PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 7 Disember 2016

MiSTiQ: PENUNGGU GUNUNG BAH.5


BAHAGIAN 5

MANAP menjawab, “Saya sebenarnya tengah tunggu kawan-kawan untuk mendaki ni. Tapi dah dekat berapa jam tak sampai lagi. Tak salah kalau saya ikut naik dengan lori ni sekejap.”
“Baguslah kalau macam tu. Naiklah.” Kata lelaki itu.
Semasa lori mula bergerak, lelaki itu mengenalkan diri sebagai Daud.
“Dah lama kerja angkut tanah dari gunung ni untuk buat labu sayong?” Manap bersedia dengan buku catitan di tangan, walaupun keadaan lori adakala menyukarkan untuk menulis.
“Dekat sepuluh tahun. Dulu kawasan tanah tu rata, sekarang dah macam kawah.” Jawab Daud.
“Ada apa-apa pengalaman pelik semenjak bekerja di tempat ni?”
“Baru-baru ni ada. Masa menggali, saya terdengar suara melolong dari dalam lubang tu. Macam mengaum ada, macam merintih pun ada. Bergema kat tempat tu.”
“Tahu apa puncanya?”
“Entah. Tapi kat kawasan ni memang dah terkenal kisah mahaguru buang saka dia kat gunung ni. Ramai percaya keris dengan benda yang terperangkap tu ditanam kat sini.”
Manap sibuk mencatit.
“Tapi sampai sekarang tak tahu apa jadi pada keris dengan benda tu. Ada yang kata benda tu dah bebas. Entahlah. Saya pun tak tahu menahu.”
“Ada apa-apa kejadian buruk yang berlaku tak?” Manap berhenti mencatit.
“Yang saya dengar ada ke budak tersampuk sampai kampung dia huru-hara. Entah apa jadi sekarang saya pun tak tahu. Tempat macam ni memang jadi tempat tinggal bermacam makhluk halus. Kalau tak cukup persediaan, memang menanggunglah jawabnya.”
“Kenapa pilih tanah kat kawasan gunung ni buat labu sayong?”
Daud tersengih. “Panjang ceritanya. Bermula dengan datuk orang yang buat bisnes labu sayong ni sekarang. Dia selalu ke sini untuk cari akar kayu. Buat ubat dan majun. Ada kawasan tu memang banyak tongkat ali. Satu malam dia mimpi ada orang tua suruh dia buat labu sayong dari satu kawasan tanah liat kat sini. Mula-mula dia tak percaya. Tapi dia cuba juga. Lepas tu dia dapat mimpi air dari labu sayong yang dia buat dapat mengubat sihir dan macam-macam penyakit berkaitan makhluk halus. Dia pun cuba. Memang betul. Lepas tu ramai yang datang berubat dengan dia. Labu sayong yang dia buat pun makin laris. Sebab tu sampai sekarang tak putus-putus dia ambil bekalan tanah untuk buat labu sayong dari kawasan gunung ni.”
Manap terasa ada yang tidak kena dengan cerita itu.
Apa kelebihan tanah tu sampai begitu luar biasa keajaibannya? Fikir Manap.
Mereka tiba di kawasan tanah yang dimaksudkan. Kawasan itu dikelilingi pokok hutan dengan aura yang agak menyeramkan. Manap tidak dapat menafikan rasa seram hingga bulu romanya mula berceracak.
“Awak selalu datang sini sorang-sorang?” Manap terasa ngeri.
Daud ketawa. “Dah biasa encik. Lagipun arwah datuk saya ada turunkan ilmu supaya dapat membenteng benda-benda ghaib yang jahat ni.”
“Ooo…” jawab Manap. Timbul rasa cuak memikirkan keadaan mereka.
Daud mengeluarkan bekas-bekas dari belakang lori. Dia mula menggali tanah di kawasan itu.
“Nak saya tolong?” Manap menawarkan diri.
“Tak apa. Saya dah biasa buat sorang-sorang.” Jawab Daud.
Semasa Daud mula menggali, Manap mengambil gambar di kawasan sekeliling.
Baru beberapa minit Daud menggali, bumi di kawasan itu dirasakan bergegar diikuti tempikan yang bergema dan nyaring. Daud terduduk di tepi lubang sambil bertempik. “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”
Dari celah lubang itu keluar sesuatu yang kelihatan seperti puting beliung hitam. Mulut Daud tidak lekang dari takbir dan bacaan ayat Quran. Kelihatan asap hitam itu cuba menghampiri Daud tetapi tidak berjaya.
Dalam keadaan tergamam, Manap tidak berdaya mengucap sepatah perkataan sekalipun. Setelah usaha menguasai Daud tidak berjaya, asap itu meluru ke arah Manap. Manap cuba berlari, tetapi belum sempat dia beredar beberapa langkah, asap itu mengelilinginya.
Beberapa saat kemudian, Daud dapat melihat asap itu masuk ke rongga mulut, hidung dan telinga Manap. Sekilas itu ia lenyap dan Manap terlantar tidak bermaya.
“Encik Manap!”

 Beberapa hari kemudian
MANAP duduk dengan kepala tersenget ke sebelah bahunya dengan mata tidak berkelip. Wajahnya kelihatan pucat dengan bibir yang berwarna samar seperti kekurangan darah. Matanya lebam dan memandang ke satu arah tanpa berkata apa-apa.
“Siapa tu?” tanya misi bernama Anisah kepada seorang lagi misi bernama Rugayah.
“Wartawan majalah Mistiq. Dia naik ke gunung sebab nak cari bahan untuk artikel dia. Ada benda dah rasuk dia.” Jawab Rugayah dengan bibir terjengkit-jengkit. Tahi lalat di tepi bibir turut bergerak-gerak semasa dia berceloteh.
“Kesiannya,” kata Anisah.
“Bodoh! Siapa suruh menghantar ajal ke tempat macam tu? Dah tahu tempat tu keras, sanggup buat benda pelik-pelik. Sekarang siapa yang susah?” Bebel Rugayah.
“Hish engkau ni! Cakap tu cuba tapis sikit. Dia boleh dengar tau tak?” Tegur Anisah.
“Alah, orang dah tak siuman macam tu, apa yang dia boleh dia faham?” Rugayah begitu yakin.
Tanpa disedari kedua misi itu, mata Manap beralih melihat belakang tubuh Rugayah.
Tiada siapa yang mengetahui nasib Rugayah esok pagi. Bahawa dia akan ditemui terlantar tidak bernyawa di koridor hospital sakit jiwa itu dengan mata terbeliak dalam keadaan dadanya terkopak. Sebahagian besar organ dalamannya sudah tiada lagi.

SEKIAN

Maaf, anda gagal menyelesaikan kes misteri yang sedang dibuat liputan oleh Manap.

Untuk mula semula, kembali ke BAHAGIAN 1.


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?