PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Wednesday, 13 August 2014

CERPEN: MENJEJAK INSPIRASI YANG HILANG

MENJEJAK INSPIRASI YANG HILANG



Mesyuarat Panel Penilai
Karisma Novela

"Ini adalah senarai novel terbaru yang akan kita lancarkan sempena pesta buku yang akan datang." Suara Suriyani selaku ketua panel.

"Cik Suri, manuskrip tulisan penulis lelaki baru tu tak ada ya?" Tanya Sarafina. Dia adalah ahli panel terbaru.

"Yang mana?" Suriyani tidak pasti novel yang dimaksudkan.

"Kalau tak silap namanya Ikhlas Shukri. Tajuknya Butter Cookies, Krim Strawberi."

"Oh, manuskrip yang itu. Kita tolak." Selamba jawapan Suriyani.

"Kenapa? Saya suka dengan ideanya. Segar dan unik dari banyak segi."

"Pada mulanya saya suka dengan teknik penulisnya. Tapi saya tak suka cara penulis menggarap dialog. Nampak tak matang dan bukan seperti novel yang biasa dibaca. Watak heronya pun saya tak suka. Perempuan suka lelaki yang dalam tegas ada lembutnya, dalam marah ada sayangnya, dalam cemburu ada rindunya, dan dalam teguran ada gurauannya. Watak yang ditonjolkan buat saya tak berminat nak baca." Suriyani mengkritik sesedap rasa.


"Tapi ceritanya lain daripada yang lain. Bukan macam cerita yang sudah banyak di terbitkan atau disiarkan di kaca TV. Klise dan monotonous."

Suriyani tergelak sinis. "Zaman ini bukan pentingkan keunikan atau kelainan. Kenapa novel yang mengetengahkan isu kahwin paksa dan kahwin kontrak masih tetap dapat sambutan, walaupun ramai yang mengkritik? Kenapa watak lelaki yang rendah nilai moralnya diangkat menjadi suami, yang konon-kononnya tinggi harga diri selepas dia berubah? Hatta lelaki perogol sekalipun. Kenapa novel dengan bahasa rojak dan sarat dengan hubungan intim suami isteri masih tetap mendapat sambutan walaupun dikecam oleh sesetengah pihak?"

Sarafina dan yang lain hanya mendengar soalan demi soalan Suriyani yang bertubi-tubi.

"Sebab kebanyakan pembaca adalah perempuan seperti kita dan mereka gemarkan kisah sebegini. Yang penting adalah bilangan jualan dan keuntungan daripada penerbitan novel-novel seperti ini. Kita bukan menerbitkan novel semata-mata untuk mengangkat nilai-nilai estetika penulisan dan kesusasteraan. Matlamat akhir kita adalah jumlah wang yang masuk, untuk menggajikan saya dan awak semua." Ceramah percuma Suriyani hari itu.

Sarafina terdiam. Segala kekecewaan dan kehampaan hanya disemat jauh-jauh dalam lubuk hatinya.

***

Pantai Kuala Muda

Ikhlas Shukri duduk bertenggek di atas bonggol batu di tepi pantai. Dia sengaja membiarkan mesra angin laut menampar pipinya dengan desiran yang lirih kedengaran. Dia berlindung di celah bayangan pohon nyiur daripada terik matahari walaupun hari sudah petang.

Dia memerhati hamparan pasiran pantai yang luas dan ombak yang memecah. Air surut sudah mula pasang dan ombak yang begitu sayup kelihatan sudah mula menghampiri pantai, inci demi inci, minit demi minit.

Dia berharap keadaan akan berubah setelah kehadirannya di pantai. Dia begitu berharap suasana di sini dapat mengembalikan sesuatu yang telah lenyap dalam sekelip mata. Inspirasi dalam hasil nukilannya.

Pemandangan indah itu masih belum mampu menghidupkan semangat yang telah layu. Berita yang diterima dalam emel menyebabkan semangatnya pudar dan inspirasinya lenyap dengan sekelip mata.

Dia sememangnya telah bersedia dengan apa jua kemungkinan. Tetapi komen yang diterima agak sukar dihadam oleh jiwa penulisnya yang masih muda dan mentah. Sudah ramai penulis yang memberi nasihat bahawa penolakan dalam dunia ini adalah asam garam kehidupan. Tetapi pengalaman pertama ini begitu menyakitkan.

Dalam asyik melayan perasaan, dia terpandang kejadian yang pelik dan jarang berlaku. Sebuah kereta Toyota model lama terkandas di atas pasir tidak jauh dari tempat dia duduk. Seorang lelaki tua keluar dari perut kereta.

