BAB 13
"Mana Sam
ni?" Mona resah gelisah di pekarangan Setia Condominum.
Barang-barang
telah hampir siap diangkut ke dalam lori. Amanda berjaya mendapatkan sebuah
rumah teres untuk Mona sewa. Walaupun tidak sehebat apartment mewah yang dia
diami di sini, namun keadaannya cukup selesa. Lokasinya pun tidak berapa jauh
dari tempat kerja.
Mona menekan
butang handphone berkali-kali, namun
tidak berjawab. "Masaklah kalau abang lori ni terpaksa menunggu."
Mona makin risau.
Rasa cemas sirna
apabila dia ternampak Sam dengan dress
bunga-bunga menuju ke arahnya.
'Amboi! Bukan
main bergaya lagi meenaci ni pagi
Sabtu.' Tersenyum Mona dengan apa yang singgah di fikirannya.
"Kenapa
lambat?" Sergah Mona dari sebelah Honda City.
"Sorry Mona. Aku terpaksa cari petrol station tadi. Aku tak perasan
minyak dah nak habis. Kalau tidak, tersadailah aku. Hai..," Keluh Samantha
sambil membetulkan Rayban yang tersangkut di dahi.
"Nasib baik
sempat tau. Kalau tak, masa kau sampai aku dah tak ada."
"Hmm....
Nah! Hadiah untuk kau." Samantha mengeluarkan kotak kecil dari dalam handbag.
"Thanks. Ingat juga kau kat aku
kan?"
"Mestilah.
Kita kan best friend selama kau
bekerja di MCM. Aku sedihlah sebab lepas ni kau dah tak ada lagi."
"Kalau kau
rindu kau call aku ya?"
"Habis kau
tak payah call. Aku aje yang kena call. Nak jimat bil lah tu."
Samantha tersentap.
"Okey,
kalau aku ada masa aku call. Kau ni,
itu pun nak ambil hati."
"Aku gurau
ajelah. Eh Mona, kau nak tahu tak? Syarikat dah banyak berubah sejak kau tak
ada."
"Ya?
Ceritakanlah pada aku." Mona menjeling pemandu dan kelindan lori yang
sudah hampir siap memasukkan barang-barang miliknya ke dalam lori.
"Azli dah
bukan macam dulu lagi, spoiled brat.
Sekarang ni dia kerja serius dan komited. Macam dapat suntikan motivasi baru.
Aku pun hairan apa kaitan semua ni dengan ketiadaan kau."
Mona hanya mampu
senyum. 'Biarlah itu rahsia antara aku dan Azli.'
"Baguslah.
Senang hati Dato' kan?"
"Aku
bayangkan kalau kau masih ada di MCM. Tentu seronok kalau dapat tengok kau dah
tak bergaduh lagi dengan Azli."
"Kau ni
Sam, suka berangan lebih. Setiap yang berlaku tu ada sebabnya. Kalau aku masih
di MCM, tak merasalah aku kerja di Johor dengan jawatan baru ni."
"Betul juga
kan?"
"Sam, aku
terpaksa pergi sekarang. Lori pun dah siap tu."
"I wish you all the best for your new job and
life. Kalau dah dapat Mister Right kau, jangan lupa jemput aku makan nasi
minyak kau tau?"
"Thanks. You too. Jangan risau, aku mesti
jemput best friend aku."
"Best friend? Bukan ex-best friend?"
"Sam!"
Mona menapar bahu Samantha.
Mereka
berpelukan buat seketika.
"Bye Sam. I'm gonna miss you."
"Bye. Me too." Riak wajah Samantha
menampakkan kesedihan.
Setelah lori
meninggalkan pekarangan Setia Condominium, Mona mengekorinya dari belakang. Dia
melambai Samantha buat kali terakhir.
***
Mona buat
keputusan untuk ke pejabat pada hari Isnin.
Berpindah ke
rumah baru memang memenatkan bagi Mona. Masih banyak lagi yang perlu disiapkan
selepas mengemas selama dua hari. Buat permulaan, hanya perkara yang berkaitan
dengan kerja Mona selesaikan.
'Mengemas rumah
boleh buat masa free. Yang penting
nak update kerja di tempat baru.'
Celoteh Munira
dan Monique semakin menjadi-jadi di rumah baru. Ada saja yang tak kena. Susunan
perabot. Posisi cermin di dinding. Rumah sewa yang dipilih oleh Amanda.
'Boleh pengsan
aku melayan kerenah minah berdua tu. Entah sampai bilalah aku terpaksa melayan
kewujudan mereka dalam cermin. Kalu sampai aku dah tua bangka nanti macam
mana?' Bebel Mona dalam diam.
