PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 7 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 12)


BAB 12




Penerbangan dari KLIA ke Senai memakan masa lebih kurang sejam. Setibanya di Lapangan Terbang Senai, Mona singgah ke bilik air untuk memperelokkan dandanan. Kemudian matanya melilau mencari orang yang dimaksudkan oleh Norman. Setelah meneliti orang ramai yang menunggu di balai ketibaan, dia ternampak seorang lelaki cina berambut putih sedang memegang kertas bertulis "Mona Rissa".

'Itu mesti pemandu yang menunggu aku. Mana ada orang lain nama macam aku kan?' Tersenyum simpul Mona berjalan mendekati lelaki itu.

"Cik Mona Lissa?" Suara lelaki itu dengan pelat Cina sambil senyuman menampakkan sebatang gigi yang sudah hilang di barisan atas.

Mona mengangguk dan dia terus mengekori lelaki itu. Mereka menuju teksi yang akan  ke pejabat Ad-Vantage di Nusajaya, Wilayah Iskandar.

'Tak sangka aku akan sambung mendaki tangga kerjaya di tempat baru yang jauh dari KL. Nampaknya Wilayah Iskandar ni akan jadi macam Putrajaya. Ada MSC Cyberport. Lokasinya pun strategik. Tak jauh dari Singapura.' Mona membuat refleksi dalam perjalanan ke Ad-Vantage.

"Cik Mona balik KL ari ni ka?" Tanya drebar teksi cina itu.

"Belum tahu lagi uncle." Jawab Mona dari seat belakang.

"Nanti kalau mau balik, suruh lu punya bos call saya. Saya mai pickup."

"Okey."

Akhirnya mereka tiba di sebuah bangunan dengan deretan kedai. Di antara pelbagai nama syarikat yang ada, terpampang signboard putih Ad-Vantage Advertising Agency dengan tulisan hitam timbul.


Keadaan yang agak biasa di luar tidak menggambarkan suasana di bahagian dalam. Kawasan luas dengan tingkap cermin memenuhi bahagian dinding dibahagikan kepada banyak ruang berlainan. Buat seketika Mona teruja dengan rekaan dalaman yang tampak sofistikated dan unik.

Mona menghampiri penyambut tetamu di ruang legar. Kombinasi warna merah dan hitam mendominasi ruang itu bersama sentuhan kreatif aksesori berkilat berupa cermin dan panel aluminium. Logo hitam Ad-Vantage bersama latar putih memenuhi ruang  dinding di belakang gadis manis yang berada di situ.

"Cik Mona Rissa ya?" suara lembut gadis itu.

Mona angguk bersama senyuman.

"Encik Norman tengah tunggu Cik Mona. Cik ikut saya." Suara gadis itu penuh hemah. Kemudian dia membawa Mona ke sebuah bilik dengan dinding kaca memenuhi ruang sekeliling pintu.

Seorang lelaki kelihatan segak memakai jaket sedang duduk di kerusi sambil melayan laptop.

'Inilah Norman agaknya. Hmm.. boleh tahan. Segak juga orangnya. Ada misai. I like.' Kenakalan Mona kembali.

"Encik Norman, Cik Mona dah sampai."

"Ah, Cik Mona. Welcome. Have a seat." Norman siap bangun sebagai penghormatan kepada Mona.

'Wow! He's a real gentleman.' Mona melayan angaunya.

"How's your flight?" Norman merenung wajah Mona hinggakan Mona rasa kekok diperhatikan begitu.

"Okey."

'Yang sebenarnya membosankan. Kena bangun awal, tak sempat sarapan. Dapat minum jus oren aje. Tak sempat sarapan kat airport, sebab drebar teksi dah sampai. Sekarang berkeroncong perut aku.' Gerutu Mona dalam diam di sebalik senyuman palsu.

"Dah sarapan?" Soalan Norman yang ditunggu-tunggu Mona.

"Belum."

"Jom, kita keluar minum."

'Yeah, jackpot! Pucuk dicita ulam mendatang.' Melonjak-lonjak hati Mona.

***

Norman membawa Mona ke sebuah bistro.

Dinding kaca yang meliputi sekelilingnya memberikan impak ruang yang luas, namun tidak terganggu dek keriuhan dan asap kenderaan di luar. Muzik santai melatari suasana dengan gabungan irama saksofon dan piano yang cukup mendamaikan. Penataan lampu yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu suram cukup menghidupkan suasana damai.

