PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Monday, 22 February 2016

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY (CERPEN MISTERI SERAM INTERAKTIF)

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota:
Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang baik (atau tidak) adalah bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberikan dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.



 BAHAGIAN I

Dua tahun lepas

MAISYA mengelus rambut yang beralun dan mengurai dengan warna merah dan ungu dek balikan cahaya dari siling kelab malam. Aroma Chanel No.5 semerbak di tengkuk bersama seorang lelaki berumur di sisinya. Meskipun sudah berusia dalam lingkungan lima puluhan, tubuhnya masih kelihatan tegap dan segak. Ditambah pula dengan suit Armani berwarna kelabu bergarisan hitam.

Sesekali wajahnya begitu hampir dengan leher Maisya. Gabungan aroma asli wanita itu dan Chanel No.5 memberikan perasaan yang sungguh sureal. Seolah-olah dia berada di indera kayangan yang mendamaikan walaupun dalam hiruk-pikuk hentakan muzik kelab dan liang-liuk tubuh manusia yang begitu asyik dengan iramanya.

Lelaki itu merapatkan bibirnya ke telinga Maisya dan membisikkan sesuatu. Maisya tergelak sambil tersipu-sipu.

"Not tonight, sayang. Awal pagi esok I ada appointment dengan doktor." Dalih Maisya. Hakikatnya dia ada rancangan lain malam itu.

Mereka kemudiannya beredar dengan Mercedes C-Class putih.


BANGLO Seri Avira tersergam di atas bukit dengan lanskap pohon ru melatari kiri dan kanan jalan. Gemerlapan pancaran lampu spot membalikkan kilauan biru ke bahagian dinding banglo di kawasan terlindung itu.

Maisya melangkah keluar dari Mercedes putih setelah memberi kucupan di pipi lelaki yang selayaknya digelar ayah itu. Setelah melambai dengan jemarinya yang berhias pengilat kuku berwarna fuchsia, dia memuncungkan bibir seolah-olah memberi kucupan di angin lalu buat lelaki itu.

Dia mengatur langkah dengan stiletto merah setinggi lima inci. Adakala dia terhoyong-hayang akibat pengaruh koktail adunan wiski dan jus buah-buahan yang masih bersisa. Rambutnya beralun bersama subang sebesar gelang yang tersangkut di telinga.

Dia tersenyum meleret mengenangkan rancangan malam itu.

"Nasib baik aku berjaya tipu Freddy si tua bangka tu. Aku sebenarnya dah ada rancangan malam ini dengan Raouf. Private party untuk kami berdua sambut hari jadinya."

Lampu di bilik atas terbuka. "Ah! Itu mesti Raouf sedang tunggu aku. Memang aku dah beri dia kunci spare supaya senang dia masuk."

Jantung Maisya berdebar kencang memikirkan apa yang bakal dia alami malam itu bersama Raouf.

Anehnya Raouf tidak menyambutnya seperti biasa. Suasana sepi tanpa bunyi televisyen dipasang atau muzik romantika seperti biasa ketika Raouf ada di banglo itu.

Maisya masih mampu tersenyum. Mungkin Raouf ingin membuat kelainan malam ini. Atau surprise party yang memang dia telah rancang. Tapi, ini hari jadi dia. Dia nak buat surprise apa kes? Maisya tersenyum dengan apa yang terlintas di fikiran.

Debaran jantung makin kencang. Tetapi bukan debaran kerana rasa teruja. Sebaliknya perasaan pelik, seperti ada petanda tentang sesuatu yang tidak elok.

Setibanya di kamar tidur, nafas Maisya tersekat. Apa yang dia lihat amat tidak dijangka.




Atas sebab-sebab tertentu, sambungan kisah ini akan disiarkan di laman blog Pena VR dan diakhiri di grup tertutup Facebook Laman Inspirasi Pena VR. (https://www.facebook.com/groups/penavr/)

Sesiapa yang ingin mengetahui penghujung kisah ini dialu-alukan menjadi ahli grup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?