Dengan segera Ikhlas menghampiri lokasi kejadian. "Kenapa pak cik?"

Lelaki tua berambut putih dengan misai dan janggut segera berpaling ke arah Ikhlas. "Kereta pak cik terbenam. Anak pak cik ni baru nak belajar pandu kereta. Belum sempat pak cik pesan jangan bawa atas pasir, dia dah meluncur macam lipas kudung."

"Tak apa. Biar saya tolong."

"Anak nak buat apa?"

"Saya terpaksa pancitkan sikit semua tayar supaya leper. Lepas tu kita ratakan pasir di bahagian depan tayar dan sokong dengan kayu supaya boleh keluar dari dalam pasir. Tapi tak boleh tekan minyak kuat-kuat. Tekan sikit aje sampai tayar dah keluar sepenuhnya. Pak cik ada bawa pam?"

"Tak ada. Tapi tak apa, sebab stesen minyak dekat aje. Nanti pak cik suruh anak pak cik pergi isi angin semula." Jawab lelaki itu.

Setelah mendapat izin lelaki itu, Ikhlas melaksanakan seperti yang dirancang. Akhirnya kereta Toyota itu berjaya diselamatkan daripada cengkaman pasir. Anak lelaki orang tua itu memandu kereta dan beredar ke jalan besar.

"Terima kasih. Nama anak siapa? Dari mana belajar buat macam ni?" Tanya lelaki itu.

"Saya Ikhlas Shukri. Saya pernah menulis pasal masalah macam ini dalam karya tulisan saya. Saya jumpa jawapannya dalam internet."

"Oh... jadi anak ni penulis. Baguslah kalau macam tu, menulis tentang perkara yang boleh memberi manfaat. Nama pak cik Zaidin. Pak cik bawa keluarga berkelah tepi pantai. Ini kali kedua kereta kami terkandas. Kali pertama dulu..." Riak wajah Pak Cik Zaidin berubah, seperti mengimbas kisah silam. "... eh, nanti pak cik bagi kamu makanan sikit. Sebagai tanda terima kasih."

Ikhlas dapat rasa Pak Cik Zaidin seperti menyembunyikan sesuatu. Mungkin emosi yang sukar dia kawal.

Ikhlas kembali ke bonggol batu tempat dia duduk. Seorang gadis bertudung kini duduk di situ. Dia memakai kemeja merah kotak-kotak dan seluar hitam. Dia berkaki ayam dengan sebelah kasut sneakers merah jambu tersadai di pasir. Gadis itu tersenyum melihat Ikhlas.

Ikhlas segera mencapai beg dan barang lain yang dia bawa untuk beredar ke tempat lain.

"Ini tempat awak ya? Maaf, biar saya cari tempat lain." Gadis itu cuba berdiri.

"Tak apa. Duduklah sini, biar saya cari tempat lain. Tapi kalau nak kongsi pun apa salahnya." Ikhlas berseloroh.

"Saya tak kisah." Jawapan gadis itu membuatkan Ikhlas tersengih macam kerang busuk.

"Awak datang dengan siapa?" Tanya Ikhlas.

"Itu... Lelaki yang awak bercakap dengan dia tadi ayah saya." Gadis itu menuding jari.

"Oh." Ikhlas baru faham.

"Mana kasut awak?" Ikhlas memandang sneaker tanpa pasangan di pasir.

"Saya suka berjalan di pasir tak pakai kasut. Kasut saya letak atas batu. Bila saya cari kasut saya, yang tinggal sebelah saja. Entah ke mana perginya." Mata gadis itu melilau di segenap ruang sekeliling.

"Nanti saya tolong carikan." Pelawa Ikhlas.

"Eh, tak payah. Nanti saya jumpalah."

"Saya Ikhlas Shukri. Saya penulis, tapi awak tak kenal lagi. Sebab novel saya belum terbit."

"Saya Zaihasra. Panggil Has aje."

"Hmm... sedap nama tu. Macam nama penulis puisi zaman lapan puluhan. Kenapa tak panggil Zai?"

"Ayah saya minat puisi. Masa saya kecil dia selalu bacakan puisi untuk kami adik-beradik. Zaihasra adalah antara penulis puisi kegemarannya. Semua antologi penulis tu dia simpan. Kalau dia tahu awak ni penulis, entah apa agaknya reaksi dia." Jawab Zaihasra dengan tersipu-sipu. "Ayah saya pun orang panggil Zai. Nanti kalau saya pun guna Zai, bila orang panggil dua-dua menoleh."

Ikhlas ketawa kecil dengan cara gadis itu berseloroh.

Tidak lama kemudian Pak Cik Zaidin datang bersama bungkusan plastik. Di dalamnya ada bekas plastik berisi nasi lemak dan air mineral.

