PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Selasa, 29 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 21)

BAB 21

 


Mona tiba lebih awal ke Suntec City Convention Centre pagi itu. Dia sengaja bermalam di hotel malam tadi bagi mengelakkan traffic jam. Ini pertama kali dia ke Singapura seorang diri, hanya berpandukan GPS yang terpasang dalam Honda City.

Setelah pendaftaran dan mendapat fail untuk setiap peserta, Mona menuju ke ruang dewan yang luas dengan skrin TV LED yang besar terpampang di depan. Cahaya lampu menerangi ruang yang luas itu hingga terang benderang. Hampir satu perempat ruang di situ telah dipenuhi.

Mona mengambil tempat di sebelah kerusi yang sudah berisi. Seorang lelaki Inggeris yang kelihatan segak memakai suit. Sememangnya ruang di dewan itu agak dingin. Tanpa jeket atau lapisan tambahan, tentu seseorang tidak mampu bertahan lama di situ.

Lelaki itu nampaknya begitu asyik membelek helaian yang terkandung di dalam fail. Hingga dia tidak perasan fail sudah melorot menuruni pehanya dan terjatuh ke lantai berhampiran Mona. Mona membongkok untuk mengambil fail itu. Sepantas kilat juga lelaki itu cuba mengambil fail itu. Tindakan refleks menyebabkan wajah mereka berdua hampir bertembung. Mona jadi tersipu-sipu. Lelaki itu juga nampak gelabah dengan insiden yang tidak dijangka.

Ahad, 27 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 20)

BAB 20



Mona tersengih seorang diri sambil merebahkan tubuh di katil. Peristiwa yang berlaku semenjak beberapa hari lepas berlegar di fikiran seperti bebuih sabun yang berterbangan ditiup angin. Dia memilih satu di antara bebuih itu dan memecahkannya bersama emosi yang tergambar semasa peristiwa itu berlaku. Tambah berbunga-bunga perasaan Mona.

"Kau tengoklah tu. Angau dia dah datang balik." Suara Monique yang berpeluk tubuh.

Munira tidak menjawab. Hanya senyum simpul yang terukir ketika dia melihat telatah Mona.

Mona hanya mampu menjeling kedua watak berupa dirinya dalam cermin. Watak-watak yang merupakan projeksi sisi berlainan dalam dirinya yang tercipta semasa dia mengalami krisis besar di Master Creative Media dulu. Sekurang-kurang itulah saja penerangan yang mampu dia terima, setelah kewujudan dua makhluk yang tidak masuk akal dalam cermin.

"Kau rasa Mona dah jumpa Mister Right dia?" Munira bersuara.

Khamis, 24 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 19)

BAB 19



"Hai Sam!" Mona menelefon rakan lamanya pagi itu.

"Mona! How are you! I miss you so much!" Teruja sungguh suara Samantha.

"Me too. Selalu aku teringat kat kau dan semua di Master Creative Media."

"Ya ke ni?"

"Kenapa? Kau tak percaya?" Mona hairan.

"Teringat, aku percaya. Tapi semua, aku tak percaya." Samantha berteka-teki.

"Apa kau merepek ni?" Mona semakin terasa pelik.

"Aku rasa kau teringat pada Azli kan?"

"Apa maksud kau? Cuba terangkan sikit." Mona semakin tidak faham dengan telatah Samantha.

"Yalah, dulu kau asyik bergaduh dengan dia. Tiba-tiba sebelum kau pindah, kau dah baik dengan dia. Mungkin kau teringin nak catch up balik masa yang tersia-sia dulu."

Mona tidak pernah terfikir seperti itu. Kata-kata Samantha memberi dia satu perspektif baru.

Isnin, 21 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 18)

BAB 18

 



Sebuah kereta limousine menjalar di pekarangan deretan bangunan kedai. Balikan cahaya lampu jalan berwarna jingga jelas kelihatan pada permukaan kereta yang berkilat itu.

Lelaki berkaca mata hitam tadi membuka pintu limousine dan berdiri menunggu Mona masuk. Mona menjengah ke dalam. Seorang perempuan sedang duduk di hujung seat belakang.

"Masuk," suara lelaki yang berdiri menunggu Mona. Intonasinya antara arahan dan pelawaan yang sukar Mona pastikan.

