PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 13 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 1)

BAB 1



Truut! Truut! Truut!

Mona di awang-awangan. Mimpinya diganggu.

'Ish! Kacau betul!'

Truut! Truut! Truut!

Seperti disentap keluar dari alam realiti maya atau virtual reality, dia kembali semula ke dalam ruang gelap.

Sebentar tadi dia berada di taman bunga sakura. Warna merah jambu mendominasi ruang yang dipenuhi pepohon bunga yang beberapa meter tingginya. Kelopak sakura yang gugur menyentuh pipi dan, dahi dan hidung. Suasananya segar dan menyamankan Perasaan yang sungguh sureal.

Dari kejauhan seseorang sedang menunggu. Tampan dan segak bersama jeket berwarna kelabu dan muffler merah membalut leher dan terjuntai di dada.

Senyuman itu. Tajam menusuk kalbu dengan panah asmara. Terus ke jantung.

'Siapa jejaka itu? Wajah dia persis Keith Foo. Oh!...' Senyum Mona terukir dari telinga kanan hingga telinga kini. Bantal dipeluk erat, enggan dilepaskan.

Truut! Truut! Truut!

"Hish! Kacau betul lah!"

Mona sudah terduduk di katil. Penutup mata kain satin berwarna pink dengan polka dot putih ditarik ke dahi. Matanya terkejip-kejip dek silau lampu tidur di meja sebelah kanan katil.

‘Satu hari lagi.’


Perasaan Mona bercampur-baur. Seolah-olah ada dua kuasa di dalam dirinya yang sedang bertelagah. Satu sedang menarik Mona supaya bingkas bangun bersiap. Satu lagi seolah-olah sedang menolak Mona supaya tidur semula. Mungkin mimpi bersama jejaka iras Keith Foo itu akan datang lagi.

'Malas betul nak bangun.' Gerutu hati Mona ketika wajah Dato' Harriz, Azli, Amirul dan Kak Rose silih berganti muncul di matanya. Seperti video klip Black or White Michael Jackson. Satu per satu muncul dan berubah dengan teknik morphing.

‘Satu hari lagi.’


'Tapi kalau tak kerana kerja di syarikat Dato' Harriz ni, taklah dapat aku merasa tinggal di apartment macam ni, walaupun menyewa. Honda City yang aku idam-idamkan selama ni pun dah dapat aku beli, walaupun belum habis bayar.' Mona menguatkan semangat.

'Ini kerjaya yang aku idam-idamkan sejak dulu, dan aku di atas landasan yang betul sekarang ni. Aku kena teruskan walau apapun yang menghalang.' Mona mengumpul kekuatan seperti seorang superhero sedang mengecaj bebola kuasa sebelum dilepaskan ke arah musuh.

Kuasanya telah dicaj sepenuhnya. Duvet gebu berwarna fuchsia ditebarkan dan dia duduk di tepi katil.

"Satu hari lagi." Mona bangun mencapai tuala dan menonong masuk ke bilik mandi.

Wajah jejaka ala Keith Foo kembali singgah. Mona tersenyum lebar. Tersipu-sipu.

***

Usai bersarapan dengan Bran Flakes yang bermandi dalam susu segar dan minuman jus oren segar, Mona mencapai beg eksekutif yang menyimpan laptop dan beberapa dokumen yang dibawa pulang. Ada kempen terbaru dengan sebuah syarikat produk kecantikan bumiputera. Dia perlu menyiapkan proposal untuk iklan televisyen dalam dua versi. Versi 15 saat dan 30 saat.

Mona masih ingat bagaimana dia mula tertarik dengan kerjaya di bidang pengiklanan. Menonton kompilasi video klip iklan televisyen dari serata dunia membuatkan dia jatuh cinta. Kelakar. Romantis. Saspens. Satira. Semua dipaparkan oleh iklan yang berlainan dari Amerika, Eropah dan Asia.

Mungkin dia tidak mampu menghasilkan karya seni sehebat Van Gogh dan Picasso. Atau menggarap novel sehebat Sidney Sheldon dan Jackie Collins. Tapi dengan menghasilkan iklan, dia mampu berekspresi dengan caranya sendiri. Gabungan seni kreatif dan persuasive, sebagai satu kerjaya.