Memandu ke
pekarangan Ad-Vantage dengan Honda City membuatkan debaran jantung Mona semakin
kencang. Rasa teruja, saspens, gembira, khuatir dan yang sewaktu dengannya
muncul silih berganti.
Selepas menarik
nafas panjang dan melepaskannya, Mona melangkah masuk ke pintu depan syarikat.
"Selamat
pagi Cik Mona," Suara receptionist
yang duduk di balik meja penyambut tetamu.
"Selamat
pagi. Saya tak sempat tanya nama awak hari tu." Mona membetulkan beg
dokumen yang disandang.
"Zarina.
Mari saya tunjukkan bilik pejabat Cik Mona."
'Oh, akhirnya.
Ada bilik sendiri juga aku sekarang.' Lebar senyum Mona.
Biliknya
terletak sederet dengan bilik Norman dan beberapa orang penting syarikat.
"Cik Mona
nak minum? Teh atau kopi?" Pelawa Zarina.
"Tak apa.
Saya boleh buat sendiri. Pantry kat
mana?"
"Bilik
sebelah bilik fotokopi kat hujung sana."
"Okey,
terima kasih."
Sejurus itu
Amanda masuk ke bilik Mona.
"Selamat
pagi Cik Mona."
"Selamat
pagi."
"Macam mana
rumah sewa? Okey?"
"Saya suka.
Tak ada masalah. Terima kasih. Mmm.. ada apa-apa program pagi ni?"
"Oh ya.
Encik Norman nak jumpa Cik Mona. Tapi dia belum sampai lagi." Amanda
mengintai untuk melihat bilik Norman yang masih gelap.
Peluang itu Mona
gunakan untuk mendapatkan maklumat daripada Amanda.
"Dah lama
kerja sini?"
"Adalah
dalam lima tahun. Sebelum ni saya kerja di syarikat lain."
Setelah agak
lama berbual dan berkongsi pengalaman dengan Amanda, Mona mendapati umur mereka
hampir sebaya.
"Saya ingat
awak tak payah panggil saya Cik Mona. Panggil Mona aje."
"Tapi, ... you kan superior I." Amanda rasa kekok.
"Tak payah
formal sangat. Yang penting dalam tugas kita kena profesional."
"Okeylah,
kalau Cik... I mean... Mona cakap
macam tu."
"Apa
pendapat Amanda tentang syarikat ni?"
"Eh, belum
apa-apa dah ada soalan panas." Amanda berseloroh.
Kemudian dia
menjawab. "Okey. Work environment
bagus. Cuma...," Amanda menjengah keluar lagi. "Bos kita tu control freak."
"Apa maksud
awak?"
Amanda merapati
Mona seperti sedang bergosip. "Encik Norman tu obses sangat dengan menjaga
masa. Sampai masa pekerja pun dia nak jaga. Ada ke patut di track handphone staff untuk tahu kedudukan mereka."
Mona terkedu
mendengar apa yang Amanda sampaikan.
"Alasan
dia, dia tak nak staff buang masa dalam waktu bekerja. Patut ke macam tu?"
'Takkanlah
Norman teruk sampai macam tu sekali?'
"Sebab tu
pengurus syarikat ni asyik berhenti. Ini dah masuk kali keempat. Semua tak
tahan dengan cara Encik Norman tu. Yang teruk nak menjawab memanglah pengurus.
Hish." Rungut Amanda.
"Takkan tak
ada yang berani tegur dia?"
"Tak ada.
Semuanya malas nak ambil risikonya. Masing-masing asingkan handphone urusan kerja dengan urusan peribadi. Lepas kerja guna
nombor lain. Kalau tak, habis semua hal peribadi dia tahu. Pergi ke mana, pukul
berapa."
Mona menggeleng.
'Aku tak buat silap ke kali ni? Macam kata Munira hari tu. Kesilapan yang
ketiga.'
"Okey,
Mona. I nak sambung kerja. Kalau ada apa-apa, I duduk kat situ."
"Alright. Oh... Amanda, tolong panggilkan
Azhar."
"Azhar?
Mana ada Azhar kat sini." Amanda berkerut dahi.
"Sorry tersasul, I mean ... Aizad. Betul
kan?"
"Yang itu
ada. Nanti I panggil."
Tidak lama
kemudian pemuda yang Mona jumpa semasa trip ke sini tempoh hari masuk.
"Hai Cik
Mona. Good morning. Welcome to Ad-Vantage."