"Cik Mona Rissa?" Suara wanita yang duduk di depan Mona. Mereka duduk bersetentang seperti seat dalam gerabak kereta api.

Mona angguk. Dia asyik mengamati pakaian wanita itu. Bukan calang-calang wanita yang mampu memperagakan busana seperti itu. Jeket lengan pendek kulit dihiasi dengan kolar dan hujung lengan bulu binatang warna putih salju. Mungkin mink atau chincila mengikut imaginasi Mona yang dia sendiri tidak pasti.

Mona dapat mengecam wajah itu, walaupun dia masih belum pasti dari mana.

"Saya Rafina. Masih ingat?" Suara lunak wanita itu sambil menyalakan rokok dengan alat pemegang yang panjang dan halus.

'Rafina?' Mona menggeledah kotak simpanan memori benaknya. Nama itu terasa biasa dia dengar.

Sabtu, 19 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 17)

BAB 17




Mona mengenakan blaus kasual bunga-bunga putih dan fuchsia. Skirt labuh putih menambahkan seri busana yang dipakai. Cermin mata Rayban dengan bingkai merah dicuba juga. Mona tersenyum puas. Kemudian topi berwarna putih dicuba pula. Semakin lebar senyum Mona.

Pulang dari majlis Ultra Vue malam tadi, Mona menerima panggilan dari Zamarul.

"Hai Mona."

"Err.. hai." Mona masih tertanya-tanya nombor yang masih asing baginya.

"Tak kenal? Ini Zamarul."

"Oh, Encik Zamarul." Mona masih keresahan walaupun dia kini tahu siapa di talian.

"Saya nak ajak awak keluar esok boleh? Awak cuti atau ada tugas di ofis?"

"Saya cuti esok.... err....," Mona serba-salah.

"Okay, good. Esok driver  saya akan jemput awak. Bila dia call, awak beritahu alamat rumah."

'Alamak! Apa aku nak jawab ni?' Mona masih teragak-agak.

"Okey, bye."

"Encik Zamarul..."

Tuuuuut......

Khamis, 17 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 16)

BAB 16

 


Semenjak pulang dari seminar, Mona membuat banyak rujukan tentang beberapa klien baru. Norman membincangkan beberapa idea baru untuk diketengahkan kepada klien semasa dalam perjalanan pulang tempoh hari, Tentang strategi kempen. Tentang teknik. Juga tentang menghadapi perang kempen saingan.

Fokus Mona sesekali terganggu dengan apa yang berlaku sepanjang seminar dua hari itu.

'Kenapa Norman nampak risau bila berdepan dengan Sheila Al-Bokhari? Benarkah Sheila merasakan Norman betul-betul saingan yang hebat? Apa yang dia mampu buat kalau betul sangkaan Norman?' Mona merenung jauh.

Kemudian kenangan di Merlion Park singgah. Mona terasa seperti benar-benar berada di tempat itu. Nuansa berada di kawasan takungan air seperti tasik yang luas. Suasana suram malam yang tenang dan damai dengan taburan halus bintang di bumbung langit. Cahaya-cahaya pelbagai warna memagari tempat itu umpama tabir malam. Duyung singa gergasi yang memancurkan air tanpa henti seperti meraikan kedatangannya ke negara yang pernah digelar Temasek suatu masa dahulu.

Keindahan itu begitu terasa kerana ditemani Norman. Entah mengapa Mona dapat rasakan sesuatu yang misteri tentang lelaki ini.

Selasa, 15 April 2014

Cerpen Majalah Mingguan Wanita : JANGAN PANGGIL AKU AYAH

MINGGUAN WANITA  
18 - 24 APR 2014 
(BIL: 1587)



Alhamdulillah, cerpen saya dengan judul asal JANGAN PANGGIL AKU AYAH!  (dengan tanda seruan) disiarkan lagi dalam majalah Mingguan Wanita. Cerpen ini disiarkan agak lewat daripada biasa hingga saya rasa ia sudahpun ditolak. 