"Terima kasih pak cik." Ucap Ikhlas.

"Sama-sama." Jawab lelaki itu dan terus berlalu meninggalkan mereka berdua.

"Sporting ayah awak. Dia tak kisah awak melepak dengan saya di sini?"

Zaihasra senyum. "Petanda baik tu. Lagipun awak kan dah tolong dia tadi. Nasi lemak tu mak yang masak. Keluarga kami buat niaga masakan kecil-kecilan. Kalau ada majlis, kami boleh siapkan hidangan. Tengoklah dalam lima puluh hingga seratus orang pun boleh."

"Oh," Ikhlas hilang idea untuk berbual.

"Awak ke pantai ni untuk cari ilham?" Tebak Zaihasra.

Ikhlas angguk. "Cari ilham, kembalikan semangat yang hilang dan hilangkan stres."

"Stres? Susah sangat ke jadi penulis?"

"Bukan macam tu. Err... sebenarnya baru-baru ni satu manuskrip saya kena tolak penerbit. Itu yang lemah semangat sekejap. Dah penat-penat kita cari idea dan garap cerita, sampai bersengkang mata lewat malam. Tiba-tiba kena tolak macam tu aje. Komennya pun buat saya rasa malas nak menulis lagi."

"Hmm... kesian awak. Saya pun selalu juga dengar nasib penulis macam awak, sampai ada yang dah serik jadi penulis. Terus tak hasilkan karya lagi." Jawab Zaihasra.

"Saya pun selalu juga dengar. Ada penulis otai yang nasihatkan supaya jangan putus asa, sebab penolakan adalah asam garam dalam dunia penulisan. Tapi bila terkena batang hidung sendiri, baru tahu penangannya. Sampai hilang semua inspirasi saya. Itu yang saya datang ke pantai ni. Manalah tahu di celah batu, ombak dan angin pantai ada terselit inspirasi yang hilang."

Zaihasra tergelak mendengar gurauan Ikhlas. Comel.

"Tentu seronok dapat jadi penulis kan? Dapat hasilkan karya untuk orang lain baca. Apa-apapun awak kena tanya diri sendiri, kenapa nak jadi penulis."

"Apa maksud Has?" Berkerut dahi Ikhlas.

"Bukan apa. Ada macam-macam jenis penulis. Ada yang menulis kerana inginkan gelaran penulis. Ada juga yang inginkan wang tambahan. Ada juga yang nak glamor. Tapi bagi saya itu semua tak menjamin kejayaan."

"Kenapa Has kata macam tu?" Ikhlas tidak sangka gadis itu mampu memberi pendapat sebegitu.

"Sebab pada pendapat peribadi Has, menulis ini adalah tanggungjawab. Macam juga setiap perbuatan manusia, ia akan diperkirakan dan dipersoalkan nanti. Apa guna kalau kita gah dan mewah di mata manusia, tapi terpaksa menanggung akibat buruk hasil tulisan kita. Eh, maaf... Has cakap main lepas aje."

"Tak mengapa. Ada benarnya kata-kata Has. Ikhlas pun selama ni tak pernah terfikir tentang semua tu. Yang saya tahu, seronok bila ada yang baca dan komen positif tentang hasil tulisan saya. Terima kasih."

Riak wajah bersalah Zaihasra bertukar menjadi senyuman manis.

"Has tak minat menulis?" tanya Ikhlas.

"Tak. Tapi Has suka dengar puisi. Macam puisi Zaihasra yang ayah selalu bacakan dulu. Has suka puisi Lautan Di Waktu Subuh."

"Cuba Has deklamasi. Ikhlas nak dengar."

Tersipu-sipu gadis itu dibuatnya. "Eh, mana boleh. Has segan."

"Kenapa?"

"Ikhlas tak pernah baca puisi tu ya?"

"Tak."

"Cubalah baca. Nanti tahulah sebab apa." Gadis itu tersenyum nakal.

Ikhlas asyik berbual dengan Zaihasra hingga hari sudah lewat senja. Mentari terik tadi sudahpun bertukar dengan rona merah dan jingga. Ia mula berlabuh dan mencecah horizon langit.

"Eh, Has kena balik. Ayah dah bersiap nampaknya."

"Kita terlalu asyik berbual sampai tak sempat cari sebelah lagi kasut Has."

"Tak apalah. Kalau Ikhlas jumpa nanti tolong simpankan ya?" Zaihasra mula meniti bonggol batu hingga dia memijak pasir. Sneaker yang tinggal sebelah dicapai.

"Okey, tapi macam mana nak hubungi Has?" Ikhlas kelam kabut.