Berada di dalam situasi seperti itu dengan lelaki seperti Norman memberikan nuansa yang sukar digambarkan oleh Mona. Bersarapan dengan croissant dan kopi latte membuatkan Mona terasa seperti dalam filem Perancis di zaman empat puluhan, ketika hero dan heroine sedang dalam babak santai romantik.

Lekas-lekas Mona menarik dirinya keluar, kembali ke alam realiti.

'Mona, kau dengan bakal bos kau sekarang ni. Bukan Victor Borge atau Cary Grant. Clark Gable pun bukan.' Nama-nama pelakon tahun 1940-an yang pernah menjadi angaunya satu masa dahulu terlintas di fikiran.

"Dah lama syarikat ni beroperasi?" Mona membuka topik perbualan.

"Dah lama juga. Sebelum ni di Johor Bahru. Masa tu ayah saya yang pelopori syarikat ni dengan partner dia. Semenjak pindah di tempat baru ni, dia serahkan pada saya untuk handle."

Ketika lelaki itu meneguk kopi, Mona mengambil peluang menatap wajahnya. Raut wajah itu cukup mempesona dengan misai yang menambahkan elemen 'kejantanan' lelaki itu.

"Memang dari dulu Encik Norman kerja dengan ayah?" Mona bertanya sebelum menggigit croissant. Inti keju cair parmesan yang masih panas membuatkan deria rasa di lidah Mona menari-nari.

"Sebelum ni saya kerja dengan sebuah syarikat di Singapura. Bila dah cukup pengalaman, saya buat keputusan sambung legasi ayah saya. Marah juga ex-boss saya bila dia tahu saya jadi saingan sekarang. Tapi nak buat macam mana? Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi."

"Ayah Encik Norman tak masuk ofis lagi?"

"Sekarang ni dia jadi penasihat dan pemilik syarikat. Kerja saya dia pantau dari jauh aje."

Semasa Norman tidak melihat, Mona mengambil peluang memperinci raut wajah Norman. Apa yang Mona perasan adalah pipinya yang berlekuk semasa dia senyum. Sungguh comel dan tampan pada masa yang sama. Tanpa sedar dia tersenyum sendirian.

'Mona, stop it!'

"Ini kali pertama cari pengurus, atau...?"

"Dah ada dua tiga orang setakat ni. Tapi semuanya tak kekal."

"Kenapa macam tu?"

Norman meneguk air sebelum bersuara, "Syarikat pengiklanan ni kerjanya dinamik dan pantas. Kalau tak tahan kerja masa yang panjang dan terima tekanan, memang susah nak tahan. Kerja pengurus lagilah, nak fikirkan klien, staff dan pihak pengurusan. Bukan calang-calang orang."

"Encik Norman rasa saya sesuai dengan kerja ni?" Mona sekadar menduga.

"Kalau Cik Mona boleh teruskan prestasi seperti iklan yang saya dengar dari Rushdi hari tu, saya rasa tak ada masalah. Itu adalah tanda seseorang boleh terima tekanan dan boleh handle masalah."

Mona tersenyum.

'Nampaknya kerja di syarikat ni memang ada peluang dan cabaran baru. Ini yang buat aku excited ni.'

"Tentang resume yang Cik Mona hantar dalam e-mel tu, saya dah teliti. Kami akan bayar seperti yang Cik Mona minta. Elaun rumah dan minyak disediakan. Tentang claim kalau ada kerja luar, nanti boleh tanya dengan HR apa prosedurnya."

"Kalau macam tu saya akan terima tawaran Encik Norman. Cuma...," Mona terhenti.

"Cuma apa?"

"Saya kena minta bos syarikat lama lepaskan saya lebih awal daripada biasa. Kalau boleh saya nak cuba minta notis dua minggu. Kalau ikut prosedur memang lambat."

"Cik Mona buatlah apa yang patut. Kalau dah selesai nanti, bolehlah mulakan tugas di sini. Lepas ni saya akan bawa Cik Mona office tour  dan jumpa team Cik Mona."

'Team? Wah, konsepnya macam team bola sepak pulak. Bukan staff atau orang bawahan. Menarik ni.' Refleksi Mona dalam diam.

***

Semasa penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, Mona asyik memikirkan pertemuan dengan Norman dan staff di Ad-Vantage tadi.

