PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sabtu, 5 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 11)

BAB 11






Mona tidak habis-habis meratap malam itu. Satu kotak tisu habis kosong. Katil dan lantai bersepah dengan kertas tisu basah dek air mata dan air hidung Mona. Seperti salji yang turun di dalam rumah, kelihatan putih di sana-sini.

Munira dan Monique setia menemankan Mona dari cermin meja solek. Mereka hanya memerhatikan Mona dengan gelagatnya yang persis orang 'mati laki'.

"Waaaa!" Raungan Mona. Sekali imbas seperti dibuat-buat atau mengada-ngada. Atau mungkin dia terlalu kesal hingga berkelakuan seperti ini.

"Sudahlah tu Mona. Jangan dilayan perasaan kau." Pujuk Munira.

"Macam mana aku tak sedih. Aku dah terlepas peluang dapatkan Mister Right yang aku impikan selama ini."

"Salah kau juga kan? Terlalu cepat buat konklusi. Sampai kau tak teliti kata-kata dia yang penuh maksud tersirat tu. Walaupun sebenarnya dia bercerita tentang kerjaya kau."

"Kau ni Monique. Mona tengah frust kau lagi nak tambah siksa dia." Tegur Munira.

"Waaaaaaa!" Makin kuat dan mendayu raungan Mona. 'Salji' yang turun pun nampaknya semakin lebat.


"Mungkin memang Rushdi bukan ditakdirkan untuk kau. Buat apa kau nak kesalkan perkara yang memang bukan milik kau." Munira cuba memujuk.

"Betul kata Munira tu. Maybe he was not meant for you in the first place." Tambah Monique.

"Waaaa! Aku nak Rushdi jugak! Waaaaaaaaaaa!" Makin galak suara Mona. Kalau dia ada teman serumah, mungkin sudah dipelangkung dengan botol kicap.

"Be strong Mona. Kau kena kuatkan semangat demi kerjaya dan misi kau." Monique membakar semangat.

"Kau tahu tak. Mister Right aku dah betul-betul depan mata. Tapi disebabkan kebodohan aku, kelalaian aku, kebongkakan aku, dia berlalu macam tu aje." Mona menghembus hingus. Bunyinya seperti trumpet tersumbat.

"Tak ada gunanya meratap lagi. Sekarang masa untuk melangkah ke depan. Jangan pandang masa silam kau tu. Walaupun Rushdi tu sebenarnya lelaki yang budiman, berhemah, berakhlak mulia dan menepati citarasa kau." Munira seperti meratap bersama.

"Waaaaaaaaaaaa!" Mona menyambung drama semula.

"Kau ni Munira, bukan nak menenangkan Mona. Makin menambahkan sedih dia pulak. Hish!" Tempelak Monique.

Mona galak menyalahkan dirinya sendiri. "Kenapalah aku bodoh sangat sampai percaya bulat-bulat kata-kata dia. Memanglah lepas SPM dia kerja, tapi lepas tu dia sambung belajar semula. Tapi bukan salah aku. Mana ada anak orang berada yang sanggup buat macam dia. Bermula  kerja dari bawah. Sampai aku percaya kata-kata mak dia. Yang dia ni sekadar pegawai syarikat. You are so stupid Mona! Stupid! Stupid!"

"Sudah-sudahlah tu," Munira sudah kehabisan idea untuk menenangkan Mona.

"Daripada kau meratap macam ni, baik kau fikirkan peluang kerjaya yang kau baru dapat. Mungkin ini masa yang sesuai untuk career move."

Percubaan Monique berjaya. Mona mengesat air mata.

"Kau rasa aku patut terima tawaran tu?" Tangisan Mona mula reda.

"Kenapa tak? Tempat baru. Jawatan pengurus. Cabaran baru. This is really exciting." Monique begitu positif.

"Aku pun setuju. Macam kata Rushdi...," Kata-kata Munira dipintas Mona.

"Waaaa! Kenapa kau sebut nama dia? Waaaaaaaaaa!"

"Kau ni kan Munira. Baik tutup aje mulut kau. Merosakkan programlah!" Monique menjegil Munira yang dihantui rasa bersalah.

Beberapa minit kemudian, tangisan Mona reda semula.

"Tapi... aku rasa tak sampai hati nak tinggalkan Dato' Harriz." Mona bersuara dengan pandangan kosong dilempar keluar tingkap.

"Apasal dengan dia?" Tanya Monique.

"Dia dah banyak bantu aku dalam kerjaya ni. Takkan aku nak tinggalkan syarikat dia macam tu aje." Mona serba-salah.

