PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 9 Oktober 2016

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.5

BAHAGIAN 5

“Cik! Ke tepi! Ada keretapi tu!” Pekik Manap.

Dia panik. Dia tidak tergamak turun untuk menyelamatkan gadis itu yang dilihat seperti menghadapi masalah psikologi.

Manap terpandang petugas stesen yang ada tidak jauh darinya. Dia meluru ke arah lelaki itu.

“Ada perempuan kat rel tu!” pekik Manap.

Lelaki itu hanya tercegat berdiri, seolah-olah tiada perasaan melihat kejadian cemas tu.

“Apa kena dengan dia ni?” Manap bengang setelah melihat keretapi semakin hampir. Begitu juga lelaki yang ada di situ.

“Kenapa encik?” tanya petugas itu.

“Kenapa kau tanya? Kau tak nampak tu?” jerkah Manap dalam keadaan panik dan bengang.

“Encik, bawa istighfar. Baca ayat kursi.” Katanya sebelum dia juga mengalunkan bacaan yang sama.

“Kenapa dengan kau ni? Ini bukan masanya. Sekarang nyawa perempuan tu lagi penting! Apa kena dengan kau ni?” Manap seperti orang hilang akal.


Gadis itu memandang Manap tanpa ekspresi. Manap hanya mampu melihat keretapi itu melanggar gadis yang malang itu. Manap menutup mata kerana tidak sanggup melihat adegan ngeri itu. Yang dia dengar hanya alunan bacaan ayatul kursi dan bunyi keretapi yang semakin sayup menghilang.

Akhirnya Manap membuka mata. Lengang.

Tiada bunyi keretapi. Malah tiada keretapi di depannya. Yang ada hanya rel yang kosong tanpa keretapi sama ada yang berhenti atau masih bergerak. Malah suasana sunyi dengan bunyi cengkerik setelah bacaan ayat kursi tadi selesai.

Manap terpinga-pinga seperti orang hilang akal. Hampir-hampir dia terjelepuk ke lantai dengan pengalaman yang cukup menguji kewarasannya.

Lelaki itu memapah Manap duduk di kerusi.

Setelah beberapa orang petugas tiba dan Manap diberi minum air kosong, baru semangatnya mula pulih.


MANAP nekad ingin bertemu dengan pensyarah bernama Bakri. Dia syak jawapannya ada pada lelaki itu. Setelah mendapatkan maklumat tentang rupa lelaki itu dan kenderaan yang digunakan, Manap menunggu di kawasan parkir pensyarah.

Akhirnya dia ternampak kelibat lelaki itu.

“Encik Bakri!” panggil Manap.

Lelaki berkemeja belang-belang itu menoleh.

“Maaf mengganggu. Saya Abdul Manap, wartawan dari majalah Mistiq. Saya nak tanya beberapa perkara tentang  kejadian misteri dalam komuter.”

Lelaki itu melirik bosan. “Bilalah nak habis soalan tentang kes misteri tu? Dah beberapa lama pun masih ada yang teruja lagi kan?” Sindir Bakri.

“Untuk pengetahuan Encik Bakri, saya nyaris jadi mangsa malam tadi disebabkan kes ini.  Sekurang-kurangnya Encik Bakri dengar dulu apa yang saya alami malam tadi.”

Ada riak prihatin pada wajah Bakri mendengar kata-kata Manap. “Baiklah. Ikut saya.”

“Encik Bakri kenal dengan gadis yang mati bunuh diri di lombong hampir sepuluh tahun yang lepas?” tanya Manap.

“Boleh tak simpan semua soalan awak dan tanya dalam bilik saya? Tempat ni terlalu terbuka untuk kita bercerita.” Kata Bakri.

“Maafkan saya.” Jawab Manap. Dia dapat rasakan kehadirannya tidak berapa disenangi oleh Bakri.
Setibanya di bilik Bakri, mereka terus mengambil tempat duduk. Kemudian Manap mula berkongsi apa yang dialami malam tadi.

“Gadis yang awak maksudkan tu, namanya Mastura. Dia pelajar yang pendiam dan tak banyak bercakap.  Tak mustahil kalau dia lakukan benda yang tak masuk akal seperti itu.”

Manap kurang selesa mendengar tuduhan Bakri sebagai seorang pensyarah.

“Ada bukti yang dia menghidap sebarang penyakit mental seperti yang Encik Bakri kata tu?”
Bakri senyum. “Tak ada. Tapi saya kenal hampir semua pelajar di U dan saya boleh baca dari perwatakan mereka.”

“Masa tu belum ada tasik seperti yang ada sekarang. Lombong tu nampak tak menarik. Tapi sekarang dah cantik. Ada tempat jogging dan kawasan lapang yang boleh digunakan untuk tujuan rekreasi. Sebab tu saya jalankan aktiviti kelab dengan pelajar saya di sana.”