'Ini memang satu peluang keemasan. Tempat baru dengan cabaran yang berlainan daripada apa yang aku lalui sekarang.'

Mona bersandar sambil memerhati bumi Johor yang semakin jauh semakin sayup mata memandang. Akhirnya pemandangan diseliputi awan umpama gula-gula kapas yang terapung di udara.

Wajah-wajah yang dia temui tadi terimbas di fikiran. Namun hanya ada beberapa orang yang melekat dalam ingatan Mona.

Peristiwa di Ad-Vantage kembali bermain di ingatan.

"Saya perkenalkan, ini Amanda Leong. Eksekutif pemasaran Ad-Vantage." Norman memperkenalkan. Mona bersalaman dengan seorang gadis Cina dengan blaus kuning air ala kemeja berlipat di paras lengan. Dia memakai cermin mata berbingkai halus warna metalik.

"Yang ini pula Aizad Fikri. Graphic designer. Jangan ngorat dia pulak ya? Dia ni eligible bachelor." Usik Norman dengan barisan gigi terserlah bersama misainya. Berdebar-debar jantung Mona buat seketika memerhatikan wajah Norman.

"Alah Encik Norman ni. Suka usik I. Tak baik tau!" Melempai tangan pemuda itu yang tersipu-sipu malu.

"Yang ini pula Rozana Selamat. Kerani dan copywriter syarikat. Kalau ada kerja menaip yang panjang, dia boleh siapkan dalam masa beberapa minit. Macam kilat." Puji Norman. Gadis itu tersenyum tetapi hambar di mata Mona. Seperti ada nukilan perasaan yang tersirat.

"This is your future team. I hope you can make full use of everybody in it." Suara Norman penuh karisma.

"I'll do my best. Insya-Allah." jawab Mona. Beralas.

"Good." Norman tersenyum bersama kedua tangan terseluk di poket seluar.

Ketika itu seorang jejaka berkulit cerah dan bert-shirt kuning berjalan dengan pantas di belakang Norman. Dadanya bidang dengan tubuh berisi mantap. Beg dokumen kanvas terselempang di bahunya.

"Hai Is!" Aizad menegur lelaki itu dengan tangan yang melambai lemah-gemalai.

Pemuda bert-shirt kuning berlalu tanpa menghiraukan teguran Aizad.

Lekas-lekas Amanda memukul bahu Aizad dengan perlahan.

"What?" Aizad menjegil Amanda.

Mona rasa dia tahu apa yang sedang berlaku. Namun dia tidak ingin tahu apakah kisah di sebalik drama pendek dan pelik itu.

Lekas-lekas Norman mengalih perhatian Mona. "Okey, kita sambung perbincangan dalam ofis saya."

Mona tersenyum dengan imbasan peristiwa dalam benaknya.

'Aku tak tahu apa yang aku akan hadapi dalam syarikat baru ni. Tapi aku dapat rasa ada sesuatu yang menarik sedang menunggu aku. This is a good start!'

***

Perasaan Mona berbelah bagi. Surat di tangan ditatap lama dan berkali-kali.

'Bila agaknya aku nak serahkan surat ni kepada Dato'?'

Awal pagi tadi dia sudah bertelagah dengan Munirah dan Monique tentang surat itu.

"Kau pasti pilihan kau tepat kali ni? Kau rasa firasat kau tak salah buat kali yang ke... tiga?" Kata-kata Munira seperti mempertikaikan pilihan yang Mona buat.

"Yap," jawab Mona ringkas. Gincu terus dipalit di bibir.

"Good choice Mona! Aku pasti kau akan teruja dengan segala cabaran di tempat baru. Taklah kau stuck dengan syarikat yang tak tahu hargai segala pengorbanan dan titik-peluh kau. Terutamanya Si Azli tu. Aku tak sabar nak tahu reaksi dia bila dia tahu kau nak berhenti." Menjengkit-jengkit bibir Monique menuturkan isi hatinya.

Lamunan Mona sirna. Ketika itu Mona lihat Dato' Harriz menuju ke biliknya sambil berbual dengan Sharon. Suara Dato' menggambarkan perasaan senang hati.

'Amboi... bukan main lagi Dato' Harriz dengan jovial mood dia. Mungkin ini masa yang sesuai.'

Mona bangkit dari kerusi dan melangkah pantas ke bilik Dato' Harriz.