Terima kasih kepada team Majalah Mingguan Wanita yang sudi siarkan cerpen in dan yang lain. Terima kasih juga kepada pelukis Kartekana kerana lukisan yang 'super awesome'. Terasa seperti melihat cover Ombak Rindu II. ^_^

Mari menghayati perasaan Emilia, seorang anak yang baru lepas kehilangan ibu dan kini terpaksa menyesuaikan diri dengan ayah yang belum pernah dia lihat semenjak lahir ke dunia.

Kepada yang telah dapatkan naskhah anda, terima kasih.



MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 15)

BAB 15

  


Tengah hari itu Mona keluar makan bersama Amanda.

"So, macam mana dengan kerja kat sini?" Tanya Amanda.

"Okey, still catching up. Team pun bagus. Untung dapat orang macam kau, Aizad dan Rozana."

"Bos?"

Mona mencebik. "Huh, yang itu memang menyakitkan hati. Control freak. Kau tahu, aku pun kena GPS-tracked ."

"Seriously? Pengurus macam kau? He's really too much." Amanda seakan memprotes.

"Aku pun tak pasti sama ada dia memang dah plan dari awal nak track nombor aku, atau dia sengaja nak kenakan aku. Sebab aku cuba bela Is semalam. Teruk mamat tu kena marah dengan dia."

"Padanlah aku dengar bunyi bising kat ofis semalam. Rupa-rupanya dia marah Is. Hari ni tengok Is macam bad mood aje. Jangan sampai dia berhenti cukup. Aku tengok dia kerja bagus. Efficient."

"Entah macam mana lagi nak sedarkan Si Norman tu, aku pun tak tahu. Obses sangat dengan GPS tracker dia tu." Keluh Mona.

Mereka diam buat seketika, melayan apa yang bermain di fikiran.

Isnin, 14 April 2014

MISTERI MIMPI YANA (BAB 24)



Marathon bab-bab bonus di LAMAN INSPIRASI PENA VR sudah bermula dengan e-novel pertama di blog PENA VR , MISTERI MIMPI YANA.

Kisah MISTERI MIMPI YANA di blog ini berakhir dengan mimpi Yana dikejar seseorang di kota ala Inggeris. Dia tiba di jalan mati dengan kata-kata berdarah  IMAGINE tertulis di dinding batu dengan pancaran cahaya biru.

Yana dan rakan-rakan telah tamat pengajian di kolej dan kini membawa haluan dengan kerjaya masing-masing. Petunjuk baru membawa kepada sebuah kes berkaitan dengan Interpol, dan Yana akan bergabung semula dengan Inspektor Zulfadhli dan rakan-rakan.

Kepada yang belum baca atau ingin ‘refresh’ kisah ini, berikut adalah bab-bab preview di blog. Sedikit pesanan, ikut turutan ROUTE MAP dalam gambar di atas dan bukan ikut kronologi biasa. Setiap bahagian ada tiga pilihan yang boleh dibuat dan buatlah pilihan dengan bijak. Boleh juga kalau ingin baca semua – mula-mula pilihan pertama, kemudian kedua dan akhir sekali yang ketiga.


Selamat mengembara ke alam penuh enigma… MISTERI MIMPI YANA

Kepada yang sudah join Grup FB LAMAN INSPIRASI PENA VR, KLIK DI SINI.

Ahad, 13 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 14)

BAB 14



"Kau menyesal pindah ke Johor?" Monique mengajukan soalan awal pagi itu. Mona tahu Monique ingin dia membincangkan hal itu secara terbuka. Bukan membiarkannya bersarang di fikiran.

Namun Mona terus berdiam diri, melayan apa yang singgah di fikiran.

"Dulu kau juga yang beria-ia suruh Mona pindah kan? Sekarang kau tanya sama ada dia menyesal atau tak?" Munira menjeling Monique.

"Dulu Mona tak tahu Norman ni control freak. Lagipun sekarang masalah dengan Azli dah selesai." Sukar Mona mengerti pendirian Monique, sama ada menyokong keputusan yang dia buat atau sebaliknya.

Atau itu sekadar helah Monique.

Rabu, 9 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 13)

BAB 13




"Mana Sam ni?" Mona resah gelisah di pekarangan Setia Condominum.

Barang-barang telah hampir siap diangkut ke dalam lori. Amanda berjaya mendapatkan sebuah rumah teres untuk Mona sewa. Walaupun tidak sehebat apartment mewah yang dia diami di sini, namun keadaannya cukup selesa. Lokasinya pun tidak berapa jauh dari tempat kerja.

