PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 17 Jun 2019

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.9


BAHAGIAN 9

Manap berasa tidak sedap hati kerana berada di tempat yang jauh dari tempat tinggal manusia di situ. Apa yang berlaku kepada mereka yang cuba menceroboh kawasan itu dirasakan sebagai cukup bukti untuk beredar dari situ.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.8


BAHAGIAN 8

Manap melangkah dengan berhati-hati menuju ke pondok. Setibanya di muka pintu dia menjegah ke dalam rumah.
Kelihatan seorang perempuan tua dengan rambut putih menggerbang sedang bersimpuh di ruang tamu. Bersamanya ada bekas kemenyan dengan asap bersama bau yang mencucuk hidung. Wajah perempuan tua itu tidak jelas kelihatan kerana ditutupi sebahagiannya oleh rambut dan keadaan suram di dalam pondok itu.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.7

BAHAGIAN 7

Manap terus meredah kawasan semak seperti hutan di sebelah rumah itu. Setelah agak lama berjalan, dia ternampak sebuah pondok buruk dengan pintu ternganga luas.
Manap tergamam. Dia dapat rasakan yang ini bukanlah satu kebetulan.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.6


BAHAGIAN 6

Kata hati Manap menyuruh dia beredar dari situ.
“Cukuplah apa yang aku dah dapat setakat ni untuk artikel segmen Seramania. Tapi masih tiada maklumat baru tentang kes dalam fail sulit tu. Apa nak buat… hmm.” Keluh Manap.
Manap berlalu meninggalkan kampung itu dengan rasa tidak puas hati.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.5


BAHAGIAN 5:

RUMAH yang tersergam itu sama seperti gambar di dalam fail sulit dan mimpi Manap. Cuma kawasan laman sudah agak bersemak dan tiada kabus di tanah seperti dalam mimpi Manap.
Seman lekas-lekas meminta diri selepas mereka tiba tidak jauh dari rumah itu. Malah Manap tidak sempat mengucapkan terima kasih atau bertanya jika Seman ingin menerima upah daripadanya.
Manap memandang rumah itu dalam keadaan buntu.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.4


BAHAGIAN 4:

Rumah Pak Ajis berada di seberang parit besar yang membahagikan kampung itu. Kelihatan pokok pisang di tanam sepanjang tepi parit besar itu.
Rumah Pak Ajis tersergam dengan binaan kayu. Di satu bahagian rumah itu disambung dengan binaan daripada batu. Mungkin kerana ingin memelihara binaan asal rumah itu.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.3

BAHAGIAN 3

Seman menunggu di bawah pokok mangga di depan rumah Mak Besah sementara Manap berbual dengan orang tua itu. Sesekali terdengar suara orang menjerit dan melolong di dalam bilik. Mak Besah mengeluh.
“Siapa tu?” tanya Manap.
“Itu anak Mak Cik. Murni namanya.”
“Kenapa dia jadi macam tu?”

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.2


BAHAGIAN 2

GAMBAR rumah di telefon pintar Manap diamati setelah dia keluar dari kereta. Gambar itu diambil dari fail sulit yang masih tersimpan.
Dia melihat sekeliling setelah masuk ke kampung yang diceritakan di dalam fail sulit itu.
“Siapa yang aku nak tanya ni?” Kata Manap sambil melihat sekeliling. Kawasan itu lengang dengan padang luas yang kelihatan seperti baru dibersihkan. Tiada lalang atau semak yang mengganggu pandangan. Mungkin akan menjadi tapak projek pertanian atau pembangunan yang akan dikerjakan tidak lama lagi.

MISTIQ: SUMPAHAN PENGANTIN BAH.1

MiSTiQ
SUMPAHAN PENGANTIN

BAHAGIAN 1




MANAP berjalan di atas tanah yang diliputi kabus putih. Setiap kali dia mengorak langkah, kabus berkepul-kepul terpecah dan naik ke paras lututnya. Suasana senja kelihatan begitu dramatik dengan langit jingga menatai hari yang semakin suram.
Dia tiba di pekarangan sebuah rumah kayu lama yang masih kukuh buatannya dengan binaan kayu dengan rupa yang begitu antik. Ukiran kayu menyerlahkan lagi binaan rumah itu. Kawasan itu dikelilingi pepohon kayu yang ditanam mengelilingi pekarangan rumah itu seperti tembok. Pokok beringin dan beberapa jenis pokok lagi seperti memiliki mata halimunan yang memerhatikan Manap hingga dia terasa seram sejuk hingga ke tulang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?