"Betul juga tu. Sekurang-kurangnya inilah cara kau balas jasa dia." Munira setuju.

"Hei, kau lupa ke pasal Azli? Dengan budak Amirul tu. Dah lupa?" Menjengkit-jengkit bibir Monique.

"Aku tak lupa. Tapi aku..."

"Berapa lama lagi kau nak mengadap muka dia orang tu? Kau sanggup semua kerja kau kena sabotaj? Mona, kau boleh salurkan kreativiti kau tu pada benda-benda yang lebih produktif. Bukan untuk menyelamatkan nama kau daripada agenda sulit mamat berdua tu!" Monique menyelar Mona.

Mona terdiam. Dia masih rasa terhutang budi dengan Dato' Harriz.

"Aku cadangkan kau pergi tengok tempat baru tu. Kau survey dulu. Kalau naluri kau kata tempat tu bagus, baru kau terima tawaran. Sekurang-kurangnya kau dapat day off. Tenangkan fikiran kau." Munira memberi pendapat.

"Betul juga kan? Manalah tahu kalau Encik Norman Mirza tu handsome orangnya. Mungkin dia single lagi." Senyuman tiba-tiba terukir di bibir Mona.

"Wah! Cepatnya sembuh luka kau?" Sindir Monique.

Mona buat muka selamba dengan senyuman kerang busuk.

"Jangan-jangan Mona dah...," Munira buat muka cemas.

"Mona, Rushdi. Rushdi. Rushdi!" Monique menduga. "Betul juga kan? Jangan-jangan Mona dah... say well." Monique membuat isyarat jari dipusingkan di sisi kepala.

"Hoi! Selisih malaikat 44. Aku okey lagi lah!" Sergah Mona.

"Habis, aku tengok kau lain macam aje." Munira menjawab.

"Aku sebenarnya dah sedar. Semua ni berlaku ada sebabnya. Yalah, katakanlah aku dah steady dengan Rushdi. Tiba-tiba dia suruh aku berhenti kerja lepas kahwin. Tak ke haru? Aku masih belum puas mendaki tangga kerjaya dalam bidang ni."

"Pulak." Monique bertukar pandangan dengan Munira.

"Okey, esok aku akan pergi kerja macam biasa. Lusa baru aku ke Johor. Selamat malam Munira, Monique."

Minah berdua dalam cermin saling berpandangan dengan rasa pelik. Begitu cepat Mona berubah fikiran.

Beberapa minit kemudian Mona sudah lena di sebalik penutup mata polka dot.

***

"Assalamualaikum Dato'," suara Mona di pintu pejabat CEO Master Creative Media.

"Waalaikumsalam. Ya, Mona. Duduk." Suara Dato' Harriz dengan mood yang baik.

Mona serba-salah. "Tak apalah Dato'. Saya sebenarnya nak minta cuti esok. Ada... err... urusan di Johor."

'Kenapa setiap kali aku nak menipu aku rasa gugup. You're not good at lying Mona!'
Janganlah Dato' tanya banyak. Please... please...' Omel Mona dalam diam. Terasa peluh dingin mula tiris di dahi.

"Hmm... awak tak payah beritahu. Saya tahu sebab apa awak ambil cuti."

Bagai disentap jantung Mona mendengar kata-kata majikannya.

'Alamak! Dato' dah tahu? Siapa beritahu? Rushdi? Macam mana ni?' Mona makin gelabah. Peluh sudah menjengah dari dalam blaus yang berselindung jeket.

"Awak nak berehat kan? Yalah, lepas stres selesaikan kes Mawar Cosmetics tu. Kalau saya pun, mungkin saya akan ambil leave juga macam awak." Jawab lelaki itu bersahaja sambil menandatangan surat mohon cuti Mona.

Mona rasa lega tahap 500 juta. Kalau ikut hati mahu rasanya dia duduk di kerusi sambil bersandar macam ular sawa.

'Fuh! Selamat! Rahsia aku masih belum pecah rupanya.'

"Duduk dulu Mona. Ada perkara yang saya nak terangkan sikit."

Mona duduk bersama tanda tanya menerjah benak.

"Selepas apa yang berlaku, saya nak buat rombakan di syarikat."

'Rombakan? Macam serius bunyinya. Dia nak naikkan pangkat aku ke?' Hati Mona berbunga dengan rasa gembira.

"Saya akan beri awak jawatan baru. Senior executive. Semua projek syarikat akan awak pantau."

"Encik Azli macam mana?"

"Dia masih pengurus. Skop dia akan saya kecilkan, supaya tak ada masalah macam ni lagi."

