PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Selasa, 15 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 15)

BAB 15

  


Tengah hari itu Mona keluar makan bersama Amanda.

"So, macam mana dengan kerja kat sini?" Tanya Amanda.

"Okey, still catching up. Team pun bagus. Untung dapat orang macam kau, Aizad dan Rozana."

"Bos?"

Mona mencebik. "Huh, yang itu memang menyakitkan hati. Control freak. Kau tahu, aku pun kena GPS-tracked ."

"Seriously? Pengurus macam kau? He's really too much." Amanda seakan memprotes.

"Aku pun tak pasti sama ada dia memang dah plan dari awal nak track nombor aku, atau dia sengaja nak kenakan aku. Sebab aku cuba bela Is semalam. Teruk mamat tu kena marah dengan dia."

"Padanlah aku dengar bunyi bising kat ofis semalam. Rupa-rupanya dia marah Is. Hari ni tengok Is macam bad mood aje. Jangan sampai dia berhenti cukup. Aku tengok dia kerja bagus. Efficient."

"Entah macam mana lagi nak sedarkan Si Norman tu, aku pun tak tahu. Obses sangat dengan GPS tracker dia tu." Keluh Mona.

Mereka diam buat seketika, melayan apa yang bermain di fikiran.


"Tentang seminar kat Singapore tu, macam mana?" Tanya Mona apabila perkara itu terlintas.

"Aku dah bagi bos semua maklumat tentang hotel dan transport. Tengah tunggu jawapan dia."

"Aku nak tanya kau sikit boleh tak?" Mona seperti ingin mencungkil rahsia.

"Tanya apa?" Amanda terus menyuap mulut tanpa melihat Mona.

"Pasal bos kita. Si Norman tu."

"Apa yang kau nak tahu?"

"Dia dah kahwin ke? Atau dah ada tunang? Makwe?"

"Oh! Kau nak pastikan sama ada kau ada peluang atau tak, macam tu?" Usik Amanda.

"Please, tak kuasa aku nak lelaki control freak macam tu." Jawab Mona spontan, walaupun dia sendiri tahu itu bukannya seratus peratus benar.

"Bos kita tu mana ada bini atau tunang. Makwe pun tak ada."

"Tak logiklah! Lelaki macam tu punya eligible. Handsome. Stable. Takkan tak ada yang nak." Mona tidak percaya.

"Memanglah. Tapi dia tu dahlah control freak. Workaholic." Gaya Amanda seperti sedang bergosip.

"Ya ke? Tak pernah pun nampak dia stay back."

"Belum lagi. Tunggulah menjelang deadline project nanti. Kadang-kadang pukul 12 malam dia call aku tanya pasal kerja. Ada sekali tu pukul 3 pagi. Aku nak pergi kerja pagi tu pun sampai susah nak bangun. Hii... pelik betul!" Rungut Amanda.

"Sampai macam tu sekali?" Mona masih belum dapat terima apa yang Amanda sampaikan.

'Nampaknya aku belum nampak sepenuhnya sisi Norman ni.' Keluh Mona dalam diam.

***

"Mona, bos panggil." Suara Amanda dari pintu bilik Mona petang itu.

"Ada apa?" Mona letak dokumen berkaitan draf proposal yang dia pegang.

"Pasal seminar kat Singapore tu."

Mereka beriringan menuju ke bilik Norman.

"Amanda, nanti boleh proceed dengan hotel ni. Booking satu suite untuk saya dan Mona." Arah Norman selamba.

Mata Amanda terbuntang, silih berganti memandang Norman dan Mona.

'What? Dia dah gila ke apa? Aku nak kena stay dalam satu bilik dengan dia? Ini dah melampau!''

"Mana boleh macam tu Encik Norman. Kita... bukan muhrim." Mona terpaksa bersuara.

Amanda masih terkedu.

"Sekarang siapa bos? Saya atau awak?" Norman buat muka berlagak.

"Saya tahu Encik Norman bos. Tapi kita ni belum ada ikatan sah."

'Dia ni nak aku berceramah ke petang-petang macam ni? Nanti habis semua nas Quran hadis aku keluarkan karang!' Gerutu Mona dalam diam.

"Saya bergurau ajelah. Yang awak nak ambil serius ni apa hal? Nasib baik tak keluarkan hujah macam ustazah." Norman ketawa.

'Hah! Tau tak apa!'

"Amanda, booking dua bilik, tapi pastikan ada pintu yang boleh hubungkan kedua-dua bilik tu." Arah Norman lagi.

"Encik Norman...," Mona cuba memprotes.

"I'm kidding 'kay!"

'Dia ni nak bergurau agak-agaklah. Buat aku saspens aje. Hish!' Bebel Mona dalam hati.

Amanda hanya mampu tersenyum melihat Mona. Dia seolah-olah dapat rasa apa yang sedang bergelodak dalam diri Mona.

