PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 25 Mac 2013

Fantasia Izara Bab 1

Cerpen ini telah diubah menjadi novelet dengan beberapa bahagian


BAB 1




Hidup ini adalah sesuatu yang penuh misteri. Pelbagai perkara yang sukar digambar boleh benar-benar berlaku. Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata, tetapi tidak mustahil sekiranya ia berlaku. Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa melakukan apa sahaja, sama ada Dia ingin meninggikan atau menjatuhkan seseorang dengan kehendak-Nya.

Apa yang kita impikan, apa yang kita angankan, dan apa yang kita mahukan semuanya ada dalam pengetahuan-Nya. Sebagaimana yang berlaku kepada seorang gadis di dalam dunia Fantasia Izara.

***

Kedai Jahit Rubiah memang terkenal di Kampung Embun Seri. Kedai itu asalnya bernama Kedai Jahit Samirah sebelum kematian pemilik asalnya.

Samirah adalah isteri kepada Sameon. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Izara. Samirah ada berdarah kacukan orang Australia di sebelah datuknya.

Izara nampaknya mewarisi darah kacukan itu dengan kulit yang putih mulus bersama mata yang coklat keperangan. Disebabkan itulah, Izara sering menjadi mangsa manusia yang iri hati semenjak kecil hinggalah dia sudah muda remaja sekarang.

Izara mewarisi minat ibunya. Semenjak kecil dia mula mereka pakaian untuk anak patung Barbie yang dimiliki. Minat itu berterusan hinggalah kini, dengan menjadi tukang jahit tetap di kedai jahit warisan ibunya. Ramai yang memuji hasil jahitannya yang teliti dan kemas. Jarang yang menghantar hanya sekali di kedai itu setelah melihat hasil jahitan Izara.

Samirah pergi meninggalkan Sameon dan Izara pada usia yang agak muda. Izara sempat berguru dengan ibunya hanya beberapa tahun apabila wanita itu menghidap kencing manis. Kemudian melarat menjadi buah pinggang dan darah tinggi, seperti yang biasa digelar orang penyakit tiga serangkai.

Izara meneruskan legasi ibunya seorang diri sehinggalah ayahnya jatuh hati dengan seorang perempuan kampung seberang bernama Rubiah. Janda itu sudah beranak dua. Kedua-dua anaknya bernama Hayati dan Karmilah.

Rubiah pernah membuka kedai jahit, tetapi tidak bertahan lama kerana jahitannya selalu tidak memuaskan hati pelanggan. Anak-anaknya juga membantu di kedainya selepas kematian suami tetapi masing-masing seperti melepas batuk di tangga. Hayati berperwatakan tomboy dan tidak minat dengan kerja-kerja menjahit yang perlu berhalus. Karmilah kuat berangan sehingga hasil kerjanya selalu lambat siap.

Adakah Rubiah cuba memikat Sameon kerana ingin mengambil alih kedai jahit dengan tukang jahit yang disenangi ramai pelanggan? Mungkin juga.

Selepas berkahwin dengan Sameon, dia terus menukar nama kedai itu bersempenakan namanya. Hayati dan Karmilah juga bekerja di situ.


***

"Apa ni Rubiah?! Kau tengok jahitan ni. Aku beli kain mahal-mahal tapi jahitan macam ni! Patut ke?!" Rohayu membebel sambil menunjuk-nunjuk baju kebaya yang terletak di atas meja.

Izara hanya berdiam diri. Dia tahu sejarah jahitan baju itu. Rubiah menyuruh Hayati dan Karmilah menjahit baju itu kerana Izara terpaksa menyiapkan baju seorang Mak Datin. Hayati memang tak suka kerja-kerja berhalus dan Karmilah banyak bergayut di telefon. Apabila sudah suntuk baru dia menyiapkan dengan tergesa-gesa.

"Izara! Mari sini!" Suara Rubiah memanggil.

"Ada apa Mak Cik?" Izara memang tidak mahu memanggil perempuan itu dengan panggilan ibu atau mak. Baginya panggilan itu hanya layak untuk ibu kandung juga. Mungkin juga dia ada sebab-sebab yang tersendiri.

"Kau boleh perbetulkan jahitan ni?"

"Ini bukan jahitan saya."

"Aku bukan tanya sama ada kau yang jahit atau tak. Aku tanya kau boleh perbetulkan atau tak?"

"Boleh, tapi ..." Izara tidak sempat menghabiskan ayat.

"Tak apa Kak Ayu. Biar Izara perbetulkan. Esok boleh datang ambil."

Izara terpinga-pinga.

'Esok? Cepatnya!' Bentak hati Izara.

"Kalau aku tahu bukan Izara yang jahit, tak ingin aku nak hantar kat sini. Huh!" Wanita itu memuncungkan mulut sebelum meninggalkan kedai.


