PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 9 Jun 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 24)

BAB 24
  


Minggu baru ini sememangnya penuh dengan kejutan buat Mona. Pertama tentang Steven yang sudah memeluk Islam dengan nama barunya Abdul Rahman. Kemudian peristiwa dia terlihat Azhan menerima cek daripada Sheila.

Hari ini ada kejutan yang lebih besar untuk Mona dan team di Ad-Vantage.

"Mona, Norman nak jumpa." Suara Amanda tergesa-gesa di pintu.

"Ada apa?"

"Pasal projek Ultra Vue."

"Ada masalah?"

"Memang. Huge problem." Kata-kata Amanda menimbulkan teka-teki dalam fikiran Mona.

Mereka terus ke bilik Norman.

"Kita ada masalah besar sekarang." Norman juga berteka-teki sambil dia menutup pintu.

"Apa masalahnya?" Mona cemas.

Norman tidak menjawab, sebaliknya dia memainkan video di laptop.


Mona hampir ternganga. Video itu memaparkan iklan Chameleon Ultra Vue. Konsep asalnya serupa. Yang berbeza adalah model iklan yang digunakan, lokasi pergambaran dan paparan iklan dalam bahasa Inggeris. Tagline penutupnya adalah "Chameleon. Blend into your world."

"Kerja siapa ni? Ini dah ciplak namanya." Mona tersandar lesu di kerusi. Sukar untuk dia percaya apa yang dia lihat sebentar tadi.

"Video ini I dapatkan dengan khidmat penyiasat upahan. Lepas I terpandang iklan dalam TV Singapura."

"Dan?" Mona tak sabar.

"Iklan ni milik Power Media Solutions."

"Huh?" Mona belum faham.

"Syarikat pengiklanan Sheila." Kata-kata Norman menyebabkan Mona mula membuat hubung kait dalam fikirannya.

'Sheila? Azhan? How?' Fikiran Mona jadi kacau.

"PI itu juga sudah buat some background research. Mereka syak ada spy dalam Ad-Vantage."

"Spy?" Itu saja yang mampu Mona lafazkan dengan kekeliruan yang melanda.

"Ini hasilnya." Kata Norman sambil menunjukkan sehelai kertas di atas meja.

Dokumen itu berkenaan Marsha dan senarai syarikat yang pernah dia bekerja sebelum ini. Nama Power Media Solutions terpampang di atas kertas.

"Bermakna Marsha... spy?" Amanda cuba membuat deduksi yang nampak begitu jelas.

'Marsha pun terlibat sama? Azhan?' Mona masih buntu.

"I nak berbual dengan Sheila on speaker phone." Norman segera menekan butang di telefon. Diikuti bunyi panggilan yang sedang disambungkan.

"Helo." Suara wanita yang Mona kenal.

"Sheila, I nak tanya you sesuatu." Norman tidak sempat berhemah dengan perkara yang mengganggu fikirannya.

"Norman? Kenapa ni? Tak bagi salam atau greeting, tiba-tiba terus terjah. Why you sound so... reckless?" Sheila seperti terkejut. Atau mungkin drama yang sengaja dia lakonkan.

"Tak payah nak berlakonlah Sheila. I tahu you curi klien I. Dan konsep iklan Ad-Vantage sekali."

"Wait... you... how... please explain." Sheila seperti terkeliru. Sukar untuk meneka sama ada Sheila berkata benar atau sekadar berlakon. Jika itu sekadar lakonan, Sheila memang hebat. Mungkin boleh menang anugerah heroine drama dengan watak antagonis terbaik.

"Quit playing games Sheila. You know that I know you're spying on my business."

"Nonsense Norman! Apa buktinya? Can you prove it?"

"Not at the moment. But I will. You will be sorry when I do." Norman mula menyirap.

"Okay. Until then, tata." Sheila menamatkan panggilan.

"Kan I dah beritahu you dulu Mona. Dia ni memang licik."

"Jadi apa kita nak buat sekarang?" Mona buntu.

"Kita kena rahsiakan perkara ini daripada semua yang ada di Ad-Vantage. Hanya kita bertiga saja yang boleh tahu perkara ini. Siasatan akan terus berjalan. Dalam pada itu, kita kena perhatikan kalau ada yang tak kena di ofis. Sheila mungkin akan beri amaran kepada mereka yang terlibat. Sebarang perkara pelik mungkin boleh dijadikan lead dalam siasatan ini." Suara tegas Norman, persis seorang inspektor polis.

"Baiklah." Jawab Mona ringkas.

Hampir-hampir dia ingin berseloroh dengan berkata "Baik inspektor." Tetapi masalah yang mereka hadapi terlalu besar, dan gurauan itu terasa tidak sesuai ketika ini.

***

Sukar untuk Mona melelapkan mata malam itu. Berbagai-bagai perkara menghantuinya. Tentang Zamarul. Tentang Azhan. Tentang Marsha. Tentang iklan Ultra Vue yang hampir serupa dengan idea asal oleh Ad-Vantage.

‘Siapa punya angkara sebenarnya ni? Mustahil Zamarul boleh sampaikan idea dan konsep kepada Sheila. Tak mungkin dia boleh sampaikan dengan begitu terperinci, sebab dia tak ada copy DVD tu.’ Mona mula membuat analisa sendiri.

‘Rupa-rupanya inilah yang dimaksudkan oleh Zamarul. Dia sebenarnya nak cari syarikat lain. Tapi macam mana boleh sama hampir seratus peratus?’

Mona berkalih tempat pembaringan.

‘Apa kaitan Azhan dalam hal ini? Aku memang ada bercerita tentang projek dengan dia semasa di Legoland dan Sentosa dulu. Tapi aku tak sangka dia boleh gunakan maklumat untuk tikam aku dari belakang. Kenapa dia tak bercerita tentang kerjaya dia? Dia banyak habiskan masa bercerita tentang cabaran menjadi bapa tunggal membesarkan Shahila. Mungkin ini semua muslihat dia. Atau mungkin dia ada pasang bug tanpa aku sedari.’

Fikiran Mona jauh menerawang dengan pelbagai kemungkinan yang ada.

‘Mungkin juga Marsha. Dia ada di pejabat sepanjang masa, dan dia ada banyak peluang untuk mengintip maklumat. Semua tentang projek dia tahu dan dia ada akses di pejabat. Adakah kehadiran dia di Ad-Vantage memang sudah diatur oleh Sheila?’

Mona semakin buntu. Kebuntuan ini mula menyebabkan kepalanya terasa sesak.

‘Ah! Tak guna aku buat spekulasi. Biarlah aku tunggu maklumat dengan bukti yang kukuh. Biarlah PI yang tentukan andaian mana yang benar. Yang penting aku perlu rehat yang cukup untuk mengetahui maklumat lanjut tentang kes ini esok




Ini adalah bab terakhir yang disiarkan di blog ini.
Bab-bab seterusnya akan disiarkan di grup FB
LAMAN INSPIRASI PENA VR (KLIK SINI)

Harap maklum... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?