'Cepat! Sebelum aku ubah fikiran. No second thought!'

"Assalamualaikum Dato," Mona tercongok di pintu pejabat Dato' Harriz.

'No second thought!'

"Ya Mona, masuk!" Dato' masih dengan mood senang hati.

"Saya ada hal penting nak bincang dengan Dato' ni. Tentang saya dan syarikat ni."

Dato' memandang tepat ke wajah Mona. Wajahnya berubah menjadi serius.

'No second thought!'

Dengan hati yang berat Mona menyerahkan surat yang dia pegang sejak dari tadi.

Mona memerhatikan Dato' Harriz yang kelihatan tenang membuka surat itu. Dia cuba menduga perasaan majikannya. Patah-patah perkataan pada helaian putih itu dibaca dengan tenang.

"Tahniah!" Suara Dato' Harriz.

'Tahniah? That's it?'

"Saya minta maaf kerana terpaksa meninggalkan syarikat ni, setelah segala tunjuk ajar Dato'."

"Kenapa minta maaf? This is your career. And you have the power and choice to decide... what's best for you!"

"Terima kasih Dato'."

"Saya sebenarnya faham apa yang awak alami. Sometimes I wish you're my own daughter. Kalaulah Azli ni rajin dan resourceful macam awak, tentu saya tak berapa risaukan pasal syarikat ni."

Mona terdiam. Dia seolah-olah mengerti apa yang dialami majikannya.

"Kalau boleh saya nak early release. Kalau boleh dua minggu, lepas saya serahkan tugas kepada orang lain."

"Boleh, tak ada masalah. Saya harap awak handover baik-baik. Nanti saya akan beritahu siapa yang akan ambil alih kerja-kerja awak sampai kita dapat orang baru nanti."

Mona rasa terharu dengan kemurnian hati lelaki itu. Tidak dapat tidak, rasa bersalah tetap menghantui atas keputusan yang dibuat.

"Sebenarnya saya nak bincang dengan awak pasal projek iklan TV D'Ferns tadi. Kempen media cetak dah selesai. Tinggal iklan TV masih belum settle. Nak kena siapkan dalam masa beberapa hari lagi ni."

"D'Ferns equals to Remy. Remy equals to trouble plus disaster. Oh no!" Mona mencongak formula matematik pelik dalam kepalanya.

"Tapi tak apalah. Biar saya bincang dengan Azli nanti."

'Fuh! Lega... Tapi, nada Dato' ni macam sedih aje. On the other hand, inilah peluang untuk aku kenakan balik Azli. Biar dia mengerekot macam cacing kepanasan sebab nak siapkan sebelum deadline.' Mona membayangkan dia sedang menggosok-gosok tangan seperti gaya mad scientist dalam filem.

"Saya minta diri dulu Dato'," Mona beredar. Dia tersenyum lebar semasa berada di luar pejabat Dato' Harriz.

***

Hari-hari terakhir Mona berada di Master Creative Media cukup mengujakan. Hatinya melonjak-lonjak memikirkan hari-hari pertama yang bakal dihadapi di syarikat baru, Ad-Vantage Advertising Agency.

Sebenarnya bukan itu saja yang menggembirakan hati Mona. Peluang mengenakan Azli digunakan sebaik-baiknya.

Semenjak minggu lepas, hatinya puas melihat keadaan 'anak bos yang perasan bagus' itu. Beberapa kali Azli dimarahi Dato' Harriz kerana kempen D'Ferns yang masih belum siap.

"Kau makan gaji buta aje dalam syarikat bapak kau ya? Projek D'Ferns bila nak siap?" Keras suara Dato' Harriz kedengaran dari pintu pejabat yang tidak ditutup rapat.

Hati Mona melonjak-lonjak dengan 'penangan' yang diterima oleh lelaki yang banyak menyusahkan selama dia berkhidmat di syarikat ini.

'Padan muka kau. Baru puas hati aku.'

Mona bangkit untuk membancuh green tea di pantry.  Dia menjeling setelah melihat pintu pejabat Azli terbuka. Kelihatan Azli sedang 'berserabut otak' dengan dokumen bertimbun di meja.

"Encik Azli nak saya tolong?" Mona menawarkan khidmat, walaupun bukan dari dasar hati.

"Tak apa. Saya boleh handle sendiri." Jawab lelaki itu tegas.