'Amboi! Kerja anak dia makin senang. Kerja aku makin bertambah. Adil ke macam tu? Semata-mata untuk menyelamatkan nama baik syarikat dia.' Gerutu Mona.

"Buat masa ini tak ada perubahan pada organisasi syarikat, tapi kita akan tengok kalau perlu dibuat perubahan lain."

'Ini yang aku dapat lepas selamatkan keadaan? Azli mesti tersenyum tengok aku merengkok nak handle semua projek.' Rasa geram Mona seperti lahar gunung berapi yang terpendam. Hanya menunggu masa untuk meletus.

"Baiklah Dato'. Saya ikut saja, asalkan untuk kebaikan syarikat." Mona cuba mengawal perasaan.

'Mula-mula tadi aku nak tanya pasal gaji. Tapi baik tak payah. Cukuplah aku anggap segala ilmu yang dia curahkan dulu sebagai ganjaran atas segala titik peluh aku di syarikat ni.'

"Saya minta diri Dato'." Manis senyuman yang Mona ukirkan, namun lahar kemarahannya bergelodak di sebalik tabir sifat kewanitaannya.

***

Mona mengacau air sirap limau dengan straw. Kiub-kiub ais menari seperti perenang berirama dalam air. Renungan kosong dilemparkan keluar restoran.

"Sudahlah Mona. Yang lepas tu biarkan lepas. Seperti kapal cruise yang sedang meredah lautan. Entah bila ia akan pulang lagi." Samantha bersuara persis pendeklamasi sajak.

"Kau membebel tentang apa ni? Merepek tak tentu pasal." Mood Mona agak ke laut tengah hari itu.

"Tentang buah hati kau yang dah pergilah. Mula-mula Remy. Lepas tu Rushdi. Macam burung yang terlepas dari sangkar, tak akan pulang semula."

"Lain kali kalau tak tahu, tanya dulu! Jangan main serkap jarang!"

"Itu pun kau nak marah. Apasal ni? Aku tengok kau lain macam. Ada yang tak kena?" Tersentap Samantha ditempelak Mona.

Mona terus mengacau air dengan straw. Tarian kiub ais begitu ligat dan lancar.

"Aku dapat tawaran di Johor. Wilayah Iskandar."

"Oh, tempat yang baru buka tu kan? Ish, mesti best. Boleh kau pergi Legoland selalu. Nak ke Singapore pun senang."

"Kau ni... ke situ pulak! Aku tengah tension ni."

"Berita gembira, tapi kau bad mood. Apa sebenarnya masalah kau ni?" Samantha mula bosan.

"Mula-mula aku nak tolak tawaran tu, sebab aku nak berkhidmat lagi dengan Dato' Harriz. Kau tahu, hari ni dia nak jadikan aku senior executive. Tapi langsung tak cerita pasal gaji. Bertambah kerja aku adalah. Si Azli tu pulak, skop kerja dia makin sikit!" Mona berang.

"Tak patut dia buat macam tu. Bukan nak hargai kerja kau selama ni. Kalau aku jadi kau, aku sambut aje tawaran di Johor tu." Samantha menyemarakkan lagi semangat Mona.

"Aku pun fikir macam tu. Memang eloklah aku ambil cuti esok. Dapat tenangkan fikiran dan survey tempat baru. Kalau betul-betul elok, chow lah!"

"Amboi Sam... kau ni macam seronok aje dengar aku nak tinggalkan syarikat. Mesti dah bosan mengadap muka aku hari-hari, kan?" Mona mengusik.

"Hei, bukan macam tu. Kalau boleh aku tak nak kau pindah. Tapi ini tentang hidup kau Mona. This is about your future. Your dream. Takkan kau nak stuck dengan orang yang tak tahu menghargai penat lelah kau."

Mona tersenyum. Kata-kata Samantha ada kebenarannya.

***

Mona membancuh kopi petang itu. Mata sudah mula layu dengan semangat kerja yang kian pudar. Tambahan pula dia sibuk memikirkan tentang tempat baru di Johor.

'Agaknya suasana kerja kat sana lebih baik atau lebih teruk daripada sini? Bos syarikat tu sporting macam Dato' Harriz atau jenis cerewet? Cabaran kerja macam mana pula ya? Agaknya lebih besar atau kurang berbanding Master Creative Media?'

Fikiran Mona menerawang semasa membancuh kopi. Namun semuanya sirna setelah mendengar derap tapak kasut di lantai jubin pantry.