***

Norman buat keputusan untuk memandu ke Singapura awal pagi itu. Dia dan Mona terus menuju ke lokasi seminar yang akan berlangsung selama dua hari. Mereka akan bermalam di hotel dan akan pulang ke Johor semula selepas seminar tamat esok.

"Kenapa kita tak balik Johor petang ni? Esok datang balik." Mona seperti mempertikaikan keputusan Norman.

"Awak memang macam ni ya? Suka mempersoalkan apa yang orang atasan awak buat?" Ada nada bengang dalam kata-kata Norman.

"Saya sekadar bertanya. Itupun salah?"

"Memang bertanya. Tapi cara awak tanya tu macam nak menguji kesabaran saya."

Mona terdiam. 'Kuat naik anginlah dia ni!' Dia berpaling melihat ke kawasan Tambak Johor, sebelum memasuki perairan Singapura.

Agak lama mereka berdua tidak berbual. Hanya kedengaran celoteh pagi deejay di radio.

"Saya sebenarnya saja nak bawa awak tengok Singapore. Lagipun kalau nak memandu ke sini esok, kena bangun awal." Norman memecah kesunyian.

'Kan senang kalau jawab macam tu tadi. Ini nak melenting tak pasal pasal. Habis rosak mood aku hari ni.' Gerutu Mona dengan muka muncung yang dipalingkan jauh dari Norman.

"Seminar ni bagus. Tentang trend terbaru dalam dunia pengiklanan. Speaker datang dari UK. Banyak yang boleh kita belajar dan gunakan untuk klien nanti." Norman mengubah topik.

'Ada aku kisah? Dahlah tak minta maaf. Senang-senang nak pujuk aku dengan tukar topik macam tu aje. Boleh jalanlah!' Hati Mona masih menggelegak.

***

Mona dan Norman tiba di lokasi seminar setengah jam sebelum program bermula. Kelihatan beberapa orang peserta sedang berbual sambil menikmati snack dan minuman yang disediakan. Kuih-muih termasuk karipap dan popiah dihidangkan. Begitu juga pastri seperti tart buah dan tart telur.

Mona sedang menikmati kedua-dua jenis tart apabila dia terdengar suara lirih Norman di sebelahnya. "Alamak...."

"Kenapa?" Mona ingin tahu.

"Nampak tak perempuan pakai jaket dengan blaus warna merah tu?"

Mona segera membuat scan kepada semua hadirin. Akhirnnya matanya menangkap seorang wanita yang agak berusia dengan pakaian seperti yang Norman katakan. Wanita itu kelihatan begitu berkeyakinan berbual dalam bahasa Inggeris. Penampilannya nampak berkarisma dengan rambut pendek tetapi elegan.

"Jangan pandang lama-lama, nanti dia perasan." Bisik Norman.

Namun sudah terlambat, wanita itu sedang memerhatikan mereka berdua. Bersama senyuman lebar, dia menuju ke tempat mereka berdua berdiri.

"Norman! Long time no see. How are you? And who is this lovely lady?" Begitu mesra wanita itu berbual.

"Nice to meet you Sheila. What a pleasant surprise! This is my manager, Mona Rissa."

"Hi Mona. Pleasure to meet you." Erat tangan Sheila ketika bersalam dengan Mona.

"You too." Itu saja yang terlintas di fikiran Mona.

'Siapa ni? Nampak macam mesra betul dengan Norman.'

Perbualan mereka terhenti apabila program sudah bermula dan para peserta mula mengambil tempat.

"Siapa tu?" Tanya Mona semasa mereka mengambil tempat duduk, jauh dari Sheila.

"Itulah ex-boss I masa kerja kat sini. Nama dia Sheila Al-Bokhari." Bisik Norman.

"Bagus ya? Nampak mesra betul dengan you." Puji Mona.

"Baik? You have no idea." Norman melihat sekeliling, memerhati kerusi-kerusi kosong di sekeliling mereka. Mungkin untuk memastikan tiada siapa yang mendengar.

"Dia tak puas hati sebab I jadi saingan dia sekarang. Dia rasa I tahu banyak taktik syarikat dia dan mungkin akan rampas market share dia."

"Takkan sampai macam tu sekali." Mona tidak percaya.

"Memang ada klien dia yang lari ke Ad-Vantage. Sebab tu dia bengang."

Mona terdiam. 'Nampaknya banyak juga cabaran bekerja di syarikat Norman ni.'

***

Usai program seminar hari itu, Norman terus membawa Mona ke hotel untuk check-in.

"Kenapa you asyik nak lari dari ex-boss you tu?" Mona memberanikan diri bertanya, setelah peristiwa yang berlaku dalam perjalanan ke sini awal pagi tadi.

"I malaslah nak layan dia. Dia suka buat sarcastic remarks. Lepas tu tanya macam-macam pasal kerja. Macam nak korek rahsia. Rimaslah!" Rungut Norman.

"Sampai bila you nak avoid dia. Esok kita ada satu hari lagi kan? Banyak peluang untuk berselisih dengan dia."