Suara lembut dan mesra Aizad.
Mona masih cuba
menyesuaikan diri dengan perawakan lembut Aizad.
'Dia ni rupa
ada. Cuma gaya aje yang agak terlebih bersopan.' Refleksi Mona dalam diam.
"Boleh
ceritakan tentang diri awak serba sedikit?"
"Amboi,
soalan Cik Mona. Macam biro cari jodoh. Kelas gitu. Nak tanya tentang apa?
Warna kegemaran saya? Hobi? Pasangan pilihan saya?"
Mona tergelak
dengan sense of humor jejaka lemah gemalai itu. 'Boleh tahan juga
loyar buruk dia ni.'
"Tak
payahlah sampai macam tu. Maksud saya, dah berapa lama kerja sini? Kerja okey
atau tak?"
"Oh, macam
tu. Saya grad dua tahun lepas. Lepas tu terus kerja kat sini. Kerja sini okey,
cuma semuanya nak kena siap cepat. Kadang-kadang kena balik lewat. Tapi
biasalahkan, kerja bahagian pengiklanan mecam macam tu." Tangan Aizad
melempai semasa dia menerangkan.
"Boleh saya
tanya sikit?"
"Amboi.
Macam nak bergosip. Kelas Cik Mona ni. Tanyalah. Apa dia?"
"Siapa
lelaki yang pakai t-shirt kuning hari tu?"
Aizad mula
bercekak pinggang dengan kaki dibengkokkan sedikit. "Hamboi hamboi Cik
Mona. Belum apa-apa dah nak tackle
jantan kat sini ya? Dia tu tak available."
Mona tersenyum.
Dia rasa gaya Aizad sememangnya menghiburkan. "Kenapa?"
"Tak
ada-apa. Saja melawak. Iskandar tu mat despatch syarikat ni."
"Mat
despatch? Tapi tengok badan dia macam bouncer."
Mona sekadar menduga.
"Kan? Saya
pun fikir macam tu juga. Agaknya taste kita ni sama kan Cik Mona?" Aizad
nampak teruja. "Anyway, dia tu suka main ragbi. Ngancam kan badan
dia?"
'Ish... makin
aku layan makin mengarut budak ni.'
Amanda tercongok
di pintu untuk menyelamatkan keadaan.
"Bos dah
sampai. Bolehlah pergi jumpa dia."
Mona segera
menuju ke pejabat Norman.
"Assalamualaikum,
Encik Norman."
"Waalaikumsalam.
Duduk Mona."
Mona duduk di
kerusi berhadapan dengan Norman.
"Awak dah
baca dokumen yang saya bagi tentang syarikat hari tu?" Tanya Norman.
"Dah.
Banyak yang saya dapat belajar tentang syarikat. Cuma ada satu perkara yang
saya tak faham."
"Apa
dia?" Norman duduk dengan kedua lengan diletak atas meja.
"Ini tak
ada kaitan dengan dokumen tu. Saya cuma nak tanya... err... kenapa perlu pantau
pekerja sampai track lokasi mereka
dengan handphone?" Mona
serba-salah, tapi digagahkan juga.
Norman nampak
terganggu dengan soalan Mona. Namun dia cuba menjawab dengan tenang. "Itu
cara saya untuk pastikan disiplin kakitangan di sini. Saya tak mahu ada yang
cuba membazirkan masa pada waktu pejabat. Masa itu emas."
"Itu saya
tahu. Tapi tak keterlaluan ke buat macam tu?"
Norman merenung
Mona tajam.
"Saya rasa
daripada awak mempertikaikan tindakan saya, baik awak tanya tentang perkara
yang boleh memajukan syarikat. Tentang apa yang dapat membantu tugas awak
selama awak kerja di sini. Itupun kalau awak nak kerja lama. Tak apa. Awak
fikir dulu. Kalau dah ada soalan bernas dan bijak yang awak nak tanya nanti,
boleh datang jumpa saya. Sekarang saya ada perkara nak bincang dengan
klien."
Mona terkedu.
Tanpa sebarang bicara dia bingkas bangun dan beredar.
'Kasarnya
jawapan! Aku tanya elok-elok, dia jawab macam apa. Memang dasar bos control freak. Padanlah ramai pengurus
yang berhenti. Tak tahan dengan perangai dia. Tak apa. Aku nak tengok sejauh
mana ego dia tu.'
Mona menuju ke
biliknya dengan rasa tidak puas hati yang bersarang.
