PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sabtu, 15 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 2)

BAB 2




Ada beberapa perkara yang menjengkelkan Mona ketika bekerja di Master Creative Media.

Pertama, adalah sikap bossy Azli, pengurus dan anak kesayangan Dato' Harriz. Berlagak mengalahkan CEO syarikat. Setiap kali dipanggil ke pejabatnya, Mona rasa meluat tahap 200 juta. Tapi kerana mengenangkan dia masih sayangkan kerja ini, dia terpaksa. Langkah diatur dengan rasa hati yang berat dan dipenuhi bebelan yang hanya boleh didengar dirinya sendiri. Kadang-kadang sumpah-seranah pun ada.

Kedua adalah Amirul. Kalau ikut hati, memang sudah lama dia pecat pereka grafik yang kuat mengampu bos. Yang peliknya hanya bos lelaki, dan bukan bos perempuan seperti Mona. Kalau arahan daripada Azli, suruh kutip sampah pun dia sanggup.

Perkara ketiga jarang berlaku. Tetapi kalau ia terjadi, memang lebih teruk daripada perkara pertama dan kedua. Dan pagi ini nampaknya Mona terpaksa berhadapan dengan yang ini.

Apa yang dimaksudkan adalah kunjungan di pejabat oleh Juanita, isteri kedua Dato' Harriz atau yang selalu mereka rujuk sebagai Mem (Ma'am) Muda.

Pagi itu ada perbincangan di bilik mesyuarat Master Creative Media. Mona ada bersama Dato' Harriz, Azli dan beberapa orang kakitangan yang terlibat secara langsung dengan sebuah projek besar.

Dato' Harriz sedang bercakap ketika Sharon, pembantu peribadinya mengetuk pintu dan masuk. Belum sempat Sharon bersuara, seorang wanita lagi masuk tanpa diundang. Dia bukan kakitangan syarikat, atau klien, atau kontraktor syarikat. Dia adalah Juanita.

"Darling!" Suaranya lantang sambil melangkah dengan gaya model ke arah Dato' Harriz yang sedang mengepalai mesyuarat.


"Sayang, kan abang dah kata jangan ke ofis sesuka hati. Nanti apa staff kata." Dato' Harriz serba salah. Dia cuba merendahkan suara, namun dalam keadaan lengang begitu semua yang ada boleh mendengar kata-katanya.

"I rindu pada you sayang. Dah berapa hari you tak balik rumah." Juanita bersuara seksi. Persis drama Sepanyol yang dialih bahasa.

Mona menahan perasaan meluat. Kalau ada baldi, sudah pasti sarapan sandwich pagi tadi akan keluar bersama green tea yang dibancuh tanpa gula.

Pada masa yang sama dia rasa kasihan melihat Dato' Harriz yang dimalukan sebegitu. Walaupun baginya, Dato' Harriz 'mencari pasal' dengan berkahwin dengan perempuan seperti itu, tetapi jauh di sudut hati dia bersimpati dengan nasib yang diterima lelaki itu dek angkara isteri keduanya, juga emak tiri Azli.

'Malang sungguh Dato' dapat perempuan macam tu. Walaupun dia spesis yang sama macam aku, tapi aku malu sebab dia memberi nama buruk kepada kaum hawa. Tapi salah Dato' juga. Entah macam mana dia boleh terpikat dengan perempuan gedik macam tu. Entah-entah kena mandrem agaknya.' Mona melayan perasaan dengan harapan rasa 'loya' dapat dikurangkan.

"Sayang. I nak ajak you pergi lunch." Suara Juanita seksi. Entah-entah ada pekerja lelaki yang turut jatuh cinta dengan suaranya yang menggoda.

"Kenapa tak call aje? SMS pun boleh."

"Habis dari pagi tadi you tak jawab telefon. I takut juga kalau you dah berubah hati. Entah-entah dah mula nak pasang tiga." Juanita menjeling ke arah staff perempuan yang ada di situ, termasuk Mona.

Ada yang tersenyum sinis mendengar, namun cuba disembunyikan daripada Dato' Harriz. Lelaki itu juga nampaknya sudah mula rimas. "Memanglah tak jawab. Sebab abang dalam meeting. Jom kita bincang kat luar." Dia menarik lembut tangan Juanita.
                                             
"Kita break sekejap. Nanti kita sambung lagi." Suara Dato' Harriz sebelum meninggalkan bilik mesyuarat.

Mona cuba mengagak perasaan Azli setelah melihat kerenah ibu tiri muda itu, namun Azli terlalu bijak menyembunyikan perasaan. Dia melayan sesuatu di telefon iPhone miliknya. Mungkin Facebook atau Twitter, tapi Mona malas hendak ambil pusing.

***

Usai mesyuarat, Mona berjalan ke petak tempat dia bekerja. Ruang luas pejabat itu dibahagikan dengan dinding paras dada untuk memberi privasi kepada para kakitangan dengan petak-petak berasingan.

Semasa melintas di hadapan pantry, dia ternampak Arie sedang terhendap-hendap, seperti sedang bersembunyi daripada seseorang.

"Kenapa awak ni Arie?" Dahi Mona berkerut.

"Eh, err... tak ada apa-apa Cik Mona." Arie menggelabah.

"Tak payahlah awak nak cuba rahsiakan dari saya. Nampak cara awak ni pun saya dah tahu ada yang tak kena."

Arie mengintai ke kiri dan kanan koridor. Kemudian dia menutup pintu pantry.

"Saya dah buat salah Cik Mona. Pagi tadi masa hantar Mem Muda ke sini, kereta bos accident." Arie mula bersuara.

"Macam mana boleh accident?"

"Saya pun tak tahu. Masa tu Mem Muda tengah bising berborak dalam telefon. Agaknya saya rimas sangat sampai tak sempat brek. Entahlah susah saya nak agak sebabnya."

"Habis tu, apa masalahnya?"

"Mem muda tak kasi saya claim. Dia suruh saya bayar sendiri."

"Teruknya!" Mona beremosi.

'Kalau dengan staff bukan main berkira. Yang dia menghabiskan duit laki dia joli sana joli sini tu boleh pulak!' Mona melepas geram dalam hati.

"Saya nak beritahu bos, tapi rupa-rupanya Mem Muda dah beritahu dulu. Cik Mona pun tahulah bos kita tu kan. Kalau Mem Muda cakap apa, semuanya betul. Sekarang dia suruh saya bayar sendiri kos kerosakan tu. Memanglah tak teruk sangat rosaknya. Tapi ini kereta Volvo! Mana saya ada duit banyak tu Cik Mona. Kalau kereta kancil bolehlah."

"Awak biasa hantar servis kereta bos kat mana?"

"Tempat Ah Seng."

"Eh, bukan kat pusat servis Volvo?"

"Cik Mona ni macam tak kenal bos. Ikut sangat cakap bini. Agaknya kalau jimat kos servis kereta tu, boleh dia berjoli lebih sikit." Sindir Arie.

Mona terdiam seketika, cuba mencari ilham.

"Saya ada idea. Awak hantar kereta ke Ah Seng macam biasa, tapi bil tu biar atas nama saya. Tapi atas bil tu letak nama awak. Nanti biar saya deal dengan Ah Seng."

"Eh, apa ni Cik Mona? Ini masalah saya, bukan masalah Cik Mona."

"Tak apa. Nanti biar saya slow talk dengan Dato'. Kalau dia tak setujupun, tak apalah. Biar saya yang tanggung kos tu."

"Eh, tak boleh macam tu. Saya tak nak libatkan Cik Mona dalam hal ni."

"Habis awak nak buat macam mana? Nak tolak gaji awak? Awak nak bayar sendiri?"

Arie terdiam. Sedikit sebanyak dia termakan kata-kata Mona.

"Terima kasih Cik Mona. Saya tak sangka ada juga orang macam Cik Mona yang sanggup tolong saya dalam keadaan terdesak macam ni. Kalau tak, tak tahulah apa ikhtiar saya lagi."

"Dah, jangan difikirkan sangat lagi. Pergi hantar kereta ni cepat."

"Baik Cik Mona. Terima kasih." Arie tersengih-sengih meninggalkan Mona di bilik pantry.

Dada Mona terasa lapang selepas menghulurkan bantuan kepada seorang insan lagi. Bukan dia inginkan balasan, tetapi perasaan yang istimewa ini yang menyebabkan dia tidak berkira tentang wang.

'Hari ini hari dia. Entah esok lusa, hari aku pulak.' Mona tersenyum simpul ketika meninggalkan tempat itu.

***

Tengah hari itu Azli memanggil Mona ke pejabat.

"Meeting dengan Mawar Cosmetics dah reschedule Isnin depan." Kata-kata Azli umpama kilat memancar ke jantung Mona. Ia terhenti seketika kemudian berdegup kencang.

"Bukan lagi dua minggu ke Encik Azli? Kenapa tak minta tangguh?" Mona mencuba nasib.

"Awak dah lupa pesanan Dato'. Customer always right. Terutamanya dalam bidang pengiklanan macam kita." Bidas Azli.

'Kau cakap senanglah. Bukan kau yang buat. Aku yang kena siapkan proposal ni!' Bentak Mona dalam diam.

"Klien kita kena pergi overseas. Sebab tu dia nak percepatkan tengok proposal yang kita buat."

"Takkan tak boleh guna telekonferens. Zaman ni dah ada internet, boleh berhubung guna Skype, Facebook atau emel."

"Sekarang ni siapa bos? Siapa yang buat keputusan? Awak atau saya?" Azli merenung tajam muka Mona.

Mona terdiam. Mahu rasanya dia mencungkil biji mata Azli yang tidak berhati perut itu.

"Tapi saya terpaksa siapkan proposal D'Ferns dulu. Saya kena submit sebelum hujung minggu ni."

"Projek D'Ferns tak siap lagi? Apa yang awak buat? Makan gaji buta kat ofis ni?" Selar Azli.

Mona terkedu. Kalau ikut hati mahu rasanya dia menempelak lelaki itu. Tetapi kerana dia masih seorang pekerja, dia menyimpan hasrat itu.

"Amirul lambat siapkan storyboard. Kak Rose emergency leave hari tu. Banyak kerja saya terpaksa cover."

"I'm so disappointed with you Mona. Awak tergamak salahkan orang lain semata-mata nak tutup kesilapan awak sendiri. Dan sifat malas awak tu. Saya dah tak ada masa nak layan kerenah awak lagi. Baik awak pergi siapkan semua proposal tu. Hari Isnin ni, pastikan proposal Mawar Cosmetics dah ada atas meja saya. Faham?" Suara Azli meninggi tanpa menghiraukan keadaan Mona yang terpinga-pinga.

Mona berjalan keluar dari pejabat Azli. Satu ledakan bom telah berlaku dalam dirinya. Hanya terzahir pada matanya yang merah berair, dan wajahnya yang merah padam.

***

Mona masih mampu mengekalkan kesiuman ketika berhadapan dengan Amirul.

"Saya nak awak overtime dengan saya malam ni untuk siapkan proposal Mawar Cosmetics." Suara Mona tenang, walaupun tidak menggambarkan apa yang bersarang dalam hatinya.

"Alamak Cik Mona. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya kena siapkan kerja yang Encik Azli bagi."

"Tapi yang ini penting. Kena hantar Isnin depan. Saya perlukan kemahiran awak untuk tolong saya." Mona cuba bertegas.

"Kalau Cik Mona betul-betul perlukan saya, pergilah jumpa Encik Azli sendiri. Saya tak berani bantah arahan dia." Amirul buat muka seposen macam biasa.

Mona mengeluh panjang sebelum meninggalkan Amirul. Dia tidak berjumpa dengan Azli kerana dia sudah tahu jawapannya.

'Bukan aku tak tahu. Mereka berdua memang dah berkomplot. Silap haribulan aku yang kena balik sebab cuba libatkan Amirul. Tak apa, aku akan buktikan yang aku mampu siapkan proposal ni seorang diri. Aku akan tunjukkan pada Dato'. Masa tu aku nak tengok macam mana muka Azli.'

Mona menggetap bibir.

***

Mona cuba menahan perasaan yang bercampur baur ketika itu. Sedih, kesal, kecewa, marah dan macam-macam lagi. Banyak perkara yang perlu dibuat berkaitan dengan projek Mawar Cosmetics. Dalam keadaan tertekan ini, minda kreatif yang biasanya mengalir bagai air terjun yang deras seperti sedang dilanda kemarau. Kontang dan gersang. Air mata sahaja yang masih segan dan silu untuk keluar. Hanya berpaut di tubir, menunggu masa yang sesuai untuk melimpah keluar.

'Inikah harga yang aku perlu bayar untuk mendaki tangga kerjaya yang aku idamkan? Kenapa impian tidak semudah yang aku sangkakan? Kenapa mesti ada manusia seperti Azli? Yang hanya tahu menyusahkan orang lain, tanpa ada rasa simpati atau tolak ansur.' Mona melayan perasaan.

Entah mengapa wajah tua ibunya singgah.

"Buat apa kau kejar sangat kerjaya kau tu? Kita ni orang perempuan. Macam mana hebat sekalipun, akhirnya ke dapur juga." Pesan ibunya suatu masa dulu.

"Itu zaman dulu, mak. Zaman sekarang ni perempuan pun dah mampu bersaing dengan lelaki." Mona cuba mengubah pendirian ibunya.

"Memanglah zaman dah berubah. Tapi tanggung jawab orang lelaki sebagai suami, bapa dan pemimpin keluarga tak berubah. Begitu juga tanggung jawab orang perempuan sebagai isteri dan ibu. Zaman berubah, tapi tuntutan agama tak lapuk dek zaman. Tak akan berubah dari zaman nabi hingga ke hari kiamat nanti." Nasihat ibunya yang penuh maksud tersirat yang mendalam.

Mona sememangnya tidak dapat menyangkal bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang memberati hal agama. Ayahnya seorang yang warak dan ibunya mengajar mengaji di kampung. Tetapi dia terpaksa menerima hakikat bahawa zaman sudah berubah. Dan dia perlu menyahut seruan agar wanita bersaing merebut peluang yang ada pada masa ini.

Perasaan berbelah bagi inilah yang selalu menyebabkan Mona buntu dalam membuat keputusan. Kerana mengejar cita-cita dia terpaksa ketepikan isu perkahwinan. Peluang yang ada di depan mata terlalu berharga untuk disia-siakan.

Sehinggalah perbualan bersama enam rakan semasa majlis hari jadi yang lepas merubah pendirian Mona.

'Jodoh atau kerjaya? Kedua-duanya ada cabaran yang tersendiri. Mahu atau tidak, aku terpaksa terima bahawa aku terpaksa memilih salah satu. Mustahil seorang wanita dapat mencapai kemuncak kerjaya impian tanpa mengabaikan yang satu lagi. Mampukah seorang wanita betul-betul berjaya dalam kerjaya yang dia impikan setelah menjadi seorang isteri dan ibu?'

Mona buntu. Dia benar-benar buntu. Apa yang berlaku sekarang benar-benar merupakan petanda untuk dia berpatah balik. Ini adalah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh wanita seperti dirinya.

Kebuntuan ini telah menyebabkan setitis air melimpah dari tubir.

"Cik Mona belum balik lagi?"

Suara itu menyebabkan Mona segera menyeka air mata yang tumpah. Riak wajah suram serta-merta diceriakan dengan senyuman.

"Belum lagi. Kena siapkan kerja." Suara ceria Mona yang dibuat-buat apabila melihat wanita bertudung yang tercegat di situ.

"Sorang aje? Staff lain tak tolong?" Dahi Rosesita berkerut. Mungkin dia rasa pelik melihat Mona terpaksa melakukan tugasan itu seorang diri.

"Nasib saya Kak Rose. Mungkin ini cabaran saya sebagai bos perempuan. Pekerja pun ambil kesempatan." Keluh Mona.

"Cik Mona nak buat apa malam-malam macam ni? Kenapa tak buat kat rumah? Guna laptop."

"Entahlah, saya rasa kalau buat di ofis ni ada suasana. Kalau balik rumah silap haribulan terus mengantuk. Satu apa pun tak jadi nanti."

"Ada apa-apa yang saya boleh tolong?"

"Eh, ini tak ada kaitan dengan Kak Rose. Sepatutnya staff saya yang tolong."

"Cik Mona dah lupa ya? Saya kan masih berhutang kerja copywriting yang saya tak sempat siapkan hari tu. Lepas tu Cik Mona dah tolong langsaikan hutang Along anak saya."

Mona terdiam. Senyuman terukir di bibirnya, sebagaimana dia berjaya mengembalikan senyuman Rosesita beberapa hari yang lalu.

***

Mona merebahkan tubuh ke katil. Rasa penat menyelinap ke setiap inci tubuhnya. Ini bukan pertama kali dia bekerja lewat sebegitu, tetapi keletihan malam ini memang terlampau.

Bukan kerana dia terpaksa menghantar Rosesita lewat malam itu. Bukan juga kerana kerja-kerja untuk menyiapkan proposal Mawar Cosmetics. Dia sudah dapat rangka kempen yang ingin dijalankan. Cuma perlu brainstorm beberapa perkara sebelum menghitamputihkannya di atas kertas.

Rosesita banyak membantu kerja-kerja menaip tadi. Kertas kerja proposal sudah hampir empat puluh peratus siap dengan bantuannya.

Sebenarnya apa yang disampaikan oleh Rosesita tadi yang membuat Mona tidak senang duduk.

"Cik Mona ada perasan apa-apa yang pelik di tempat kerja kita ni?" Soalan Rosesita dengan tidak disangka-sangka.

"Tak ada. Kenapa?"

"Saya bukan nak jadi kepochi, tapi saya syak macam ada sesuatu yang tak kena?"

"Kak Rose dengar dari siapa?" Mona cuba memastikan berita yang Rosesita berasal dari sumber yang sama seperti Sam.

"Memang ada dengar khabar angin di pejabat ni. Tapi... yang ini saya alami sendiri."

Mona diam tidak menjawab. Dia hanya menunggu sambungan kata-kata Rosesita.

"Tugas saya pastikan fail-fail klien dikemaskini. Tapi ada beberapa fail ni yang saya dah lama tak tengok. Bila saya tanya Encik Azli, dia marah-marah. Katanya jangan nak sibuk-sibuk ambil tahu pasal fail tu. Katanya biar dia yang handle. Tapi susah saya nak menjawab kalau Dato' tanya. Saya pun serba salah dibuatnya. Masa auditor datang hari tu jenuh saya nak menjawab. Akhirnya saya suruh dia orang rujuk pada Encik Azli. Tak tahulah apa yang jadi lepas tu."

"Saya setuju dengan apa yang Kak Rose buat tu. Buat setakat yang mampu. Selebihnya biar orang atasan yang uruskan."

