PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sabtu, 13 April 2019

MISTIQ: KERIS PUAKA BAH.2


BAHAGIAN 2



MANAP tiba di pekarangan rumah yang dituju. Setelah menghubungi nombor di dalam fail, dia mendapat nombor pemilik rumah itu yang lebih dikenali sebagai Tok Madi. Lelaki itu mengamalkan rawatan secara batin dan berkemahiran dengan dunia mistik.
Manap disambut oleh anak lelaki itu yang bernama Yusof. Dia membawa Manap untuk bertemu Tok Madi.


Tok Madi baru selesai merawat seorang pesakit. Setelah pelanggannya itu keluar, Manap mengambil alih tempat duduknya.
“Ada apa hajat encik datang ke mari?” tanya Tok Madi.
 Manap tahu itu bukan soalan biasa. Dia telah pun memberitahu Yusof tentang hajatnya untuk menemu ramah tentang kisah keris dan tujuh puteri.
“Saya dah beritahu Yusof tentang niat saya untuk menemuramah tok. Tentang lagenda keris dan tujuh puteri.”
“Apa yang kamu nak tahu?” tanya Tok Madi.
“Boleh ceritakan tentang lagenda tu? Dan tentang kewujudan keris tu.”
Tok Madi tersenyum. “Sebenarnya kisah ini bukan kisah dongeng biasa yang disampaikan keturunan demi keturunan. Ada rahsia di sebalik kisah ini.”
“Kalau sudi, boleh tok ceritakan?”
Tok Madi menghela nafas. “Ini bukan setakat kisah puteri tujuh beradik dan sebuah keris. Tapi kisah dendam, cemburu, cinta sejati dan nasib.”
Terlopong Manap mendengar. Dia rasa teruja dan dapat merasakan kisah ini lebih daripada yang dia bayangkan.
“Tersebut al kisah dalam sebuah kerajaan dahulu kala. Seorang raja dikurniakan dengan tujuh orang puteri yang jelita. Namun kecantikan enam puteri itu tidak dapat menandingi puteri bongsu yang berwajah jelita. Seri wajahnya bak bulan purnama. Bibirnya bak delima merekah dengan rambut hitam mayang mengurai. Kecantikan itu menimbulkan rasa iri yang tidak terperi pada enam beradik yang yang lain.”
Manap telah siap dengan perakam suara di telefon dan buku nota.
“Ada yang mengatakan in bukan keluarga diraja. Tapi orang kaya dengan tujuh anak perempuannya. Kerana sayangkan anak-anaknya, dia menghadiahkan mereka dengan hadiah istimewa setelah satu pelayaran. Anak-anak pertama hingga keenam mendapat hadiah yang layak untuk anak perempuan. Pakaian, barang kemas dan alat persolekan. Tapi anak yang bongsu diberi sebuah keris. Keris hikmat.”
Manap khusyuk mendengar sambil membuat catatan.
“Pada mulanya puteri berenam puas hati kerana puteri ketujuh mendapat hadiah yang tidak sebagus mereka. Tapi setelah mengetahui tentang hikmat keris itu, mereka jadi bertambah cemburu. Mereka dapat tahu hubungan puteri ketujuh dengan seorang pemuda kebanyakan dan melaporkan kepada ayahanda mereka. Malangnya hubungan itu tidak direstui tapi puteri ketujuh sanggup meninggalkan keluarganya demi cinta kepada pemuda itu. Puteri berenam menghasut ayahanda mereka supaya mengambil balik hadiah keris hikmat itu dan permintaan mereka dipersetujui.
Puteri berenam gembira kerana berjaya memiliki keris hikmat itu. Mereka tidak tahu yang keris itu sebenarnya berpenunggu. Keris itu menjadi hikmat kepada pemilik asalnya, puteri tujuh. Jika digunakan tanpa restu pemiliknya, ia menjadi keris puaka.
Akhirnya puteri berenam mendapat malang setelah peristiwa itu. Dan keris itu telah dibuang supaya tidak terkena badinya kepada sesiapa.”
“Apa jadi pada keris tu?” tanya Manap.
“Ada yang mengatakan keris tu telah pulang kepada pemilik asalnya, puteri tujuh. Ada yang mengatakan keris itu telah dijumpai orang dan wujud sampai sekarang.”
“Siapa yang menyimpan keris tu sekarang?”
Tok Madi tersenyum. Dia bangkit dan mengambil sesuatu dari dalam almari. Benda yang dibungkus kemas dengan kain batik itu dikeluarkan. Sebentuk keris dengan sarung yang masih tersimpan elok.
“Ini keris tujuh puteri tu?” Manap tercengang.
“Hmm… kalau encik ingin menguji kesaktiannya, bolehlah cuba.” Tok Madi tersengih.
“Macam mana?”
“Simpanlah ia. Dan tunggu alamat baik yang ia bawa.”
“Macam tu aje?”
Tok Madi angguk. “Ambillah dan simpan selama mana yang encik mahu. Kalau sudah dapat alamat baiknya, bolehlah dipulangkan. Jangan risau… tak ada mahar atau bayaran.”
Manap teruja dengan peluang yang datang bergolek itu. Dia mencapai keris itu dengan rasa megah hingga terlupa tentang apa yang berlaku kepada puteri berenam setelah berjaya menyingkirkan puteri bongsu dan mengambil keris hikmat itu.


TERUSKAN KE BAHAGIAN 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?