Hayati mengejek dengan mengajuk kata-kata Rohayu selepas perempuan itu beredar. Kemudia dia menyepak kerusi dengan kasar.

Karmilah tidak mengendahkan mereka semua. Dia masih di telefon dengan suara manja. Tentunya bersama salah seorang daripada teman lelakinya yang ramai seperti koleksi kasut dan beg tangan yang dia miliki. Cenderahati yang dia dapat setiap kali pergi membeli belah bersama mereka.

Rubiah langsung tidak bertanyakan sama ada Izara mampu menyudahkan atau tidak segala kerja jahitan yang ada. Kemudian dia menyambung membaca majalah yang baru dibeli.

Perkara yang sama selalu berlaku. Izara terpaksa memperbaiki jahitan Hayati dan Karmilah. Rubiah tidak pernah memarahi kedua anaknya, sebagaimana dia tidak pernah mengambil tahu bebanan kerja Izara. Dia menetapkan tarikh siap sesuka hatinya. Kalau ada pelanggan marah kerana janji tidak ditepati, dia akan menyerahkannya kepada Izara.

'Sampai bila aku nak dilayan macam ni? Rasanya macam hamba abdi pulak!' Izara merungut dalam diam. Apabila sudah tidak tertanggung lagi, hanya air mata yang dapat meredakan marah yang berbuku.

"Eh, dah tengah hari. Jom! Mak nak ajak korang berdua shopping. Kat pekan ada tawaran separuh harga. Lepas tu kita pergi makan kat Pizza Hut."

Kemudian mereka bertiga keluar dengan selamba, tanpa berkata apa-apa kepada Izara. Izara dibiarkan terkapai-kapai seorang diri menangani bebanan tugas dan kerenah pelanggan yang datang. Jauh sekali untuk membelikan makanan atau buah tangan untuk gadis itu.

Seperti biasa Izara akan makan bekal yang dibawa pagi tadi sebelum ke kedai. Dia tidak pernah mengadu dengan ayahnya atas apa yang berlaku.

'Biarlah segala kepahitan aku tanggung sendiri. Kalau aku mengadu, silap haribulan makin teruk aku dibuli di kedai. Entah apa pulak yang nak dibuat anak-beranak bertiga tu.' Izara cuba memujuk hati.

Rubiah dan anak-anaknya jarang masuk ke kedai pada sebelah petang. Hanya apabila ada pelanggan penting yang rapat dengan mereka. Selalunya mereka telah menelefon lebih awal untuk berjumpa di kedai. Biasanya Mak Datin atau golongan VIP yang sudah tahu hasil kerja tangan Izara. Pelanggan-pelanggan inilah yang akan dilayan oleh Izara. Dari awal mengambil tempahan hinggalah siap jahitan. Kehadiran Rubiah hanya sebagai alasan supaya dapat bermesra dengan mereka.

'Kalau aku boleh kumpulkan segala teknik Mak Cik Rubiah tiga beranak ni, dah boleh siap satu buku.' Izara melayan kemarahan apabila perkara itu terlintas di fikiran.

Izara meregangkan otot-otot yang sedang lenguh. Dia memerhatikan lambakan kain yang perlu dijahit untuk tempahan yang akan diambil esok.

"Mana nak siapkan jahitan Mak Datin dua helai. Nak betulkan kebaya Mak Cik Ayu lagi." Keluhan lirih Izara.

Dia mengenepikan pakaian buat sementara dan mengeluarkan bekal yang dibawa. Sambil itu dia melayan facebook dan video youtube. Ada drama yang dia terlepas sebab terlalu lama di kedai. Itupun dia dapat menonton beberapa minit sahaja selepas selesai makan dan terpaksa menyambung kerja semula.

"Hmm... dia orang keluar sedap-sedap makan pizza. Aku makan ajelah nasi dengan lauk malam tadi. Nasib, nasib." Izara melayan perasaan.

***

Izara melihat jam. Sudah pukul enam petang.

'Macam mana nak balik ni? Kerja banyak tak siap lagi.' Izara mengeluh.

Sedang dia melayan lamunan, telefon berbunyi.

"Izara? Kamu kat mana?" Suara ayahnya di telefon.

"Kat kedai lagi ayah."

"Eh, dah nak malam ni. Kenapa tak balik lagi?"

"Banyak kerja lagi yang nak disiapkan."

"Takkan kamu nak buat sorang-sorang. Ni Mak Cik Rubiah, Yati dengan Milah dah berehat tengok TV kat rumah. Kenapa tak minta tolong dia orang?" Sameon seperti tidak puas hati.

"Nak buat macam mana, ayah. Ini permintaan pelanggan. Dia orang nak Izara juga yang buat." Izara berdalih.

"Hmm... anak ayah ni. Kerja keras betul. Sebelum tu, ayah nak tanya dulu. Ada tak kawan ayah datang dengan isterinya. Katanya nak menempah baju dengan kamu. Nama dia Pak Nasir."

