PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Tuesday, 6 September 2016

MiSTiQ: Cerpen bersiri interaktif (SIRI BARU!!!)

MiSTiQ
Cerpen Bersiri Interaktif

“Tersilap pilih, maut padahnya!”



ABDUL Manap atau lebih dikenali sebagai Manap rasa teruja hari itu. Bukan selalu dia diraikan seperti ini. Selepas waktu pejabat, rakan setugas memesan pizza untuk semua staf di bahagian yang sama.

“Tahniah!” ucap Karim, wartawan seperti Manap.

“Terima kasih. Susah-susah aje korang semua ni.” Manap rasa terharu.

“Tak ada hal. Bukan senang nak jadi wartawan kat majalah Mistiq tu. Bila kau dapat, kami pun tumpang gembira.” Kata Karim.

“Betul tu Manap. Aku bangga dapat kawan yang dapat kerja kat majalah tu.” Sampuk Rizal. “Cuma… err… aku ada terdengar berita yang tak berapa sedap pasal majalah tu.”

“Hish kau ni Rizal. Aku belum mula kerja kat sana, kau dah bagi aku rasa tak sedap hati.” Manap terasa.

“Yalah Rizal. Orang bagi semangat, bukan menjatuhkan semangat. Kawan apalah kau ni!” Karim pun tidak setuju.

“Apa tanggapan korang, itu aku tak kira. Tapi aku rasa bertanggungjawab menyampaikan. Kau nak terima atau tidak, itu lain kira.” Rizal cuba menegakkan pendiriannya. “Aku dengar ada perkara tak elok berlaku pada wartawan sebelum kau. Dia hilang macam tu aje.”

Tengkuk Manap mula meremang. Dia rasa tidak selesa dengan tiba-tiba. “Apa lagi yang kau dengar pasal wartawan tu?”


“Dia tengah buat liputan pasal satu kisah seram. Sebelum dia hilang, dia ada membebel pasal benda kacau dia. Kat ofis, rumah, sampai kat luar pun benda tu mengekor je dia.”

“Jangan-jangan kau nak takutkan Manap kot. Tak baiklah kau ni.” Tebak Karim.

“Aku cakap perkara yang betul. Kawan dia tu satu sekolah dengan aku dulu. Kami memang rapat. Kami selalu pergi memancing hujung minggu. Itu yang dia cerita. Dia ada cerita pasal wartawan baru masuk. Aku tak sangka kau yang dia maksudkan.”

Manap mula terasa tidak sedap hati. Ingin rasanya dia menelefon majikan barunya untuk membatalkan hasrat bekerja di tempat baru, tapi dia tidak mahu buat keputusan terburu-buru. Riak wajahnya jelas menunjukkan rasa tawar hati.

“Aku minta maaf Manap. Bukan niat aku nak menakut-nakutkan kau. Cuma aku harap kau fikir betul-betul dan berhati-hati kat tempat baru.” Kata Rizal dengan riak tulus tergambar di wajahnya.

“Sudah, kau jangan fikir sangat Manap. Mungkin mamat tu yang bermasalah. Kau tak ada masalah macam dia.” Pujuk Karim memberi semangat.

Manap mengukir senyum. “Okey,” jawabnya ringkas.


JAM  sudah menunjukkan pukul sepuluh malam, tetapi Manap masih terhegeh-hegeh mengemas barang-barang di meja. Hanya bahagian tempat dia bekerja yang masih terang benderang. Bahagian lain telah gelap dan sepi.

“Kau tak balik lagi?” tegur Karim sambil menyandang beg galas kanvas hitam.

“Belum. Tadi aku siapkan fail untuk diserahkan pada staf baru yang ganti tempat aku. Sibuk sangat dengan farewell tadi sampai aku terlupa siapkan. Nasib baik tinggal sikit je.” Jawab Manap.

“Kau siapkanlah. Aku tunggu kau. Boleh kita keluar sama-sama nanti.” Pelawa Karim.

“Tak apalah. Susah-susah je kau ni.”