“Ooo… tapi macam mana benda… maksud saya makhluk ghaib tu boleh ikut rombongan dari U sampai ke komuter?”

Soalan Manap menyebabkan Bakri jadi kurang selesa. Dia beralih gaya duduk. Malah sempat Manap melihat dia meneguk liur.

“Entahlah. Mungkin ada pelajar yang datang bulan. Encik tahulah kan… benda-benda macam tu suka mengacau budak perempuan yang tengah berkibar bendera merah mereka.” Bakri ketawa dengan lawaknya sendiri.

Namun Manap tidak terkesan. Dia masih mengekalkan wajah serius.

“Pelik kan? Benda tu hanya mengacau masa kumpulan pelajar… dan Encik Bakri masuk ke dalam tren. Dan seolah-olah sedang menunggu di dalam tren. Kenapa dia tak ikut balik?” Manap sekadar menguji.

“Mungkin kerana saya sempat baca beberapa ayat ruqyah semasa dalam tren. Saya dah syak benda tu tengok saya di tepi tasik lagi.”

Manap tersedar sesuatu yang pelik dalam jawapan Bakri.

“Encik Bakri, masa saya nampak benda tu di stesen, saya tak sangka dia bukan manusia. Sebab dia pakai baju kurung dan selendang putih. Rupanya sebiji macam manusia biasa. Macam mana encik tahu benda tu makhluk halus.”

Riak Bakri berubah, seolah-olah dia sudah terkantoi. “Err… saya ada kuliah lepas ni. Saya perlu siapkan bahan sebelum masuk ke dewan. Boleh kita sambung perbincangan ni lain kali.”

“Baiklah. Boleh saya tengok gambar pelajar Encik Bakri yang mati di lombong dulu? Sebab saya belum berkesempatan tengok lagi.”

“Boleh. Pelajar?” Bakri ketawa. “Apa awak merepek ni? Saya nampak tua sangat ke?” katanya sambil mengakses fail dari laptopnya.

“Kalau macam tu, macam mana encik boleh kenal sangat dengan Mastura?”

“Saya bekas pelajar kat U ni. Habis belajar saya terus apply untuk mengajar di sini. Ini gambarnya.”

Manap melihat gambar lama di skrin laptop Bakri. Segala-galanya seperti cebisan teka-teki yang bercantum tanpa diduga. Bakri perasan perubahan riak wajah Manap.

“Kenapa? Awak kenal dengan dia?” tanya Bakri.

“Untuk pengetahuan Encik Bakri, inilah perempuan yang saya nampak di stesen komuter semalam.”

“Mustahil! Dia dah mati di lombong hampir sepuluh tahun lepas.” Bakri menggelabah.

“Macam mana Encik Bakri pasti sangat? Mayatnya masih tak ditemui sampai sekarang.” Gaya Manap persis seorang inspektor polis tanpa tauliah.

“Sebab… sebab… sebab saya ada kat sana malam tu!” Naluri Bakri akhirnya tewas.

Manap yang bersandar tadi menongkat tangannya di meja. “Apa yang sebenarnya berlaku Encik Bakri?” Gayanya seperti memujuk.

“Kenapa saya nak beritahu awak? Supaya awak boleh jaja kisah saya dalam majalah, macam tu? Malukan saya!” Bakri mula beremosi.

“Encik Bakri, sama ada benda yang mengacau itu adalah roh Mastura yang tergantung di dunia ini… atau benda ghaib yang tahu apa yang berlaku malam itu… dalam kedua-dua kes, ada yang menuntut pembelaan atas apa yang berlaku.” Pujuk Manap.

Bakri bersandar sambil cuba menenangkan diri. Beberapa kali nafas dihela dan dilepaskan sebelum mula bercerita.

“Sebenarnya saya kenal dengan Mastura. Bukan sekadar kawan, tapi lebih dari itu. Kami… pasangan kekasih. Kami selalu pergi ke pinggir lombong tu untuk… awak tahu apa yang saya maksudkan.”

Manap hanya mendengar tanpa mencatat apa-apa.

“Akhirnya dia berbadan dua. Kami berjumpa di sana dan dia mengugut saya. Dia akan bunuh diri kalau saya tak lamar dia. Saya panik sebab takut nak beritahu keluarga saya. Saya takut dimalukan kerana perbuatan kami. Saya cuba pujuk dia, tapi dia nampak macam dah nekad. Akhirnya dia terjun ke dalam lombong. Tak ada siapa tahu kami ada hubungan sulit. Tak ada siapa tahu juga kami keluar malam tu, sebab kami datang berasingan.” Raut wajah Bakri mengukir rasa sesal yang tidak terucap.

“Apa yang Encik Bakri nak buat sekarang? Saya dah tahu rahsia ni.” Tanya Manap.

“Tolong jangan sebarkan pada sesiapa. Saya takut malu.”