Malangnya untuk merealisasi impian itu tidak semudah yang disangka. Tapi ini bukan masa untuk menoleh ke belakang.

'Genggam biar sampai jadi arang. Ramas sampai abu halus macam debu.' Api semangat Mona tiup setiap kali dia terasa seperti hendak mengalah dan menukar haluan.

Tut tut!
Honda City di pekarangan Setia Condominium berbunyi bersama cahaya lampu berkelip.

***

"Mona, Dato' nak jumpa." Suara Samantha semasa berselisih dengan Mona di ruang legar Master Creative Media . Gadis India itu mengepit fail separa lutsinar berwarna biru di dada.

"Ada apa hal pagi-pagi nak jumpa aku?" Mona musykil.

Samantha hanya menjungkit bahu.

Mona terus ke bilik CEO dengan pintu kayu jati. Organizer dan pen dikeluarkan. Mungkin ada amanat penting yang ingin disampaikan oleh Dato' Harriz.

"Assalamualaikum Dato'," Mona menjengukkan kepala selepas mengetuk pintu.

"Waalaikumsalam. Oh, Mona. Duduk."

Mona duduk dengan otak yang masih cuba mengagak sebab dia dipanggil.

"Saya dapat laporan dari klien kita, D'Ferns. Katanya dia masih belum tengok proposal kempen iklan TV untuk produk terbaru dia. Ada masalah?"

Dato' Harriz memandang Mona dengan pandangan yang tajam. Tapi Mona tidak perasan. Dia asyik memerhatikan rambut lelaki berumur itu yang masih lebat dan hitam pekat.

'Dato' ni guna pewarna rambut agaknya. Lain macam hitam warnanya.'

Apabila dia perasaan lelaki itu sedang memerhatikan wajahnya, Mona menukar muka serius dan bersungguh-sungguh memberikan perhatian.

"Saya tengah siapkan. Ada sedikit yang kena adjust." Mona beri alasan.

'Ini semua Amirul punya pasal. Dah berapa kali aku suruh siapkan, tapi terhegeh-hegeh. Macam kambing panjat bukit.' Getus hati panas Mona.

"Saya tahu awak memang berpotensi dalam bidang ini. Saya harap awak jangan beri peluang untuk orang nampak kelemahan awak. Jangan sampai reputasi yang bertahun-tahun awak bina musnah dalam sekelip mata." Nasihat Dato' Harriz.

"Saya faham Dato'. Nanti saya akan pastikan mereka dapat tengok proposal tu sebelum hujung minggu ni." Mona bersuara lembut. Walhalnya hatinya tengah menggelegak. Silap haribulan kerusi terbang hinggap ke muka Amirul. Atau mungkin kepala mamat selenga itu akan terperesuk masuk ke celah kerusi. Macam kes yang berlaku kepada budak yang baru masuk sekolah tahun satu dulu.


'Kalau ikut hati aku, biar aku buat sendiri. Tapi aku sengaja tak nak bagi muka pada kau Amirul. Makan gaji buta pulak nanti.' Hati Mona membebel walaupun senyuman manis terukir di depan Dato' Harriz.

"Okey, awak boleh pergi. Itu saja yang saya nak sampaikan."

***

"Amirul. Mana storyboard yang I minta dulu?" Mona cuba mengawal emosi di depan Amirul.

'Nama saja graphic designer, tapi hampeh! Tak boleh harap!' Mona melayan perasaan.

"Oh, Cik Mona... kejap... rasanya saya dah hantar." Amirul buat gaya menggelabah. Macam dibuat-buat.

"Kalau dah hantar, takkan saya tak nampak lagi." Suhu Mona sudah melebihi suhu bilik semasa tiada aircond.

"Kejap..." Amirul bangun dan menuju ke tempat Mona. "Hah, ini dia!" Amirul buat muka seposen.

"Bila awak hantar?" Tajam mata Mona, boleh tembus dahi Amirul.

"Dua hari lepas."

"Dua hari lepas atau pagi tadi?" Kening kanan Mona menjengkit ala Ziana Zain.

"Tak... betul... dua hari lepas. Sumpah!" Telapak tangan kanan Amirul terpacak macam signboard tanda berhenti.

'Kau nak main-mainkan aku ya? Kau ingat aku bodoh? Tray dua hari lepas dah lama aku clear. Tak apa.' Mona menggetap bibir.