Mona menekan butang handphone berkali-kali, namun tidak berjawab. "Masaklah kalau abang lori ni terpaksa menunggu." Mona makin risau.

Isnin, 7 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 12)


BAB 12




Penerbangan dari KLIA ke Senai memakan masa lebih kurang sejam. Setibanya di Lapangan Terbang Senai, Mona singgah ke bilik air untuk memperelokkan dandanan. Kemudian matanya melilau mencari orang yang dimaksudkan oleh Norman. Setelah meneliti orang ramai yang menunggu di balai ketibaan, dia ternampak seorang lelaki cina berambut putih sedang memegang kertas bertulis "Mona Rissa".

'Itu mesti pemandu yang menunggu aku. Mana ada orang lain nama macam aku kan?' Tersenyum simpul Mona berjalan mendekati lelaki itu.

"Cik Mona Lissa?" Suara lelaki itu dengan pelat Cina sambil senyuman menampakkan sebatang gigi yang sudah hilang di barisan atas.

Mona mengangguk dan dia terus mengekori lelaki itu. Mereka menuju teksi yang akan  ke pejabat Ad-Vantage di Nusajaya, Wilayah Iskandar.

'Tak sangka aku akan sambung mendaki tangga kerjaya di tempat baru yang jauh dari KL. Nampaknya Wilayah Iskandar ni akan jadi macam Putrajaya. Ada MSC Cyberport. Lokasinya pun strategik. Tak jauh dari Singapura.' Mona membuat refleksi dalam perjalanan ke Ad-Vantage.

"Cik Mona balik KL ari ni ka?" Tanya drebar teksi cina itu.

"Belum tahu lagi uncle." Jawab Mona dari seat belakang.

"Nanti kalau mau balik, suruh lu punya bos call saya. Saya mai pickup."

"Okey."

Akhirnya mereka tiba di sebuah bangunan dengan deretan kedai. Di antara pelbagai nama syarikat yang ada, terpampang signboard putih Ad-Vantage Advertising Agency dengan tulisan hitam timbul.

Sabtu, 5 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 11)

BAB 11






Mona tidak habis-habis meratap malam itu. Satu kotak tisu habis kosong. Katil dan lantai bersepah dengan kertas tisu basah dek air mata dan air hidung Mona. Seperti salji yang turun di dalam rumah, kelihatan putih di sana-sini.

Munira dan Monique setia menemankan Mona dari cermin meja solek. Mereka hanya memerhatikan Mona dengan gelagatnya yang persis orang 'mati laki'.

"Waaaa!" Raungan Mona. Sekali imbas seperti dibuat-buat atau mengada-ngada. Atau mungkin dia terlalu kesal hingga berkelakuan seperti ini.

"Sudahlah tu Mona. Jangan dilayan perasaan kau." Pujuk Munira.

"Macam mana aku tak sedih. Aku dah terlepas peluang dapatkan Mister Right yang aku impikan selama ini."

"Salah kau juga kan? Terlalu cepat buat konklusi. Sampai kau tak teliti kata-kata dia yang penuh maksud tersirat tu. Walaupun sebenarnya dia bercerita tentang kerjaya kau."

"Kau ni Monique. Mona tengah frust kau lagi nak tambah siksa dia." Tegur Munira.

"Waaaaaaa!" Makin kuat dan mendayu raungan Mona. 'Salji' yang turun pun nampaknya semakin lebat.

Khamis, 3 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 10)

BAB 10





"Aku betul-betul tak faham dengan kau Mona. Kenapa kau tak nak beri peluang kepada Rushdi?" Munira bersuara.

Mona berdiam diri. Wajah terus diperelokkan seperti biasa.

"Takkan kau masih tak faham lagi? Rushdi tu setakat lepasan SPM. Kalau nak bandingkan dengan lelaki macam Remy, jauh panggang dari api!" Monique menjawab bagi pihak Mona.

"Hanya sebab itu? Hanya disebabkan dia tu bukan berasal dari golongan keluarga mewah? Bukan golongan elite, Dato' atau Datin? Kau rasa itu ukuran kebahagiaan rumahtangga?" Tajam sindiran Munira.