“Encik Bakri, mati itu pasti. Suatu masa nanti kita pasti akan menempuh detik itu. Persoalannya bagaimana keadaan kita ketika itu. Adakah kita ahli syurga atau neraka?”

Bakri tunduk mendengar.

“Mahu tak mahu kita pasti berhadapan dengan detik di mana kita akan dipertanggungjawabkan dengan segala perbuatan kita di dunia ini, baik atau buruk. Cuma perbezaannya, sekiranya kita dimalukan di dunia, masih ada masa untuk kita perbaiki keadaan. Pintu taubat masih terbuka.”

Bakri cuba menahan sebak.

“Perbaiki keadaan Encik Bakri. Beritahu keluarga encik dan arwah. Adakan majlis tahlil dan doakan untuk arwah. Mudah-mudahan rohnya tenang selepas ini.”

Bakri mengangguk dengan mata yang merah.

“Awak masih akan siarkan kisah ini?” Bakri risau.

“Hanya selepas Encik Bakri dedahkan kepada umum apa yang berlaku. Ini kad saya. Hubungi lepas semuanya selesai.” Kata Manap sambil menghulurkan kad namanya.

Bakri angguk. “Terima kasih.”


MANAP membaca kisah berjudul Misteri Gadis Komuter dalam segmen Seramania majalah Mistiq. Dia tersenyum puas setelah selesai.

“Wow!” Zali muncul di sebelah meja Manap seperti biasa.

“Apa yang wow?” Manap tersengih.

“Kau dah macam inspektor polis… atau penyiasat persendirian. Kau pasti kau tak salah kerjaya?” Usik Zali.

“Haha… pandai melawak juga kau ni ya.” Manap ketawa.

“Aku serius ni. Jangan bos expect terlampau tinggi dengan kau lepas ni cukuplah. Kau dah set bar yang tinggi sangat ni!” Usiknya lagi.

“Kalau dia expect tinggi dan aku tak mampu capai pun apa salahnya. Asalkan aku dah cuba yang terbaik. Bukan buat kerja sambil lewa.”

“Ewah ewah. Positif bukan main lagi kau ni. Macam ni cepatlah kau naik pangkat.”

“Ah! Aku tak berharap sangat semua tu. Tapi kalau betul pun, apa salahnya. Hahaha.”

Mereka berderai dengan tawa.

“Cuma satu yang aku tak faham.” Berkerut dahi Manap.

“Apa yang kau tak faham?”

“Benda yang aku nampak masa mula-mula di stesen tu rupanya macam manusia dengan riak wajah yang bersih. Tapi yang di rel tu, rupanya menyeramkan sikit. Aku rasa… aku nampak dia menangis air mata darah.”

“Hah? Kau jangan main-main Manap. Meremang bulu roma aku ni.” Zali menunjuk lengannya.

“Aku rasa… macam yang di platform dengan rel tu… dua entiti yang berlainan.”

“Aku tak fahamlah,” Zali seperti meminta penjelasan.

“Ah! Tak apalah. Aku pun tak faham sebenarnya.”


MANAP balik lewat malam itu. Semangat berkobar-kobar setelah berjaya menyiapkan kisah tentang Bakri dan misteri kehilangan Mastura. Dia ingin memilih kes yang perlu dibuat liputan seterusnya. Kebanyakannya kes hangat yang kekal misteri hingga kini.

Tiba-tiba dia teringat kejadian yang berlaku sebelum dia meninggalkan syarikat lama. Entah mengapa pengalaman dia mengendalikan kes Mastura menyebabkan perasaan seram itu hilang sedikit. Malah teruja untuk membongkar kes-kes misteri yang lain dan dijadikan bahan artikel yang maklumatnya lain dari yang lain. Pengalaman yang cukup sureal.

Hinggalah dia teringat kemunculan tiba-tiba orang tua setelah blackout. Rasa seram itu begitu ketara. Terus dia berkemas dan sedia untuk pulang.

Semasa dia berada di tempat parkir dan membuka pintu, orang tua itu muncul lagi.

“Kau bernasib baik kali ini. Jangan fikir kau dapat kekalkan kejayaan kau. Tersilap langkah, kau akan tergelincir… macam yang telah cuba sebelum kau. Hati-hati.”

“Siapa pak cik ni sebenarnya?” tanya Manap sambil melihat beg yang sedang dicampakkan ke dalam kereta.

Hanya sekilas pandangannya beralih, lelaki itu telah lenyap seperti sebelum ini.

Dengan bulu roma yang meremang, Manap menghidupkan enjin kereta dan beredar.


Nota penulis:
Tahniah, anda telah berjaya menyelesaikan tugas Manap dengan selamat dan merungkai misteri gadis komuter.

Untuk mula semula dan membaca pilihan yang lain, pergi ke BAHAGIAN 1.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?