PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:

A. PUISI
1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)
Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR

2. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)
Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.

B. CERPEN
1. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)
Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):
Stanza Cinta, Ros Merah dan Tofi Epal | Bingkisan Sakura Dari Tokyo (versi video) | Cincin Di Jari | Dalam Sup Ekor Ada Cinta | Selamat Hari Jadi Papa | Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud (versi video) | Dulu Benci, Sekarang...? | Ku Bisik Rindu Di Angin Lalu | Saat Aku Lafazkan Akad Nikah | Si Tudung K-pop vs Mamat Kopiah | Listrik Cinta Andromeda | Sangkar Cinta: I Hate You, But I Love You! | Kelipop-kelipop Cinta | Manifestasi Cinta Minah Pom-pom dan Mat Berus | Kisah Norman dan Maisara| Sumpahan Cinta Kohinoor | Elle | Raja Shah Jehan, Bunga Dafodil | Kisah Shania dan Amirul | Apabila Kompang Dipalu | Biar Bulan Jadi Pengganti | Sehelai Sapu Tangan, Sebuah Puisi | Mimpi Cinderella Gebu | Black Widow: Awas Racun Cinta! | Bawang Merah, Cili Api | Menjejak Cinta Hakiki | Abang Bouncer vs Party Girl | Penjara Cinta Di Menara Berduri

2. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Antologi 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller
Ramlee Awang Murshid - RAUDHAH | Annur Shanana-PELESIT, MISTERI HISTERIA RAMALAN | Maria Kajiwa -NO! PAPA, NO! | Dhieya Adlynna - JAM 3.00 PAGI | Isha Idiaz - HATI DHIA | Zakri Rahman - MAHAKARYA |Indah Hairani - AKU BUKAN SERIGALA |Amer Mukhlis- ASAD | Naim Tamdjis - SAYAP-SAYAP KE SYURGA, CATATAN UNTUK SANG PUTERI | A. Darwisy -GAMELAN, BURAI | Ayim Rifqi - DALANG |Domi Nisa -DENDAM SEORANG LELAKI | Sauriani - BEBASKAN AKU SAYANG | Jia Ariza - GAUN BERDARAH, RINTIHAN AZRINAH | Syafeza Sauli - SOULMATE, KAU MILIKKU, KAKI | Syasya Bellyna - HUJAN RINTIK-RINTIK |Imanisa Riana - AKU TAK TAHU | Salleh Kausari -ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan) |Reeani Annur - LIANA | Nash Azly - TIGA BALA

3. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)

4. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)
Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.

5. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)
Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)

6. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)
Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


C. NOVEL

1. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)













2. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)


Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative. Alhamdulillah.




Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.
[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11-1] [11-2] [12] [13] [14-1] [14-2] [15-1] [15-2] [16] [17] [18] [19][20] [21-1] [21-2] [21-3] [22-1] [22-2] [22-3] [23] [24][25][26]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT
Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...
[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]



4. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI
Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]



5. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI
Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]

6. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.
Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


D. NOVELET

1. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

2. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X
Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]



E. LAMAN FACEBOOK
1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR
Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

2. Lain-lain:
    Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.
    Selamat membaca ^_^
    Cheerio!
    ~ Salleh Kausari
    25 September 2015

