PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 7 Disember 2016

MiSTiQ: PENUNGGU GUNUNG BAH.1


MiSTiQ
PENUNGGU GUNUNG

BAHAGIAN 1

MANAP menghirup kopi di cawan. Dia perlu menyahkan rasa mengantuk yang mula membelai kelopak mata. Sekurang-kurangnya dia perlu memilih kes untuk liputan segmen Seramania yang seterusnya.
Jam menunjukkan pukul 9.35 malam. Meja di workstation Manap dipenuhi beberapa fail legasi peninggalan wartawan sebelum ini. Wartawan yang kehilangannya masih kekal misteri sehingga kini. Apa yang anehnya adalah tiada siapa yang dapat memastikan siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu. Mungkin juga masing-masing ingin menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa seterusnya.
Manap telah cuba menggeledah fail-fail yang ditinggalkan untuknya. Namun dia masih belum dapat mengenal pasti siapa yang dimaksudkan. Dia juga masih belum memilih kes yang sesuai untuk siaran seterusnya. Kejayaan kisah Misteri Gadis Komuter menyebabkan dia agak cerewet.
Payah juga nak memilih ni. Silap pilih nanti, jadi one hit wonder lah jawabnya. Rungutnya dalam hati. Bimbang sekiranya artikel kedua ini tidak sehebat yang sebelumnya.
Sedang dia dilanda kekeliruan, sesuatu ditangkap ekor matanya. Dia pasti telah terlihat seseorang lalu di koridor, sedangkan hakikatnya hanya dia saja yang masih ada di situ. Dia rasa tidak sedap hati. Terus dia bangun dan menuju ke arah orang yang dilihat.
“Siapa?” tanya Manap. Terlintas di fikirannya mungkin ada yang tersesat ke situ. Dia pasti itu bukan pengawal sekuriti. Mereka jarang membuat rondaan hingga ke kawasan itu, sekurang-kurangnya semasa dia masih ada.
“Helo!” Manap meninjau ke kiri dan kanan. “Siapa tu?”
Tiada sesiapa. Hanya koridor yang lengang dan sunyi. Hanya kedengaran dengung pendingin hawa yang bergema di situ.
Manap berpatah balik dengan rasa hampa. “Siapalah yang nak main-mainkan aku ni? Macam main sembunyi-sembunyi pulak.”
Dia duduk semula dan ingin menyambung dari bahagian yang dia tinggalkan tadi. Alangkah terkejut apabila dia lihat fail berlainan yang terbuka di atas meja. Fail yang dilabelkan sebagai Penunggu Gunung.
“Siapa punya kerja ni?” Mata Manap melingas melihat sekeliling hinggalah dia tersedar mungkin ada yang cuba menyampaikan sesuatu kepadanya. Faill itu diteliti.
Beberapa artikel di dalam fail itu mengisahkan pengalaman beberapa orang pengunjung di tapak rekreasi yang terletak di puncak sebuah gunung. Ada yang menceritakan bagaimana mereka ternampak makhluk bertubuh tinggi seperti gergasi semasa kenderaan mereka menuruni cerun.
Dalam satu artikel lagi, sekumpulan pelajar yang mengadakan ekspedisi mendaki gunung di situ tersesat dan tidak jumpa jalan keluar. Mereka kemudiannya dibantu oleh sekumpulan pemuda berjubah dan berserban putih. Sebaik saja mereka memulakan perjalanan semula, kumpulan pemuda itu hilang. Anehnya tiada kawasan perkampungan berdekatan kampung itu.
Sebuah artikel lagi mengisahkan tentang tanah gunung yang dipercayai memiliki kuasa mistik. Itu disahkan oleh pengusaha labu sayong yang menggunakan air di dalam labu sayong itu untuk mengubati penyakit akibat gangguan makhluk halus.
Manap membaca dengan khusyuk dan penuh minat. Dia terus meneliti artikel-artikel yang lain.
Sebuah artikel mengisahkan sejarah gunung itu yang pernah menjadi tapak menuntut ilmu persilatan. Legenda mengatakan mahaguru silat itu membela saka untuk melindungi daripada musuh. Menjelang penghujung hayatnya, dia telah bertaubat dan membuang saka itu di gunung. Makhluk itu ditanam bersama keris pemujaannya dengan harapan tiada sesiapa akan dapat menemuinya.
Membaca artikel itu menyebabkan Manap terfikir sebab fail itu terbuka tadi.
Mungkin ada sesuatu tentang gunung ini yang perlu aku periksa. Bisiknya dalam hati.
Kemudian dia terbaca tentang seorang lelaki yang menjadi tidak siuman setelah pulang dari gunung itu. Menurut penduduk kampung, semenjak kepulangan lelaki itu, berlaku kejadian pembunuhan misteri di kampung. Malah kejadian orang hilang juga semakin berleluasa.
Apa kaitan semua ni dengan gunung tu? Semua kisah ni pun macam berkait antara satu sama lain. Manap cuba membuat deduksi dalam diam.
Dia cuba mencari maklumat lebih lanjut tentang pelajar-pelajar yang menjalankan ekspedisi ke gunung itu. Dia terjumpa carian tentang tiga orang pelajar yang akan mengadakan aktiviti mendaki gunung tidak lama lagi.
Hmm… nampaknya aku ada dua pilihan. Sama ada nak buat liputan tentang lelaki berperangai pelik selepas balik dari gunung tu, atau ikut ekspedisi budak-budak tu. Kalau pergi kampung tu, tak payah naik gunung. Mudah sikit kerja aku. Fikir Manap.
Kalau aku naik gunung, mungkin aku boleh alami sendiri apa yag artikel ni ceritakan. Tapi semuanya ada risiko yang tersendiri. Fikirnya lagi.
Akhirnya Manap membuat keputusan.

JIKA MANAP INGIN KE KAMPUNG PEMUDA PELIK, BACA BAHAGIAN 2


JIKA MANAP INGIN MENDAKI GUNUNG, BACA BAHAGIAN 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?