"Eh, berjumpa lagi kita di sini ya?" Suara menjengkelkan yang memang Mona kenal.

Mona diam. Dia malas melayan lelaki yang banyak menyusahkan dirinya di syarikat itu.

"Ai, baru dapat tawaran kerja dah sombong."

Muka Azli ditenung Mona bagaikan singa lapar. Senyuman Azli membuatkan Mona rasa begitu meluat.

"Dari mana Encik Azli tahu?"

"Lain kali kalau nak berbual di telefon tentang perkara macam ni, pergi tempat lain. Bukan dalam ofis." Azli bersandar di kabinet pantry sambil meneguk air kosong.

"Dato' tahu tak?" Mona resah.

"Dato'? Huh, dia tu tahu apa. Aku gunakan nama syarikat untuk lobi duit pun dia tak tahu. Kalau bukan disebabkan SMS hantu hari tu, sampai sekarang dia tak tahu. Siapalah agaknya yang beritahu Dato' tu ya?" Provokasi Azli tajam.

Mona tunduk.

"Aku rasa memang patut apa yang dia buat pada kau. Sekarang kerja kau dah makin bertambah. Aku pulak makin bersenang-lenang. Yalah, jadi anak bos ni memang ada kelebihan tersendiri. Lainlah kalau jadi... K.U.L.I."

Mahu rasanya Mona menyimbah kopi ke muka Azli. Kemudian kepalanya dihempuk dengan mug sampai benda tembikar itu bersepai.

'Sabar Mona, sabar....' Mona memujuk dirinya sendiri.

"Kenapa? Encik Azli ingat saya nak terima tawaran tu?" Mona bersuara tenang.

"Kenapa tidak? Kalau aku jadi kau, dah lama aku belah."

"Encik Azli takut saya ada di syarikat ni ya? Sebab saya lebih menyumbang kepada kejayaan syarikat. Begitu?" Giliran Mona pula memprovokasi Azli.

"Hei, perempuan tak sedar diri. Kau ingat aku senang-senang akan biarkan kau tunjuk kehebatan kau dalam syarikat bapak aku ni? Kau ingat kau boleh jatuhkan aku dengan SMS hantu yang kau hantar? Kau jangan lupa. Apa yang aku buat hari tu cuma sedikit. Masalah macam kempen minyak wangi Mawar tu kecil aje. Kalau kau berani teruskan bekerja di tempat ni, kau akan rasa yang lebih mengancam."

Mona enggan menjawab.

'Kau ingat ugutan kau boleh melemahkan semangat aku? Makin bersemangat untuk aku kerja di tempat ini adalah. Tapi aku masih ingat nasihat Monique. Lebih baik aku salurkan kreativiti aku ke arah yang lebih positif dan menguntungkan, daripada melayan tindakan lelaki seperti kau Azli.'

"Bye Encik Azli. Nice meeting you here." Mona menapak keluar pantry tanpa mengendahkan kata-kata Azli.

"Takutlah tu," suara Azli di belakang Mona.

'Whatever.' Segala yang berlaku Mona biarkan aura negatifnya keluar. Umpama sungai yang sedang menghilir, membawa sampah-sarap pergi jauh.

***

Malam itu Mona begitu cepat masuk tidur. Hatinya bagai melonjak-lonjak untuk melihat suasana di tempat kerja yang baru.

Dia menelefon Norman Mirza sebentar tadi. Dia akan ke Johor esok dengan flight awal pagi. Jika sempat, dia akan balik pada hari yang sama. Kalau tidak, urusan penginapan di hotel akan diuruskan oleh Norman.

Rasa serba-salah untuk meninggalkan Master Creative Media semakin hilang. Setelah apa yang dia dengar dari mulut Dato' Harriz sendiri, segalanya memudahkan dia membuat keputusan. Aura negatif Azli hanya akan merosakkan good vibe Mona. Lebih cepat dia meninggalkan lelaki itu, lebih aman hidupnya.

'Siapa dapat menyangka? Perbuatan buruk Azli sebenarnya adalah rahmat yang tersembunyi untuk aku. Dengan masalah yang dia buat, aku dapat jumpa lelaki yang seluhur Rushdi. Kerana Rushdi, aku sedar sikap buruk aku yang memandang rendah orang lain. Projek Mawar yang Azli screw up menyebabkan aku dapat tunjuk kemampuan aku. Hinggakan aku dapat tawaran kerja sebagai pengurus di tempat baru.' Refleksi Mona dalam diam sebelum tidur.


"A new day. A new challenge. A new me." Bisikan lirih Mona sebelum lena datang menjemput.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?