    Wednesday, 7 December 2016

    MiSTiQ: PENUNGGU GUNUNG BAH.2


    BAHAGIAN 2

    MANAP tiba di kampung yang dimaksudkan. Kampung itu tidak berapa payah untuk dituju, tetapi dia telah tersesat hingga hampir separuh hari. Dia sepatutnya tiba lewat pagi itu. Sebaliknya dia sampai ke jalan masuk kampung  lewat tengah hari.
    Dia ternampak sekumpulan lelaki di warung kopi tidak jauh dari jalan utama.
    “Assalamualaikum,” pamit Manap.
    “Waalaikumussalam,” suara garau bercampur baur oleh lelaki yang ada di situ.
    “Saya nak cari rumah Wak Seman. Kat mana rumah dia?” tanya Manap.
    “Buat apa nak cari dia?” tanya lelaki berbaju kemeja lusuh dengan topi kanvas. Kelihatan seperti dia baru pulang dari kerja berkebun.
    “Saya nak tanya pasal anak dia, Opie.”
    “Baik tak payahlah. Buang masa jumpa budak tu.” Kata lelaki bermisai tebal.
    “Kenapa?”
    “Budak tu dah tersampuk. Semenjak dia balik dari gunung tu, macam-macam benda tak elok ada dalam kampung ni. Baiklah kau balik.” Kata lelaki bert-shirt putih.
    “Awak ni siapa sebenarnya?” tanya lelaki berkemeja lusuh.
    “Saya Abdul Manap, wartawan dari majalah Mistiq.”
    “Laaa… apasal tak cakap tadi. Milah, ni ada wartawan ni hah. Ambik order dia. Duduklah Encik Manap.” Lelaki bermisai tebal itu berdiri seperti memberi hormat kepada Manap.
    Setelah berkenalan, Manap telah tahu nama mereka. Lelaki yang kelihatan seperti baru pulang dari berkebun itu namanya Shuib. Lelaki bermisai tebal digelar Pak Long Dolah. Lelaki bert-shirt putih namanya Rasul.
    “Kampung ni dah tak aman macam dulu. Macam-macam benda tak elok dah berlaku. Orang mati dalam keadaan dibunuh dengan kejam lain, orang hilang lain… ada yang kata ini angkara benda ghaib.” Shuib memulakan cerita.
    Manap menonyoh buku notanya dengan pen.
    “Semuanya bermula lepas Opie balik dari gunung tu. Dia dah tak macam dulu. Bercakap dah tak boleh. Kalau tengok mata dia… eiii seram! Ada yang kata jangan tenung lama-lama. Nanti dia target.” Kata Pak Long Dolah.
    “Target macam mana tu?” tanya Manap.
    “Dia cari. Antara yang hilang atau mati tu, ada yang pergi bersemuka dengan Opie.”
    “Bermakna saya tak boleh pergi jumpa dia lah?” Manap mula cuak.
    “Tak semua yang jumpa dia kena. Ada juga yang selamat. Tapi kalau boleh, tak payah jumpa dia. Keadaannya pun teruk. Tertambat dengan tangan bergari macam lembu.” Rasul menambah.
    Teruk juga keadaan Si Opie ni, bisik Manap dalam hati.
    Yang pelik tu, dia dah tak boleh ke mana-mana. Tapi ada yang kata ternampak kelibat dia dalam kampung ni. Merayau malam-malam.
    Bulu roma Manap meremang tiba-tiba.
    “Ada yang cerita, ini semua angkara saka peninggalan mahaguru Said yang buang saka dia kat gunung tu. Keris yang dia tanam dengan benda tu sampai sekarang tak ada yang jumpa. Itu orang kata. Tak tahulah kalau ada yang dah jumpa tapi rahsiakan.” Tambak Shuib.
    “Apa kaitan keris dengan saka tu?”
    “Keris tu digunakan untuk mengawal benda tu. Selagi keris tu tak ditemui, benda tu macam tak bertuan.”
    “Ooo…” Manap giat mencatit di dalam buku nota.
    “Encik Manap masih nak pergi ke rumah Wak Seman?” tanya Rasul.
    “Boleh ke?”
    “Kalau Encik Manap nak, saya boleh tunjukkan. Tapi kalau nak jumpa dia dengan Opie, saya minta maaf. Saya tak berani.”
    “Err… boleh tunjukkan rumah dia. Boleh saya ambil gambar untuk artikel saya.”