'Kalau dah ego tu, ego jugak.' Rasa meluat menerjah.

"Eh, mana Amirul? Dah lama tak nampak muka dia?" Suara Mona berbau provokasi.

"Dia dah berhenti. Tak tahan beban kerja banyak sangat agaknya. Mungkin offer tempat baru lebih baik." Jawapan Azli seperti tidak mengendahkan Mona.

'Ai, yang selama ni bodek kau bukan main. Bila susah kau kena tinggal macam tu aje? Hmm.... nasib nasib.' Lebar senyum Mona, tapi tidak dilihat oleh Azli.

Mona melangkah masuk ke pantry bersama senyuman yang masih meleret.

"Eh, Arie. Awak ada kat sini?" Tegur Mona sambil mencapai mug kesayangannya. Mug dengan caption  "Don't underestimate me. I'm a woman."

"Baru lepas balik dari servis kereta bos tadi." Ari duduk tegak setelah melihat Mona.

"Eh, Cik Mona tinggal beberapa hari aje lagi kat sini kan?"

"Kenapa? Tak sabar nak tengok saya belah ke?" Mona berseloroh.

"Eh, bukan macam tu. Tak baik tau, Cik Mona ni." Arie tersentap.

"Gurau ajelah." Mona ketawa.

"Cik Mona nak tahu tak?" Arie seperti ingin berkongsi gosip hangat. "Malam tadi Encik Azli balik lewat. Muka dia memang serabut gila. Kesian saya tengok."

"Kenapa sampai macam tu?" Mona duduk dan meneguk air.

"Saya dengar Dato' Harriz pressure dia macam-macam."

'Salah dia juga. Ego. Aku nak tolong tak nak. Nak tanya pun tidak. Lantak kau lah, dengan ego kau tu tak bawa ke mana.' Mona menyelar Azli dalam diam.

"Macam manalah keadaan syarikat ni bila Cik Mona tak ada nanti? Saya rasa Encik Azli tu cemburu sebenarnya sebab bos lebih percayakan Cik Mona daripada anak dia sendiri."

Kata-kata Arie membuatkan Mona terdiam.

'Aku tak pernah pulak terfikir macam tu.'

"Saya rasa dia memang nak buktikan pada bos kemampuan dia. Untuk kebaikan syarikat. Dulu dia buat kes sebab memberontak dengan bos agaknya."

'Mungkin ada betulnya kata-kata Arie ni. Selama ni... kenapa aku tak pernah terfikir macam tu?'

Dengan tidak semena-mena perasaan Mona berubah 360 darjah.

***

"Hai Cik Mona, dah nak berhenti pun masih nak kerja sampai lewat malam ke?" Suara Rosesita mengalih tumpuan Mona pada kerja yang sedang disiapkan dalam laptop.

Dia menyambung lagi. "Lainlah macam anak bos tu, bertungkus-lumus nak ambil alih kerja Cik Mona."

Mona tersenyum dengan usikan Rosesita. "Alah Kak Rose ni, takkan saya nak merasa kerja overtime buat kali terakhir pun tak boleh. Seronok tau bila ingat-ingat balik."

"Apa yang seronoknya kerja overtime?  Kalaulah OT tak boleh claim, memang tak ingin saya stay back sampai lambat macam ni." Bebel Rosesita.

"Macam-macamlah Kak Rose ni," Mona menggeleng.

"Okeylah Cik Mona, saya balik dulu."

Rosesita kemudiannya beredar. Hanya tinggal Mona dan Azli di pejabat.

Usai menyalin fail-fail ke dalam thumbdrive, Mona mencapai beberapa fail dan alat itu. Kemudian dia terus menuju ke pejabat Azli.

Seperti biasa, Azli sedang meneliti fail-fail yang berselerak di meja. Cuma kali ini tali leher sudah dilonggarkan dengan kolar yang tidak berkancing. Secawan kopi yang tinggal separuh dikelilingi fail dan kertas yang tidak terurus.

"Encik Azli," Mona mengetuk pintu.

Lelaki itu mendongak seketika, kemudian meneruskan kerja tanpa mengendahkan Mona. "Hmm... ada apa?"

"Saya nak serahkan fail-fail komputer dan dokumen peribadi saya berkaitan semua projek. Semua ada dalam ni. Copywriting, powerpoint presentation, template proposal dan macam-macam lagi. Semua ada dalam ni."

