PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 11 Julai 2019

MISTIQ: PENGHUNI SAINT MATILDA BAH.2


BAHAGIAN 2

Manap membuat temu janji dengan ahli-ahli kumpulan XTPH iaitu Aqil, Jade dan Rajen. Mereka kemudiannya ke Gereja Saint Matilda ketika hari sudah hampir senja.
“Bagus betul kumpulan ni. Muhibbah. Satu Malaysia.” Manap berseloroh.
“Sebenarnya ramai lagi sebelum ni, tapi…” Rajen seperti cuba menyembunyikan rasa sedih.
“Kenapa?” Manap terasa seperti ada maklumat yang dia terlepas semasa membaca tentang kumpulan itu di internet.
“Kumpulan kami dulu ada lima orang. Tapi dua dah… hilang masa satu ekspedisi.” Kata Rajen.
“Apa yang terjadi? Ekspedisi ke mana?” tanya Manap.
“Kami ke terowong bawah banglo House of Ophelia. Pernah dengar tentang banglo tu?” tanya Jade.
Manap geleng.
“Ada puaka yang mendiami terowong tu lepas banglo tu ditinggalkan kosong.” Jawab Aqil.
Manap sempat melihat Jade mencuit bahu Aqil, seperti memberi isyarat tentang sesuatu. Mungkin supaya jangan bercerita tentang kejadian itu.
“Tapi itu dah lama berlaku. Kami pun dah move on.” Aqil memendekkan cerita.
 “Apa yang korang tahu tentang gereja lama ni?” Manap sengaja mengubah topik setelah melihat reaksi Jade tadi.
“Err… gereja ni dah ada sejak zaman British lagi. Dulu ada rumah anak yatim di tempat ni. Ia ditinggalkan kosong lepas serangan Jepun.” Jawab Aqil.
“Wah Hebat research korang semua ya.” Manap kagum.
Ahli kumpulan XTPH saling berpandangan lagi dengan isyarat yang sukar difahami oleh Manap.
Mereka ni macam ada sembunyikan sesuatu daripada aku, fikir Manap.
“Research?” Aqil tersenyum sinis dengan perkataan itu. “Ya, memang research. Dari sumber yang tak ramai orang tahu.”
Berkerut dahi Manap. Rakan bertiga masih tega membiarkan dia dengan rasa aneh tentang jawapan Aqil.
“Banyak lagi yang dah berlaku di sini. Dulu ada kebakaran di perpustakaan dalam gereja ni. Penjaga gereja mati dibunuh dalam menara loceng. Biarawati mati dalam keadaan sadis masa serangan Jepun.” Kata Aqil.
“Dari sumber mana awak dapat semua maklumat ni?” Manap semakin teruja dengan penerangan Aqil.
Rakan bertiga saling berpandangan lagi. Kali ini Aqil berkata, “Encik Manap percaya dengan kebolehan deria keenam? Atau mata ketiga?”
“Kenapa dengan kebolehan tu? Awak ada?” Manap cuba menebak.
Aqil angguk. “Jade pula…”
“Aqil, no!” Jade memintas.
Manap mula syak sesuatu. Tapi dia tidak pasti apa dia.
“Saya tak ada kuasa macam Aqil. Tapi saya pandai taekwando.” Jade cuba menyedapkan hati Manap.
Aqil dan Rajen berpandangan dengan senyuman sinis.
Makin lama bersama dia orang bertiga ni, makin musykil aku. Fikir Manap.
“Encik Manap nak ke lokasi mana dulu?” tanya Aqil.


JIKA MANAP INGIN KE TAPAK MENARA LOCENG GEREJA, BACA BAHAGIAN 3

JIKA MANAP INGIN KE TAPAK PERPUSTAKAAN, BACA BAHAGIAN 4

JIKA MANAP INGIN KE TAPAK BILIK BIARAWATI, BACA BAHAGIAN 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?