"Alah, dah tahu tanya lagi." Ejek Zaihasra.

Ikhlas keliru. Namun dia hanya mampu melihat gadis itu berlalu. Dia sempat melambai tangan kepada Zaihasra.

Ikhlas sempat melihat reaksi pelik Pak Zaidin sekeluarga apabila dia melambai ke arah gadis itu, tetapi dia tidak mengendahkan mereka semua. Hatinya berbunga apabila melihat gadis itu berlalu sambil menjinjing sebelah sneaker yang tiada pasangan.

"Apa maksud Has aku dah tahu nombor telefon dia?" Ikhlas tertanya-tanya.

Dengan segera dia teringat beg plastik berisi makanan dan air mineral tadi. Di atas penutup plastik itu terpampang pelekat kecil berwarna putih dengan perkataan ZAI KATERING bersama alamat dan nombor telefon.

Ikhlas menggeleng. Langsung dia tidak sangka ada klu di situ. Dia menoleh melihat keluarga Pak cik Zaidin. Namun mereka semua sudah tiada di situ lagi.

Ikhlas menarik nafas panjang, menyedut udara pantai yang amat menyegarkan senja itu. Sesegar semangat baru yang dia temui setelah berjumpa gadis bernama Zaihasra. Malah pertemuan dengan gadis itu telah mencetuskan inspirasi untuk menulis sebuah kisah cinta. Dia menyangka dia akan pulang dengan tangan kosong hari itu. Rupa-rupanya sesuatu muncul ketika mentari sudah mula mengundurkan diri.

"Aku hilang arah buat seketika. Langsung aku tidak sangka akan bertemu gadis yang menunjukkan jalan keluar dalam kebuntuan ini. Aku sesat, dan Has telah membuka jalan dalam keadaan gelita ini." Bicara Ikhlas persis sedang berpuisi.

"Aku perlu terus menulis selagi ada kesempatan yang dianugerahkan Tuhan. Siapa tahu, tulisan ini mungkin akan menyentuh jiwa manusia yang dilanda kegelapan. Atau mungkin menjadi pencetus inspirasi buat orang lain. Walaupun hasil tulisanku tidak layak atau tidak diiktiraf untuk menghiasi naskhah karya bercetak. Ini adalah satu tanggungjawab yang tidak harus aku sia-siakan."

Tiba-tiba Ikhlas teringat tentang puisi yang diceritakan oleh gadis itu. Dari Samsung Note, dia membuat carian google tentang puisi tulisan Zaihasra. Dia terjumpa puisi itu dan meneliti bait-baitnya.

Lautan di waktu subuh
ianya gadis yang menghirup rindu
dengan rahsia sebuah malu.

"Padanlah dia malu nak baca puisi ini." Ikhlas tersengih seorang diri.

Hati Ikhlas terasa lapang dengan rona lembayung senja dan dingin sepoi angin. Deru ombak dan gemerisik pelepah kelapa seperti berlagu dengan memori tentang gadis bernama Zaihasra.

Dia bangkit untuk pulang. Ketika itu dia terdengar bunyi gemerincing besi di celah batu. Gugusan kunci motosikal dan kunci rumah tergelincir dari dalam poket dan terjatuh.

"Alamak! Naya kalau aku tak dapat ambil kunci ni. Nak balik macam mana?"

Dia mula mengintai ke celah bongkah batu sebesar dua pemeluk lelaki dewasa. Bersuluhkan cahaya skrin telefon, dia cuba mencapai kunci itu. Setelah terkial-kial akhirnya dia berjaya.

Matanya serta-merta menangkap sesuatu berhampiran kunci itu.

"Eh! Jangan-jangan ini kasut Has yang hilang." Dia cuba mencapainya hingga terasa sakit bahu yang tersangkut di celah batu dengan permukaan yang kasar. Akhirnya kasut itu juga berjaya dikeluarkan.

Ikhlas tersenyum lebar dengan apa yang bermain di fikiran. Kini dia ada alasan kuat untuk bertemu dengan Zaihasra lagi.

***

Rumah Pak cik Zaidin


"Assalamualaikum," suara Ikhlas di pekarangan rumah.

"Waalaikumsalam." Suara lelaki yang Ikhlas kenal. Lelaki itu tercongok di muka pintu.

Wajah Pak Zaidin nampak kaget melihat kasut yang ada di tangan Ikhlas.

"Pak cik, boleh saya jumpa Has. Ini saya bawakan kasut dia yang hilang di pantai hari tu."

Isteri lelaki itu turut tercongok di muka pintu. Mereka bertukar pandangan dengan riak yag begitu pelik.


Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?