"Mona!" suara garau meninggi. Mona berpaling. Melihat lelaki berkulit hitam manis segak bertali leher dengan kemeja lengan panjang itu amat menjengkelkan.

"Saya pergi dulu Cik Mona," Amirul buat gaya bersopan. Padahal Mona tahu apa yang tersirat.

"Ada apa Encik Azli?"

"Masuk pejabat saya sekarang."

Mona melirik mata dan merengus. Bosan.

"Ada apa hal awak jumpa Dato' tadi?"

Mona tidak dijemput duduk. Sedangkan lelaki itu sudah bersandar di kerusi eksekutif berkulit hitam.

"Dato' tanya tentang projek D'Ferns. Itu saja."

"Betul? Tak ada sebab lain?"

"Betul."

"Lain kali kalau Dato' nak jumpa, beritahu saya dulu."

"Okey," Mona bersedia untuk meninggalkan pejabat pengurus.

"Satu perkara lagi."

'Apa lagi ni?' Bentak hati Mona.

"Kalau Dato' ada soalan tentang projek, suruh dia rujuk dengan saya. Jangan pandai-pandai jawab."

"Okey," jawab Mona sebelum beredar dengan muka yang menampakkan kebosanan tahap maksima.

***

"So, how's your day?" Tanya Samantha. Itu adalah rutin setiap kali dia dan Mona keluar lunch bersama dan Mona hanya berdiam.

Biasanya respon Mona bergantung pada masalah yang dihadapi. Kalau masalah kecil dia akan menjawab dengan segera. Jika masalah besar, dia akan bermain-main dengan straw atau memandang sekeliling dulu sebelum menjawab. Kalau masalah yang lebih rumit dia akan terus termenung seolah-olah tidak mengendahkan Samantha.

Hari ini Mona hanya termenung.

"Ceritakanlah apa masalah kau?" Gaya Samantha seperti seorang confidante.

"Entahlah Sam. Kadang-kadang aku rasa macam susah sangat nak capai impian aku ni. Rasanya macam nak mendaki Gunung Matterhorn."

"Matterhorn?"

"Ya, sebab curam sangat. Nak bernafas pun susah betul rasanya." Keluh Mona.

"Aku yakin kau cukup kuat untuk capai apa yang kau inginkan tu. Aku tahu kau memang pekerja yang gigih dan tak mementingkan diri sendiri. Macam yang aku perhatikan di syarikat kita ni. Tengok muka saja aku dah tahu apa agenda dia orang yang tersembunyi." Samantha bagaikan seorang tukang tilik.

"Kau ada super power?" Mona hairan.

"Sungguhpun aku ni kerja bahagian akaun yang nampak boring, tapi aku ambil tahu hal ehwal semasa. Perbualan kat ofis ni aku pasang telinga dalam diam tau? Cuma aku ni bukan jenis jaja sana. Jaja sini." Samantha bersuara yakin.

"Dan aku tahu kau bengang dengan Amirul dan Encik Azli kan?" Tambah Samantha.

Mona mengangkat kening, "Hebatnya kau! Apa lagi yang kau tahu?"

"Mana boleh beritahu semua. Yang lain tu aku simpan." Samantha ketawa kecil.

"Kalau kau hebat sangat, apa lagi yang menyesakkan kepala aku ni?" Mona cuba menduga.

"Entah," jawab Samantha selamba.

"Aku ingatkan kau ni terer sangat."

"Apa lagi masalah kau?" Samantha mencungkil.

"Kak Rose."

"Ro-se-si-ta tu? Kenapa dengan dia?"

"Sebutannya bukan Rosesita, Rosita. Rose tu bunyinya ros." Mona memperbetulkan.

"Ah, tak kisahlah. Siapa suruh dia eja macam tu. Apa hal dengan Ros...sita tu?"

"Dia selalu ambil emergency leave. Aku suruh dia siapkan kerja copywriting aku. Sampai sekarang tak siap. Aku rasa kalau aku buat sendiri, dah lama siap."

"Habis, kenapa kau tak buat sendiri?"

"Amirul punya pasal lah. Banyak kerja dia aku kena cover. Buat kerja lambat macam siput sedut. Tapi kalau Si Azli bagi tugasan, laju aje siap. Mentang-mentanglah aku ni bos perempuan. Dia ingat dia boleh pijak kepala aku." Mona melepas geram.

