PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Friday, 12 April 2019

MISTIQ: KERIS PUAKA BAH.1

MiSTiQ
KERIS PUAKA

BAHAGIAN 1





MANAP bersantai di kubikel sambil mendengar radio Klasik Nasional. Entah mengapa mood pada malam itu ingin mendengar lagu lama. Mungkin pengaruh mendengar alunan suara di pejabat sebelum menyudahkan artikel dari segmen Seramania untuk majalah Mistiq.

Lagu Ulek Mayang berkumandang di corong radio. Rentak dan irama etnik yang berasal dari Terengganu itu  tidak pernah lapuk ditelan zaman.
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala


Fail sulit yang dikutip setelah terjatuh di bilik stor dulu diteliti helaiannya satu persatu.
Fail itu menyimpan maklumat tentang liputan berkenaan sebuah perkampungan. Terdapat salinan artikel asal bersama tarikh disiarkan dalam majalah Mistiq.
“Apa yang aneh sangat sampai Awi beritahu aku ini maklumat sulit? Kisah tentang kampung dengan kejadian mistik. Itu saja.”
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggul sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Irama Ulek Mayang terasa enak di telinga Manap. Hingga ia masih terngiang-ngiang walaupun setelah lagu itu selesai.
“Ah! Nanti aku tanya Awi tentang kes dalam fail ni. Mungkin dia boleh beritahu tentang apa yang dia tahu. Tapi… macam mana dia boleh tahu fail ni ada maklumat sulit?” Manap terasa pelik.
“Baik aku cari maklumat tentang kes yang aku nak buat liputan lepas ni.” Manap membelek fail-fail di dalam kotak.
“Puteri tujuh… berbaju serong… puteri tujuh bersubang gading,” Manap mengalunkan lagu Ulek Mayang dengan liriknya sendiri.
Matanya menangkap fail dengan label Keris Tujuh Puteri.
“Uit! Macam kebetulan pulak aku dengar lagu ni malam-malam. Entah-entah… ini petunjuk supaya aku tulis kisah tentang ni. Tapi aku rasa kes ni tak ada kaitan dengan lagu tu agaknya.”
Manap bersiul dengan lagu Ulek Mayang sambil meneliti fail itu.
“Hmm… menarik juga kes ni. Tentang keris dan lagenda tujuh orang puteri.” Mana terus meneliti fail itu dengan khusyuk. Satu demi satu maklumat dicatit ke dalam buku nota dengan penuh minat.
“Aku dah dapat kes yang aku nak buat liputan lepas ni.” Manap mengemas beg untuk bersiap pulang ke rumah.
Manap terus bersiul dengan lagu Ulek Mayang. Anehnya tiada kejadian pelik malam itu. Kelibat orang tua yag selalu mengganggunya juga tiada di situ. Itu membuatkan Manap terasa lebih positif.
Mungkin gangguan itu akan berakhir semakin lama aku handle segmen Seramania ini. Fikirnya sambil terus bersiul.
Awi sedang bertugas berseorangan di pondok pengawal. Mungkin rakannya sedang membuat rondaan.
“Baru balik, Encik Manap?” Awi menegur.
“Macam biasalah. Cari bahan dulu sebelum balik.” Jawab Manap. Dia lantas terfikir ingin bertanya tentang fail sulit yang diberitahu oleh Awi tempoh hari.
“Awi, apa yang awak tahu tentang fail yang saya jumpa hari tu?”
Awi buat muka pelik dengan soalan Manap. “Fail apa pulak ni Encik Manap?”
“Fail yang kita jumpa dalam bilik stor tu. Takkan awak dah lupa.”
“Encik Manap, saya mula bekerja semula dua hari lepas. Saya cuti sepuluh hari sebab kena chicken pox.”
Manap tergamam. Pelbagai perkara bermain di fikirannya.
Baru aku perasan malam tu Awi buat rondaan masa aku dalam ofis. Mana ada dia atau pengawal yang lain terserempak dengan aku dalam ofis. Takkanlah Awi nak bergurau dengan aku. Hmm… baru aku perasan dia pun terlebih ramah malam tu. Bisik hati Manap.
“Tak apalah. Saya balik dulu.” Pamit Manap.
“Baik Encik Manap.” Awi mengangkat tangan.
Manap terasa terganggu dengan apa yang baru dia sedari. Semasa dia ingin masuk ke jalan utama, dia ternampak kelibat orang tua yang selalu dilihat. Kali itu lelaki itu hanya berdiri tegak tanpa berkata apa-apa. Itu saja sudah cukup membuatkan bulu roma Manap terapung seperti terkena elektrik statik.

TERUSKAN KE BAHAGIAN 2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?