Azli duduk bersandar. Wajah Mona direnung dalam. "Kenapa awak buat semua ni? Saya kan banyak menyusahkan awak selama ni?"

"Jadi Encik Azli nak biarkan saya terus layan kemarahan dan rasa tak puas hati saya ni? Sedangkan sayalah punca semuanya tu."

Azli kelihatan keliru dengan dahi berkerut. "Apa maksud awak?"

"Saya terlalu obses mendaki tangga kerjaya saya. Sampai saya fikirkan diri saya saja. Saya terlupa bahawa syarikat ini akan lebih berjaya kalau Encik Azli dapat sambung legasi Dato' Harriz. Saya terlupa bahawa saya berkongsi ruang ini dengan Encik Azli."

"Jadi apa mesej yang awak nak sampaikan pada saya sebenarnya?"

"Saya rasa ketiadaan saya adalah peluang untuk Encik Azli buktikan pada Dato', bahawa Encik Azli mampu meneraju syarikat bila dia dah serahkan tonggak syarikat nanti. Saya dengan ikhlas ingin lihat Encik Azli berjaya, sebab tu saya akan cuba bantu selagi termampu."

Azli terdiam sebelum dia bersuara.

"Awak rasa dia masih ada kepercayaan pada saya? Lepas apa yang saya dah lakukan?"

"Kenapa tidak? Dia sendiri beritahu saya bagaimana besarnya harapan dia terhadap Encik Azli. Dia ingin Encik Azli dan saya sama-sama majukan syarikat."

Azli tunduk. "Saya dah tersalah anggap selama ni."

"Okeylah Encik Azli. Saya nak serahkan segala dokumen ni. Kalau ada apa-apa masalah, call aje saya. Walaupun saya dah tak ada nanti, saya sedia membantu."

Buat pertama kali Mona melihat senyuman ikhlas Azli. Bukan lagi senyuman dengan maksud sinis yang sarkastik. "Terima kasih."

"Sama-sama. Saya balik dulu Encik Azli."

Mona beredar dengan dada yang terasa lapang. Bulu romanya juga terasa meremang dengan perasaan yang sukar digambarkan. Kemanisan yang dirasakan apabila dia memaafkan musuh yang selama ini menyusahkan. Dan membantu supaya bangkit untuk berjaya bersama.

***

Mona terasa pelik melihat keadaan di pejabat hari itu. Kelihatan staff kelam-kabut keluar masuk bilik mesyuarat bersama barang yang mereka bawa. Yang menghairankan adalah dia tidak dilibatkan.

'Kenapa mereka semua ni? Mentang-mentanglah ini hari terakhir aku, semua buat tak layan. Huh, lantaklah!' Mona berkecil hati.

Dia melayan laptop walaupun tiada apa-apa yang penting untuk disiapkan.

"Mona, jom!" suara Azli dengan tiba-tiba.

"Ada apa ni Encik Azli?"

"Jomlah! Awak ikut aje. Atau awak nak saya tarik tangan awak?" Azli berseloroh.

Mona bingkas bangun dan menuruti Azli.

'Apa kena dengan dia ni?'

Mereka menuju ke bilik mesyuarat. Azli berhenti di muka pintu.

"Awak masuklah dulu." Pelawa Azli.

"Saya? Kenapa?" Mona rasa cuak. Mungkin prank yand diaturkan lelaki itu buat kali terakhir.

"Masuk ajelah!" Azli tergelak.

Mona memulas tombol pintu dengan hati-hati. Dia menjengah ke dalam.

"Surprise!" Berderau darah Mona mendengar teriakan suara ramai yang bergema, termasuk suara Azli di belakangnya.

"Apa ni Encik Azli?" Mona memandang tepat ke muka Azli.

"Surprise farewell party untuk awak."

Buat seketika Mona hilang kata-kata. Fikirannya cuba memproses pelbagai data dengan pelbagai peristiwa yang berlaku.

Suatu masa dulu dia terasa stres bekerja di syarikat ini dengan kehadiran Azli, anak bos yang kekwat. Tapi kini lelaki itu terlibat dalam mengatur surprise party sebelum dia meninggalkan syarikat.

'Akan aku simpan segala kenangan pahit manis selama aku berada di syarikat ini. Sampai bila-bila.' Berseri-seri wajah Mona dengan kejutan yang baru dia alami.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?