"Tak ada pulak. Nama isteri dia?" Izara terfikir mungkin wanita itu datang tanpa suaminya.

"Kasmah. Ada tak?"

"Tak ada pulak ayah. Kenapa?"

"Ayah berkenan dengan anak lelaki dia. Khairul nama dia. Manalah tahu kalau-kalau sesuai dengan citarasa kamu." Usik Sameon.

"Ayah ni... ke situ pulak perginya."

"Bukan apa. Ayah ni bukannya hidup selama-lamanya. Nak juga merasa menimang cucu sebelum menurut jejak arwah ibu kamu."

"Ayah jangan risau okey. Sampai masa nanti mesti Izara jumpa calon yang sesuai. Yang pastinya bukan macam Pak Jabar."

Izara mendengar suara ayahnya tertawa. Kata-kata itu cukup menggeletek hatinya.

"Macam-macamlah anak ayah ni. Izara nak makan apa malam ni? Nanti ayah tolong hantarkan."

"Apa-apa pun boleh ayah. Asalkan nasi. Nanti ayah tolong bawakan kopi kaw dalam termos. Izara kena berjaga malam ni."

"Yalah. Nanti pastikan semua pintu kunci. Grill pastikan bermangga. Tak ada maknanya ayah pasang grill kalau tak bermangga. Hah, solat jangan lupa jaga. Benda-benda pelik ni suka orang yang tak jaga solat." Pesan Sameon.

"Ayah ni buat saspens Izara ajelah! Yalah, Izara tahu. Lagipun kawasan ni sibuk. Ada warung kat sebelah." Rungut Izara.

"Itu ayah tahu. Tapi kamu jangan merayau ke situ pulak malam-malam ni. Kalau ada orang tegur atau kacau jangan buka pintu. Buat tak tahu aje. Nanti kejap lagi ayah datang." Sameon begitu prihatin dengan anak kandung tunggalnya.

"Yalah," Izara mengakhiri panggilan.

***

Izara melihat jam. Sudah hampir dua pagi. Kedengaran suara sumbang di warung dengan set karaoke yang digunakan oleh pengunjung.

'Kalau masuk Akademi Fantasia ni dah gerenti penuh kad merah.' Sindir Izara sambil menjahit dengan tangan di bahagian leher.

Tangannya terasa lenguh kerana terpaksa menjahit labuci di bahagian depan baju seperti yang diminta oleh Mak Datin yang datang menempah. Labuci berbentuk titisan air mata itu bergemerlapan dengan balikan lampu kalimantang.

"Nasib baiklah tinggal bahagian leher aje. Kalau nak suruh Si Yati dengan Milah, baiklah tak payah. Tambah menyakitkan hati aku kena betulkan. Lepas ni dah boleh tidur." Izara membebel sendirian.

Entah mengapa matanya terasa terlalu berat.

'Alahai mata, kenapa kau tak boleh sabar. Sikit lagi ni.' Keluh Izara.

Dia meregangkan otot-otot lengan.

'Alah, tidurlah sekejap. Dah penat sangat ni.'

***

Izara tersentak dengan bunyi besi berlaga apabila mangga grill dibuka dari luar. Dia melihat jam. Sudah jam sembilan pagi.

"Ya Allah! Dah terlajak aku tidur. Subuh pun dah terlepas." Izara merungut.

Dengan segera dia menyiapkan jahitan tangan di bahagian leher.

"Dah siap semua jahitan?" Tanya Rubiah apabila dia melihat Izara tekun dengan jahitan tangan.

"Dah. Tinggal yang ini satu." Jawab Izara tana menoleh.

"Kebaya Mak Cik Ayu?"

"Dah. Dalam beg plastik merah tu." Izara menunjuk ke arah hujung meja sebelum menyambung kerja.

Usai kerja dia terus mencapai beg.

"Bila nak masuk semula?" Tanya Rubiah.

"Tengah hari. Mungkin petang." Jawab Izara selamba.

"Jangan lambat sangat. Malas aku nak melayan kerenah pelanggan." Jawab ibu tirinya itu.

"Yalah," jawab Izara ringkas.


'Setakat itu pun tak boleh handle. Aku menjahit sampai pagi pun tak kecoh.' Gerutu Izara melepas geram.






5 ulasan:

  1. Hamba terpegun. Tahniah Bro Salleh. Cerita yang klasik juga penuh maksud serta misteri di sebaliknya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan hamba.
      Wah, dah macam orang zaman dulu-dulu ya? :D

      Padam
    2. Tahniah tuan hamba..plotnya menarik. .hamba sudah tidak sabar menunggu kisah selanjutnya...

      Padam
    3. Tahniah tuan hamba..plotnya menarik. .hamba sudah tidak sabar menunggu kisah selanjutnya...

      Padam
    4. Terima kasih. Bahagian 2 dah disiarkan. Sudi-sudikan baca.. ^_^

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?