PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 18 April 2012

Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud



Rumah Orang-orang Tua Bukit Rashidah telah lama dibina bersama hampir lima puluh orang penghuninya. Setiap seorang dengan kisah yang berbeza. Ada yang rajin bercerita tentang kisah hidup mereka dan ada juga yang menyepi menyimpan kisah masing-masing jauh di lubuk sepi hati mereka.

Zaharah adalah penyelia rumah-rumah orang tua itu, bersama beberapa orang kakitangan yang penuh cekal dan kesabaran melayani setiap insan yang telah lanjut usianya dengan pelbagai karenah yang tersendiri.

Sesekali dia membawa tetamu untuk melihat keadaan penghuni-penghuni di sekeliling. Setiap tetamu adalah penyumbang yang berpotensi untuk memastikan perjalanan rumah orang-orang tua ini akan berterusan, kerana tidak semua orang-orang tua ini mempunyai bekalan yang cukup untuk meniti hari-hari terakhir usia mereka.

Hari itu datang seorang pengunjung dari Singapura untuk melihat ehwal penduduk di Bukit Rashidah itu. Seorang insan berkedudukan dan berada yang prihatin akan manusia-manusia yang tersisih dari kehidupan penuh glamor dan hebat di mata masyarakat. Dia terbaca kisah tempat itu di laman web dan hatinya bagai dijentik-jentik untuk menjenguk tempat itu. Namanya Shamsiah.

“Siapa tu?” tanya Shamsiah sambil melihat ke arah seorang tua yang sudah bongkok dan tiada gigi dengan rambut disisir ke belakang tidak rapi, putih hampir keseluruhannya. Dia duduk tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Pandangannya jauh dilemparkan entah ke mana di luar tingkap Naco dengan pemandangan hanya beberapa pokok renek dan rumput yang sudah tinggi. Sudah hampir beberapa minggu tukang kebun belum datang. Seorang sukarelawan yang tidak meminta upah, memotong rumput di situ dengan ikhlas, sebagai sumbangan dengan kudrat empat kerat kepada penghuni di situ.


“Nama dia Ainon. Tapi kami di sini panggil dia Nenek Non” jawab Zaharah. Mereka masing-masing memerhatikan Nenek Non yang duduk tidak bergerak-gerak di situ. Dalam kekakuannya duduk di situ ada seribu satu rahsia yang disimpan jauh di lubuk hatinya daripada pengetahuan orang lain.

“Dah dua puluh tahun dia tinggal di rumah kebajikan orang tua ni, tapi tak ada seorang pun datang ziarah dia. Setiap pagi dia akan duduk mengadap ke tingkap sambil memegang kerongsang batu hijau,” sambung Zaharah. “Tak ada seorang pun yang tahu apa cerita di sebalik kehidupannya. Dia tak pernah berbual dengan orang di sini. Kadang-kadang dia akan menangis sendirian. Kadang-kadang dia tersenyum seperti ada yang bermain di fikirannya. Mungkin memori dari masa silamnya.” Terang Zaharah lagi.

Mereka beredar membiarkan Nenek Non dalam tafakkurnya seperti biasa.

***
Lapan puluh tahun yang lepas

Ainon bermain anak patung sambil Hassan bermain layang-layang di atas bukit yang dihampari rumput hijau yang panjang. Sesekali bila angin kuat bertiup, rumput-rumput itu meliuk umpama ombak laut yang hijau menyegarkan pandangan. Ainon hanya memerhatikan layang-layang Hassan yang terbang tinggi melambai-lambai di angkasa kebiruan dengan mesra kepulan awan.

Ainon dan Hassan dibesarkan di kampung yang sama. Rumah mereka bersebelahan. Pemerhatian mereka yang tajam terhadap kehidupan orang dewasa membuat mereka lekas matang. Kadang-kadang mereka kelihatan seperti pasangan dewasa yang sedang bercinta.

Pernah Hassan berkata-kata kepada Ainon. “Kalau aku dah besar nanti aku mahu kawin sama kau. Kau mahu?”

Ainon cuma tersipu-sipu sambil membuai anak patung di tangannya ke kiri dan ke kanan. “Mahu. Tapi nanti kau kena belikan aku satu rumah besar untuk kita hidup bersama.”

“Boleh. Tapi kau kena janji kau mahu kawin sama aku.” Pinta Hassan

“Baiklah. Aku janji sama kau.” Jawab Ainon

***
Tujuh puluh tahun yang lepas

Delima masuk ke bilik Ainon seraya berkata, “Ainon, itu Hassan sedang menunggu kau di luar.”

Apa lagi lah yang dia mahu dari aku, hati Ainon merungut. “Biar aku jumpa dia,” dia memberitahu adiknya Delima.

Sambil berdiri di muka pintu dia memekik kepada Hassan yang sedang berdiri di bawah rumah, di anjung.

“Hassan, Sudah berapa kali aku bilang sama kau, aku sudah tidak mahu jumpa kau lagi.” Kata-kata Ainon.

“Tapi bukankah kau kata kita akan berkahwin satu hari nanti? Itukan janji kau dulu?” Hassan mengungkit peristiwa lama.

Sambil bersandar di pintu Ainon bersuara. Pandangannya dilemparkan ke bumbung hadapan rumah, jauh dari wajah Hassan. “Kita tak sepadan, Hassan. Aku sudah jumpa lelaki yang boleh membahagiakan hidup aku.”

Hassan bingung. “Tapi bukankah kau dan aku sudah berjanji semasa kita kecil bahawa kita akan bersama sehingga kita tua nanti?”

“Itu dulu Hassan. Masa kita budak-budak hingusan. Sekarang aku sudah mengerti erti cinta. Aku sudah jumpa lelaki yang sesuai untuk memiliki cinta aku. Dan lelaki itu bukan kau.” Kata-kata Ainon sambil menutup pintu, membiarkan Hassan terpinga-pinga di muka pintu dan beredar dengan hati yang retak dan hampa.



Versi video cerpen boleh ditonton di
LAMAN INSPIRASI PENA VR (KLIK SINI)

Teaser Video



Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA


Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI

7 ulasan:

  1. Masyaallah.. cinta smpai ke syurga.. hehe.. nice plot dan latar belakang.. mcm zmn dlu.. ihi..

    BalasPadam
  2. tuan salleh memang bijak bermain bahasa, banyak lagi yang saya perlu belajar dari orang berpengalamn dari tuan, jalan cerita ni sangat menarik, latar masa cerpen pula klasik dan boleh diimaginakan dalam layar minda... rasa macam dalam era P.Ramlee pulak... :)

    BalasPadam
  3. Aduh.. segan rasanya bila baca komen szalbiah. Ada banyak lagi kelemahan yang perlu saya perbaiki.
    Terima kasih sudi singgah dan komen.
    Nanti giliran saya pula marathon cerpen2 ahli geng urban.. ^_^

    BalasPadam
  4. Salam...haduii terjebak plak dgn kisah kerongsang suasa tu...kerongsang y dicari cerpen plak y dijumpa...good story...hermmm terjebak2...nk taw ape kisah selanjutnye...cmne ek nk dptkn?

    BalasPadam
  5. Salam...haduii terjebak plak dgn kisah kerongsang suasa tu...kerongsang y dicari cerpen plak y dijumpa...good story...hermmm terjebak2...nk taw ape kisah selanjutnye...cmne ek nk dptkn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam... maaf, baru perasan ada komen.
      Boleh cari di grup Facebook saya, Laman Inspirasi Pena VR.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?