"Mahu tak mahu I terpaksa. Tak kuasa nak layan dia tu."

Selepas check-in dan berehat, mereka makan di sebuah warung Melayu Singapura.

Norman kemudiannya membawa Mona ke Merlion Park, salah satu lokasi tarikan pengunjung di Singapura. Senja sudah berlabuh dengan suasana suram dilatari taburan bintang di langit. Cahaya berbagai warna bergemerlapan dari pelbagai bangunan yang mengelilingi kawasan berair yang luas seperti tasik.

Hanya kilauan cahaya yang kelihatan dari kawasan di seberang. Bangunan-bangunan seperti Art Science Museum, Esplanade Theatre dan Marina Bay Sands hanya samar-samar kelihatan dalam sinaran cahaya yang bertaburan.

Patung gergasi berkepala singa dan berbadan duyung begitu terang dek cahaya yang memancar ke tubuhnya. Ia seperti memancurkan air tanpa jemu dengan desiran yang amat mendamaikan dalam suasana malam yang begitu indah.

"Cantik tempat ni." Puji Mona.

"Sekarang you tahu kenapa I nak bermalam dan bawa you ke sini kan?"

"Hmm...," Mona asyik melayan kedamaian yang membelai jiwanya. Hinggakan dia tidak sedar Norman sedang mengamati raut wajahnya. Juga rambutnya yang terurai  bak air terjun turun ke bahu. Dan senyuman tersimpul bersama perasaan indah yang singgah.

"Untung lelaki yang dapat hadir dalam hidup you kan?" Soalan Norman Mona rasa terlalu janggal. Mungkin itu menandakan rasa terdesaknya untuk mengetahui status Mona ketika ini.

"I pun rasa bertuah dia hadir dalam hidup I." Jawab Mona sambil menjeling Norman. Mona lihat lelaki itu tunduk dengan wajah yang berubah serta-merta.

"You nak tahu siapa lelaki tu?"

"Siapa?" Norman nampak tidak berminat.

"Abah I." Mona ketawa.

"Oh! Ini kes nak mengenakan oranglah ya?" Norman turut tergelak.

Suasana hening seketika dilatari bunyi pancuran duyung singa.

"I tak pernah rasa hidup macam kanak-kanak lain." Norman memecah kesunyian. Dia asyik merenung bangunan bercahaya di seberang air.

Mona hanya memerhatikan wajah Norman dari sisi. Lelaki itu seakan sedang melayan perasaan.

"Daddy orangnya strict. Askarlah katakan. Dia membesarkan anak macam tentera. Dari segi disiplin, hukuman, jadual. Sampai terbawa-bawa bila dah besar."

Mona hanya mendengar dengan penuh tumpuan.

"Mungkin sebab tu I sukar nak berubah. Sampai orang di sekeliling pun terpaksa menerima tempias yang sama."

"Tapi itu tak bermaksud you tak boleh berubah." Mona cuba memujuk.

"I tahu. Tapi sikap ni dah sebati. Tentu akan makan masa yang sangat lama. Dan usaha yang ... huh, tak tahulah I nak cakap macam mana." Ada nada kesal dalam kata-kata Norman.

Mahu rasanya Mona memegang bahu Norman dan menenangkan lelaki itu, tetapi dia masih sedar batas-batas yang perlu dia kekalkan.

"Kita akan cuba bersama-sama." Kata-kata Mona menyebabkan Norman berpaling melihat.

"Apa maksud awak?" Tajam renungan mata Norman.

"Kita kan dalam team yang sama di syarikat. Asalkan you sedia menerima teguran I."

Norman senyum mendengar kata-kata Mona. "Bunyinya macam menyindir."

"Bukan menyindir. Tapi itulah hakikat sebenar. Kalau you betul nak berubah, kenalah dengar nasihat orang."

"Yang itu I tak berani janji." Norman kembali memerhatikan tanah seberang.

"Kenapa?"

"You tahu apa yang I dah buat kan? You dan staff semua dah terima tempiasnya."

"Tak semudah itu I nak mengalah. Mungkin beberapa orang pengurus you dah angkat kaki, tapi I tak semudah itu. Walaupun I tahu you ni orangnya ego, chauvinist, control freak, stern,..."

"Okey, Mona. I got the idea." Norman memintas.

"My point is, ... I tak kisah apa yang you nak buat. Mungkin kita akan bertekak sebab I tak setuju apa yang you buat, tapi I tak akan mengalah dan pergi macam tu aje. Selepas I tahu apa kisah silam you, I dah faham dan I akan cuba tolong apa yang mampu."

"Thanks," ringkas jawapan Norman, tetapi amat bermakna buat Mona.

Mona tersenyum sambil memerhatikan wajah Norman. Ketika itu dia membayangkan sedang memeluk erat bahu Norman sambil menikmati keindahan dan udara malam itu.

Namun bayangan itu hanya kekal sebagai angan-angannya sahaja.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?