    Manap kemudiannya mengekori Rasul dengan motosikal lelaki itu.
    “Inilah rumahnya. Kalau Encik Manap tak perlu saya tunjukkan jalan keluar, saya nak pergi dulu.” Rasul nampak tergesa-gesa.
    “Boleh. Saya ingat.”
    Setelah Rasul beredar, Manap mula mengambil gambar untuk artikelnya.
    “Hoi! Kau siapa?” tanya lelaki berambut putih dengan songkok lusuh.
    Terkujat Manap mendengar suara lantang yang mencucuk gegendang telinganya.
    “Apa ambil gambar kat rumah orang ni?” jerkah lelaki yang jelas tergambar sifat bengkeng pada wajahnya.
    “S-s-saya Manap, wartawan dai majalah Mistiq. Saya buat liputan tentang gunung tu.”
    “Buat liputan pasal gunung. Kenapa ambil gambar kat rumah aku?” Lelaki itu masih belum puas hati.
    “Saya terdengar pasal orang yang tersampuk lepas balik dari gunung tu. Anak pak cik ya? Ini Wak Seman kan?” Manap kelam-kabut menyusun kata.
    “Aku Wak Seman. Kau… bercakap pasal Opie ke ni?”
    Manap angguk.
    Wak Seman beredar. Setelah melihat Manap tercegat di situ, dia menoleh. “Kau nak tau ke tak pasal anak aku?”
    Baru Manap perasan itu isyarat untuk dia mengikut Wak Seman. Mereka menuju ke serambi rumah dengan pangkin.
    “Dah puas aku bawak dia pergi berubat. Tapi semua tak berhasil. Benda yang sampuk dia tu memang keras.” Wak Seman memulakan cerita.
    “Satu kampung dah heboh pasal benda tu. Ada yang kata itu saka yang dibuang mahaguru Said dulu. Tak ada yang tahu apa jadi pada keris yang dia gunakan untuk mengawal benda tu.” Kata Wak Seman, mengukuhkan apa yang Manap dengar sebelum ini.
    “Selagi benda tu tak dikeluarkan dari kampung ni, tak ada apa yang kami boleh buat.” Wak Seman seperti putus asa.
    Wak Seman melihat langit. “Lebih baik kau pergi sekarang. Hari dah beransur senja. Aku tak nak ada benda tak elok berlaku lagi.”
    Belum sempat dia membuka mulut untuk bertanya lagi, Wak Seman sudah bangkit dan masuk ke rumah. Manap terpinga-pinga kerana bahan yang dikumpulnya belum cukup mantap untuk disajikan dalam artikel Seramania majalah Mistiq.
    Ketika itu dia terdengar suara mendengus bersama gemerincing bunyi rantai. Dia mencuri-curi dengar untuk mencari punca bunyi itu. Ia datang dari sisi rumah. Bunyi suara mendengus dan rantai semakin kuat. Seolah-olah seseorang sedang meronta cuba melepaskan diri. Yang ada hanya ruang dinding dengan tingkap Naco yang tertutup rapat.
    Semasa dia terjengah-jengah, dia terlihat sepasang mata terjegil melihat ke arahnya dari bilah cermin yang tergelongsor turun sedikit dari pendakap besi. Mata manusia itu kelihatan ganas seperti milik seekor binatang buas. Kerana tergamam, Manap merenung mata itu tanpa berkelip. Manusia di balik tingkap itu mendesah dengan kuat seperti lembu jantan. Gemerincing besi rantai semakin nyaring.
    “Apa kau buat kat sini lagi? Aku dah kata pergi! Kenapa kau degil sangat hah?! Pergi! PERGI!!” Jerkah Wak Seman sambil menarik bahagian bahu baju Manap.
    Manap menggeletar satu badan ketika dia menuju ke arah keretanya. Nafasnya turun naik seperti baru selesai berlari marathon. Degup jantungnya tidak sekata. Dalam keadaan terketar-ketar dia menghidupkan enjin kereta.
    Bayangan kedua biji mata tadi menyerabutkan kepala Manap. Bersama kata-kata amaran penduduk kampung itu tentang jangan menenung ke dalam kedua mata itu.
    Apa yang aku dah lakukan ni? Bisik hati Manap yang terasa resah.