"Tapi saya peliklah. Fail-fail tu semua berkaitan dengan projek Astaka Aksara. Apa yang dia nak buat dengan semua fail-fail tu?"

Mona terdiam. Entah mengapa dia sudah mula syak skandal yang dimaksudkan oleh Samantha ada berkaitan dengan Astaka Aksara.

'Aku kena tanya Sam. Mungkin dia boleh dapatkan maklumat lanjut.'

Hati Mona berbelah bahagi. Sebagaimana dia resah memikirkan sama ada untuk meneruskan kerja yang penuh cabaran di Master Creative Media atau mencari tempat yang lebih tenang dan mudah. Begitu juga dengan misi mencari Mister Right. Dia harus memikirkan masa yang perlu dibahagikan untuk kerjaya dan keluarga. Apa yang harus dia korbankan dan bertolak ansur.

Tetapi masalah yang baru dia hadapi ini lebih mencabar daripada yang lain. Dia terpaksa memikirkan risiko menyiasat skandal yang berlaku di syarikat Dato' Harriz.

'Kalau aku tersalah langkah, semuanya hancur lebur. Kerjaya aku, reputasi aku. Silap haribulan tak ada siapa lagi yang nak ambil aku bekerja.' Mona merenung kosong siling. Kepalanya terasa hangat memikirkan perkara itu, walaupun hawa dingin jelas terasa.

Dia cuba mengalihkan fikiran kepada projek Mawar Cosmetics.

'Aku dah dapat idea untuk kempen minyak wangi terbaru mereka. Ada tiga jenis wangian yang disasarkan untuk tiga jenis karakter wanita. Mawar Berduri untuk wanita yang inginkan sensualiti, bergaya seksi dan berani. Mawar Suci untuk mereka yang mementingkan kesucian dan bau lembut yang sesuai untuk dibawa dalam solat dan majlis keagamaan. Dalam erti kata lain wanita yang Islamik. Mawar Lestari untuk mereka yang aktif dan lasak. Sama ada untuk wanita berkerjaya atau yang bersukan.'

Mona membuat brainstorm di atas katil.

'Aku akan pilih tiga watak wanita dengan wajah yang sama. Setiap satu menepati ciri-ciri yang sesuai untuk tiga jenis minyak wangi Mawar.'

Mindanya tiba-tiba melencong dari landasan.

'Macam aku. Ada tiga watak dalam diri aku. Aku adalah Mawar Lestari yang sibuk dengan kerjaya hingga kadang-kadang tak ada masa untuk kehidupan peribadi. Kalaulah aku boleh asingkan sisi berani dan sisi berhati-hati aku dan menjadikan mereka sebagai confidante, senang untuk aku rujuk kalau ada apa-apa masalah.'

Mona terus dengan angan-angan pelik yang datang bertamu di minda.

'Mawar Berduri adalah sisi berani aku. Yang tak takut dengan cabaran. Tak gentar dengan masalah dan ugutan. Penampilannya mungkin lebih berani dan seksi... macam Zetty.'

Mona ketawa sendiri dengan idea yang datang menyinggah.

'Mawar Suci adalah yang bertudung, ayu dan bersopan santun. Ala perempuan Melayu terakhir gitu. Pakaiannya putih dengan tudung bermanik labuci. Perwatakan lembut macam Siti Nurhaliza.'

Mona memeluk bantal dengan senyuman meleret.

'Mawar Lestari? Itu macam aku sekarang ni. Perwatakan dan pakaiannya sama. Wah, ini memang idea bagus untuk kempen Mawar Cosmetics. Cuma perlu cari model yang lebih muda dan sesuai. Kalau aku yang jadi model, alamatnya kempen ni terus ke laut. Silap haribulan Mawar Cosmetics cari syarikat lain untuk jayakan kempen mereka.'

Mona tergelak seorang diri.

Tidak lama kemudian dia terlena dan dijemput sebuah mimpi. Mimpi yang sungguh pelik.



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?