PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 8 Ogos 2019

MISTIQ: SANG PERINDU LAUT BAH.3

BAHAGIAN 3

Manap senyum. “Tak apalah. Bagilah saya peluang untuk jumpa dia. Pandai-pandailah saya nak tanya soalan nanti.”
Pak Maun membawa Manap berjumpa dengan saudara perempuan kepada wanita dalam legenda yang digelar Sang Perindu Laut oleh orang kampung. Dia tidaklah seperti sangkaan Manap dengan keadaan tidak terurus dan pakaian tidak tentu arah. Sebaliknya dia kelihatan tenang duduk di kerusi rotan dengan memakai baju kurung dan rambut tersisir kemas. Mungkin disapu minyak kelapa hingga kelihatan licin dan berkilat. Dia tidak memandang Manap atau Pak Maun. Sebaliknya pandangannya dilempar ke tengah laut yang sedang surut.

Seorang perempuan yang agak lebih berumur keluar dan menyambut mereka berdua.
“Ada apa Pak Maun datang ke sini? Ini siapa?” tanya perempuan yang baru muncul itu.
“Ini hah, ada wartawan majalan nak datang temuramah kau, Teh. Namanya Manap. Encik Manap, ini Mak Teh. Dialah yang menjaga  Si Musalamah tu.”
“Nak temuramah tentang apa? Pasal cerita Sang Perindu Laut?” Mak Teh cuba meneka.
“Ya. Kalau boleh dia nak temuramah sekali Musalamah.”
“Nak tanya apa dengan dia? Nanti entah apa-apa yang diceritakannya.”
“Tak apalah Mak Teh. Biar saya cuba tanya apa yang dia tahu nanti.”
Mak Teh menghampiri Musalamah yang duduk di kerusi tanpa menghiraukan mereka bertiga.
“Mah, ada orang datang nak jumpa dengan Mah.” Sapa Mak Teh dengan lembut.
Musalamah memandang wajah mereka satu persatu. Apabila tiba wajah Manap, ditenungnya hingga Manap terasa kecut perut buat seketika.
“Nak buat apa jumpa dengan Mah?” tanya Musalamah.
“Nak tanya pasal… Hanum.” Kata Mak Teh.
“Hanum!” Musalamah duduk tegak dengan muka bengis. Perwatakannya yang tidak dapat dijangka itu cukup untuk membuatkan Manap rasa darahnya berderau buat seketika.
Kemudian Musalamah bersandar dan mencapai kipas tangan. Gayanya mengipas tubuh dengan riak wajahnya persis seorang primadona.
“Tuai padi antara masak… esok jangan layu layuan.” Musalamah mengalunkan lagu klasik Gurindam Jiwa.
Pak Maun dan Manap saling berpandangan dengan telatah Musalamah.
“Kesian Hanum. Dia mati dalam keadaan rindukan Malik. Dia mati dengan cincin tembaga, mangkuk ayan dan tali pukat di pangkin tempat dia meninggal.” Musalamah mula hiba dan mengesat airmata.
Manap mengeluarkan buku catatan dan mula mencoret apa yang dikatakan oleh Musalamah.
“Tapi roh dia masih ada berkeliaran di tempat ini. Dia akhirnya dapat berjumpa dengan Malik. Hanya pada setiap bulan mengambang. Aku nampak. Tapi semua orang tak percaya sebab aku sorang yang nampak.” Kata Musalamah.
Betul ke itu roh mereka berdua? Entah-entah jin menyamar sebab nak sesatkan manusia. Hati Manap berceloteh.
“Macam mana mereka nak percaya. Hanya kau sorang yang nampak.” Kata Mak Teh.
“Tapi itu tak bermaksud aku salah. Mereka yang tak nampak. Kenapa salahkan aku?” Musalamah mula beremosi.
Mak Teh  mengusap bahu Musalamah. Dia mula tenang semula.
Setelah berjumpa dengan Musalamah, Manap berbual dengan Mak Teh dan Pak Maun.
“Kesian Musalamah. Dia sorang saja yang nampak kelibat pasangan kekasih tu. Macam mana orang nak percaya.” Kata Manap.
“Betul tu. Ada yang cuba bermalam di pantai pada malam bulan mengambang. Tapi tak ada apa pun.” Kata Mak Teh.
“Selagi tak ada yang nampak, cerita si Musalamah tu diambil enteng je oleh orang.” Kata Pak Maun.
Ketika itu ada idea terlintas di benak Manap.
“Bagaimana kalau saya bermalam di pantai tu?” tanya Manap.
Mak Teh dan Pak Maun bertukar pandangan dengan rasa pelik.
“Macam kebetulan pulak. Malam ni memang malam 15 kalendar Islam. Macam tahu-tahu je Encik Manap ni.” Kata Pak Maun.
“Ya ke? Saya pun tak sedar. Nampak macam semua ni dah diaturkan, betul tak?” Manap tersengih.
“Jangan yakin sangat Encik Manap. Kalau bermalam malam bulan mengambang ni, belum tentu nampak pun.” Kata Mak Teh dengan pesimistik.
“Hmm… betul juga tu.” Manap mengusap dagu.


JIKA MANAP INGIN MENUNGGU DI DEPAN RUMAH ITU, BACA BAHAGIAN 5

JIKA TIDAK, BACA BAHAGIAN 4

1 ulasan:

  1. The 15 Best Casinos with Gold Slot Machines | MapyRO
    The Gold Slot 동두천 출장마사지 Machines · Casino: 제주 출장마사지 · Casimba Casino · 의왕 출장안마 Casino Vegas. A.M. 김해 출장샵 B.Q. 용인 출장샵 casino; Casino Vegas · Casino Vegas Resort & Spa Casino Las Vegas.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?