PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Jumaat, 17 Mei 2019

MISTERI RAMADAN: BAHAGIAN 1


MISTERI RAMADAN
Sebuah cerpen interaktif


BAHAGIAN 1

CUACA begitu terik semenjak puasa bermula. Fenomena panas dengan suhu melampau masih tidak berubah walaupun dengan hujan rintik.
Sekumpulan pelajar sekolah pulang dengan keadaan letih dan tidak bermaya.
“Wei, jom kita mandi sungai.” Kata Jalil. Pelajar yang terkenal dengan nama jolokan Mat Confident.


“Mana boleh. Boleh batal puasa kita nanti kalau masuk air dalam rongga.” Kata Mael yang terkenal dengan gelaran Mat Gabra.
Ketika itu seorang pelajar tersandung kakinya dan tersungkur.
“Hati-hati Daud. Kau ni asyik terjatuh je. Padanlah kau kena panggil Mat Clumsy.” Kata Mael.
“Mengata orang. Kau pun sama. Mat Gabra.” Kata Firdaus, pelajar yang terkenal dengan gelaran Mat Arrogant.
“Setiap manusia diciptakan dengan sifat-sifat yang berbeza. Setiap orang ada karakter yang dominan yang membentuk ciri-ciri unik dirinya. Justeru menjadi sebab nama jolokan yang diberi. Teori aku…” Kata Kamal yang mendapat nama jolokan Mat Teori.
“Woi! Tak payahlah kau nak berteori hipotesis bagai dalam keadaan panas terik ni. Masak telinga aku mendengarnya.” Kata Firdaus.
“Nak mandi sungai ke tak ni? Asyik membebel entah apa-apa korang ni.” Kata Haziq.
“Mana boleh, batal puasa aku.” Kata Mael.
“Kalau ikut teori aku, tak batal kalau kita tak menyelam sebab air tak masuk ke dalam rongga seperti telinga hidung atau mulut. Kalau kentut mungkin batal sebab air mungkin memasuki ke bahagian yang keluar angin. Untuk mengukuhkan teori aku lagi….” Kata Kamal.
“Sudah! Sudah! Siapa nak mandi ikut aku.” Kata Firdaus.
Firdaus turun ke tebing sungai diikuti oleh Jalil dan Daud.
“Kau macam mana Amran? Nak mandi sungai tak?” tanya Haziq. Seperti biasa dia memang susah untuk membuat keputusan.
Pelajar bernama Amran berdiam diri.
“Aku tak boleh mandi. Nanti batal puasa aku.” Kata Mael.
Amran akhirnya turun diikuti oleh yang lain.
Baru beberapa minit mereka mandi sungai, muncul seorang tua berjubah putih dengan janggut putih hingga ke dada.
“Kenapa kamu semua berani sangat mandi di sungai ni? Ini tempat larangan. Hanya dengan izin saja boleh mandi di sini.” Kata orang tua itu.
“Larangan apa pulak ni? Dah bertahun lama kami mandi tak ada halangan pun.” Kata Firdaus.
Amran yang terkenal dengan nama jolokan Mat Cool menampilkan diri. “Kami minta maaf pak cik. Nanti kami tinggalkan tempat ni.”
“Sudah terlambat! Kamu semua akan terima akibatnya.” Kata orang tua itu.
Mereka mula berbalah sesama sendiri.
“Aku dah kata jangan mandi tapi korang degil.” Kata Mael.
“Apasal pulak? Ada papan tanda tak? Tak ada kan?” Kata Firdaus.
Sekilas mata Amran beralih memerhatikan rakan-rakannya, orang tua itu telah hilang.
“Aku rasa tak sedap hatilah. Baik kita balik.” Kata Mael.
Mereka memakai kemeja sekolah semula dan mengangkat beg masing-masing.
“Woi! Tengok ni. Jalan dah lainlah!” Kata Haziq.
“Ah ah, betullah.” Daud mengiakan.
Mereka berjalan hingga tiba ke jalan bercabang dua. Kelihatan papan tanda dengan huruf P yang menunjuk ke arah kiri dan I ke arah kanan.
Kedengaran suara bergema. “Apakah syarat untuk amalan diterima? Huruf pertama.”

Mereka bertelagah lagi.
Jika anda pilih huruf P, teruskan ke BAHAGIAN 2
Jika anda pilih huruf I, teruskan ke BAHAGIAN 3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?