    SEMAKIN jauh Manap pergi meninggalkan rumah Wak Seman semakin reda perasaan resah dan bercelaru tadi.
    “Nyaris-nyaris aku membahayakan diri aku tadi. Nasib baik Wak Seman perasan aku ada kat situ. Kalau tak, huh! Entah apalah nasib aku.” Bebel Manap sendirian dengan perasaan lega.
    Sudah hampir setengah jam dia memandu, tetapi masih belum berjumpa jalan besar. Malah kedai kopi tadi pun tidak kelihatan. Dia melihat jam. Hari sudah beransur senja.
    Jalan yang dilalui agak sempit dan tidak bertar atau berbatu kerikil. Pokok-pokok di kiri dan kanan jalan juga semakin tebal dan nampak tidak berjaga.
    Kereta terasa berat dengan tiba-tiba.
    “Apa hal pulak ni?” Manap merungut.
    Dia memberhentikan kereta dan keluar. Tayar belakang sebelah kanan pancit.
    “Aduh! Lepas satu, satu.” Dia melihat sekeliling. Tiada sesiapa atau kawasan rumah yang berdekatan.
    Dengan tidak bersemangat, dia mencari jack dan mengeluarkan tayar ganti dari bonet kereta.
    “Entah apalah pulak lepas ni?” Omel Manap sambil menukar tayar.
    Nat tayar agak ketat menyebabkan masa yang diambil agak lama untuk menanggalkan tayar yang bocor. Setelah terkial-kial cuba menanggalkannya, akhirnya Manap berjaya. Namun hari sudah beransur senja.
    Timbul rasa seram melihat kawasan tidak berorang itu. Suasana kelam menambahkan rasa risau. Lekas-lekas Manap beredar untuk mencari jalan utama. Dia mencapai telefon. Tiada sebarang signal di situ.
    Perasaan cuak mula bersarang. Ditambah dengan bayangan renungan tajam mata Opie yang dilihat tadi. Mata Manap menangkap sesuatu melintas di belakang melalui cermin atas. Dia meneguk liur. Dia pasti kelibat itu seperti manusia, tetapi gerakannya terlalu pantas.
    Dalam rembang senja, bulu roma Manap mula meremang keras. Dia berjaya keluar dari jalan yang sempit dan menemui jalan lebih besar. Tetapi jalan itu juga lengang dengan kelapa sawit di kiri kanan jalan. Puas dia mencari petanda untuk menuju ke jalan utama, tetapi gagal. Malah tiada sebuah rumah pun yang ada di situ.
    Akhirnya dia terlihat seorag pemuda sedang berjalan dengan perlahan di tepi jalan.
    “Nasib baik ada orang. Boleh aku tanya dia.” Bisik Manap dengan perasaan lega. Walaupun terdetik rasa pelik melihat seseorang berada di situ berseorangan, di tempat lengang.
    “Saudara, boleh saya tumpang tanya?” tegur Manap.
    Lelaki itu tidak berpaling. Dia hanya tercegat kaku.
    “Saya tersesat. Boleh tunjukkan arah ke jalan besar.”
    Lelaki itu berpaling dengan perlahan. Jantung Manap terasa ingin luruh apabila melihat renungan mata lelaki itu. Renungan yang sama seperti mata yang dilihat di rumah Wak Seman.
    “Opie?”tanya Manap dalam keadaan gementar.
    Lelaki itu menerkam melalui cermin tingkap kereta yang terdedah. Leher Manap dimamah seperti singa lapar melapah kambing yang tidak berdaya.
    Manap hanya mampu melihat darah likat mengalir hangat dari lehernya. Kemudian perutnya pula menjadi sasaran. Bajunya dirabakkan dan perutnya dikoyak. Segala organ dalaman direntap keluar dan dimamah dengan rakus oleh lelaki itu.
    Manap hanya mampu melihat keadaan tubuhnya yang begitu ngeri semasa nyawa hampir meninggalkan tubuhnya. Ketika dia memejamkan mata, dia masih mendengar desahan rakus makhluk yang meratah tubuhnya.
    Hinggalah segalanya sunyi dan gelap pekat.

    SEKIAN

    Maaf, anda gagal menyelesaikan kes berkaitan penunggu Gunung.

    Untuk mula semula, kembali ke BAHAGIAN 1


    3 comments:

    1. x berjaya lagi...kembali ke bahagian 1..huhu

      ReplyDelete
    2. Ya. Kalau nak baca yang lebih panjang, boleh dapatkan novel interaktif Misteri Mimpi Yana. Ada di kebanyakan kedai buku MPH dan Kinokuniya.

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

    Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?