“Eh, tak apalah. Lagipun ini kan last day kau kat syarikat ni.” Karim tersengih.

“Kau jangan nak mengadalah Karim. Macamlah hujung minggu kita tak boleh keluar ngeteh. Atau… kau memang dah tak nak jumpa aku lagi ni.” Usik Manap.

“Aku gurau ajelah. Betul kau tak nak aku tunggu?”

“Betul, kau baliklah dulu.”

“Okeylah kalau macam tu.” Kata Karim sebelum menghulur salam. “Aku balik dulu Manap. Aku doakan kau sukses di tempat baru.”

Manap menyambut salam. “Terima kasih Karim. Aku doakan untuk kau juga.”

Manap keseorangan di kubikel kerjanya. Barang-barang sudah siap dimasukkan ke dalam kotak. Hanya tinggal memadamkan fail-fail yang tidak berkenaan di dalam komputer. Juga menyalin dokumen dan fail yang dirasakan berguna di tempat kerja baru ke dalam thumbdrive.

Ditinggalkan berseorangan di tempat itu menimbulkan rasa seram pada Manap. Tengkuknya terasa meremang sedikit.

Baru kena tinggal sorang kat tempat macam ni, kau dah rasa seram. Belum kena buat liputan pasal kisah seram lagi. Apalah kau ni Manap! Dia menyedapkan hati dengan apa yang bermain di fikiran.

Lampu tiba-tiba berkelip-kelip seperti sudah hampir tiba ke penghujung hayat.

Kemon Manap, kemon… takkan benda macam ni pun kau nak rasa seram. Bicara hatinya, sengaja berlawak agar hilang rasa gerun.

Lampu terpadam sepenuhnya. Bulu roma di seluruh tubuh Manap meremang setegak-tegaknya. Dalam diam dia berdoa agar lampu kembali terang. Kalau tidak, payah untuk dia keluar dalam keadaan terpaksa mengangkut kotak dan barangan lain.

Lampu menyala, tapi dia masih tidak berasa lega. Hanya satu lampu yang menyala di atas kepalanya. Ditambah pula dengan kemunculan seorang lelaki tua yang belum pernah dia lihat di depan matanya. Pandangan lelaki itu tajam hingga dirasakan menikam tembus ke jantung dan menimbulkan rasa kecut perut.

Manap cuba menenangkan perasaan dan melayan orang tua itu seperti biasa. Walaupun di hatinya terlintas itu mungkin bukan manusia. Mungkin sesuatu yang menyerupainya.

“Err… p-pak-pak cik buat apa kat sini?” Manap tersenyum mesra, walaupun bukan menggambarkan kemelut dalam dirinya ketika itu.

“Aku nak beri kau amaran.” Nada tegas dan serius lelaki tua itu. “Kau kena berhati-hati lepas ni. Bahaya menanti dalam setiap tindak-tanduk kau. Tersilap langkah, maut padahnya!”

Manap masih mampu tersengih. “Ap-apa yang pak cik maksudkan?”

“Kau dah terkena sumpahan orang yang pernah jadi bahan liputan syarikat tu. Semua yang memegang jawatan seperti kau akan teruji. Setakat ini tak ada yang selamat lagi.”

Tengkuk Manap terasa rimas dengan peluh yang merecik di belakang kolar.

“Macam mana cara saya nak selamat?” Manap melayan perbualan dengan lelaki tua itu.

“Jadikan naluri kau sebagai panduan. Jangan mudah percaya apa yang kau dengar dan lihat. Pandang dengan mata hati, bukan nafsu dan akal.”

“Apa maksudnya? Saya tak faham.”

Sebaik saja Manap bersuara, lampu kembali padam sepenuhnya. Beberapa saat kemudian keadaan terang seperti biasa dan kelibat lelaki tua itu sudah hilang.

Bulu roma yang terapung di seluruh tubuh Manap benar-benar dirasakan tidak selesa. Dia terus mencapai kotak dan barangan lain dan meninggalkan kubikel. Perkara lain sudah tidak diendahkan lagi.


Bersambung..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?