"Masa bila dia pijak? Kenapa tak ambil gambar? Post kat Instagram, Twitter, Facebook. Paling kurang pun kau Whatsapp kat aku."

"Sam," Mona menggetap gigi.

"Aku gurau ajelah. Habis apa kau nak buat?"

"Kalaulah aku boleh tunjukkan pada Dato' Harriz perangai Si Amirul tu. Dan perangai pengurus kita, anak kesayangan dia tu."

Samantha melihat sekeliling sebelum berbisik, "Eh, sebenarnya aku ada terdengar gosip baru kat ofis kita ni."

"Gosip apa pulak ni?"

"Aku terdengar dari Suzairi, drebar Dato'."

"Si Arie tu? Apa yang kau dengar?"

"Katanya ada hanky panky dalam syarikat ni?"

"Apa tu?"

"Alah, lebih kurang macam skandal, gelap wang syarikat, seleweng duit. Shhh...." Samantha berhati-hati.

"Eh, sampai macam tu sekali? Siapa yang terlibat? Dato' tahu tak?" Mona mula cemas.

"Itu yang aku tak pasti. Yang aku dengar melibatkan Azli."

"Hmm... mungkin juga. Sebab dia beria-ia tanya sebab Dato' nak jumpa aku. Lepas tu dia suruh Dato' refer pada dia kalau ada apa-apa hal tentang projek."

"Hah, betul lah tu!" Samantha membuat deduksi melulu.

"Tapi tak ada bukti. Mana boleh percaya macam tu aje." Mona ragu.

"Kalau macam tu, kita kena dapatkan maklumat lanjut dari Arie. Aku boleh cuba korek maklumat dari department aku."

"Hish, kau ni berani sangatlah Sam. Kalau kantoi nanti macam mana? Kalau kau dengan aku kena buang kerja nanti?" Mona nampak resah.

"Ini Sam lah." gadia India itu bersuara yakin.

"Tapi siapa nak tanya Arie? Aku tengok dia tu tak berapa masuk line dengan staff kat sini. Maklumlah, dia banyak tahu pasal keluarga Dato'."

"Betul jugak kan?"

"Aku rasa tak payahlah kau nak berlagak jadi penyiasat macam Nancy Drew. Jaga kerja kita elok-elok lagi baik." Mona menutup perbincangan mereka tentang hal itu.

***

"Kak Rose apa khabar?" tegur Mona pagi itu.

"Cik Mona, saya minta maaf banyak-banyak sebab tak sempat siapkan kerja copywriting tu. Saya..." Wanita dalam lingkungan pertengahan 40-an itu menggelabah. Bahagian tudung di sisi wajahnya diperbetulkan.

"Tak apa. Saya dah siapkan sendiri. Kak Rose okey?" Mona perasan riak wajah Rosesita yang sugul.

Tanpa diduga wanita itu menangis teresak-esak.

"Saya tak tahulah Cik Mona, kenapa Tuhan uji saya sampai macam ni sekali. Anak saya berhutang dengan Along lima ratus ringgit. Sekarang dah jadi dua ribu Cik Mona. Mana saya nak cari duit banyak tu? Gaji bulan-bulan habis guna bayar bil dan sekolah anak-anak. Entah apalah silap saya dalam membesarkan anak." Keluh kesah Rosesita dengan mata yang merah.

"Sabarlah Kak Rose. Bila dia orang nak jumpa Kak Rose lagi?"

"Katanya minggu depan. Mana saya nak cekau duit banyak tu?" Tangis wanita itu makin deras hingga basah tisu dengan air yang melimpah.

"Kak Rose jangan risau. Nanti saya tolong Kak Rose bayarkan. Bila Kak Rose nak bayar balik, saya tak kisah. Tak bayar langsung pun tak apa. Kira hadiah dari saya untuk Kak Rose."

"Mana boleh macam tu Cik Mona. Banyak tu!"

"Saya ikhlas nak menolong. Kak Rose jangan fikirkan sangat. Yang penting masalah ni selesai."

"Saya..." Rosesita masih belum puas hati.

"Dah, jangan fikirkan lagi. Nanti kendur muka Kak Rose yang awet muda tu." Seloroh Mona. Dia berjaya mengukir senyuman semula di wajah Rosesita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?