***
Mona membancuh green tea dalam mug di pantry. Kemudian
dia lalu di sebelah Rozana yang kelihatan sibuk dengan tugas menaip kerja-kerja
copywriting. Mona teragak-agak untuk
berbual dengannya dalam keadaan begitu.
'Memang aku nak
ajak dia berbual, tapi rasanya sekarang bukan masa yang sesuai.'
Amanda tiba
sebelum sempat Mona melangkah masuk ke bilik pejabatnya.
"Bos nak
jumpa team kita. Ada briefing."
'Tak sempat aku
nak menikmati air ni.' Mona menutup mug yang diletak di sudut meja.
Amanda membawa
Mona ke sebuah ruang khas yang diliputi cermin. Dinding di dalam dilitupi white board untuk tujuan brainstorming. Masih ada catatan dengan
pen marker
hitam, merah dan
biru di satu sudut.
Mona sudah siap
sedia menunggu di bilik perbincangan bersama Amanda, Aizad dan Rozana ketika
Norman tiba.
Norman membuka
bicara. "Selamat pagi semua. Ini mesyuarat kita yang pertama bersama
pengurus syarikat yang baru, Cik Mona Rissa Effendi. Selamat datang saya
ucapkan dan semoga beliau akan terus berkhidmat di sini, di samping menyumbang
idea-idea kreatif untuk kejayaan syarikat Ad-Vantage."
"Terima
kasih. Saya akan cuba yang terbaik." Jawab Mona dengan senyuman.
'Itupun kalau
aku boleh tahan dengan perangai control
freak kau tu!' Gerutu Mona dalam diam.
"Berbalik
kepada tujuan utama saya adakan perjumpaan ini. Ada beberapa perkara yang saya
ingin sampaikan. Yang pertama saya dah ceritakan tadi, tentang kehadiran
pengurus baru kita. Dan saya harap semua staff boleh beri kerjasama yang baik
kepada Cik Mona. Yang kedua adalah tentang seminar di Singapura minggu depan.
Saya akan ke sana bersama Mona. Amanda, awak tolong liase dengan HR tentang urusan penginapan dan pendaftaran. Nanti
e-mel saya semua details."
"Baik,
Encik Norman." Amanda menulis laju di dalam buku catatan yang ada
bersamanya.
"Yang
ketiga, tentang projek Ultra Vue. Dah siap paperwork
untuk discussion minggu ni?"
"Tinggal
sikit lagi. Aizad dan Rozana tengah siapkan. Esok atau lusa boleh siap
kan?"
"Boleh, no problem." Jawab Aizad. Rozana
hanya mengangguk.
"Good." Norman tersenyum dengan pipi
berlekuk sambil memerhatikan helaian organizer di depannya.
"Yang
seterusnya, kita ada beberapa projek baru untuk bulan ni dan bulan depan. Saya
akan berikan details kemudian. Saya rasa dengan adanya Mona, kita tak ada
masalah lagi untuk handle semua
projek ni. Dia pernah siapkan projek iklan TV klien yang bermasalah dalam masa
tiga hari. So, I believe she's really an
asset to the company."
Merah pipi Mona
dipuji sebegitu. "Saya masih baru di sini. Saya harap semua dapat bantu
saya supaya kita dapat maju bersama dalam syarikat ni."
"Okey, yang
terakhir adalah tentang pelatih baru yang akan masuk tak lama lagi."
"Lelaki
atau perempuan?" Aizad teruja.
"Awak ni
gelojoh betul, Aizad." Gurau Norman diikuti derai tawa mereka.
"Perempuan.
Puas hati?" Norman memandang Aizad yang mencebik mendengar jawapan itu.
"Ada
apa-apa yang nak disuarakan tentang kerja?" Tanya Norman sambil memandang
satu demi satu wajah yang ada di situ.
"Tak ada?
Okey, boleh sambung kerja semula."
Sekembalinya di
tempat duduk, Mona menyisip green tea
yang tidak sempat dijamah tadi. "Aaah!.. Nikmat sungguh."
Mona melayan
perasaan tentang apa yang telah berlaku pagi itu. Tentang sikap Norman. Tentang
Amanda yang berpotensi untuk menjadi pengganti Samantha di syarikat ini.
Tentang jejaka lembut bernama Aizad. Tentang Rozana yang masih belum sempat dia
ketahui latar gadis itu. Dan tentang...
Tiba-tiba
sesuatu terlintas di fikiran Mona, 'Alamak! Aku kena pergi seminar dengan
Norman minggu depan. Pergi Singapura.'
Rasa teruja dan
risau datang menerjah dengan tidak semena-mena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan