PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 2 Mac 2016

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY 4B

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota: Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang elok atau tidak bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberi dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.



BAHAGIAN 4B

"AH! Buat apa aku memandai-mandai tengok apa dalam bilik tu. Mesti ada sebab kenapa dia tak bagi aku tengok. Kalau ada benda bukan-bukan dalam bilik tu, padan muka aku." Junita mengomel dalam lirih sambil menuju ke biliknya.

"Barulah kenyang. Aku memang tak boleh makan malam salad. Serik!" Katanya sambil menyelinap ke dalam duvet. Pendingin hawa dipasang perlahan pada malam yang agak hangat itu. Hinggalah akhirnya dia terlelap.

~~***~~

"KENAPA dengan kau ni?" Karina perasan perubahan ketara Junita pagi itu.

Junita nampak monyok dan tidak bersemangat. "Aku dapat tidur sekejap je semalam. Lepas terjaga aku dah tak boleh tidur."


"Padanlah. Eii... teruknya rupa kau. Memang teruk muka kau kena mekap nanti." Kata Karina. "Kenapa kau tak boleh tidur?"

"Aku mimpi tak elok."

"Mimpi? Mimpi apa?"

Junita mengeluh. "Aku mimpi pasal rumah ni. Ada sesuatu yang tak kena. Macam ada seseorang... atau sesuatu yang cuba nak tunjukkan aku satu benda. Apa, itu aku tak tahu."

Dahi Karina berkerut. "Cuba kau ceritakan apa yang kau mimpi."

"Aku mimpi aku berjalan turun tangga. Ada seseorang sedang tunggu aku di bawah. Perempuan. Cantik. Dia pergi ke dapur. Lepas tu keluar ke laman."

"Lepas tu apa dia buat?" Karina teruja.

"Dia hilang. Tapi ada lubang dalam tanah."

"Lubang?" Mata Karina terbeliak.

Junita angguk. "Betul-betul kat tengah kawasan tu."

Karina berfikir sejenak. "Hmm... pelik juga mimpi tu."

"Kau rasa… ada apa-apa yang kita perlu buat berdasarkan mimpi tu?" Junita nampak keliru.

"Ish! Jangan kau fikir sangatlah pasal mimpi tu."

Mereka kemudiannya terus beredar untuk menghadiri sesi penggambaran pagi itu.

~~***~~

"STOP! Stop!" Jojo menjerit semasa sesi forografi.

Junita tersentak. Dia jadi gementar buat seketika. Terus dia berhenti memberikan pose seperti yang diminta.

"Kenapa ni Ju? Posing macam orang lepas beranak! Hish... semangatlah sikit!" Jojo bercekak pinggang. Walaupun dalam keadaan marah dia masih kelihatan lemah gemalai.

"Sorry Jo. Semalam tak boleh tidur." Junita buat muka bersalah.

Cindy, Maya dan Rachel mula berbisik. Entah apa yang digosip tentang Junita.

"Dia mimpi tak elok semalam pasal banglo tu." Karina menyampuk.

"Eii... susahlah macam ni! Ju, kau pergi balik. Tidur cukup-cukup. Esok kita sambung photoshoot hari ni." Jemari Jojo meliang liuk sambil dia bercakap.

Gadis bertiga menghampiri Junita selepas sesi fotografi. Ketika itu giliran Karina pula beraksi di depan kamera.

"Junita," tegur Maya. Cindy dan Rachel berdiri di sisinya.

Junita tidak menjawab. Dia menunggu apa yang ingin mereka perlekehkan tentang dirinya.

"Kau tinggal dengan Karina kat banglo Villa Seri Avira?" tanya gadis itu.

Junita angguk.

"Kau tak tahu sejarah banglo tu?" Maya bertukar pandangan dengan Cindy dan Rachel. Seolah-olah ada maksud yang tersirat.

"Sejarah apa?" Junita tak berapa endah. Dia tahu ada muslihat untuk mengenakannya.

"Banglo tu berhantu," kata Maya sambil berpeluk tubuh.

"Aku stay malam tadi okey je. Mimpi tu adatlah. Mainan tidur." Junita berdalih.

"Terpulang pada kau sama ada nak percaya atau tak. Aku sendiri kenal dengan beberapa orang yang pernah tinggal kat situ." Kata Maya lagi.

"Mana dia orang sekarang?"

"Dah mati."

Kata-kata Maya menyebabkan Junita terkedu. Terus dia mendengar dengan teliti, walaupun masih ada rasa curiga terhadap Maya.

"Ada kuasa tak elok dalam rumah tu. Mangsa terakhir adalah semasa kejadian dua tahun lepas. Nama dia Maisya. Mangsa keduabelas."

Junita tekun mendengar.

"Masa mula-mula dia pun macam kau. Innocent, naif, baik. Tapi lama-lama dia berubah. Dia jadi bimbo yang cuba nak rampas laki orang. Dan gunakan lelaki tu untuk kepentingan dirinya sendiri. Sedangkan dia berpoya-poya dengan lelaki lain."

"Apa yang dah terjadi pada dia?" Junita masih terus berhati-hati dengan muslihat Maya.

"Pada malam terakhir dia berada di rumah tu, mayat dia dan pakwe dia ditemui tergantung di bilik tidur. Tak ada siapa tahu sebab apa dia bunuh diri."

Cindy pula menambah, "Perkara yang sama berlaku pada semua penghuni sebelumnya. Kalau kau tak berhati-hati, kau akan jadi yang ketiga belas."

Junita ketawa kecil. "Wuuu.... takutnya aku. Hei, macam aku tak tahu ini semua rancangan korang nak takutkan aku kan? Supaya aku tinggalkan agensi ni. Betul tak?"

Gadis bertiga saling berpandangan.

"Ini kisah benar, okey. Apa kes kami nak tipu kau?" Maya mengelus rambutnya yang beralun.

"Tak apalah. Aku nak balik sekarang. Harap-harap aku akan dapat tidur yang cukup sebelum sesi esok. Bye." Junita melambai sebelum beredar dengan rasa jengkel terhadap gadis bertiga.

Nak menipu tu agak-agaklah. Bisik hatinya dengan rasa puas.

~~***~~

SETIBANYA di rumah, Junita teringat pesanan gadis bertiga tadi.

Mereka tu beria-ia nasihatkan aku. Entah-entah ada muslihat nak mengenakan aku. Fikirnya.

Tapi aku nampak macam serius aje muka dia orang. Ceritu tu kisah benar atau saja direka? Dia tidak pasti.

Bagaimana dengan mimpi aku malam tadi? Adakah itu petanda atau sekadar mainan tidur. Sebab aku tak jadi masuk ke bilik tu semalam. Atau mungkin sebab makan lewat malam. Hmm... entahlah. Junita buntu.

Hanya ada satu cara je untuk pastikan. Aku kena gali belakang rumah. Kebetulan aku ternampak ada cangkul sebelah mesin basuh. Eh, takkan semua ini sekadar kebetulan. Makin lama aku fikir main buntu. Mana dengan mimpi malam tadi. Kata-kata Maya lagi.

Junita giat berfikir, hinggalah telefon berbunyi. Panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

"Apa aku nak buat sekarang ni?" Junita jadi celaru.

Akhirnya dia buat keputusan.

JIKA JUNITA MENGABAIKAN PANGGILAN DAN MENGGALI BELAKANG RUMAH, BACA BAHAGIAN 5A
JIKA JUNITA MENJAWAB PANGGILAN, BACA BAHAGIAN 5B

NOTA: BAHAGIAN 5A AKAN DISIARKAN DI GRUP TERTUTUP LAMAN INSPIRASI PENA VR.
BAHAGIAN 5B AKAN DISIARKAN UNTUK BACAAN UMUM.



Atas sebab-sebab tertentu, sambungan kisah ini akan disiarkan di laman blog Pena VR dan diakhiri di grup tertutup Facebook Laman Inspirasi Pena VR. (https://www.facebook.com/groups/penavr/)

Sesiapa yang ingin mengetahui penghujung kisah ini dialu-alukan menjadi ahli grup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?