"Memanglah bukan. Tapi apa gunanya hidup berumahtangga kalau tak dapat nikmati kebahagiaan macam tu." Monique cuba berhujah.

"Mona, kau sedar apa latar belakang kau kan? Dari mana kau berasal? Apa yang telah abah dan mak kau ajar sejak kecil? Takkan disebabkan sedikit kesenangan yang kau dapat rasa di KL ni, kau dah lupakan semua tu? Ingat apa yang abah kau ceritakan tentang ciri-ciri calon suami yang sepatutnya kau pilih? Takkan kau dah lupa semua tu." Munira cuba menyedarkan Mona.

"Mona tak pernah lupa. Tapi apa salahnya kalau cari yang extra special. Yang berakhlak, budiman, dan kau dapat rasakan kehidupan yang bersenang-lenang. Kan Mona?"

Mona masih terus berdiam diri.

Rabu, 2 April 2014

TRAILER: E-NOVELET MUTASI GEN-X DI ILHAM KARANGKRAF


Sebuah karya fiksyen sains thriller futuristik yang dimuatkan dalam 
TRILOGI: MANUSIA, MAKHLUK DAN MASA.

Bab-bab preview di ILHAM KARANGKRAF:
KLIK DI SINI


Bab-bab bonus (akan disiarkan) di LAMAN INSPIRASI PENA VR:
KLIK DI SINI

Selasa, 1 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 9)


BAB 9

  



Panggilan yang Mona terima adalah daripada seorang wanita.

"Boleh saya bercakap dengan Cik Mona Rissa Effendi?" Suaranya agak tegas walaupun masih berhemah.

"Ya, saya. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Mona dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya Datin Marnila, CEO Mawar Cosmetics. Awak tahu ini kali keberapa saya call syarikat awak? Kali ketiga. Mula-mula saya bercakap dengan Azli. Lepas tu Amirul. Sekarang dia pass pada awak pulak. Macam mana awak semua ni buat kerja hah? Kalau saya tak puas hati dengan jawapan awak, lepas ni saya akan call Dato' Harriz terus. Memalukan kaum sendiri kalau macam ni berniaga!"

Mona jadi tak tentu arah. Kalau Dato' Harriz menerima panggilan selepas ini daripada Datin Marnila, pasti akan huru-hara keadaan syarikat.

"Saya akan cuba sebaik mungkin untuk bantu Datin. Apa masalahnya Datin?" Nada suara Mona cuba dilembutkan semampu mungkin.

"Memang masalah besar! Pegawai saya mengadu syarikat awak buat kerja main-main. Proposal kempen lain, hasilnya lain. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam kempen ni?"

'Kalau aku kata Azli dan Amirul, nanti makin menyirap Mak Datin ni. Biarlah aku yang berkorban, demi nama baik syarikat.'

"Saya, Datin."

"Sekarang saya tak kira, saya nak kempen minyak wangi Mawar disiapkan dalam masa tiga hari sebagaimana dalam proposal. Saya nak exactly macam yang dibincangkan dengan pegawai saya tempoh hari. Saya tak kisah kalau awak terpaksa tanggung kos tu. Kalau saya tak puas hati, saya akan saman Master Creative Media. By hook or by crook saya nak iklan tu siap dalam masa tiga hari. Faham?"

Mona tersentak disergah Datin Marnila. Hampir bingit telinga Mona dek suara lantang wanita itu menjerit.

"Saya faham Datin." Dada Mona berombak-ombak ketika itu. Nafasnya tersekat-sekat dek rasa risau dan cemas pada masa yang sama.

Kedengaran telefon dihempas kuat tanpa sebarang ucapan selamat tinggal atau salam.

Selama dia bekerja dalam bidang ini, inilah kali pertama Mona mengalami masalah sebegini besar dengan klien. Biasanya dapat ditangani dengan penuh diplomasi sebelum mereka meninggikan suara seperti ini.

'Ini semua kerja Azli dengan Amirul. Dia orang sengaja nak kenakan aku.' Perasaan Mona berubah menjadi kemarahan yang mula menular.

Reyhan dan Mahfeez hanya berdiam, menunggu Mona membuka mulut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?