pasu yang tajam. Dia mencapai kain di dalam beg untuk mengelapnya. Masa semakin suntuk dan kaca masih belum selesai ditanam.

Selesai Izara menanam kaca itu, dia bergegas ke dapur. Ayahnya sedang menyuap nasi goreng dengan berselera. Hanya beberapa saat selepas itu, ayahnya mula memegang tekak seperti tercekik tulang. Tidak lama kemudian buih-buih putih mula melimpah dari mulutnya.

"Ayah!" Izara berteriak.

Rubiah yang sedang membasuh pinggan berpaling melihat Izara dan Sameon.


Izara pergi memangku ayahnya. Setelah beberapa lama tubuhnya terkujat-kujat, lelaki itu menghembuskan nafas yang terakhir. Izara menangis teresak-esak kerana terpaksa menghadapi peristiwa perit ini buat kali yang kedua.

2 ulasan:

  1. adakah perasaan izara untuk kembali tu adalah satu petunjuk bahawa ayah izara dibunuh oleh ibu tiri dia?
    bagaimana dengan kelana dan anak-anak?...harap2 mereka dapat bersama semula..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?